Tuesday, November 11, 2014

:: Highlight Japan Autumn Trip Nov 2014


Takder lah hightlight sangat, just aku punya review jer pasal trip ni, sebab aku tak tahu bila aku akan update cerita Jepun nih. Gambar pun belum habis tilik lagi.

Satu: Nasi Lemak

First aku nak cakap, Nasik lemak Pak Nasir tidak sedap. Like guna beras hancorr..
Maka hancorr lebur hati aku makan sambil menitis air mata kelaparan.
Flight pergi dan balik dua-dua pulak tu aku beli nasi lemak
Sebab tu je yang paling murah. Hiba!

Dua: Pendapat

Pendapat daripada aku sebagai seorang yang pada masa keciknya dikelilingi hero Jepun :- Gaban, Kesatria Baja Hitam, Miss Comet dan Moero Attack, Jepun adalah;

Sugoi!

Sugoi dari segala aspek. Ramai yang cakap Jepun adalah Negara yang mahal untuk dilawati, lagi-lagi the capital of Tokyo which is notorious for its very high cost of living. 


Actually, pada pendapat aku sebagai seorang first timer yang berpeluang menjengah negara matahari terbit ini, untuk ke Jepun atau mana-mana country sebenarnya depend pada scope dan objective kite nak ke sana. If nak tengok view, nak fefeeling autumn atau takat nak ambik nama nak check in Jepun je, target lah satu dua tiga empat tempat yang ada daun merah pastu blah laa. Kalau nak shopping, bawak je duit sambil dalam kepala jangan lupa darab dengan 3. Kalau nak tengok view superb, prepare duit lebih untuk transport like JR Pass sebab tampat yang lawo-lawo biasanya jauh.

Kesimpulannya kalau cita-cita dan scope objective visit tu besar maka besar lah budgetnya. Peace!

Tiga - Tips ke Jepun

- Tak perlu bawak wet tissue. Aku bawak 3 paket wet tissue yang menyebabkan bag aku bertambah beban 300 gram. Tapi last-last aku tinggalkan ajer kat hotel. Apa maksudnya? Ini bermaksud bahawasanya toilet di Jepun adalah super bersih dan complete! Air, tissue, toilet cover semuanya dah ada. Tinggal ko nak basuh cuci bersih je. Owh, I miss toilet Jepun! 

- Tak perlu bawak toileteries beria kecuali toothbrush and towel. Kat Jepun ni, diorang prepare semua details kecuali dua yang tadi yang mana sometimes ada jugak hotel tak provide atau kalau ada pun kena sewa yang tak berapa mahal pun. Tapi bagi aku yang cheapskate baik duit rental towel tu aku beli air caffee latte kat Lawson. Nampak tak kedekutan aku kat situ!

- If nak jimat berat bag lagi, tak perlu bawak makanan kecuali cekedis untuk mamam kosong tengah jalan @ dalam train. Aku bawak brahim, Meggie, serunding, last-last brahim tu aku tinggal je kat sana kasik souvenir kat room cleaner. Tiap-tiap hari aku beli je onigiri tuna/telur 2 ketul dan kenyang nya sampai malam. Balik hotel dah malam so nan ado nya rajin nak g panaskan lauk brahim tu. Baik tido lagi bagus, esok kena bangun awal nak solat tahajjud kejar train awal pagi. Tak pun kalau nak variety sket, bawak Nutella je 1 botol, pastu kat sana beli roti kosong, cicah. Insyaallah berat korang takkan turun nya even kat sana pakai kaki berpuluh km sehari, sebab perut maintain terjaga.

- Kat sini vending machine ada di merata-rata and kebanyakannya sell drinks for 120 yen and above, tetapi ada juga some budget machines that sell them for 100. Ko takkan jumpa dimana-mana pun yang jual barang makan below 100! Never. Except train/bus ticket je. Secara tak langsung kita dah boleh bajet expenses di Jepun bermula daripada RM3 hengget! So be prepared!

Empat - Malaysian People

Untuk trip Jepun ni kan, aku takde lah jumpa ramai sangat rakyat Malaysia. Maybe ramai yang ke Korea tahun ni. Tetapi, untuk beberapa kerat yang terserempak, overall sangat peramah. Within 5 minute bersembang tanya arah dah boleh salam sambil laga pipi walaupun nama tak tahu. Maybe ni aura orang Jepun punya attitude kot, menyebabkan kat sini kita boleh jadi very humble macam diorang... :-)

Lima - Japanese People

Orang Jepun majoriti hensem tanpa perlu operate compared to Kpop. Bersih je mata hari-hari kat sini dicuci, bila pandang orang Jepun yang selalu tersenyum sambil tunduk arigato kat kita.. 

Enam - Itinerary

Percayalah bahawasanya aku & the geng tak sedar diri belaka. Tempoh trip adalah singkat tapi semua tempat nak diterjah. Jauh-jauh pulak tu. Memang kami tak ukur baju dibadan sendiri pun masa ni. Sebab mengenangkan tak tahu bila lagi akan jejak kaki ke sini, kami blasah hentam keromo je pergi tempat yang rasa hati ni melonjak-lonjak nak pergi, biarpun perjalanan memakan masa berejam-rejam sampai rasa kejung bont*t!



Tujuh - Expenses

Belum pape dah cerita pasal duit kan. Bukan aper, sementara aku masih ingat lagi berapa banyak duit aku burn dan sementara now ada sale AirAsia yang aku rasa takder laa murah pun, aku nak kasik laa range berapa budget kot-kot laa sempat lagi sesaper nak beli tiket. 

Dan juga inilah julung-julung kalinya aku catat dengan details duit keluar masuk untuk panduan trip ke sini yang akan datang.. ehhh!

