Saturday, June 21, 2014

:: Harbin Trip 4 - Harbin Polarland, Sun Island Park & Songhua River

Pagi ni pukul 4.30 bangun Subuh. Selepas solat, masing-masing pegang handphone lah sebab waktu ni Wifi nya over laju. Pastu mula lah berebut nak mandi. Kitorang kat sini rajin; everyday 2 kali sehari mandi. Walaupun suhu sini sejuk 3 kali ganda dari Guilin, tapi tetap mandi. Maybe sebab bilik ni warm dek heater, so kuranglah rasa sejuk itu.

Selepas mandi maka bermulalah acara menepek warmer pad di seluruh badan masing-masing. Warmer pad adalah untuk ditepekkan di kawasan anggota badan yang mudah sejuk, terutama tapak kaki. Ada banyak jenis warmer pad iaitu hand warmer/ leg warmer/ foot warmer dan pocket warmer. Kitorang bawak 3 jenis iaitu foot, body dan pocket warmer. Tak cukup, beli pulak kat sini. Kiranya warm pad ni memang antara perkara wajib lah kena ada. Kat daiso pun ada jual. Sama je design & brand dengan yang dijual di China. Kalau tak mahu memberatkan bag, boleh je beli di sini.

Harga, RM25 untuk 10 pieces (badan) dan RM15 untuk 10 pieces (foot)


Contoh warmer pad yang cute, ada pelbagai rupa dan saiz dan tujuan.
Kalau ikut kaedah pemakaian diri sendiri, siang hari akan ditepek pada kedua belah peha, pada kedua tapak kaki, pada atas tapak kaki, dan juga standby pada pocket. Pada yang kurus selim melim boleh lah tampal kat badan, kat perut. Tapi aku tak tepek pun kat badan, banyak ke arah kaki dan tangan sebab lemak kat perut sudah boleh menampung kesejukan. Hak hak..

So, overall lebih kurang 8-10 keping warmer pad lah melekap kat badan aku setiap waktu bila nak keluar. Tu pun serasa tak mencukupi apabila angin siberia kus kus terkena halus ke pipi. 

Itu baru pada siang hari. Kalau pada waktu malam, kena pakai warmer pad baru dan kadang akan double tepek pada beberapa tempat. Limit warmer pad adalah biasanya 4 jam tapi aku selalu pakai je seharian. So, imaginelah banyak mana yang perlu ada stock warmer pad setiap orang. 

Tapi harus diingat, warmer pad ni perlu ditepek di atas alas baju dan di bawah lapisan stokin bukan direct diatas kulit. Kalau tepek atas kulit, boleh melecur habaq hang. Begitulah terjadi pada salah seorang ahli jemaah kami yang ada tepek kat peha, diatas lapisan long john. Tetiba bila nak tanggalkan selepas seharian, lebam seakan lecur. Aku pun tak tahu apesal jadi macam tu, maybe sebab lama sangat kot duk kat peha..

So, tak boleh sebarangan tepek. Aku try bukak satu paket warm pad ni, isi kandungan dalamnya seperti seakan-akan bau belerang. Ala yang macam dalam mercun tu. Itu yang aku terbau laa.

Ada yang menanya kaedah pemakaian di sini untuk menahan diri daripada suhu Harbin. So, this is based on my experience baru-baru ni untuk suhu hujung Febuary lah ye:

Lapisan 1st - Haruslah Long John. Long John aku bawak 2 jenis je. Sepasang aku beli kat Universal Traveller di Matta Fair untuk suhu under -20c berharga RM130. Normal price around RM180-RM200 rasanya. Long John kedua, aku beli Campri Thermal Top rege RM30 each untuk baju dan seluar dan aku kirim dari orang di UK. Baju ni terbaik bagi aku, nipis daripada yang Universal Traveller tu tapi sangat best! Nak basuh pun cepat kering. So, kedua-dua ni aku pakai gilir-gilir. Dan jangan lupa, beli sepasang, baju dan seluar. Jangan beli baju je. Kaki tu kena jaga. Kalau kaki yang kejung, apa pun tak boleh!

Contoh Campri Thermal. Sini.

*Kat UK tengah ada sale di Sportdirect, harga Campri Thermal £2.29 je untuk baju. Wee wee!

So, di atas lapisan long john ni lah untuk ditepek warmer pad pada satu badan.

Lapisan kedua ialah t-shirt, kalau nak pakai, then fleece jacket atau wool jacket. Yang ni penting, sebab ianya adalah penebat haba yang utama jugak laa selain Long john. Paling last adalah Winter Jacket. Bawak selai je dari Malaysia, pastu beli je kat China. Harga tersangatlah murah tak tercapai akal. Kitorang dapat rembat yang berharga RM40 dan RM30. Haruslah takder brand glamer like H&M dan Universal Traveller, tapi functionnya tetap sama. Lagi best pun ader!

