Thursday, June 12, 2014

:: Harbin Trip 2 - Harbin Aku Datang !!

Tepat jam 5.30 pagi kami dah berkumpul di lobby hotel. Petang semalam kami dah booking transport dengan pihak hotel untuk hantar kami ke Beijing Railway Station memandangkan ticket train adalah pada pukul 7 pagi. Tak nak lah mengambil risiko yang remeh, kami book je siap-siap. Satu van untuk 5 orang adalah berharga 200Y. Ya, mahal.. tapi apakan daya, kami insan yang lemah..

Perjalanan dari hotel ke railway station adalah dekat okeh! Adalah dalam 5-7 minit drive. Tapi even dekat, cab tak sure senang dapat ke tak untuk hantar waktu pagi buta tu. Kat sini, kena sampai awal kat station at least an hour before the train leaves lah tapi kalau pada holidays better dalam 2 hour before untuk selamat. Dan naakk lagi selamat, tak payah lah cari pasal datang ke China masa musim perayaan. Sesak woihh!

Pukul 5.45 am kami sampai dan kelihatan manusia selautan. China memang ohsem... pagi-pagi buta macam ni pun manusia dah macam sardin. Ramainya manusia kat sini.

Untuk boarding ada 3 step. 1st dari pintu di luar station, waktu nak masuk memula tu dah kena tunjukkan tiket. Beratur panjang lah masa tu, sebab semua orang sibuk nak tunjukkan tiket masing-masing.

Kemudian, step ke-2, scan luggage, masuk dalam waiting room. Dalam waiting room semua mata memandang model berlima ini masuk. So catwalk lah kami dengan berhemah. Masa tu jam 6.10 minit. Ingatkan lambat lagi gate untuk gate train ke Harbin bukak, so yang lain sempatlah pergi jalan-jalan check kawasan. Aku kena jaga beg. Motip sangat manusia-manusia punya perangai.


Manusia yang tengah stress tengah guard bag
Tetiba Hana dari jauh, rushing datang bagitau gate dah open. Teruss melilau cari ahli tudung bawal lain. Nasib baik dia pi usha-usha. Kitorang tak tahu pun gate masuk tu kat sebelah lorong kiri. Pada signboard dan juga announcement semuanya dalam bahasa cina. Nasib baik lah kami tau nombor Train D29 tu. Syukur sangat. Kalau tak maybe lah Jan 2015 ni ada lagi muka aku kat sana sebab tak puas hati..


Selepas signboard tu masuk ke kiri ialah laluan untuk ke arah gate check in train
Sangat besar lah Beijing Railway Station nih. Kena banyak bertanya untuk tahu jalan. Nak senang, tunjukan ajer tiket train.
Train type D ni adalah bullet train ke 2 laju di China dengan top speed ialah 250km/hour. Paling laju ialah G train iaitu 400km/hour. Makin laju, makin mahal. Types of train mengikut huruf di depannya dan boleh refer sini.

Kemudian, ambil bag masing-masing..redah ke arah step ke 3! Check tiket/passport dan turun naik tangga and walk with the flow of people ke arah platform. Jarak dari gate masuk tadi tu dengan platform memang perghhhh.... 

Pagi-pagi aku dah berzikir dah. Train dan platform banyakkkkkk okeh. Bila dah jumpa platform, nun..gerabak paling hujung pulakk. Suhu sejuk, tapi dalam baju peluh dah keluar dah. Hazabedah!


Keadaan 2nd class seat
Ada railway staff at the door of each carriage, tunjuk tiket, dan masuk. Kami beli yang Second class seat, 1 row 5 pax. So, selesa sangatlah. bersebelahan je. Senang sharing dan passing meggie, roti dengan Nutella.
Tiket. Lebih kurang je dengan mana-mana tiket train lain. Nyawa nih. Kalau hilang, memang menangis tak berlagu lah. So jaga bebaik.
Breakfast kami
Kami dah mandi pagi tadi!
Perjalanan mengambil masa 8 jam. Daripada permulaan perjalanan, kami dihadapkan dengan permandangan ranting kayu kering sehinggalah semakin beransur-ansur berubah kepada permandangan yang memutih. 


