Thursday, June 5, 2014

:: Beijing Trip 1 - Nǐ Hǎo Beijing !

Nǐ Hǎo Beijing!

Hǎo Jiǔ Bù Jiàn!!


This is one of the best trip yang pernah berlaku kat aku sejak aku terjebak dalam profession yang menghabiskan duit ni. Semua trip best benornya. Tapi ni sedikit special sebab jumpa first snow. Matilaa jakunn!

Trip ni berlaku sebulan sebelum trip blossom Korea. Yakni perbezaan waktu hanyalah 22 hari je aku sempat makan nasik lemak di Malaysia. So, bayangkan amarah Pn. Fatimah waktu bagi syarahan kat aku live melalui telepon. Diam je laa sambil tadah telinga..

Bila dia dah penat...

Haper mende yang ada kat China tu aaa?
Apa yang dapat?
Kalau kumpul duit dah boleh pegi haji dahh!
Orang lain dah beli rumah 2-3 bijik..
Ko apa yang ada?

Ok..ok..ni laaast trip ke China.. Lassttt!

Dari dulu last..last..
Takderr habis ponn..

Ok, mak aku memang tak sporting. That's it!

Tapi aku hebat pujuk okeh!

Kelentong sebenarnya.... matilaaa, dasar Tanggang..

-------------------------------------------------------------

Walaupun aku dah banyak kali balik kampung ke China, but this is my first time jejak kaki kat Beijing, ibukota China. Sedey.. 

Maybe sebab aku duk tunggu tiket termurah kot. In case kalau Pn. Fatimah nak tengok bukti tiket murah, at least aku boleh tunjuk dengan riaknya bukti kemurahan ituu.

Ahli group kali ni adalah berlima total. Tapi sorang dah tunggu kat sana. Flight pada pukul 7.10 petang, 25 Feb 2014 dari Malaysia dan tiba di Terminal 2, Beijing Capital International Airport jam 1.15 pagi esoknya. Of course lah jadi gelandangan di airport kalau dah sampai waktu macam ni.

Pagi ni tak berapa ramai manusia kat airport. Settle urusan luggage, kami cari port baekk untuk layan mata. Dapatlah kerusi panjang disebelah toilet untuk memudahkan urusan kecil dan besar. Ada beberapa kumpulan manusia yang sudah selamat bermimpi sambil ketiduran.

Kami sempat solat jamak kat tepi pintu masuk hujung sambil orang lalu lalang kat sebelah. Nasib baik masih di awal pagi, jumlah yang lalu takder lah ramai sangat. Tapi yang menjadi masalah, sorang pakcik dekat kerusi kitorang. Daripada kami sampai, hinggalah masuk subuh dia duk tengokk je. Maybe sebab kepelikan tudung kami kot. Nasib baik pakai bawal Kanggaroo 5 hengget je, kalau Paridah? Harus dia mintak sehelai sebab kagum tengok kami pakai kain beropol tuh..

Conclusionnya, kami tak dapat tidur pun malam tu. Tawaf laa airport yang tak berapa besar tu, sambil bersiap keluarkan winter jacket masing-masing.

Tepat jam 6.50 kami dah terpacak depan kaunter tiket train berhadapan di Arrival floor, opposite to No.9 gate of Terminal 2; Counter No.22. Ngam-ngam pukul 7, kami serbu!

-------------------------------------------------------------

Okayy...actually Beijing ni bukan lah highlight trip kali ni. Target kami adalah;

HARBIN! 

Mu tunggu aku datang!!!



Harbin ni adalah cita-cita aku.. lamaaa.. Bila tengok tiket sale ke Beijing, aku tak fikir panjang dah. Walhal masa tu tiket Korea April dah ada dalam genggaman. Untuk ke Harbin pulak, date yang sesuai ialah pada Jan-Feb. Tapi we have no choice. Habis darab tolak tambah kira cuti, dapat lah date walaupun kami tau masa tu dah hujung Febuary dan maybe snow di Harbin dah jadi limau ais suam..tapi itu je peluang kami. Nak beli hujung January, tengah Tahun Baru China. Lagi cari pasal pergi waktu tu. Maka berserah je beli tiket yang ada.