Lastly boot yang ada bulu biri-biri dalam tu. Tak kisah la bulu lain pun asal ada bulu tu as a penebat. Make sure cari boot yang sampai ke betis atau kepala lutut. Dapat yang lagi tinggi sampai peha lagi bagus, lagi best untuk cover sejuk. Tapi kalau nak main salji atau walk in atas ais licin kena beli boot yang cengkam tapaknya. Function nya lain daripada boot gedik biasa macam aku beli tu. Di sini, boot seperti tu dijual secara berleluasa kalau nak beli. Harga sedikit mahallah, around RM70-RM130 maybe. Tapi don't worry, anda akan dapat bermesra dengan ais tanpa batasan!

Jangan lupa juga muffler scarf dan winter glove. Muffler amat berguna untuk tutup mulut dan hidung sebab haba daripada pernafasan kita boleh lah menghangatkan muka dan pipi daripada beku. Sebab tu aku selalu tutup muka dengan muffler tu, sebab pipi mulus aku adalah nipis dan cepat sejuk. *Tetiba* 

Winter glove tak payah la beli yang kat daiso tu. Yang situ, untuk spring dan autumn dan main ais kat ICT boleh la. Tapi untuk suhu Harbin, setebal mungkin. Ski glove lagi baik, takderlah basah nak main salji. Ski glove aku beli dari Universal Traveller rege RM30

Lain; winter cap atau earmuffs boleh ditambah untuk menambahkan kegedikan dalam gambar. Winter cap kat Harbin ada pelbagai pesen. Ko nak version askar rusia, version kpop, version rabbit semua ada. Aku jadi giler kat winter cap masa di Harbin ni tak tau naper. At the end, aku bawak balik 4 jenis dan tengah pikir masa bila aku nak pakai kat Malaysia nih. 

Owh, jangan lupa krim muka dan badan. Aku ada bawak set Hada Labo dan sejenis cream yang dibeli di Beijing untuk disapu di muka dan anggota badan. Boleh refer sini. Tetapi hanya bertahan hari pertama dan kedua je. Lepas tu tak jalan. Ubat doktor pun tak jalan. So aku redho je. Memang pesen kulit muka aku ni jenis boleh dipakai kat Malaysia je. 
---------------------------------------------------------------------------------------

Selesai menyiapkan diri dan breakfast roti dan meggie, kami keluar ke arah jalan besar depan hostel dan tahan teksi. Kami memang main redah je lah tahan teksi kat tepi jalan dan nasib baik teksi kat sini memang banyak. 

Ada beberapa cara untuk ke Sun Island Park. Selain naik bas dan juga teksi, boleh juga untuk menaiki cable car yang terletak di Tongjiang Street. Dan sekiranya bukan pada musim winter bolehlah naik boat dari Flood Prevention Cenotaph Square, Jiuzhan Square ataupun di area Daowai Qidao Dock. Boat tak available during Ice and Snow Festival because of the icy water.



Memandangkan kami nak menjimatkan masa, maka kami memilih untuk menaiki teksi dan 2 teksi diperlukan disebabkan kami berlima. Teksi adalah kenderaan utama yang kami gunakan sewaktu di Harbin. Bas ada, tapi masalah bahasa menyebabkan lagi prefer teksi lah. Untuk sesiapa yang nak datang ke Harbin, make sure datang dalam group at least paling ramai berempat. Jangan berlima macam kitorang. Agak susah lah untuk dapatkan 2 teksi serentak. Tak susah mana, tapi sedikit mencabar. Dah dapat 1 teksi, nak kena carik teksi lain lagi. Rugi masa dan rugi duit!

Rugi untuk bayar 2 teksi, bila yang naik hanya bertiga dan berdua!

Kami tunjukkan alamat tempat kepada driver yang sudah ditranslate dalam tulisan China dan bila diorang angguk, boleh lah naik. Ada driver ada yang suka bersembang dan ada yang diam je sepanjang jalan. Bila bersembang pun, kita hanya boleh senyum je lah. Kang ramah terlebih mahal pulak kena caj!

SUN ISLAND


Landmark Sun Island
Kami sampai di Sun Island Park, tempat wajib datang apabila berada di Harbin,  pada pukul 8.45 pagi. Dekat je Sun Island Park ini sebenarnya, dalam 15 minit perjalanan dengan teksi tadi dari Kazy Hostel. Bayaran teksi 40Y untuk satu teksi. Teksi lagi sebuah caj 30Y je. Caittt! 


Entrance
Entrance Gate
Kaunter tiket
So bila semua dah sampai, beli tiket dan tawaf. 