Yang ni aku tak sure tapak ladang ke sawah padi. Tapi macam best..boleh main ski.

Putih seputihnya. Nampak pulak rumah-rumah dan ladang yang dilitupi salji, homaii sangat lah cantik! GEBUUU!



Maka sebok lah memasing masa tu ambil kamera hentam snap tak tahu object. Tak cukup dslr, kamera handphone semua balun je. Aku masa tu harapkan orang di belakang tu memahami je perasaan grup tudung bawal yang tinggal di negara Khatulistiwa nih.


Suhu inside and outside
Makin lama makin hilang rumah-rumah dan ladang manusia.. Yang kelihatan hanyalah tanah lapang yang seputihnya. Masa tu suhu inside train adalah 22C, dan boleh dilihatpada panel berdekatan dengan tempat letak bag di atas dalam train. 

Dan tepat pukul 3.05, tak lebih dan tak kurang kami sampai di Harbin West Station. Sistem pengangkutan di China kan antara yang terhebat di dunia, harus lah on time!

Kami turun lambat, sebab malas nak berebut. Kaluar je dari gerabak..

Oh my, THIS IS SNOW!! Terus je jadi cakap omputih!


Saleji
We Are Here!
Bag besar dari tuan sampai tak nampak kepala. Gigih orang ni nak bergaya, bawak baju banyak, last-last baju kat luar je yang nampak.
Escalator untuk naik ke atas
Akibat dari kejakunan, kami jadi yang terpaling lambat keluar dari platform. Naik escalator ke tingkat atas dan lost..macam tak biasa. Kemudian nampak manusia ramai beratur di satu pintu. Owh, tempat menunggu cab rupanya.

Kami pun join beratur lah. Ada laluan yang dibina khas untuk beratur menunggu cab yang dihadang besi, so takder lah konsep berebut-rebut dan potong que. Baguss. Aku suka!

So, selama 20 minit beratur itu geng tudung bawal ini adalah glamer macam retisss!

Eh, tips aku..kalau sesiapa yang nak ke China, better pergi pada musim sejuk. Sebab bila sejuk, bau badan manusia tidak lah ketara. Dengan kata lain, even tak mandi seminggu pun, belum ada bau. Ini dinamakan The power of suhu sejukk.

Sampai turn kami, kena ambil 2 cab sebab kami berlima dan bag adalah gajah duduk. Maka dengan confident aku tunjuk lah tour book yang ada tertulis alamat hostel dalam bahasa China. Piyoorrr tulisan China.

TAPI..

Still diorang confuse. Aku takder tulis dalam bahasa Yindia, Tamil, Korea mahupun bahasa German. Tapi dalam bahasa CINA. Itupun kat 3 minit duk bincang sesama sendiri. Masa tu aku dah cuak dah, betul ke tak aku tulis nih. Rasanya dah copy paste sebijik sejibun dah dari internet.

Lamaa diorang bincang, then disuruh masuk. 

Kuar je dari station, wahhh. Salji bertubi-tubi turun dari luar cab dengan lebatnya. Agak sebokk jugalah wiper cab pakcik ni sapu cermin depan sebab tak nampak jalan. 



Kami book Kazy International Youth Hostel Harbin yang terletak di pedestrian road Zhongyang Dajie. Hostel ni memang strategik, terletak di tengah-tengah center bandar Harbin. Kalau ikutkan sekiranya naik public transport, hanya 3 stops by bus dari Harbin train station. Tetapi, bila naik cab ni aku agak dalam 15 minit gitu, baru kami sampai di lokasi hostel. 

