Saturday, October 18, 2014

:: Harbin Trip 7 - Jihua Changshou Mountain Ski Resort

Uhuk uhuk.. tiup habuk yang berterbangan ...
Aku nak sambung cerita basi... yang tak tahu hujung pangkal ni.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti untuk hari ni sebenarnya last minute plan. Suppose hari ni kami plan untuk ke Yabuli Ski Resort; antara port Ski yang paling famous di Harbin. Kami dah list kan details cara dan kaedah nak pergi tapi bila pikir punya pikir 40 kali, kitorang kena terima kenyataan yang tempat ni memang jauh dari bandar Harbin dan memerlukan turun naik pelbagai public transport.

Bukan apa, setelah berada di Harbin beberapa hari, dan mengalami sendiri pengalaman untuk survive kat sini terutama dari segi language barrier ditambah lagi dengan ketidakcukupan masa, kami mengambil keputusan untuk cancel plan ke Yabuli. Nak tahan teksi, nak bagitau untuk ke tempat yang sejengkal pun payah, lagikan nak turun naik train + taxi + bas dua tiga kali untuk sampai ke Yabuli. Perasaan ngeri tetiba je datang!

Pastu itu diikuti pula dengan perasaan sedehh! Sebab tak dapat main ski!

Maka untuk mengcover perasaan negative demikian, sejak dari semalam kami cuba cari alternatif untuk ganti slot hari ni. Alang-alang dah sampai sini, nak jugalah merasa main ski kan! Dan nasib baiklah Harbin memang ada banyak best spot untuk skiing selain Yabuli.

Sejujurnya, aku tak pernah terperasan pun nama Jihua masa buat research sebab time tu dalam kepala dah aim Yabuli je all time! Tapi bila last minute macam ni, kami terus gigih senaraikan ski resort yang senang untuk pergi dan balik pada hari yang sama dan akhirnya Jihua Ski Resort yang terpilih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, pagi selepas breakfast kami tahan teksi depan hostel. After 3-4 biji teksi ditahan baru lah ada satu teksi berhenti. Chong cheng chong cheng kautim, driver tu angguk dan kami naik berlima.

Ya, berlima. Macam sardin penyet. Keadaan dalam teksi ketika tu.

First thing.. aku tak tahulaa samada kitorang yang salah soalan, atau pakcik driver tu yang tak paham bila kami cakap nak ke Jihua dan tunjuk jumlah jari no 5. Pastu siap bilang dari 1 sampai 5. Dan pakcik driver angguk suruh naik. Dengan purata berat badan masing-masing 48 kg dasar pembohong, kami naik teksi tu susun selang seli ke depan dan belakang macam budak skolah balik naik van berhimpit-himpit. Senak lah Senah woii!

Maybe driver ni nak carik duit lebih, so angkut semua, asal boleh.

Tetapi jangkaan kami MELESET!

Sepanjang jalan bermula dari naik, driver tu start bercakap untuk explain something yang mana satu habuk pun aku tak paham. Dalam bahasa Mandarin, Hokkien, Kantonis.. Tak lupa diselangi bahasa Pantai Timur. Pastu driver tu duk tunjuk-tunjuk kat luar teksi tepi jalan. Macam-macam gaya.

Paling rare aku dapat tangkap, sambil drive tangan nya buat tabik kat kitorg pastu tunjuk depan. Last kopek aku agak dia nak bagitau ada polis kat depan. Gituu..

Tapi rupanya at the end, dia cuma nak explain yang kat depan sana nanti ada lagi satu teksi kawan dia akan tunggu dan half of us kena naik sana sebab tak boleh terlebih muatan sebab nanti kena tahan polis kat tepi jalan dan juga sebab resort tu jauh!!

Derr! Tu je?? Drama betul!

Menyesal aku tido dalam kelas Mandarin!

