Thursday, July 17, 2014

:: Harbin Trip 5 - Harbin Siberian Tiger Park

Now, aku agak satu Malaysia tengah annoyed dengan kes steering lock tu kan! Sapa tak rasa marah bila tengok video tragis tuh kan! As a human being and of course kita sebagai orang Melayu yang dikenali dengan adab dan budi bahasa ni, sah-sah kita akan rasa terbakor bila tengok video tu. Tapi kalau dah uncle tu yang jadi mangsa sudah pun memaafkan dan perempuan tu pun sudah memohon maaf dari semua serta dah insaf (katernya), saper lah kita ni as an outsider untuk judge dah jatuhkan hukuman dunia dengan mengutuk dan mengeji sekaligus buka aib dan menjatuhkan maruah orang lain? Dia ikhlas ke tak, tu antara dia dengan Allah lah..

Sometimes aku rasa seremmm dengan penangan hakim dunia thru media social nih. Duk menghukum orang tanpa sedar diri dan tak pikir langsung, camner laa kau nak merangkak cari orang yang kau hukum tu kat padang masyhar nanti untuk mintak maaf!

Ai is scary, u knoww!

Ok, tamat sesi dari ustajah niL. Harap semua cool down okeh! Moh kite sejuk-sejukkan diri dengan cerita Harbin yang slow-slow nak hilang dari ingatan aku nih. :-)


------------------------------------------------------------------------------------

Salah satu sebab kenapa aku sangat excited nak ke Harbin adalah disebabkan tempat nih. Juga dinamakan sebagai one of the largest parks for Siberian tigers in the world;

The Siberian Tiger Park


Siberia Tiger Park, Heilongjiang
Terletak di No. 88, Songbei Street, Daowai District, Harbin City, tiket masuk CNY 90 dan bukak dari pukul 9.00am sehingga 4.00pm. Kami ke park ini straight dari Sun island naik cab. Dekat je, tak sampai dalam 10 minit pun.


Main buiding
Kaunter tiket

Recommended tour dalam 2 jam untuk tawaf sekeliling dan juga masuk muzium. Tapi aku takder pun pergi masuk muzium masa tu, tak boleh brain kenapa.

Ghimau; budak kecik even orang tua sekalipun sedia maklum ianya adalah sejenis binatang dari spesis kucing yang merbahaya tapi manusia tetapp suka.

Siberia Tiger ; atau nama lainnya The Amur Tiger adalah yang terbesar dalam keluarga kucing sekalian. Harimau Siberia ni berbeza daripada harimau lain kerana mereka mempunyai jalur belang yang berwarna pucat dan kurang dan mereka juga mempunyai mane, iaitu bulu yang tumbuh pada leher sebagai tambahan kepada bulu tebal mereka, untuk membantu memastikan mereka panas especially ketika musim winter. Rangka badan harimau Siberia ini pula dikategorikan melalui kebesaran saiz nya yang bersamaan dengan rangka singa.


Besor nya lengan dia woihh. Kattangg, kater org ganu!
Hasil zoom dari coaster, sambil tersepit celah ketiak. Demi mu pak belang!
Siberian Tiger Park adalah taman harimau ke 2 terbesar di China meliputi lebih 1 juta persegi kawasan di utara Sun Island Park sehinggalah ke Songhua River. Ia dijadikan sebagai tempat untuk menempatkan harimau Siberia sekaligus untuk pembiakan. Sehingga kini terdapat lebih 1000 ekor harimau Siberia di park ini bersama-sama dengan kaum keluarga kucing besar yang lain seperti singa, liger dan juga pumas. Dan kira-kira lebih 100 ekor boleh dilihat di sepanjang jalan dalam park ni sekiranya kita masuk tawaf. Yang lain menyorok malu-malu aku bajet.

So untuk masuk dalam ni kita perlu naik van atau coaster yang dah dipasang jeriji pada setiap tingkap. Untuk dapatkan best spot, haruslaa kena ambik seat tepi tingkap awal-awal. Nanti jadi macam kami, masa naik coaster dah nak full. So, redho je lah berebut dan mencelah bawah ketiak ntah saper demi untuk bertentang masa dengan binatang favourite nih.


Kami naik coaster van yang macam ni. Sumber; Google
Keadaan dalam coaster, sibuk amat manusia-manusia ni sampai tak sempat nak duduk
Untuk 1st section, park ini dibahagi-bahagikan mengikut kategori antaranya wild mature tigers yang berusia dalam lingkungan 7-8 tahun. Another area dalam park ini dedicated to the younger and active tigers yang berusia dalam lingkungan umur 2 tahun.

Kita boleh bezakan fizikal rimau ni dan gaya lagak mereka mengikut setiap area. Ada yang stylo duk tempat tinggi macam dalam movie Lion King tu sambil kepala menyombong dengan leher tinggi pandang keliling, ala-ala Tok Ketua. Yang ni kira yang otai dan veteran lah kat sini. Yang muda-muda biasa jalan dalam group dan tak menyombong sangatt..

Selain tu, terdapat juga a few lions yang coexist stay sini peacefully bersama Siberian tigers.

Yang pasti, each part ada pintu besar yang akan terbuka dan ditutup secara automatic kalau kita nak lalu, dan pintu ini adalah amat banyak. Waktu memula 1st gate dibuka, tetiba rasa serammm je sengsorang membayangkan rimau yang gigit orang macam dalam movie. Padahal takder pape pun. Poyo je!


