Saturday, November 15, 2014

:: Japan Autumn 2014 Day 1 - Konichiwa Japan ..

Entry dimulakan dengan air yang dirindui. Yang sebelah kiri ni, piyorr black coffee. Super daebak. Bila minum, dia akan follow ko 3 hari 3 malam supaya dikeluarkan dari badan. 

Trip 1-8 Nov 2014 ini disertai ahli jemaah seramai 3 orang sahaja dan ini lah trip kami yang terkecil bilangan ahli setakat ini. Maklumlah kitorang ni tak gemo travel solo. Konsep lagi ramai lagi meriah memang disanjungi selama ni tetapi memandangkan yang lain ada komitmen lain at this time, maka muka-muka ni je lah yang available.

Tiket dah beli setahun sebelum, 2 way, KL - Osaka (RM261) dan balik dari Nagoya-KL (RM281) je without luggage. Murah kan! Harus aku melompat kesukaan dan tidur lena after dapat tiket walaupun tak tahu nak terjah ke daerah mana benornya. Yang aku tau, aku ada tiket ke Jepun!

Maka selepas tamatnya trip gediks blossom di Korea April 2014, aku pun study lah ape yang patut. Booking ape yang perlu. Semua nya aku main redah je book tanpa ada route yang dah comfirm. Sudahnya, untuk trip ni je, aku cancel dan update lebih kurang 12 kali booking bilik daripada booking.com untuk match kan dengan perubahan route. Buruk nama aku dalam tuh. Tapi takper, if kena banned dari booking.com, aku pakai email lain jek. Aku kan ginies!

Sehinggalah hari kejadian, biarpun dah siap print itinerary dan dah berada dalam flight, aku still susah hati sebab, aku seriously tak paham sampai ke sudah route subway dan train di Jepun nih. Aku dah study, tapi makin dibaca makin tak paham. Last-last aku tawakal je sambil berharap pada travel partner.

Owh, untuk sesiapa yang nak feeling autumn di Jepun, better grab ticket in mid Nov sebab masa tu tengah peak autumn. Masa aku pergi ni, di bahagian yang jauh dari bandar dah merah daun maplenya tapi di bandar macam Tokyo, Kyoto, Osaka...tak berapa menjadi. Sama je kaler hijau dengan daun kelapa kat Malaysia.

Arrival time di Kansai Airport 10.35 malam. Memula cari surau pun kitorang dah kesesatan, apetah lagi nak cari platform train. Sekeh kepala sendiri..

Selepas turun naik tangga dan lif, kami jumpa la. Nun, hujung kat atas tingkat 3F. Rupanya salah tulis level dalam itinerary. Punyalah besar impact kalau ada kesilapan kecil macam ni!


Bersih giler surau ni. Tak pernah jumpa di Malaysia as clean as here.
Settle solat, cari port tidur, malangnya seat tidur dah penuh. Kami lepak je kat tepi dinding kosong sebelah KIX Lounge di level 2F sambil layan streaming yang maha laju citer korea We Got Married . Pukul 4 pagi kami jadi orang first yang mandi dalam Kix Lounge dengan harga 510Y for running water, takut berebut dengan orang lain. Best kot mandi sini, air memancor-mancor besor. Tu pun aku guna 7 minit je daripada 15 minit given. Sapu sabun kat perut je, haruslah kejap kan!


Aku tertengok WGM pastu terus jadi addicted sebab mamat ni. Terrrr hokeh!
Selepas mandi, tukar baju, dah wangi kami pi tukar JR Pass dan reserved seat. Masa ni jumpa satu couple Malaysia, cina. Belum start real journey lagi dah kecoh. Kami sembang macam da kenal lama. Warganegara lain jeling je pandang.


Maka beraturlah disini walapun office masih bergelap
Pintu masuk ke JR Train terletak di depan JR Office je.
Then pi cari platform train Haruka untuk ke Shin-Osaka. Dari sana tukar platform untuk naik Shikansen Hikari ke Tokyo. Kedua-dua train ni, kami dah reserved. Padahal takder orang pun pepagi camni. Sajer laa, orang cakap suruh reserved, kite reserved je laa. Tak rugi paper pun. Cuma ada perasaan sedikit berlagak laa pada orang yang tengah beratur untuk Car Non Reserved. "Eleh, sian korang kena berebut, tengok kitorang ni, cool je". Gittew!


Gue punya reserved ticket. Hati terus jadi riak lepas dapat ticket ni. Tetiba
Hai handsome! Please be nice to me yaa!
2 jam perjalanan sampai di Tokyo, ambik route JR Yamanote Line turun di Ikebukuro Station untuk letak bag di Sakura Hotel Ikebukuro. Jarak perjalanan lebih kurang 7 minit orang Malaysia jalan kaki dari station Ikebukuro tadi. Kami stay sini semalam je. Sesambil tu aku terus request parcel pocket wifi yang dah di book online bayar dengan credit card dari GlobalAdvancedComm. So memandangkan aku tak sempat ambil kat airport, aku request wifi tu dihantar ke Hotel ni. Senang keje!


