Monday, November 24, 2014

:: Japan Autumn 2014 Day 1 - Harajuku & Shibuya

Sambung dari sini

Maka dengan gigih kami patah balik ke Hotel. Anggap je hotel tu macam sekangkang kera je wahai kawan-kawan. Dari hotel naik train terus turun ke Shinjuku untuk dan ke Ikebukuro Station. Masa tu dah pukul 4.30 petang. Dah hampir gelap. Kat sini pukul 4 dah magrib dah. Pukul 5 gelap macam Isyak.

So, daripada hotel kami ambil balik train turun di Harajuku. Gigih nak kejo tengok Harajuku cosplayers kat sini. Keluar dari station, sempat menyelfie jap. Pastu follow je orang ramai berjalan dan sampai di Takeshita Street, antara tempat yang happening kat sini.

Harajuku Station. Cantik je bangunan dier
Takeshita Street ni terletak di cross exit JR East's Harajuku Station. Ianya bermula dari Harajuku Station sehingga ke Meiji-dori Street. Street ni popular dengan manusia yang attracted kepada kedai yang menjual barangan famous celebrities, clothes shops and knick-knack shops.

Entrance Takeshita Street
Brother ni tengah mintak izin nak bergambo..
Dah dapat, tido lena lah malam ni
Sempat-tak sempat, bila kami masuk je area Takeshita Street tu, nampak lah beberapa manusia yang berpakaian pelik. So sempat lah offer diri untuk ambil gambar dengan tak malunya. Nasib baik diorang ok. Dan lepas tu merayau lah kitorg di kawasan tu sambil buat aktiviti wajib. MAKAN.

Aku nak try creepe kat kedai ni, tapi panjang giler beratur. So end up kat kedai sebelah dia. Pun ramai orang gak
Sila cuba. Sedap!
Macam kasut terpakai pun ader

RM43 selai. Macam ntah hapa-hapa punya skirt je
Balik dari Harajuku, kami sambung ke Shibuya. Woahh, banyak nya manusia kat sini tak tahu dari mana muncholl. Kitorang ambik laa syarat jap, lepak kat starbuck atas tu sebab nak tengok. Terpaksa la langgar boikot berbulan sebab nak masuk situ. Port cantik semua dah penuh orang. Aku cilok jugak selit muncung gopro kat celah satu couple ni. Motip sangat diorang nih, takder pun tengok tilik-tilik manusia kat crossing tu, tapi duk pandang muka awek dia je. Kalau nak tengok tilik muka awek, pi laa tempat lain. Sini orang nak tengok jalan raya ni weh!

Semua manusia menghimpit ke dinding dalam ni

Shibuya Crossing. The world’s busiest pedestrian crossing.

Get this. Bayangkan, jumlah umat manusia yang cross this street setiap 30 minit boleh memuatkan 45000 dalam sebuah stadium bola. Dalam satu hari, lebih kurang satu juta manusia melalui dan menyebok di jalan ini. So, ini adalah antara faktor yang buatkan aku terasa nak tolong tambahkan bilangan statistik.

Plus, hero favourite gue Sung Kang aka Han Lue buat his famous scene in " The Fast and the Furious: Tokyo Drift", drifts his RX7 threw the crowds kat sini. Dalam scene ni, Han racing melalui jalan dia Shibuya ni naik yellow RX-7, tetiba ntah datang dari mana silver Mercedes hentam belah kanan Han's RX-7, berpusing-pusing dan meletops tebako sampai kojol hero pujaan gue. Frust okeh!

Kesian, mati dah boyfriend..
Tengah bersedia
Mula!
Tengah-tengah sibuk tu tetiba bas ni lalu. Cute!
Tapi serious amazing tengok live crossing kat sini. Excited kitorang cross 2-3 kali. Eh, tapi bukan aku je yang buat macam tu sebab aku prasan ada beberapa muka sama cross macam kitorg sambil recording. Mat bin Salleh lagi. So, tader lah aku nampak jakun sangat. Hahaa..

