Tuesday, June 3, 2014

:: The Heirs Trip 12 - Busan || Jinhae Cherry Blossom Festival

Last entry Korea. Gambar adalah banyak. Maafkan kiranya salah bahasa, salah info, salah taip, gambar tak sama dengan caption, salah gambar tak cun, senget, hudohh, salah keji dan salah riak.. Yang buruk datang dari hadrawillin, yang baik datang dari-Nya. World Peace.. 한국을 사랑해요!

----------------------------------------
Aku rasa nak muntah entry bebanyak gini. Camner aa orang yang sangat rajin mengupdate blog everyday ni. Saspek aa diorang..


JINHAE CHERRY BLOSSOM FESTIVAL. CHECKED!

Jinhae.

Nama yang tak glamer pun untuk para fanatik Korea. Jinhae tu takder lah se-mainstream macam Nami kot. Aku pun tak pernah alert apa yang ada kat sini sehinggalah tetiba je ternampak ada highlight festival sini melalui Korea Tourism Website betul-betul pada hari kami berada kat Busan. 

So, study sehabis study, aku decide nak jugakkk pergi walaupun kaedah nak ke situ macam sedikit complicated. Time tu, itinerary kat Busan dah siap. Tapi aku tak kisah, separate group pun separate laaa.. Tak dapat berjalan bandar Busan pun takper. Once in a life kan date travel nak terkena tepat dengan tarikh. Kesian diri sendiri! Haha..



So, aku tanya pendapat yang lain. Ada yang kurang setuju, ada yang cakap tak sempat, ada yang nak follow majoriti je dan ada yang paling sadiss, lost teruss, tak tau paper. Ntah-ntah tau ke tak nak ke Busan ni. Hohoooo..jangan ingat Kak Kiah je ada masalah dengan travel member. Trip Korea kali ni memang kasik aku pecah kepala tak hengattt benornya. Hadam je dalam hati sambil layan blossom! Warna-warna kehidupan travel bak kata Perdana Menteri aka Pencerita Maya!

Owh, untuk yang masih confuse, PM adalah travel partner aku, dan aku adalah travel partner PM. So, trip itinerary of koz ah sama, gambar pun lebih kurang sebab berada pada situasi yang sama, ko ambik ambar aku dan aku ambil gambar ko. What you give you get back; kata Mat Salleh.

Kelainan adalah hanya melalui penceritaan yang mana mengikut daya ingatan masing-masing. Sini sah-sah laa aku tak ingat fakta, sebab PM makan kismis hari-hari tapi aku makan semut..

So, as a backup, aku masukkan kedua-dua plan, untuk tour Busan dan Jinhae as a 2nd choice dalam tour book. Kat sana nanti suka hati lah sesaper nak  ikut plan mana. Tepuk dada tanya keimanan masing-masing.

Kami sampai di Busan dari Jeju pada pukul 9 malam. Kemudian dari Airport transfer to Line 2 at Sasang Station dan get off di Haeundae Station untuk ke Hostel The New Day, Busan. Hostel ni best, dekat yang amat dengan station, tetapi kedudukan Haeundae Station ni agak di penghujung station jugak lah. Jenuh berdiri dalam train tu. 

Overall hostel ni ok. Bilik ok, breakfast ada, rooftop cun homaiii..

TETAPI..

Mandi berjemaah??

Oh, terpaku jap aku memula tengok. 5 menet pertama aku duk berkira-kira sanggup ke tak hadap bau badan sendiri, if tak mandi. Sanggup aku sembur perfume satu botol atau pun mandi duduk dalam jamban kalau share camni. Tapiik, jamban pun no air. Howw! 

Tapi tak lama, harapan bersinar kembali, bila Pak Mail bagitau kat level atas, level rooftop ada bathroom sebijik, tak payah share. So, dapatlah aku kembali berwangian di sini.

Pada hari kejadian, kami bangun awal selepas dapat sedikit sebanyak info daripada mamat Korea receptionist cute masa register semalam. Kitorang adalaa tanya dia, which the best time to visit Jinhae. Kot laa ada suggestion selepas subuh ke, isyak ke..