75Mbps, unlimited. Syorga!
Owh, wifi ni sangat laju weh. Selaju shikansen! Sepanjang 7 hari kami pakai, hanya 2 tempat je tak dapat signal. Di highest peak Tateyama dan juga bila train melalui terowong. Selain dari tu, wallaaa! Plus, murah pulak tu. Setakat yang aku survey, ini yang termurah. Yang aku jumpa la. Orang lain jumpa aku tatau. Untuk 1-5 hari 990Y per day. Additional day dikenakan 300Y per day. So aku sewa 7 days, total adalah 5550Y (RM176.50). Murah kan! Dah laa takder deposit ke aper.. Nikmat!

Letak bag, kami gerak ke Shinjuku. Cari masjid Camii nak solat. Dari Shinjuku naik metro subway ke Yoyogi Uehara station. Yang ni tak leh guna JR Pass, bayar dalam 130Y 1 way. Benornya kami plan nak solat kat hostel je, tapi memandangkan tak dapat nak check in awal maka masa tu jugak surf google cari masjid Camii. Nampak tak disitu, visit masjid tak menjadi agenda penting kan dalam trip. Nampak tak! Jahil punya orang!

So, mengikut google;

'After the exit gate, go downstair, on your left, you should see the North 1 exit gate. Take the escalator, and once outside the station, turn left walk straight forward. After a few steps you should see the minaret of the mosque. Walk forward until you reach the main road, then turn right. Just a few steps, the wall of the mosque is in on your left. You need to cross the main road. It only takes 5 minutes leisurely walk from the station '

Aku follow laa direction atas ni tapi lost. Nasib baik terjumpa satu family Malaysia kat tengah jalan, diorang bagi guide dan kami selamat menunaikan solat. Masa kami pergi ni ada event dari Turki kat masjid ni, so ramai lah orang tengah visit.


Stylo masjid ni. Macam Masjidilharam dia punya pintu masuk
Lepas solat, ambil gambo. Sifat orang zaman sekarang
Selepas muka dah jadi suci murni usai solat macam keropok murni, kami nak lah selfie kan dengan background masjid kat belakang. Nampak tak niat tuuuu...nampak?

TAPIIII... memandangkan niat pun dah tak betul, maka dan-dan tu jugak gopro takder bateri. Pastu bateri spare tertinggal dalam bagpack dan bagpack tu dah ditinggalkan kat Sakura Hotel tadi. Dan dengan cabel skali ada kat sana. Hoii, rasa nak picit hidung orang yang tukang bawak Gopro nih. Dah laa malam ni dah pasang niat nak update live from Shibuya Crossing, tetiba GoPro tak leh pakai, ape kes!

Sekilas niat kita ni, Tuhan maha mengetahui...meh kita masuk balik masjid buat solat sunat, bersihkan hati..

18 comments:

  1. setuju, surau mmg bersih plus diorang pun prihatin letakkan kerusi utk kegunaan
    cantik senibina masjid tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan!
      Siap ada kerusi tu mcm tak caye. Sgt prihatin

      Delete
  2. Perangai! Kat Jepang nun pun ko masi TERlayan Kvariety show. Aku aritu sewa modem wifi gak, laju berdesup even kat ceruk2. Jap, yang tinggalkan batt spare tu bukan ko kan. Kalau ko, huh memang! Tu akibat riak ngan aku, jumpa retis katanye. Aku terjeling ko gak kat entry aku. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat wifi FREE yang LAJU! Mau nya ko tak rase kerugian kalau tak digunakan!
      Part2 tertinggal barang untuk keje lagho definitely bukan aku hokeh!
      Aku ni kalau mnde yg tak dpt ganjaran pahala ni mmg tak pernah tak ingat! Haha

      Delete
  3. Bertabahlah. Allah bayar cash tu. Maybe patut invest wifi sd card lak utk kamera tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la John. Memang dpt cash..takde credit/debit nih..
      Asalnya mmg nak beli dah wifi sd card, tp last minute baru teringat..
      Tak sempat den

      Delete
  4. ahaahha..itu biasa trend sekarang mau selpie...depan makanan pun mau seflie sebelum ngap...arghh..rugi kalau x leh dapat tgk life udate from shibuya crossing road tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Life update Shibuya dah selamat dah riak..
      Selfie depan makanan tu bukan ape JM, tu nak war2 kan bahawasanya di tempat2 sekian ada menu best, so maghi kite!

      Gitteww

      Delete
  5. Hahaha..Sian lah sapa kena picit hidung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah seorang antara ahli jemaah laa..
      Perangai kan!
      Mende2 penting camni pun bleh nak lupa..huh

      Delete
  6. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  7. ha ah lah...kemasnya dia punya surau..rasa mcm kat msia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Malaysia...kurang sket education pasal kekemasan ni..kann
      ** Refer pada diri sendiri

      Delete
  8. Eh sewa wifi tu kt website mana eh? Gilaaa murahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Details Website utk sewa wifi ada dalam details kat atas.
      GlobalAdvancedComm.

      Delete
  9. Air latte tu mmg jd satu benda yg wajib beli sepnjang kt jepun... melelehhhh arr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best giler tengok vending machine bersepah kat Jepun kann!

      Delete