Boot dan peralatan untuk menggelupur atas salji ada dijual di depan entrance if terlupa bawak
Harga tiket berbeza ketika Festival berlangsung iaitu mencecah sehingga 240Y untuk dewasa. Kebiasaannya tiket masuk diambil secara pakej dengan transport dan diuruskan oleh tempat menginap untuk kesenangan. So, disebabkan waktu kami disini festival dah habis, maka kami hanya perlu bayar 30Y je untuk entrance. 


Sun Island Park ialah sebuah pulau kecil yang terletak menyeberangi Songhua River. Kalau normal day, iaitu bukan time winter, boleh lah naik boat untuk ke Songhua River dengan harga 10 yuan je. Pulau ini adalah hot tourist spot terutama Harbin Snow and Ice Festival yang diadakan disini. 

Seperti yang aku dah bagitau awal, date kami tak cantik. Suppose datang nak tengok Festival snow lah kan, tapi terlewat. Salji dah start mencair. So ader jugalah ice sculpture yang masih teguh berdiri dan ada juga yang dah runtuh dan juga diruntuhkan. Ketika kami sampai tu ada beberapa pekerja yang sedang membersihkan ais yang dah runtuh.


Makcik, pesal tak tunggu kitorg datang dulu baru bersihkan salji!

Kena datang lagi nampaknya..

So, masuk je nampak nih!
Kaum keluarga Pak Gajah yang tengah menunggu masa
Yang ni masih kukuh. Aku tak sure ni simbol apa
Sisa sambutan Chinese New Year
Antara yang ada di sini
Nampak rupa ais ni dah menggerutu sebab nak mencair
Professor sedang buat kajian tentang keruntuhan salji
Sini, sangat licin. Aku tak dapat nak mendekat sangat sebab asyik nak tersembam je
Sini boleh laa jalan jugak slow2. Sebab ais nya still kesat
Kesinambungan dari Songhua River tadi
Kami pusing je lah menikmati apa yang ada. Agak besar jugalah kawasan ni sampai mengah berjalan. Dan jumlah pengujung pun still ada walaupun tak ramai. Bagus juga bila tak ramai, dapatlah kami buat aksi jakun main salji.


Ini Salji
Pose band underground
Candid!
Sliding

Sempat juga lah kami main slide dalam ni. Hyper giler sengsorang. Nak ke arah slide pun bukan main payah sebab di kawasan tu memang hover licin lah. So better untuk yang datang ke sini, pakai but yang tapaknya mencengkam dan dikhaskan untuk berjalan di atas ais. Di sekitar Harbin ada banyak but untuk ais yang dijual. Depan pintu masuk tadi pun ada. So, don't worry, sediakan duit je.

Main mende ni best. Dekat je depan mata, tapi nak  pergi ke sini mak ai...10 menet berjalan sebab licin!
Muka puas hati boleh main slide
Mostly dalam ni laluan beku dimerata-rata. So perlu berhati-hati untuk berjalan dan kena cari laluan yang betul-betul boleh dilalui dengan hanya menggunakan but mencengkam, bukan macam kami pakai. Nanti kang tak pasal-pasal je tersembam!
Muka-muka jakun
Ni pemenang kategori jakun! 
SONGHUA RIVER

Dari Sun Island Park boleh nampak Songhua River yang membeku. Speechless bila tengok sungai beku memanjang sayup di depan mata. Hebat ciptaaan-Nya. Dan kelihatan juga beberapa manusia yang berjalan di atasnya, ada yang menyeberang untuk ke Sun Island dan ada juga yang sedang memancing. Kalau but cengkam tu ada nakkk jugak aku try. Macam best tuh!


Best kalau tau skating. Boleh test power kat sini

Lebih kurang 2 jam juga kami habiskan masa dalam Sun Island Park ni. Keluar dari main entrance dan terus ke Harbin Polarland yang terletak opposite dengan Sun Island. 


Manusia tengah kagum tengok sungai beku
Last posing

HARBIN POLARLAND

Harbin Polarland ini adalah the first theme park of polar land scenes di China. Tiket masuk adalah 100Y per pax.


Awek kat kaunter tiket ni cute. Duk main pass pass untuk layan kitorg nak beli tiket. Bukan sebab sombong, tapi tak tau nak speaking. Speaking pun malu-malu je
Di Harbin Polarland ni, kita bolehlah merasa pengalaman kehidupan polar region. Melalui glass display yang besar untuk setiap haiwan, kita boleh lihat dengan jelas antaranya the pure penguin family of South Polar dan juga polar bear brothers yang seriously besar dan sangat active. 



Susah weh nak ambik gambar peguin nih. Ke hulu ke hilir berenang. Tau aa terer, eksyen beno tunjuk skil berenang sekor-sekor.

Dan bawah ni adalah polar bear brothers; sekor abang yang pemalu dan sekor lagi adik yang aktif. Berlagak giler si adik tu bila ramai pengunjung duk ambik gambar dia. Berlagak yang comel! Best peluk wat tidur ni.