KUL-Beijing : RM493 perpax

So first thing yang perlu dibuat bila dah sampai di airport adalah; change train ticket di kaunter. Tiket train ni aku dah book awal thru website Travelchinaguide, setelah diriki-riki selama beberapa bulan sebelum decide untuk beli je online. Kalau nak beli direct dari kaunter bila dah sampai sana, takut habis. So kami tanak ambil risiko datang jauh-jauh tapi kechewa duka lara.


Kaunter tiket di sebelah Money Changer. Tapi duit Malaysia tak laku nak tukar kat sini.
Banyak timbang tara yang perlu diambil kira untuk trip ni. Maklumlah, dah la tak pernah sampai, tempat ni pun jauh, guide takder, language barrier lagi. Info pun banyak dari outsider. Aku nak gak tau review daripada Malaysian kalau boleh, tapi limited sangat. Anyway, thanks to Naramas Aman untuk very informative info thru her blog..tqvm

So, website Travelchinaguide ni helpful sangat-sangat lah.  Reply email pun fast. Kami bayar thru WesternUnion sebab aku tak gheti pakai paypal. Haha.. Selepas bayar, diorang akan issue the train ticket. Biasanya ticket akan open at least sebulan sebelum date. So, kalau kita book dan bayar awal pun, diorang still kena tunggu ticket open gak dulu. Jadi pandai-pandailah bajet laa bila nak beli. 

Bila ticket dah issue diorang akan emailkan paper ticket untuk kita print dan tunjukkan masa nak collect real ticket kat kaunter. Tempat nak collect ni boleh pilihlah either kat airport atau di train station atau dihantar kat Hotel. Ikut kesenangan masing-masing.

So 2 months before travel date, aku dah start book tiket untuk return. Details ticket as per below.

February 27 Beijing/Harbin West D29 07:00/15:09
●Ticket Class: Second Class Seat
●Ticket price: CNY306.50net per ticket
●Service charge: CNY60.00 per ticket
●Passenger(s): X 5
●Total: CNY1832.5/USD306.00

March 2 Harbin/Beijing Z2 21:41/07:30
●Ticket Class: Soft Seat
●Ticket price: CNY241.50net per ticket
●Service charge: CNY60.00 per ticket
●Passenger(s): X 4
●Total: CNY1206/USD201.00

March 2 Harbin West/Beijing D30 14:26/22:22
●Ticket Class: First Class Seat
●Ticket price: CNY420.50net per ticket
●Service charge: CNY60.00 per ticket
●Passenger(s): X 1
●Total: CNY480.5/USD81.00


Grand Total: USD587.00. Sila convert sendiri!

Tiket untuk 5 orang. Sorang ahli jemaah sampai Beijing awal sehari sebab naik MAS dan balik pun awal sehari. Sebab tu tiket balik dr Harbin ke Beijing ada 2 types. Dia balik sorang ke Beijing so ambik 1st class untuk keselesaan. Kami yang lain ambil standard seat je, tak ambil bed pun. Sebab aku tak selesa untuk tidur katil berkeroyok bekas orang lain tidur. Haha... (refer trip Guilin). Kiranya total kami berlima lah untuk trip ni.
-------------------------------------------------------------

Selesai hal ticket kami naik Airport Express Train Station untuk ke Dongzhimen St. From Dongzhimen, take Line 2 untuk ke Yonghegong Lama Temple St. dan transfer di Line 5 untuk ke Dongsi Station dan Exit pintu C.

Kaluar dari Dongsi Station, homaiiii!
Suhu dalam 5°C. Checked!

Jalan kaki tergigil-gigil sambil bawak beban 11kg dalam dalam masa 8 minutes untuk ke 161 Hotel. 



Route 161 Hotel:

Dongsi Station exit C --> ke kiri (dalam 10 langkah nampak simpang empat dan kirinya ada taman kecil) --> ke kiri dan melepasi taman kecil --> jalan terus lagi sampai nampak signboard kedai bertajuk express --> masuk kiri --> dalam 10 langkah sampai ke 161 Hotel.


Sini pun jumpa Kim Tan.
Hotel ni bagus. Staff baik, boleh cakap omputih. Bilik pun best walapun sedikit kecik. Book kat Agoda lagi murah rasanya. Eh, tapi agoda tak tolak lah duit untuk 1st night tidur sini sampailah sekarang. Howw??

Kami simpan bag dulu dan jumpa K.Intan, new member yang dah sampai awal. Lapar. Makan kat restoran halal di sebelah kiri hotel. 