Masa cab stop, aku tak nampak lagi bangunan hostel tu yang mana satu. Confuse kot pakcik cab ni salah bawak. Dan la tadi diorang macam confuse je dengan address hostel yang kitorang tunjuk. Tapi pakcik cab tu confident duk tunjuk kat satu logo pada pintu gerbang depan kami dan nampak lah signboard Youth Hostel. Okeh..gembira dah sampai.


S.A.M.B.U.N.G


Zài jiàn,

Ng Nìě Lìě -

21 comments:

  1. never heard of harbin before. dia ala2 countryside ye. mesti calming je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harbin more to Russian..
      Sgt banyak laa pengaruh Russian kat sini..
      Nnt next entry akan ada disoksek kan serba sedikit..
      Tapi tak tau bila rajin nih...Hehe

      Delete
  2. oh..bestnya salji..
    "Do you want build a snowman??"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... penat pk tajuk..
      Lupa nak buat tajukk tu...
      Ok, tunggu next entry!

      Delete
  3. oh sungguh jeles dgn trip ini.. lari2 nyorok belakang pintu.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plz Jea...grab tiket Beijing cepattt!

      Delete
    2. Tolong bawakan aku ke Harbin dgn stori ko..

      Push2 ko kuat2 suh siapkan entry cepat...hehe

      Delete
    3. Baguss, push banyak2..kuat2
      Aku pun xtau setakat mana semangat askar China aku ni bertahan nak menulis..
      Haha

      Delete
  4. Sungguh best.. China mmg unexpected.. sometimes, aku rase.. China lagi cantik from NZ.. A lot of surprises.. (mati la kena condem ngn orang suke NZ nih.. kkekee)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, aku pun memang suka China...VERY!
      NZ memang cantik tak dapat dinafikan (wpun belum sampai lagi, baru tengok gambar), Tapi
      China cantik yang full of mistery..
      Dan juga perkara-perkara RARE..
      That's why I love CHINA

      *Tetiba jadi duta China*

      Delete
  5. Harbin is one of the places i want to go... sighh..bila la nak sampai...Bulan berapa u all pergi ni ya...? ada snow semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harbin lawaa..
      Kitorang pergi date tak cun.. dr 27 feb - 31 March
      Tapi boleh laa..ada pro & cons date kitorg nih.

      The best date dari Dec - Early Feb
      Sebab Festival Snow berlangsung masa tu

      Delete
  6. okeh nak kene pegi jugak nih! hiks. insyaALLAH. kalo pegi musim sejuk ni, kene get ready byk outwear jela kalo bg mereka yg suka bergaya. hiks. tp kalo sejuk kejung, nak pose pn ala2 patung lilin dah. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko bawak semua kaler John. Gerenti puas hati. Kat sana diorg memang pakai berwarna warni..meriahh sangatt!

      Delete
  7. Patutlah Puan Fatimah risau pun, anak dara dia tetiba dah lantik diri sendiri jadi Duta China. Confuse orang tua tu bila masa ada keturunan Cina mengalir dalam darah. Ke memang ada niL?

    View area memutih siap ngan pokok togel tu memang fav aku! Selamanya bagitau diri akan suka winter. Tu pasal aku excited lebih bila dapat tau ko-and-geng-bawal-lain ke Harbin. Menggeletis2 hati nak collect info. Kena pegi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Darah aku darah pahlawan..xde darah cina pun. Sebab tu aku slalu melawan! Haha
      Pergi wehh..jgn xpergi. Yg penting.. Timing kena betul!

      Delete
  8. fuhhh...truja baca pasal harbin nie....Insyallah..duk kira2..next year mau pegi nie....:)

    ReplyDelete
  9. Tgh cecari info harbin terjumpa blog ni.wow..nk kena bc ni A to Z..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciku. Entry tak habis lagi ni.
      Tak tau bile mood rajin dtg

      Delete
  10. best nyer.. bleh contact nak tau lebih lanjut.

    ReplyDelete