Dia jawab.. kalau time sekarang ni, apa-apa time pun the best time dan pergi masa bila pun akan sesak dengan manusia, tinggal sanggup ke tak je nak bersesak. Whohooo..jawapan tak membantu di situ..

Anyway, kena pergi jugakk. Dah sampai khenn!

How to go, panjang sikit ceritanya. Aku follow blog somebody ni yang aku dah lupa apa namanya. Print screen step by step info dia kasik.

Jinhae Gunhangje Festival ini terletak di Changwon, Gyeongsangnam-do, and this is not only Korea’s largest cherry blossom festival tetapi juga antara festival yang terbesar di Korea with approximately 2 million annual visitors. So, bayangkan kebesaran dan kesesatan yang bakal kami tempuhi.

Festival ni bermula dari 1 April-10 April setiap tahun dan ianya merangkumi satu kawasan bandar Jinhae yang penuh sarat blossom berbunga. There are possibly more cherry blossom trees to be seen here than in any other location in Korea. Kat sini siap ada recommended course lagi untuk visitor yang datang. Kalau tengok map Jinhae ni nampak kecik jek, tapi bila dah sampai mak aiii, aku rasa nak bawak kaki spare jek 3 pasang. 

Directions to Jinhae:

Ada 2 cara untuk ke Jinhae. 

By KTX dan by bus. Dengan bas, ada yang bernombor dan ada juga bus direct.

Kami pilih untuk naik bas direct je. Memandangkan kami dari The New Day Hostel, kami terus ke Sasang Station di green line, ambil exit 5 towards ke Seobu Bus Terminal. Kiranya, keluar dari exit 5 tu, ke kiri dan akan nampak Macdonalds, terus je jalan straight dan the Bus Terminal should be in sight. Nampak manusia ke arah tu dan bas banyak-banyak tu iyolahh.



Kat terminal ni boleh lah untuk beli tiket direct ke Jinhae berharga 5100 won untuk one way. Cari kaunter kat dalam tu yang tertulis Jinhae dan sebut je Jinhae, tak perlu ayat panjang mukadimah dan bagitau tiket untuk berapa orang. Simple. Bus interval ke Jinhae dalam 15-20mins dan mengambil masa kira-kira 1 jam perjalanan lah untuk sampai terus direct ke Jinhae Bus Terminal. Kat sini tak dapat lah nak beli return ticket, sebab tiket balik kena beli kat Jinhae Station, tempat sama kita turun nanti.

Luckily, masa kami sampai ni terminal ni, kurang manusia, maybe belum bangun tidur lagi. So, kami tak perlu beratur dan lagi sekali bernasib baik, bas untuk ke Jinhae sudah ada kat luar bersedia untuk bergerak di platform 17. Cepat-cepat driver suruh naik. Nasib ler semuanya dapat tempat duduk. Nombor seat takder ye, duduk je mana tempat kosong.

Awal perjalanan layan ler jugak view blossom yang berbunga lebat sepanjang perjalanan, tapi tak lama. Tau-tau dah krohhh...krohhh..

Tau-tau, dan sampai di Jinhae Bus Terminal. So, turunlah dalam keadaan mamai, tak tau nak ke mana. Tetiba je manusia-manusia yang turun sama dengan kami tadi dah hilang. Lost!


Bus station di Jinhae
Turun je dari bas tadi..wahhh.. blossom adalah di mana-mana. Bersepahh! Masa ni, dah boleh rasa dah feel cherry blossom atmosphere menyerap dalam hati..ranum! Terus feeling-feeling dalam hati ada taman. Masa ni bunga raya tolak tepi dulu..



Kami ikut je lah manusia ramai-ramai jalan. Actually tak ramai mana pun manusia masa tu. Maybe awal lagi. Tapi kami terus jalan ke arah gerai jualan, agak-agak je situ kot main place untuk festival ni. Banyak gerai yang jual food & snacks, 'cadbury', game stalls and random stuffs! 