Restoran halal kat sini, memang muslim lah ownernya.. Tapi ada jual beer dalam fridge. Beer tu wajib dalam mana-mana kedai di Beijing ni sebenarnya. 
......
......
......

Order time!

Tokei kedai tengah sibuk kat dapur. Dia suruh kami pilih dan order. So, dah pilih, panggil lah tokei nya nak tunjuk.

Tapiiii

Dia sibuk amat. Tengah uli roti kot. Ibu roti tu tengah mengamuk-amuk nak naik mengembang, tu yang dia bz giler kot sampai tak sempat nak layan customer..

Tetiba tokei tu kaluar dan kasik pen dengan kertas suruh kami tulis order..

And this is the menu..
Menu kedai pakcik yang super bizi. Ada Fahamm?
(bunyi cengkerik..)

You tell me, what aim supposed to write here??

Pakcik ni gurau kasar nampak. Tak perasan ke kami ni pakai tudung bawal, bermata bundar dan berkulit sawo matang? Haishh..

Takder jalan lain..

Aku nak makan ni. Menu yang ditepek kat dinding. Macam sedapp. Jadi aku tiru je sebijik sejibuk.


Menu nasi dengan telur je. Gigih aku tulis dan angkat kepala 40 kali nak refer

Hasil aku tiru sebijik-sebijik, sambil disupport orang ahli jemaah yang dah kebuluran.
Sama takk?

Walaupun aku ambik Mandarin 3 sem dulu, jangan hingat tulisan cina ini senang! Haram aku tak paham apa mende aku buat nih!

Setel tulis 3 menu untuk order, sebab 3 orang je nak makan, pastu share-share je lah.

Tapii, at the end, kami dapat 4 menu okeh.


Hasil. Sedappp mak aii..
Saper-saper boleh tolong explainkan ape mende kami tulih kat atas tuh. Aku memang curious nak tauu..

Lepas makan dengan tanda tanya, kami bergerak ke Yashow Market. Nak shopping. Agenda wajib, sebab kami datang sini pakai kasut bodow je. Sejuk beku kaki gue!


Checked In
Boyfriend ada dimana-mana
Compius jugak nak ke Yashow ni. Baca dari gugel macam senang, tapi nak apply dalam real situation musykil jugak lah. Direction, cari je kat gugel, sama je kaedahnya tapi aku yang tak cerdik.


Tengok pokok tak berdaun ni pun dah boleh bayangkan betapa sejuk nya masa ni..
Landmark Yashow
Aku ingatkan open concept Yashow ni. Rupanya in the building
Kasut kat sini berlambak, cantek dan murah-murah giler! Tapi standard lah bila pilihan banyak depan mata, secara automatic nak cari yang berkenan adalah susah. Last-last setiap orang rembat je boot sorang satu sebab dah penat berjalan. Dapatlah harga dalam range RM25-RM70. Yang 70 hengget tu sebab tak pandai menawar. Nasib lahh.


Bersama hasil rampasan
Dalam itinerary bukan main banyak agenda hari ni. Tapi nan ado dapat diikut. Selepas shopping, hari dah petang. Kami sempat singgah tawaf di sekitar Nu Jie Mosque jer. Tu pun hujan rintik-rintik, jadi sukar untuk berjalan.

Kemudian hampir malam, sambung ke Beijing Olympic Park nak tengok view malam, alang-alang dah sampai sini kann. Tapi hujan renyai-renyai. Menggigil-gigil badan bila hujan beramas mesra dengan suhu 1°C. Aku pulak hanya pakai cotton jacket kat luar, wool jacket dan tshirt je kat dalam. Long John buat pekasam dalam bag. 
Beijing Olympic Park
Manusia yang suka main hujan
On the way balik, singgah kedai baju area 161 Hotel. Eh, dah 3-4 kali lalu..tak sangka pulak murahh. Laagi murah dari Yashow.. Orang lain beli selai sorang Winter jacket tapi aku beli 2 lai sebab murah..dan sebab aku xder baju dan lastly sebab aku tamak. Selai RM25-RM40, mau ko tak rakuss?

Dah penat sangat, moh balik tidur je lah. Esok nak kena bangun awal!

End of day 1. 

Wǎnshang hǎo Beijing!


