Thursday, May 29, 2014

:: The Heirs Trip 11 - Jeju || Mount Halla

HALLASAN. CHECKED!

The very highlight event dalam trip ni katernya. 5 jam lebih total journey; 3 jam naik dan 2 jam turun mount Halla, mau tanak jadi highlight! Seluruh kederat badan yang dah separuh digunakan untuk turun naik eskalator kat Seoul kot digunakan untuk event ni.

Aku jadikan Kak Kiah punya blog as a reference untuk hiking Hallasan. Disebabkan Kak Kiah naik Hallasan dengan mamat Korea hensem, maka aku berharap akan ada kejadian yang serupa demikian lah terjadi pada trip kami pulak. Tapi tak ada rezeki nampaknya. Niat tak menghalalkan cara, macam tu lah endingnya. Seperti aku cakap hari tu, Kak Kiah manis bergula. Sebab tu rezekinya murahh..

Kami bergerak dari B&B Pan Guesthouse pada jam 7 pagi. Dah bagitau Mr. Martin, owner guesthouse, semalam yang kami nak cabut awal pagi. Dia bagitau, kalau awal sangat dia tak sempat untuk prepare breakfast untuk kami semua. But dia akan sediakan roti/jem/telur siap-siap kat meja dan kami kena buat sendiri. Dont worry Mr.Martin. Small matter jer..

Anyway, breakfast yang disediakan amat banyak dan terlebih mencukupi, complete dengan jus bagai. Kami siap tapau roti yang disediakan untuk makan kat Hallasan dan disamping mengelakkan pembaziran. Kononnya lah.
Request kat driver stop tepi jalan tiap kali nampak blossom yang berjemaah. Tak dapat nak menahan perasaan nih..
This port terrsangatlah cantik. Tersusun jer pokok ni sepanjang jalan. 2 orang model ni sempat feeling-feeling Winter Sonata di tengah bandar.
Kami plan untuk naik dari Trail Eorimok dan Alhamdulillah, selamat sampai di sana hampr pukul 10.00 pagi. Kat sini adalah 2 kedai yang jual jajan dan air. Takderlah besar sangat, tapi boleh lah untuk tapau air kot-kot terlupa bawak.

Hari ni, agak banyak juga lah bas sekolah yang bawak student keihatan di parking. Happening sangat. Maka dari start hiking, berbondong-bondong laa budak sekolah Korea yang naik bersama-sama kami dengan selamba badak pakai jeans, bawak bag silang macam nak pergi konsert Kpop. Agak santai gaya diorang sampai aku jadi musykil, very the senangkah Hallasan ini?
Bersatu teguh. Janji jangan tinggal yang lambat. Konon laa..
Hallasan ada beberapa level hiking, yakni easy, intermediate dan difficult. Setiap kali nampak signboard yang menunjukkan current level kita berada dan berapa jauh lagi nak sampai..aku memang menyumpah secara berhemah dalam hati..
Level Easy. Masih maintan si arnab di depan masa ni..
Langit sangat cun hari ni. Aku bajet ni tanda dapat restu daripada Puan Fatimah. Khokhokho...
Trail untuk angkut barang ke atas. Steady je pakcik ni lalu seblah buat muka berlagak.
So, naik lah kita dengan berkobar-kobar sambil kasik support antara satu sama lain. Yang didepan tunggu yang menyiput kat belakang nih. Awal-awal aku jadi golongan arnab lah konon, laju je kat depan. Tapi last-last , aku secara selow mellow masuk golongan kura-kura. 


Masa ni dah level curam. Aku dah start semput mintak nyawa. Tapi geng-geng budak skolah ni rilek je, macam gaya gi funfair
Syok layan tengok budak skolah ni bergambar. Muka budak baru nak up. Bersih dari segala plastik..
Maintain ajumma dengan ajusshi laki bini ni. Diorang siap pakai kelangkapan hiking. Sebab nak continue terus sampai ke peak.
View kat port ni cantik. Tapi jauh aa nak jalan. Aku tak pergi, simpan untuk sampai atas. So, kita zoom je lah dari jauh.
Panjat-punya panjat sambil mulut berzikir membebel tak henti, sehinggalah sedikit demi sedikit persekitaran mula berubah. Mula-mula nampak hutan redup dengan pokok yang chantik dan scary seperti cerita Harry Porter. Daripada rupa hutan, berubah kepada permandangan memutih dari jauh. Memula tak perasan hape ke bende. Tetiba..



Oh mai, SALEJII woiii!

Rezeki newbie ke Korea kali ni. 1st time sampai Korea, dapat tengok salji. Memula kelihatan sedikit salji beku dicelah laluan naik, di tepi-tepi rail. Agak licin dan kena berhati-hati. Sehinggalah makin meninggi, makin memutih sekeliling. Permandangan masa tu memang cantik yang hamat. Ahmad pun cakap cantik!


Masa ni dah kena ikut turn untuk lalu. Laluan sempit dan licin, so kena berhemah ikut turn masing-masing.
Maka si kura-kura besar ni pulak terus bersemangat nak hiking disebabkan nampak susasana yang ohsem tu!


