Thursday, March 12, 2015

:: Kafe Masakan Melayu Asli Terengganu

Memandangkan update pasal travel very takes time, aku update pasal makan je laa..

Aku baru je bertemu dengan pertemuan terbaru ni.
Terbaru bagi aku mybe terlama bagi orang lain.
Tapi disebabkan marbelles, so aku kena bagitau kat sini

Kafe Masakan Melayu Asli Terengganu

Khas untuk rakyat Ganu
Dan untuk sesiapa yang mengidam makanan piyor Ganu.
So far dah 6x kot aku makan sini
dan setiap kali selepas kenyang, hati aku akan berbunga-bunga riang
Sebab perasaan mengidam dah terubat

Kafe ni terletak betul-betul dalam kawasan masjid Kinrara Puchong.
Ye, korang tak silap baca, memang dalam pagar masjid.

Dengan maksud lain, selepas ko kenyang melantak, sila lah solat dhuha dulu sebelum balik.
Harap gheti maksud tersirat...

Menu yang ada:

Nasi dagang Tganu
Nasi minyak gulai daging
Nasi lemak ikan aye
Pulut nyor
Laksam
Keropok Lekor Losong

Nok lada banyok, request je

Memula aku saspek keropok lekor tu yang frozen punya, dieksport dari Ganu.
Tapi nehiii sama sekali
Aku nampak dia gentel-gentel kat belakang tu, pastu terus goreng

Bila pergi weekend, memang perasaannya macam tengah bfast di negeri Terengganu laa;

"Nasi minyok se, tamboh lada lebih neh"
"Nok nasi dagang pat, bukuh!"
"Kepok lambat lagi ke siakkkk?"
"Milo beng se!"

Kiranya kat sini chances untuk berjumpa kawan lama masa skolah adalah sangat cerah.

Bersulamkan kepok punn sedapp
Kafe ni kena kasik aku makan free sekali dua ni sbb review free.

Buka setiap hari kecuali Isnin, 8AM-10PM
Okeh, sila pergi..


#bibiekarim, bila mau jjcm Ganu aaaaa?

-niL-

10 comments:

  1. kepantangan betul dgn nasi dagang..tapi nak p sampai kinrara tu, ishhhh malasnya lah huhuhu...
    next time kirim boleh? pengantaran terus ke muka pintu di pulau meranti hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moh laa kite makan sesama..
      Pagi panjat bukit puchong, turun tu blasah nasik dagang
      So, maintain jadi nya berat badan

      Delete
  2. Sebelum gi Ganu, melepet kat cafe ni pun aci kan. Dengan syarat ko bawa aku. Gi Ganu nanti, suruh Nani lak bawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku bleh je sesape nak suruh bawak
      Bab makan, aku memang pantas dan tuntass!

      Delete
  3. abis bila agaknya nak bawak akak dan keluarga? cepat la buat arrangement!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila nak?
      Bila?
      Bila?
      Bila?

      Padahal dier tu yg over bizi!!

      Eh tapi kak, kepok lekor dia siyess best!

      Delete
  4. nak kena cari geng ajak gi makan sini...lately ni serasi sungguh tekak dengan menu pantai timur hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajak je sy, pun buleh..
      Bab makan sy berat ati sikit nak menolak...

      Gagagaaaa

      Delete
  5. Hello Travelers!
    Kelihatan enak :)
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Anda bisa dengan bebas share music, foto-foto atau video travel dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
    Silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    ReplyDelete
  6. Looks yummy! perut sy pun jadi lapar hahaha

    Nonton film free

    ReplyDelete