Maka pindah laa kami 3 orang naik teksi lagi satu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jihua Changshou Mountain Ski Resort ni sebenarnya antara ski resort yang popular jugak lah di Harbin selain Yabuli Resort. Kat sini juga selalu diadakan events untuk top-level professional sport. Jihua resort terletak di Harbin's Binxi National Forest Park, surrounded by mountains berjarak kira-kira 40 km dari Harbin city. Aku bajet 40 km tu takdelah jauh mana macam dari Subang Jaya nak ke KLIA je.

View yang sempat diambil dari teksi

Macam padang jarak padang tekukur

View sepanjang perjalanan sangat superb. Nampak salji je memutih melepak. Diam je kami memasing feeling menikmati keindahan alam sambil layan lagu Gong Xi Fatt Cai yang dimainkan oleh pakcik driver. Aku bajet driver tu mesti bangga sebab ingat kitorg suka, pedahal dalam hati tengah duk pikir berapa laa ko nak caj aku balik kang!

Cuak masa ni sebab aku takder nampak teksi lain pun sepanjang jalan. Hanya teksi kami 2 buah je.

Winter Sonata punya view pun mudah didapati kat sini


Lembu kalis sejuk

Ladang gandum. Kalau tak pun, ladang bikam.


Selepas 20 minit perjalanan, masih nampak kosong macam ni. Terkumat kamit aku duk baca doa hembus satu teksi moga perjalanan kami dilindungi.

Hakikatnya aku rasa macam lama gilerrr nak sampai. Masing-masing jadi cuak dah waktu dalam cab sebab tak tau ke mana driver tu bawak. Seram jugak kot dia jual kitorang kat Mongolia ke. Itu pun kalau laku.

Bila sampai, driver park teksi dan bagitau akan tunggu kitorang untuk balik ke Harbin city. Wajib. Sebab kalau dia tak tunggu, kami kena tidur kat store menyimpan peralatan ski. Dan duit tambang pun, dia suruh bayarkan bila sampai di Harbin nanti.

Legaaa.. Post Guard Untuk ke Resort. Driver yang bayar untuk parking. Kita rilek je diam-diam macam mem besar

Main entrance. Baru kelegaan bila nampak banyak kereta manusia lain.

Cable car untuk pro. Aku half pro, so kite main-main bawah udah laa

Nampak ni dari jauh excited lain macam je perasaan

Then pergi kaunter. Pilih pakej ski. Antara faham dengan tidak, awek manis kat kaunter mintak deposit untuk ski equipment.

Harga

Driver pun tolong untuk permudahkan urusan. Kot dia mintak paw tak tahulah. Aku xfaham

Tengah nak membayar, berlaku masalah untuk menjelaskan perkataan DEPOSIT.

Cong cang cong cang, awek kaunter duk explain. Last, dia bukak handphone taip dalam Google. Maka disini Google Translate amat membantu. Sambil tersenyum simpul, dia tunjukkan handphone kat tangan terpampang hasil carian..

"Owhhhh deposittt... Bakpo mu dok oyak awal-awal mek! Ingatkan gapo dio laa mu nokk!" Kata salah seorang ahli jemaah yakni bukan aku. Malu-malu kucing awek kaunter tu bila kitorang sebut deposit. Ketahuilah diorang ni tahu untuk search translate, tapi tak tahu nak sebut ape yang terpapar.

So pakejnya adalah:

2 hours, RMB180;
3 hours, RMB220;
4 hours, RMB240;
Full day ski, RMB320.

Cable car (for sightseeing): RMB50
Snow bikes: 30 minutes, RMB60

Semua price di atas adalah without instructor. Kitorang yang memang dah level Olympic Ice Skater Kim Yuna ni haruslah kena mengaku pro disebabkan sayang duit nak melebur. So, walau dipujuk rayu oleh beberapa instructor sambil bukak google translate dengan susah payah, kitorang tetapp dengan muka ketat. Sehinggakan ketika tengah pakai kasut, dengan nak kuar gate ke tempat ski pun diorang duk pujuk lagi. Siap cakap, nanti kalau tak pandai senang jatuh laa, mudah cedera laa.. Stress mak!

