Friday, August 22, 2014

:: Well Said...

Al-Fatihah dan salam Takziah buat kaum keluarga dan rakan kepada mangsa MH17. Semoga roh mereka dimuliakan Allah, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Berkaitan dengan MH17, kita boleh lihat dan baca tentang banyak fakta, isu dan cerita yang dikisahkan tentang kejadian ini. Tapi dalam banyak-banyak pandangan dan juga keyboard warrior yang merapu-rapu yang aku tertengok dan baca, aku sangat terkesan dengan ayat seorang akak blogger ni..


Terkesima jap baca nii...

Kuasa Allah Tiada tandingannya kan.. Apa Hikmah disebalik kejadian ini pun kita tak dapat bayangkan..

Sesungguhnya, masyarakat kita sekarang sangat suka kasik pendapat kat media social tanpa ukur baju di badan sendiri. Tak perasan kain sendiri herot tersingkap, beria komplain pakaian orang lain. Takder nak fikir tentang aib dan maruah orang. Kalau dah nama manusia, perihal orang yang dah pergi pun nak diarguekan lagi... Scary!!


** Tak mampu nak fikirkan bagaimana pengakhiran diri sendiri nanti. Bersedia ataupun tidak.... Allahuakbar!!

Tuesday, August 12, 2014

:: China Trip 6 - Harbin City View

Sambung dari sini.

Hati gembira berbunga-bunga dapat tengok rimau dari jarak paling dekat seumur hidup. Lagi tinggal nak sentuh belai-belai je tak dapat.

Kami gerak balik dalam pukul 2 petang dengan menaiki taxi van. So muat sumbat kesemua lima orang. Ralit betul layan view bandar Harbin sepanjang perjalanan. Sesungguhnya bandar Harbin adalah sangat besar dan sangat maju dengan bangunan yang tinggi-tinggi menyayup rupa bentuknya. Meleset jangkaan awal aku terhadap Harbin sebelum sampai sini sebab aku bayangkan Harbin ni macam kekampungan sedikit. Hewww..


On the way ke Harbin City


Harbin Railway Station
Terdapat 3 railway stations di Harbin, iaitu Harbin Railway Station, Harbin East Railway Station and Harbin West Railway Station. Kebanyakan train menuju ke Harbin akan melalui Harbin Railway Station as a main station. Manakala train yang bermula dari Harbin West Railway Station adalah high speed trains iaitu train yang mempunyai code number bermula huruf G dan D. 

Dan kitorang merasa turun naik dari kedua-dua station ini.






Lebih kurang 15 minit kami sampai di area hostel. Kesan daripada tengok rimau makan, tetiba kitorang pulak jadi lapar. Balik daripada Siberian Tiger Park kami terus cari kedai makan Muslim yang bersignboard kaler biru yang terletak tidak jauh daripada Kazy Hostel. Masuk kedai, nampak menu maha besar kat dinding. Ok, cun! Tunjuk je lah nak menu yang mana.



Dim Sum
Menu wajib jika ke China
Tauhu Bakar + Cili kering + Isi Ayam

Boleh tahan lah. Ada menu yang sedap, dan ada juga yang kureng. Mana menu sedap kitorang ambil gambar siap-siap. Senang nanti, nak repeat order lain kali. Eh, macam nak stay sini lelama je kan!

Perut dah kenyang, hari dah gelap. Macam biasa, agenda wajib adalah tawaf Zhongyang Pedestrian Street, sajer untuk join the crowd. Tak ketinggalan, acara wajibulghunnah..makan aiskrim!


Kedai Makcik Aiskrim. Rutin Tetap
Zhongyang Underground Street. Gambar bak kena gempa bumi dia punya effect malam.
Malam ni masing-masing entah kenapa tetiba jadi gediks beli winter cap. Syaratnya harus ada tali yang ada bola bulat-bulat, berwarna-warni untuk menambahkan lagi effect gedik. Siap ada yang mempunyai bunjut kat atas macam askar Rusia. Aku beli beberapa helai jugaklah sebab comel dan murah. Bila lagi kan nak merasa gediks semacam. Ni pun menyesal tak beli lagi banyak. Tapi...bila pakai cap ni, secara automatic pandangan manusia terhadap kitorang sedikit kurang. Sebab dah tak nampak tudung bawal masing-masing.

After beli winter cap, singgah minum dan lepak kat satu Restoran Russia ni. Saja nak merasa. Tengah-tengah suhu beku ni, layan coffee secawan dua adalah sangat inzal. Tak lupa ambil gambar ngan tokei walaupun tak tahu tokei ni ikhlas ke tak ambil gambar dengan kitorang.


Coffee Rusia
Roti bakar buat alas perut
Tokei pose untuk ambil hati..

Balik dan tido!

Saturday, August 9, 2014

:: Salam Syawal 2014

Pertama-tamanya..

Selamat Hari Raya untuk semua yang ter'klik' link blog ni tanpa sengaja dan dengan sengaja.

Raya dah 2 minggu baru nak wish kan..
Taperr, wa retiss suam-suam kuku jer, tader orang keluh kesah Mak Esah punn..

Tapi frankly, dari lubuk hati aku yang paling dalam, aku memohon ampun dan maaf dari semua..

If aku ada buat salah kat sesaper..
If aku ada terkasar bahasa..
If aku ada salah silap tutur kata..
If aku mengarut meraban tak sedar dunia..
If aku ada copy travel itinerary daripada blog sesaper dengan sengaja atau tidak sengaja..
If aku ada hutang duit travel belum bayar kat saper-saper..
If gambar aku terhover terang kaler ke haper..
If ayat aku macam syok sendiri ntah paper..
If aku tak balas komen dan soalan dari kome semua..
If aku macam tulis syok sendiri poyo adernya..
If aku ni annoying berlagak segala..
If aku tersindir dan sound direct tiada tapisan off-record dan sewaktu dengannya.. 
If aku cerita sekerat-sekerat jerr.. 
If aku typo dan menjadikan semua tak berapa betul membacanya..

Ketahuilah sahabat sekalian bahawasanya aku ni bukan maksum.

Maka sekiranya ada, itu semua adalah kesilapan yang aku sengaja dan tidak disengajakan.

Dan mohon semua memahami bahawasanya sebagai insan biasa, aku juga tidak yang tidak lepas dari melakukan kesalahan.

*See! Baru je cakap, dah ada typo!



MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Semoga kita KOSONG-KOSONG!





**Notakaki: After posa berat aku turun 4kg, but after raya gain back 2.5kg. So aku tengah berkabung sekarang. Doakan aku tabah ye korang!

hashtagprayforNiLhashtag
hashtagCravingForOpenHousehashtag



niL - nama sebenar dan tak tipu