Tuesday, August 12, 2014

:: China Trip 6 - Harbin City View

Sambung dari sini.

Hati gembira berbunga-bunga dapat tengok rimau dari jarak paling dekat seumur hidup. Lagi tinggal nak sentuh belai-belai je tak dapat.

Kami gerak balik dalam pukul 2 petang dengan menaiki taxi van. So muat sumbat kesemua lima orang. Ralit betul layan view bandar Harbin sepanjang perjalanan. Sesungguhnya bandar Harbin adalah sangat besar dan sangat maju dengan bangunan yang tinggi-tinggi menyayup rupa bentuknya. Meleset jangkaan awal aku terhadap Harbin sebelum sampai sini sebab aku bayangkan Harbin ni macam kekampungan sedikit. Hewww..


On the way ke Harbin City


Harbin Railway Station
Terdapat 3 railway stations di Harbin, iaitu Harbin Railway Station, Harbin East Railway Station and Harbin West Railway Station. Kebanyakan train menuju ke Harbin akan melalui Harbin Railway Station as a main station. Manakala train yang bermula dari Harbin West Railway Station adalah high speed trains iaitu train yang mempunyai code number bermula huruf G dan D. 

Dan kitorang merasa turun naik dari kedua-dua station ini.






Lebih kurang 15 minit kami sampai di area hostel. Kesan daripada tengok rimau makan, tetiba kitorang pulak jadi lapar. Balik daripada Siberian Tiger Park kami terus cari kedai makan Muslim yang bersignboard kaler biru yang terletak tidak jauh daripada Kazy Hostel. Masuk kedai, nampak menu maha besar kat dinding. Ok, cun! Tunjuk je lah nak menu yang mana.



Dim Sum
Menu wajib jika ke China
Tauhu Bakar + Cili kering + Isi Ayam

Boleh tahan lah. Ada menu yang sedap, dan ada juga yang kureng. Mana menu sedap kitorang ambil gambar siap-siap. Senang nanti, nak repeat order lain kali. Eh, macam nak stay sini lelama je kan!

Perut dah kenyang, hari dah gelap. Macam biasa, agenda wajib adalah tawaf Zhongyang Pedestrian Street, sajer untuk join the crowd. Tak ketinggalan, acara wajibulghunnah..makan aiskrim!


Kedai Makcik Aiskrim. Rutin Tetap
Zhongyang Underground Street. Gambar bak kena gempa bumi dia punya effect malam.
Malam ni masing-masing entah kenapa tetiba jadi gediks beli winter cap. Syaratnya harus ada tali yang ada bola bulat-bulat, berwarna-warni untuk menambahkan lagi effect gedik. Siap ada yang mempunyai bunjut kat atas macam askar Rusia. Aku beli beberapa helai jugaklah sebab comel dan murah. Bila lagi kan nak merasa gediks semacam. Ni pun menyesal tak beli lagi banyak. Tapi...bila pakai cap ni, secara automatic pandangan manusia terhadap kitorang sedikit kurang. Sebab dah tak nampak tudung bawal masing-masing.

After beli winter cap, singgah minum dan lepak kat satu Restoran Russia ni. Saja nak merasa. Tengah-tengah suhu beku ni, layan coffee secawan dua adalah sangat inzal. Tak lupa ambil gambar ngan tokei walaupun tak tahu tokei ni ikhlas ke tak ambil gambar dengan kitorang.


Coffee Rusia
Roti bakar buat alas perut
Tokei pose untuk ambil hati..

Balik dan tido!

12 comments:

  1. Agak modern juga bandar Harbin ni walau terletak jauh ke utara...dan yang penting boleh dapat makanan halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang moden, tak sangka betul.
      Alhamdulillah, ada jumpa tmpat halal.
      Selebihnya kita tawakal je laa kan

      Delete
  2. Wah nmpk sgt maju bndr harbin ni. Aku pn duk pikir msti mcm kolot2 skit yela dh mcm ke utara sgt china tu. Anyway, dh masuk checklist 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Include nama aku skali...
      Tetiba aku rasa nak pegi lagi!

      Delete
  3. hehe aku pun ingat Harbin ni terkebelakang sket dr bandar2 China lain.. Maju dan moden lahai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kawasan bandar memang moden...
      Bangunannya tinggi-tinggi belaka.. ala2 mcm ko berjalan tawaf area klcc gituuh

      Delete
  4. Semua dah komen pasal bandar Harbin..so JM nk komen pasal makan pulak..ntah lah kalau ke China suka sgt makan masakan dorang tu..kalau boleh sampai nk jilat pinggan tu...SEDAP!!!!...ntah apa dorang letak kan

    psst : JM dh copy semu info kat sini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorg masak dgn penuh kasih sayang..
      ...
      ...
      Kottt..

      Eh, nak pegi bile? jangan lupa rogerr!

      Delete
  5. blogwalking ttibe jumpa blog awak. best gak baca.huhu.
    tp saya ada satu soalan la nk tanya awak. bayangkan ttiba awak tgah seronok bcuti g oversea ni kan ttiba awak dpt panggilan emergency dari family awak suh awak balik . apa yang perlu awak lakukan. bayangkan awak xdapat jmpa otg yg awak syg buat kali terakhir sebab flight delayed. bayangkan.. renungkan dan selamat beramal.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka pikir perkara diluar akal pemikiran.
      Takdir ajal maut semua ditangan Tuhan.
      Once sy start travel, semuanya saya dah serahkan padaNya 100% untuk segala yang bakal terjadi.
      So, siapa saya nak persoalkan apa yang telah ditetapkan olehNya kan!

      Delete
  6. Salam. Hee seronok jalan jalan china.

    ReplyDelete