Free Hug? Kalau Kim Tan yang pegang paper tu mungkin aku pertimbangkan. Panggg muka sendiri!
Dah setel target, terus berkejor ke target last untuk itinerary hari ni. Kami naik train ke DiverCity Tokyo Plaza shopping centre in Odaiba. Patutnya yang ni nak pergi esok, tapi pikirkan sempat, kami direct je malam ni.

Dari train nampak view yang cantik giler bila train cross the rainbow bridge, whooo!!! Turun di Odaibakaihinkoen station, ikut orang ramai turun je. Perjalanan agak jauh jugak la dari station tu nak sampai jumpa Abang Dam. Kalau nak ke sini better pergi siang lah, banyak boleh explore. Ada shopping mall, maritim museum semua. Tapi aku punya target nak jumpa Abang Dam je, so no hal datang malam pun. Lagipun malam bleh nampak mata Gundam bercahaya. Macam hidup la, orang cakap walaupun aku nampak kejung gak.



Balik tidur mimpikan Abang Dam. Btw, bilik di Sakura Hotel Ikebukuro ni sempit sangat. Pastu aku hentam sumbat 3 orang dalam bilik yang suppose untuk 2 orang. Padan muka!

18 comments:

  1. Abg Dam jugak yg jadik pujaan yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa Abg Dam ni hensem..
      Ko tak rasakah??

      Delete
  2. Replies
    1. Sung Kang mati!
      Serasa nak boikot Fast & Furious April nnt...
      Konon laaaa

      Delete
  3. unik kan kat harajuku nih...mmg wajib pg sini kalau ke jepun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..mmg unik.
      Tapi kalau dpt pergi after lunch cun laa timing.
      Kitorg memang terkejar2 waktu ni

      Delete
  4. exboifren aku si jason tu yg langgar sung kang ko..hihi

    ReplyDelete
  5. Dan2 nak Kim Tan aje yang pegang sepanduk Free Hug kan. Walhal kalau betul dia, memang dah penyet mamat tu aku rasa. Btw, both yang accident adalah heroes pujaan hati gak. Sebab jiwa Kpop, aku memihak kepada Sung Kang. Sian kan dia mati, tapi sibaik lah boifie handsome yang langgar. Motif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg hensem yang langgar, tapi Sung Kang mmg merentap jiwa lara aku weh bila time xcident tuu..
      Aku mcm...Ishh, biarlaaa konon scene ni mimpi jek...Konon..
      Still...aku tak leh terima hakikat yang diorg matikan watak Han mcm tu je..
      Mati katakkk tuuuu!

      Delete
  6. FREE HUG? kalau JM x kisah klau dia bukan Kim Tan ke Kim Joong Kook ke..janji dapat FREE HUG..kat Msia mana dapat tu.............ahahaha...matilah di gelar perempuan gatal..ye lah HUG pompuan mesti feel x sama kalau HUG lelaki ahahah...nak HUG suami x dapat2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM memang!!!!!!
      Nak HUG suami tuu, tak leh bla statement direct! Hahahahaaaa
      Apa kata bila travel nnt JM pulak yang pegang sign board camni,
      Amacam, berani kah??

      Lalalalalalalaaaaaaa...

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kalau yg offer free hug tu even tak macam kim tan tapi ala-ala takuya kimura
    tanpa berlengah lagi harus mrs terima offer tu
    upacara membatalkan air semayang kekdahnya di bumi japang hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus laa mrs...harussss!
      Masa tu konon tak terpikir plak halal haram kann..
      Pastu kite buat alasan, eh..berlapik baju tebal ketul-ketul tak sentuh kulit dan pakai glove..
      Alasan!

      Delete
  9. serius teringin nak pergi harajuku, sebab terpengaruh dengan novel Ramlee Awang Murshid :)

    ReplyDelete
  10. Halo Admin / Blogger :)

    Saya sangat suka dengan postingan foto-fotonya :)
    Perkenalkan, saya Dewi dari tim kumpulbagi. saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi foto-foto,video,menggunakan disk online yang lain dengan tujuan berbagi informasi ? :)
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Anda bisa dengan bebas mengupload foto-foto,video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    Terima kasih.

    Salam.

    ReplyDelete
  11. okay... "neko basu" ... mmg di jepun penuh dengan neko bas kot...

    ReplyDelete