So, ini total perbelanjaan aku selama 1-8 nov di Japan including flight ticket dan payment masa sebelum pergi :

Flight KL-Osaka = RM279
Flight Nagoya - KL = RM282.18
Luggage share = RM93
Flight Meals = RM28
JR Pass = RM920
Insurans 8 days = RM38
Wifi = 177 (share bertiga) = RM59
Hotel 6 nite = RM659

Romance Car + Hakone Pass + Sagano Train + Tateyama Pass + Other Train/Bus + Makan + Gift + Lagho = RM1991

Total = RM3691, per pax


Muka orang mengantuk disorongkan bantal

Lapan - Retiss!

Aku jumpa lagi retis masa trip ni. Pelakon Taiwan seangkatan dengan Andy Lau, Aaron Kwok. Nama nya Nicky Wu. Sila gugel ye. Dia duk depan aku dalam ferry masa trip Hakone route di Lake Ashi. Naik pitam aku duk pikir macam pernah tengok manusia tu. Nasib baik pocket wifi super duper laju, dapat aku google on the spot. Aku rasa rezeki aku memang murah laaa! 

**Jeling2 Bibie Karim


K, selamat membajet!

21 comments:

  1. Aha..berautumn di Jepun lak dia..nampaknya lepas ni byk lah blog ada gambar bunga kunig merah tu (jeling jgk sama BiebiErr, Azra, Jea)

    Setuju..Nasi lemak pak Naser sekarang dh x seperti dulu..perlu tukar ke Nasi lemak kak Limah pulak
    Setuju juga dgn PENDAPAT tu
    Toilet kat sana mmg best..antara tempat yg JM boleh melabur hari2..bila ke negara lain terus sembelit
    Ehem2..tak terpikat ke dgn lelaki Jepung tu hihihi
    Mencik..ritu ke Koya dpat jumpa Kim Tan..pastu ke Jepun jumpa lak Aeron kwok..x aci hihihi

    psst : jgn tangguh lama sgt..x sabar nk baca Nil nyer version nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong taip kan JM... :-)

      - Bkn nak kondem laa kan, tapi mmg mcm makan nasik yang nak bg kat kucing je..
      - Lelaki Jepun yg tak terpikat dgn pempuan bukan Jepun JM, tu masalahnya..

      Delete
  2. pls dtg mood rajin cerita trip Jepun ni..blh kami jadikan rujukan for next year InsyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip Harbin belum habis lg ni...malasnyaaa..
      Tolong doakan Ann, moga kerajinan itu dtg!

      Delete
  3. memula nak cakap, murah weh ko nye insurance.. ko amik ngan company mane? aku amik yg airasia punye RM49 utk 8 hari

    aku mmg agak kecewa skang dengan airasia punye meal.. mahal kemain tapi taste sudah out... nangis dlm hati bayar RM18 for a meal yg ciput n tak sedap

    letak la gambar banyak sket.. mane tau kot2 terbukak hati nak pi berautumn kat jepun lak tahun depan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ambik dari AXA Insurans, total dlm 50++ tp after disc dapat 39.
      Coverage agak ok lah yg aku baca & paham.

      Siyes tak sedap kan meal AirAsia!
      Kite xde lah memilih sangat, nak isi perut je,
      Tapi kot ye pun biarlah makanan yg masuk ke mulut tu berperisa makanan!
      Ni macam ala kadar sangat, asal siap je.

      Nnt kena susun dulu gambar, banyak sangat.
      Tak tahu amende object aku ambik...huhu

      Delete
  4. good info...senang nak bajet nanti
    hopefully dapat jejak kaki ke negara ni one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tnegs Mr.Smile, ni info ikhlas ikut experience diri sendiri je..
      Asalkan ada keinginan, Insyaallah ada rezeki untuk sampai!

      Delete
  5. Jap jap japppppppp. Pelakon Taiwan kan, bukan Hong Kong kan walau dia seangkatan Andy Lau bagai. Ok kalau Taiwan, aku jeling balik tapi pandangan sendu. Kalau HK, sila imagine biji mata aku dah kat dua tapak tangan.

    Btw, budget kita lebih kurang kot. Minus flight & barangmakneka aku beli haritu. Betul kata anda, besar scope besarlah belanja.

    Aku suka toilet diorang juga! Bersih giler. And yes, mamat Jepang adalah hensem2 belaka. Most of them. Yang ni fakta xdapat disangkal. Ramai Msian ke Korea autumn kali ni. Sambil pandang cermin hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelakon Taiwan ke, Hong Kong....diorang satu rumpun hokehhh Miss Bibie!
      Ko jangan alih tajuk ye, yang penting retissss! Ko ader??
      Hak hak hak hakk... (gelak jahat)

      Anw, ko perintis autumn in Korea nampaknya utk tahun nih!
      Syabas bete!

      Delete
  6. Nasi lemak tu mmg ke laut rasa nya!

    ReplyDelete
  7. gila menyampah! tapi akak pun order nasi lemak pak naser yang dulu sedap tapi sekarang dah tak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khen! Gimme 5 kak! Pak Nasir buat ala kadar je nasi lemak dia skrg..
      Bau nasi lemak pun dah takder.. bau aroma kacang goreng je

      Delete
  8. Salam. Hee seronoknya pergi berjalan-jalan wisata ke Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Haa..memang seronok. Sebab,
      Jepun memang ada kelainan dari negara yg dah pernah pergi sblm ni

      Delete
  9. alah! baru booked nasi lemak pak nasir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. G balik ke? Aku masa g mmg hancor. Balik ok sikit 5 percent kot.
      Haha

      Delete
  10. tak sabar nak baca next entry ni...

    ReplyDelete
  11. Thanks info nya, boleh la nanti ke Jepun untuk berlibur :)

    Download film bluray

    ReplyDelete