Friday, August 22, 2014

:: Well Said...

Al-Fatihah dan salam Takziah buat kaum keluarga dan rakan kepada mangsa MH17. Semoga roh mereka dimuliakan Allah, dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Berkaitan dengan MH17, kita boleh lihat dan baca tentang banyak fakta, isu dan cerita yang dikisahkan tentang kejadian ini. Tapi dalam banyak-banyak pandangan dan juga keyboard warrior yang merapu-rapu yang aku tertengok dan baca, aku sangat terkesan dengan ayat seorang akak blogger ni..


Terkesima jap baca nii...

Kuasa Allah Tiada tandingannya kan.. Apa Hikmah disebalik kejadian ini pun kita tak dapat bayangkan..

Sesungguhnya, masyarakat kita sekarang sangat suka kasik pendapat kat media social tanpa ukur baju di badan sendiri. Tak perasan kain sendiri herot tersingkap, beria komplain pakaian orang lain. Takder nak fikir tentang aib dan maruah orang. Kalau dah nama manusia, perihal orang yang dah pergi pun nak diarguekan lagi... Scary!!


** Tak mampu nak fikirkan bagaimana pengakhiran diri sendiri nanti. Bersedia ataupun tidak.... Allahuakbar!!

1 comment:

  1. masih bincangkan pasal aurat krew???....hurm...yg menutup aurat tu pun belum tentu masuk syurga..kenapalah masih ada org berfikiran cetek mcm tu...sepatutnya kita yg hidup ni muhasabah diri dan takut turn kita pulak nanti ntah esok ntah lusa....huhuuh..Al-Fatihah buat mereka dan semoga mereka berada bersama org-org beriman.

    ReplyDelete