Bahagia bila tengok signboard ni. Terus aku berkobar-kobar panjat dengat semangat yang membara tak tahu datang dari mana.
Budak skolah ni sporting. Sesama ambik gambar. Bila lalu kat sebelah, diorang main sebut je nama negara, guessing kami dari mana, kot terkena lah salah satu. Tapi tak terkena. Ader ke teka kami dari Thailand! Fuhh
Makin naik ke atas, makin jelas salji. Memang rezeki kami datang waktu ni dan salji belum cair. Cuaca yang terang, tetapi angin sepoi bahasa. Memang masa yang paling tepat untuk Hallasan! Alhamdulillah...again!

Check In!

Kami selamat sampai ke peak pada jam 1 tengahari, iaitu 3 jam hiking. Bukan lah peak sangat cuma sini pit stop sebelum sambung lagi ke atas dan majoritinya memang sampai sini je lah. Pastu dengan tak malu pi mintak air panas kat atas tu. Actually diorang tak berapa nak kasik pun air panas, sebab diorang jual sekali dengan Ramen. Tapi, takkan lah kita nak makan Ramen yang ada cadbury tu kan. Ala, air pun kedekut, aku nak bayor laaa! Tapi bila kasik duit tanak ambik pulakk.

So, dengan muka yang sedikit masam dan tak puas hati, mamat air panas tu terpaksa kasik gak hot water kat aku sambil mulut membebel tak puas hati. Member aku pi mintak kali ke-2 dia dah tanak kasik. Haha..




Ok, makan dengan lahap di peak stop gunung dengan udara sepoi bahasa sambil menikmati suasana yang daebakkk adalah REAL ohsem!


Tak pandang kiri kanan tu, makan Meggie dengan roti dengan sambal hitam. Hilang segala penat lelah dan kepancitan yang ada..
Kami bergerak turun selepas 30 minit berehat. Part turun sebenarnya adalah amat menyiksakan jiwa dan kepala lutut. Better panjat dari turun. Sakit wehh.. Rasa macam jauh je nak turun ke bawah tu padahal ambik masa 2 jam je. On the way turun, memang berposing habis lah sengsorang bergelimpangan atas salji. Masa tu memang takder orang, so memang kitorang konker habis port salji. Jadi, bertabahlah tengok gambar kanak-kanak rebina menggelupur dan harap korang dapatlah memahami perasaan first timer seumur hidup ini ye!




Skandalicious. Gud Luck. Huk huk!
Budak-budak sekolah yang selautan pagi tadi dah takder kelihatan sewaktu turun. Tetiba je hilang. Magic betul. Aku saspek, yang tak dapat sampai atas tu kena join je orang yang dah selamat turun balik sebab nak kejar bas.



Sampai bawah terus solat atas gerai-gerai yang ada kat tepi tu. Yang pasti, kesemua 7 orang ahli group kami, selamat menjejak di atas tanpa ada masalah, tanpa ada yang tertinggal. Rare okeh!

Effect dari cuaca Hallasan yang kejap sejuk, kejap panas, kejap suam dan kejap beku tu dapat dilihat jelas kat muka aku selepas turun pada hari tu berterusan sehinggalah balik ke Malaysia.Kulit pipi boleh dikopek berkeping-keping pakai tangan je okeh. Hitam tu, tak payah cakap lah. Nasib baik duit won kat tangan tak cukup, kalau tak aku memang balik dari Korea dengan wajah baru dan hidung baru jawabnya.

Balik dari Hallasan, terus ke Illchubong Tourist Hotel untuk check in. Bilik di Hotel di adalah best sebab ianya besar dan murah. Masa kami sampai ni, ada sebijik je bas kat depan. Confuse jap, ni rumah ke hotel. Macam scary gak pun ader..He..he..hee..


Bilik ni untuk 4 orang, muat kalau nak solat berjemaah!!
Selepas solat, masing-masing kemudian keluar untuk mengisi perut. Restoran di kawasan Illchulbong ni banyak, tapi tak sempat nak survey, plus memang lapar giler dah. Kami terus jer cari restoran yang disuggestkan oleh seorang blogger. Dekat je dengan hotel jarak restoran ni dan kalau nak jalan kaki pun boleh, cuma sanggup ke tidak je.


Ni signboard restoran. Aku just print out gambar ni dan carik. Nasib baik mudah nampak, daripada hotel
Ajumma kedai tu mulanya kalut tengok kitorang masuk beramai-ramai, kemudian nampak dia tengah bercakap kat phone. Tak lama adalah seorang lelaki muda belia sampai, tersenyum-senyum tegur kitorang. Staff ke anak dia ntah. Rupanya ajumma tu tak pandai nak bercakap. 

So, hasil interview beramai-ramai, kami dapat isi perut dengan hati gembira sebab makanan yang sangat sedap. Kami order set mackarel dapat sekor sorang ikan, tanak share. Memasing sebat tak tinggal saki baki, lapo punya pasal. Wooo...terliur pulak teringatt..




Alhamdulillah, kenyang untuk malam ni.

by,



- Cha Eung Sang -