Masih lengang
Sotong kering. Best!
Redah lah di sepanjang gerai-gerai yang bersimpang siur yang ada jual pelbagai makanan daripada tobboki sampailah penjualan 'hidung' cadbury. Di penghujung jalan ada roundabout besarr dan ditengahnya dibina sebuah pentas untuk diadakan show. Banyak kerusi yang disusun didepan stage tu, dan waktu ni manusia baru nak beransur-ansur muncul. 


Roundabout. Jumpa group of family dari Malaysia kat sini. Rare!
Preparation untuk show.

Then, ada guide untuk tunjuk jalan kat sini. Dengan menggunakan little English, bersungguh-sungguh guide ni explain pada kami dengan tersekat-sekat. Siap ambik nafas sat, cari the best word untuk explain. Tabik ajusshi!


Ajusshi ni explain in English, tapi tulis dalam Hangeul. Mampoo nak fahamm!
Anyway, dapat sikit info yang sangat membantu, dan terus sambung jalan... 

Melalui underground..

Jumpa makanan, stop. Try, beli, tapau. Sambung jalan lagi..



Sambil berjalan dengan menikmati kuih ketuk tadi, sehinggalah nun, di depan mata..

Taraaaa!

Yeojwacheon Stream! 

Homaaiii.. 

The endless canopy of cherry blossoms! Gituh namanya diberi. Bukan aku yang beri tapii..

Hilang akal jap kat sini weh! Blossom menutupi kepala memasing sampai tak nampak ruang langit.  Ambil masa berejam jugak lah kat sini kitorang berkhayal sesama sendiri, berselfie dan berselfoot. Kalau kitorang yang menggelupur normal laa kan, tapi bila tengok rakyat marhaen korea sendiri pun macam angau, macam tak pernah tengok blossom, jadi macam fascinating sangat. Haha..

Stream ni sangat panjang. Sangatt. Tak larat untuk sampai ke penghujung. Berjalan di Korea ni memang betul-betul kena fit. Patut orang Korea, kakinya chantekk!.


Sumpah, nak ambil gambar pun tak gheti lagilaa aku ni dah sah-sah tak gheti nak ambil gambar..

Satu-satunya aku frust kat sini adalah tak dapat ke Gyeonghwa Station. Yeojwacheon Bridge dengan Gyeonghwa Station adalah one of the top three spots kat Jinhae for taking photos dengan cherry blossoms.. Kami tak sure camner nak ke situ dan agak jauh jugak nak berjalan kaki. Lagipun, dah semua orang nak naik cable car. 

Gyeonghwa Station. Gambar ihsan gugel. Kalau secara saintifiknya, dan kalau pandai ambik gambar agaknya cantik macam ni lah kot.

Kalau ikut course, banyak jugaklah yang kena redah ni. Kaki dah laa separuh OKU. Dengan laparnya, semua adaa!



Perati gelagat manusia kat sini adalah perkara yang sangat ohsem. Macam-macam gaya, macam-macam peel. Sesiapa tak kisah pun apa korang nak buat asal jangan terjun dari stream ni dah..



Ada signboard besar, untuk cari arah
Behind the scene!
Last trip katanya!
Kaum ibu muda Korea
Tetiba ada yang terselit
Giyowoo!
Teknik pose ni Win!. Ce bayang kan macamana si Aminah ni gigih usaha nak membuktikan dia dah checkin sini!
Dia ni photographer. Ambik gambar kami si manusia berkerudung. Dah kasik email, tapi tak dapat pun lagi gambar sampai sekarang.

Makan lagii.


Aku bajet, diorang ni bukan naaakk sangat makan aiskrim ni. Niat tak menghalalkan cara diorang tu aku memang dah hapal lama dahh!
Tobboki dan sotong kering kat sini sedapp! Tapi berhati-hatilah dengan signboard di atas kedai. Sebab ada kedai yang jual tobboki dengan 'hidung' cadbury secara together-gether. 