-niL-

18 comments:

  1. Puan Fatimah terpaksa memahami...anakonda berhobi nafsu besar. Huhu.

    Aku dah lama tunggu ko cerita pasal Harbin ni. Sebab ada sorang kawan dah sorong bantal super empuk kat aku...sambil nyanyi lagu berlirik Jom gi Harbin. Nampaknye macam cerah je peluang nak menjejak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhobi nafsu besar, tapi berpoket nipiss..
      Pasai tuu laa dia bimbang.

      Booking cepat, for this coming Januari lahh

      Delete
  2. wahhh syiok nih pi harbin...amboi Bie ko pun nakpi harbin?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Syiok..
      Walaupun date tak berapa ngam.. tapi ada hikmah nya
      Huhu

      Delete
  3. kesat air mata dan hingus terkenangkan trip ni. Satu hari nanti akanku jejak juga beijing dan harbin. waaaa.

    visa china valid lagi sampai Mac 2015. how???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aper lagi...Harbin hujung Jan 2015 laa
      Fly dari Ulu Klang. Ader brani???

      Hahahahahahahaaaaaaa...

      Delete
  4. Omaiii..tulisan order nasik tuh terbaik! Apa je la panjang bebeno tulisannya untuk nasik ngan telur...ke tulisan tu siap tulis ingredients yg digunakan? Hahhahaha..beetabah je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Order nasik tu mmg hazab ok syida..
      Dah laa order satu..tapi dapat 2...
      Tak tahulah apa maksud tulisan tu..huhu

      Delete
  5. niL : kalau ada rakan travel ni..ke mana nk pegi pun menjadi je..kalau macam JM ni kalau nk travel sensorang je lah nampaknya..Hamoii Bie...dh ada munger2 tu...DJ...jom kita travel 2 nak..TAPI risau gak sbb sesape yg travel ngan JM mesti akan SENTAP hahaha

    niL : ya ampun nak order kena tulis sendiri...nasin baik pernah belajar mandarin 3 sem...time tulis gak gak rupa..kalau JM yg tulis...ntah bahasa ARAB yg keluar...dak pun bahasa Korea..camna tu haa..kalau susah sgt..mmg kebulur lah hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM..
      Rakan travel bakal berhijrah dah nanti...kurang lah ahli jemaah nampaknya...
      Kalo JM, tulis je bahasa Arab..kot laa pakcik kedai tu mmg ada blajar Arab..mana tau kan!

      Delete
  6. Pandainya tulis tulisan cina...heheh.
    Menu nasik nampak lagi sedap dari dlm gambar sebab selalunya terbalik..dlm menu bukan main gah bila sampa order..hampeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiru Cik Viva..Tiruuu
      Tu yang sakit kepala duk angkat..tunduk..40x

      Menu order tak cantik..tapi rasanya superb!
      Or..maybe kitorg lapar sangat kot...huhu

      Delete
  7. Ha..ha.. Pn Fatimah sama macam my mum and dad... intipati lecturenya pn sama... naik bernanah telinga mendengar TAPI perjuangan harus diteruskan...ha..ha.. walau apa pon yg mendatang...kikiki.... Kalau p Harbin bulan December ok x Nil? Tp bkn this year la..x tau la december 2020 ka...he..he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak..semuanya sama kan!
      Dalam hati diorang duk berdebar je..kite taksedar dunia pergi berjoli...

      Dec ok...tapi Harbin Ice Festival belum start lagi masa tu..
      Utk tahun ni dari Jan 5, 2014 sehingga Feb 28
      Tapi masa kitorang pergi ni dah habis..takder rezeki

      Delete
    2. Stdnts saya start sem jan..so confirm jan x leh p.. insyaalah December tu mmg dh cun sngt date nyer.. saya nk ke xian juga... hmmm... may be blh combine ke.. tngk ler nanti... semngt waja nih... haha

      Delete
    3. Cantik!
      Xian dalam list juga.
      Cadang nak terus nak ke Changsa...
      Planning semua dah ada..
      Tapi nak direalisasikan entah bila

      Delete
  8. 西红柿鸡蛋盖饭 Xīhóngshì jīdàn gài fàn Scrambled Eggs and Tomatoes with rice
    尖椒土豆丝盖饭 Jiān jiāo tǔdòu sī gài fàn Pepper and Potato with rice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, baru noticed this comment. Sorry..
      Anw, thank you very much for the info, Anony! :-)

      Delete