Thursday, June 26, 2014

:: Transformers : Age of Extinction

Sesaje nak komen movie: 


Sebagai peminat tegar Transformers dari zaman pop yeh yeh dulu lagi, aku dah selamat tengok latest sequel Transformers : Age of Extinction pada pagi semalam, Khamis 26 Jun, jam 12.05 am habis pukul 2.45 am.

Ye, memang gigih pepagi buta. Walaupun assignment nak hantar minggu ni belum siap dan Sabtu ada presentation dan slide tak buat satu haper pun. Tapi demi mu Optimus Prime aku sanggup!

*Lap air mata Optimus Prime*


Dan aku nak tengok awal sebab tak nak tengok dalam bulan puasa. Bulan nak buat amal jariah banyak katernya.. 



So, verdict?

Member sebelah kiri aku selamat hanyut masa tengah climax dan sebelah kanan tersengguk-sengguk. Aku je yang gigih tahan mata sebab tanak dah tengok lagi sekali if tak faham.

Sebagai penonton yang dah tengok semua series Transformers ni, aku berharaplah something yang special di Age of Extinction dan kenyataannya, tak ada. Dengan duration 165 minit, Age of Extinction aku rasa antara sequel terpanjang berbanding yang sebelum ni. 1st time aku tak sabar tunggu nak habis. So, tak payah lah expect ada robot canggih design latest. Sebab robot sebelum ni dah sehabis canggih dah.

Optimus Prime banyak bebel pulak kali ni, macam pakcik-pakcik. Terganggu konsentrasi aku nak fokus. Maybe sebab dia dah tua kot. Ehh..

Kesimpulannya; 

Transformers Series 2 : Revenge of the Fallen adalah paling terbaik pada pendapatan aku. Marilah kita tunggu Transformers 5 pada 2016 pula. Semoga Optimus Prime jadi lebih cool masa tu.




Ikhlas, dari lubuk hati nurani yang paling dalam.

- hadrawillin bee -

11 comments:

  1. halamak, baru je beli tiket tadik, nak pi tengok sat lagik lepas keje.... adekah aku kene lower my expectation... huhuuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko kena tgk dengan berlapang dada gittew..Mybe persepsi ko xsama ngan aku kot..

      Delete
  2. - hadrawillin bee -

    huntunglah boleh tengok...akak kena layan tanah kubur je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motippp!
      Takper, tengok Tanah Kubur dapat pahala.
      Tengok Transformers dapat ketawa jek..

      Beza kak!

      Delete
  3. motip comment aku hilnag.. sampai hati nilli.. ke memang xkuar

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..aku pun xtau weh...giler kejap blog ni..gamba pun,xkuar baru ni xtau nape

      Delete
  4. Masih tak sempat tgk citer ni lagik. :(

    ReplyDelete
  5. Perghh...TRANSFORMER..mmg TORBAIEK...tgk sambil tahan kencing sbb x nk miss setaip scene..rugi sape tk g tgk..bumblebee dan jadi hadrawillin bee kata nya hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bumble bee tu..wpun dia robot..
      Gaya nya nampak mcm hensem dan macho je. Tak gittu JM?
      Hehehehe

      Delete