Nampak.. cadbury tengah pose-pose model kat signboard tu
Masa ni on the way untuk ke cable car. Maka beratur lah dekat sejam dengan kaki OKU tu untuk naik ke atas. Nak naik tangga boleh, takder masalah. Tapi kalau dibayar pun aku dah tak sanggup time ni.

Padehal, biasa-biasa je kat atas tu. Lawa lah, bukan tak lawa, still cherry blossom everywhere..tapi macam biasa, aku expect more lah sebab dah macam separuh nyawa beratur berjemaah tu.


Tangga untuk ke atas. Di sebelah rail cable car
Penatnyaa, bila dah sampai atas.

On the way balik, tengok habang-habang askar buat show. Tapi sempat sikit je. Blossom kat sini betul-betul attract kami sampai tak sempat nak layan mende lain.





Hampir pukul 3 petang jugak lah kami berada di sini. Tu pun rasa macam tak cukup je masa. Tapi mengenangkan nak berebut bas untuk balik, terpaksa lah beransur. Nasib kami agak baik, beratur sekejap je masa nak balik. If lewat lagi 10 menet, memang kena tunggu 2 kali bas lah jawabnya.

Babai Jinhae. Panjang usia ketemu lagi..


Aiskerim Jinhae sebagai penutup trip.


Yang lenguh tangan,

Cha Eung Sang.

19 comments:

  1. Superb view... this is the BEST place to view cherry blossom in korea... harus aku terjah jugak nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruskan Azra..Sale utk thn depan kan tengah berlangsung skrg..
      ape laagi

      Delete
  2. Cun jgk stream ni..kalau compare tu nami memang nami sangat mainstream. Tak ke jumpe sakura wana pink or kuning kt sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takk..
      Aku jumpa sakura kaler ni jek..
      Beza nya sikit dan banyakk..

      Delete
  3. ya Allah ya Allah ya Allah.. canteknyerrrrrr tempat niiiii... ok Kak Kiah begitu mencemburui kamu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next Trip lah kak kiah..
      Pastu jangan lupa ajak saya..
      Saya kan sportinggg!

      Delete
  4. Gambar tak cantik katanya...ketuk kepala berkali-kali...betul ke ni...cantik sgttttttttttttt..ok..ok..noted..Jinhae...mu tggu aku dtg next year

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar main taram je JM wehh..
      Snap sambil pejam mata..
      Halal je lah ape objek yang masukk...haha

      Delete
  5. homai cantiknya sini....tak sia sia datang sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat tak sia-sia lah..
      Betul-betul masa yang memang terkena dengan peak blossom..
      Syukur sangatt2!

      Delete
  6. Gila lawa semua cherry blossom tu!!! Sebenarnya kan, Jinhae nilah tujuan utama aku nak bersakura bagai. Terutama kat jambatan chenta tulah. Banyak kali aku belek brochure kawan aku bagi dulu. Dengan railway tu sume. Tetiba beli tiket gi Jepang. Sibaik sakura meriah gak.

    Jadinya untuk nak jadi fair, next spring kena laksanakan niat berJinhae. Ceduk info infi kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Homaaiii..memang lawaa bibie..
      Jangan luper nanti pegi kat Train Station tu nnt kalo ko pergi..
      Kitorang tak sempat hari tuu..Sedehh!

      Delete
  7. lawa giler blossom tu semua...mmg berbaloi2 dtg sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi lah.
      Even beli tiket setahun awal..nasib baik date tiket terkena dengan date blossom

      Delete
  8. Do you pre book bus ticket at Jinhae to Sasang when you arrived Jinhae station?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ly Tang

      No pre book needed.
      Just do not come back too late to avoid long queues
      :-)

      Delete
  9. Sis... Masa pegi ni brp hb? Bestnyaaa dot masa full bloom. 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni 1 April sis...event ni 1-10 april every year

      Delete
  10. Saya plan nak ke jinhae 7 april 2017. Rasanya byk lagi tak cherry blossom?

    ReplyDelete