Thursday, March 12, 2015

:: Kafe Masakan Melayu Asli Terengganu

Memandangkan update pasal travel very takes time, aku update pasal makan je laa..

Aku baru je bertemu dengan pertemuan terbaru ni.
Terbaru bagi aku mybe terlama bagi orang lain.
Tapi disebabkan marbelles, so aku kena bagitau kat sini

Kafe Masakan Melayu Asli Terengganu

Khas untuk rakyat Ganu
Dan untuk sesiapa yang mengidam makanan piyor Ganu.
So far dah 6x kot aku makan sini
dan setiap kali selepas kenyang, hati aku akan berbunga-bunga riang
Sebab perasaan mengidam dah terubat

Kafe ni terletak betul-betul dalam kawasan masjid Kinrara Puchong.
Ye, korang tak silap baca, memang dalam pagar masjid.

Dengan maksud lain, selepas ko kenyang melantak, sila lah solat dhuha dulu sebelum balik.
Harap gheti maksud tersirat...

Menu yang ada:

Nasi dagang Tganu
Nasi minyak gulai daging
Nasi lemak ikan aye
Pulut nyor
Laksam
Keropok Lekor Losong

Nok lada banyok, request je

Memula aku saspek keropok lekor tu yang frozen punya, dieksport dari Ganu.
Tapi nehiii sama sekali
Aku nampak dia gentel-gentel kat belakang tu, pastu terus goreng

Bila pergi weekend, memang perasaannya macam tengah bfast di negeri Terengganu laa;

"Nasi minyok se, tamboh lada lebih neh"
"Nok nasi dagang pat, bukuh!"
"Kepok lambat lagi ke siakkkk?"
"Milo beng se!"

Kiranya kat sini chances untuk berjumpa kawan lama masa skolah adalah sangat cerah.

Bersulamkan kepok punn sedapp
Kafe ni kena kasik aku makan free sekali dua ni sbb review free.

Buka setiap hari kecuali Isnin, 8AM-10PM
Okeh, sila pergi..


#bibiekarim, bila mau jjcm Ganu aaaaa?

-niL-