Tahukah diorang yang duit dalam poket sekarang ni cukup-cukup untuk tambang teksi dengan beli aiskrim kat Zhongyang Pedestrian malam karang jek??

Huh!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pakai kasut, pilih ski pole maka jomm kite!

Sesungguhnya bahagia gila bila pertama kali merasa perkara baru dalam hidup walaupun jatuh terlentang sakit bontot berapa kali tak hengat. Sekali dah terer slide, bising giler mulot becok memasing membangga diri. Main pun kat area depan resort je, takde lah jauh sangat dan tak perlu naik cable car. Nasib baiklah agak ramai jemaah yang bernasib sedehh macam kitorang. So, perasaan segan dan kemalu-maluan tidak ada sama sekali, malah heaven!

Layan je gambar kebahagiaan kami main ski festaim sejak lahir nih!

Manusia kat sini ramai sebenarnya. Tapi kitorg ambil gambar bia nampak mcm takder orang. Padahal sendattt!
Sapa faham apa yang kami cuba nak bagitau ni adalah hebatt!


Tiap kali sesape jatuh, memang kena gelak je
Behind the scene
After 2 jam, kitorang terpaksa menyerah. Penat kaki terkengkang-kengkang berjalan dengan ski boots atas salji licin nih. Kitorg main berempat je, yang sorang lagi tukang ambik gambar. Nasib baik ada kak Intan ni, dialah yang tolong kitorang bangun kalau jatuh terpongeh-pongeh. Aku tak sangka sesusah itu rupanya nak bangun kalau jatuh. Sampai satu tahap kalau takder orang tolong, akan rasa nak stress je nak marah. Sebab sakit hati, kenapa tubuh sendiri tak naik-naik walaupun dah dilonjak berkali-kali.

Dah pulangkan semua ski equipment, kami balik ke bandaraya Harbin dengan taxi driver yang setia menunggu tadi. Kos tambang untuk 2 buah taxi return dalam RM200 lebih kurang. Divided by 5 jadilah RM40 sorang. Dan aku rasa ianya berbaloi.

Sampai hostel, solat dan pergi ke Restoran makcik semalam. Happy je dia tengok kami datang lagi. Time ni dah expert dah. Tunjuk je gambar yang dah ambik semalam kat dia. Tak perlu dah buat lakonan ayam lembu sebabak.

Dengan jaya nya kami berjaya merasai kuih ni. Macam murtabak dan rasanya memang sedap.

Rugged makcik ni posing. Sempat dia baiki rambut.

Lepas makan, sempat pose dengan makcik ni. Beria dia tanggalka apron kat badan dan baiki-baiki baju. Dia bajet kami masukkan dalam National Geographic punya website kot.

Paksa pakcik driver ambik gambar



End of Day 3


7 comments:

  1. wah!! best2...
    pemandangan cantik, harga boleh tahan n pokcik teksi pun baik.. tak taula kalau dia pow.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa kalau dia pow pun xtau..
      tp ok laa..still within budget lagi..

      Delete
  2. Ni dah kira memang level Pro melantung2 kalau dah berani sebut nama Kim Yuna. Tapi murah ah kan teksi tu return cumalah rm200. Aku mati2 tolong congak tadi, budget dalam rm500. Pengalaman sekali seumur hidup, buat kuak lentang gaya macamana sekalipun memang berbaloi. Aku nak try ski gak ah nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa..Kim Yuna tu blajar ngan kitorang aper.!
      Try bibie..jgn tak try!

      Delete
  3. puh...gile stylo mu mek...jeles akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, takat ice skating kt sunway tu celah gigi je kak...
      Meh register ngan saya utk jd instructor Hadif ngan Raisa!

      hahahahahahahahahahaaaaaaa

      Delete
  4. Part terbaring tu paling mahal....Kikiki

    ReplyDelete