Seram sejuk masa ni. Macam nak melawat penjara
Nampak pulak view hutan macam nii..
Real view dalam park. Kesan alji masih ada. Kalau Januari, akan nampak putih je merata-rata. Mesti lagi superb masa tu!
So, after masuk tu, bila jumpa je sekor yang tengah berlenggang kangkung jalan secara solo, terus jadi havoc dan bergegar satu van, excited. Semua dalam van tu tak kira dewasa dan kanak-kanak jadi histeria kecuali driver, sebab kegembiraan boleh tengok rimau besar ni dalam jarak paling dekat seumur hidup. 

Kalau ko pergi zoo negara jangan harap dapat tengok macam ni. Aku dah pergi zoo 2x, ghimau situ asyik tidooo jek!

So, bila rimau ni lalu di sebelah kiri van, maka ke kiri lah semua. Bila jumpe disebelah kanan, maka beramai-ramai akan terjah ke kanan. Penyet jap bebudak yang ada dalam van ni kene himpir dek orang tua yang excited nak tengok rimau secara live. 


First rimau yang ditemui bila mula masuk park ni
Sombong giler, tak pandang pun kitorg. Kenyang sangat dah kott
Harus diingat, ghimau kat sini bukan macam yang kat Pattaya, Thailand tu yang dibela dalam zoo, dibelai, dimandi dan di training jangan makan manusia.

No..no..no..

Ghimau Siberia dalam park ini dibela, tetapi dilepaskan meliar macam dalam hutan tu dan bergerak bebas tanpa cages. Bezanya ia diletakkan dalam satu kawasan yang sangat besar under pihak kawalan pihak berwajib.


Shot yang aku paling like after bertungkus lumus berebut port tepi tingkap. Owh, hai handsome!

So, lepas jumpa sekor, jumpa pulak yang tengah bersantai dengan kaum keluarga masing-masing berkelompok dan juga yang tengah bergaduh sesama sendiri. Macam-macam perangai lah. Lagilaa histeria keadaan apabila van tu sengaja berhenti dan tetiba rimau tu datang dekat sambil menggesel-gesel badan kat van. 

Rimau datang, van gerak, rimau kejar.

Oh my, feeling ketakutan dalam masa yang sama excited kegembiraan. Macam tengah shot movie je perasaan. Heaven!

Kalau datang waktu lunch maybe boleh tengok secara live rimau ni diberi makan. Ada truck yang akan dump lembu sekor dan time tu jugak rimau ni berpesta. Tapi masa time kitorang pergi, dah lepas feeding time kot.


Aku nak rasa feel macam ni benornya. Tapi takder rezeki nampaknya. Maybe masa aku pergi ni rimau dalam gate besor dah diberi makan kot.
Habis tawaf dengan van, ada section ke 2 iaitu walking area. Sini disediakan platform yang ada glass di kiri dan kanan untuk pelawat berjalan kaki melalui harimau yang tengah berjalan bebas. Masa ni lah boleh kalau nak feeling kasik makan kat ghimau ni. Ada dijual ayam dan daging lupa harga berapa. Bayar dan baling. Terharu kot, bila tengok rimau ni berebut nak ngap makanan kita kasik.

Kalau mampu, beli laa ayam..try rasa camner perasaan kasik rimau makan!
Muka tengah aim nak berebut
Tengah meeting. Apa agaknya lauk kita malam ni ye!
Area last sebelum exit ada cages yang menempatkan keluarga jauh harimau antaranya ligers (hybrid breed), leopards, panthers dan juga black jaguars. Ohh..dekat yang amat boleh tengok thru glass.


Cheetah
Snow Tiger
White Lion. Sendu je tengok lion ni. Macam di anak tirikan je. Maklumlah, ni park untuk tiger, so lion ni tempelan je
Liger; World's biggest cat
Susah betul nak ambil gambar Liger ni. Duk tergolek je manjang
Pantera Onca aka Panthers
Panjang umur kita jumpa lagi ..
Lebih kurang 3 jam jugak kami ada kat sini sebelum balik dengan muka puas hati. Tahan cab 2 bijik, nego dan driver hantar sampai hostel. Dari hostel kami jalan kaki carik kedai Muslim baru yang dah di aim semalam.


15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Memang menarik. Antara port wajib di Harbin nih!

      Delete
  3. Berbaloi masuk ni... banyak betul ghimaunya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1000 ekor. Memang sangat berbaloi lah

      Delete
  4. uishhh! tak penah tgk lagi harimau sebanyak nih! menarikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat banyak John.
      Heaven rasanya bila sekeliling pusing nampak oren hitam je di mana-mana

      Delete
  5. Ya Allah hensem nye sume!! Paling aku tertarik si Onca tu. Ceh siap bagi nama. Tapi hensem ah. Kakak kucing berkata2. Mampu bela kucing je. Katanye ghimau lain nyorok sebab malu, cer try turun & say hi. Memang malu sungguh diorang berkejaran serbu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hensem kan! Kalau lah boleh dipegang laagi laa hensem.
      Tapi rimau dlm ni yang pure treat mcm dlm hutan tu, so tak leh nak belai2 beramah mesra dengan sewang-wenangnya

      Delete
  6. Banyaknya rimau, gebu2 plak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best naa kalau bleh pegang seko dua...tp apakan daya..

      Delete
  7. Amboii paling cun si snow tiger tuh. Mcm best je.
    Ni tgh aim nak pegi safari kat jakarta mcm runningman arituh. Nak pegi sini tak mampu lagi.

    Selamat hari raya nil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slamat Hari Raya Syida..walaupun terlambat. :-)

      Delete
  8. ya Ampun...cantik, ayu, gebu, bersih semua rimau ni..rasa cam nak buat bantal pelok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg gebu JM..tapi sayang tak boleh nak sentuh..
      Ni jenis ghimau tak makan saman semuanya nih

      Delete