Abang. Aku main agak je. Sebab dia cool!
Ni si adik yang eksyen. Tapi tobat cute.
Dan juga menganjing! 

Kat sini ada juga wild arctic wolves yang diperkenalkan pertama kali di Asia dan suka tidur sepanjang hari dan juga arctic fox brothers yang suka berlari pada running machine. 


Masa kitorg tengok ni, dia tidur je. Malas nak lari. Puas kejutkan ..ketuk-ketuk glass.
Yang ni comel betul. Kalau lah boleh pegang


Dan yang paling thrill adalah polar land animal show iaitu performance yang dipersembahkan oleh walrus. The walrus show ni tak mengambil masa yang lama pun dan trainers pun sangat friendly to the animal dan juga tourist. Pool pun besar. Kesemua show kat sini dalam bahasa China dan ada juga translation in Russian. Tapi kedua-duanya kami nganga!

Di sini juga boleh tengok White whales show yang juga dipanggil Beluga Whale yang telah di trained very very well. Show ini hanya ada pada waktu tertentu je iaitu pada pukul 1, 3 and 5 petang. So make sure jangan ketinggalan sebab ini adalah antara the best show di Harbin Polarland ini.


Apesal aku tengok macam rupa dugong aa?
Feeling giler perasaanya masa tengok show ni. Siap pasang lagu titanic! Cute nya whale tu takyah cakap laa! Cerdik pulak tu. Rasa nak pegang belai-belai je. Best bila tengok whale ni follow instruction dari trainer pempuan tu, macam sayang amat lah dekat trainer memasing. Ikut je diorang suruh buat apa, siap peluk dan kiss-kiss.



Selain itu, ada juga glass di pertunjukkan sekali aquarium besar yang menempatkan pelbagai jenis ikan dan haiwan laut seperti shark.

Dan ada juga obor-obor pada glass display di arah laluan keluar. 



Ramai yang review mengatakan bila berada kat sini akan ada mix of feelings. Aku rasa memang betul pun review tu. Best laa bila boleh tengok haiwan kutub yang rare ni, tetapi dalam masa yang sama sedeh tengok terkurung kat tempat sempit!

Walaupun persembahan best dan sangat hebat, tetapi tempat ni memang kecik je sebenarnya. Binatang yang ada pulak besar-besar. Memang kesian bila tengok 2 ekor beluga share satu tank yang sempit. Tak bebas nampak nak berenang kemana-mana. Sama juga dengan haiwan lain. Patut diorang besarkan lah tempat ni kasik ruang bebas sikit. 

Then, sambung next destination.



- Ng Nìě Lìě -

9 comments:

  1. Pemenang aksi jakun...siap guna gloves ala rider. Dia ada buat aksi kuak kupu2 x.

    Tips untuk baju dah ko tempek, noted that. Aku baca Kak NA nye entries Harbin, lidah terus kelu. At least ko nye ni ok sikit sebab dah hujung2 musim kot kan. Bab haiwan tu, aku memang akan emo. Kesian terasing dari habitat sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gloves ala rider tu amat berguna untuk pegang salji okehh..
      Aksi kuak kupu-kupu, belum sempat dikhatam..
      Hujung musim, tapi still beku..so kalau tengah climax winter tu aku tatau laa camnerr..huhu

      Delete
  2. Ice sculpture festival tu dkt sun island lah ye? Beza btl harga time festival n normal time. . Tq for the info on clothing... saye ke org yg bertnya tu? Hihihi...
    Tp kan rasa mcm x berdaya lah nk mengharungi klu bln dec ke jan ke....huhuhu... if pergi time summer, org gelak x? Hihihi.... tp x de lah plok ice sculpture tu..huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara yg bertanya...huhii
      Yup, Ice Sculpture diadakan kt Sun Island tu..

      Setiap kejadian kan ada hikmah, so, mybe ni lah hikmah aku pergi bukan time festival.. tiket murah!
      Tapi tak dpt tgk festival lah..Redho..
      Tapi dpt merasai & menengok Harbin dpn mata adalah pengalaman yg ohsem!!
      So, bersyukur lah kita dengan rezeki yang ada..

      Bagi aku time bila2 pun ok, ada keistimewaan masing2. Yang penting kita nak tengok, rasa, kenal tempat tu kan.
      Summer still ada event untuknya, sama mcm winter.
      Dan tak semua org yg pegi winter dpt rasa apa yg ada masa summer kan...

      Bagi aku tu yang penting experience tuu...yang pricelessss!

      Delete
  3. Bagus tol ko punya tips2 ni semua. Kalau pegi kosong bawak duit jelah membeli kat sana kan.

    Sun Island tu cantik even without ice sculpture pun.

    ReplyDelete
  4. Aa..bawak bag isi makanan je Jea..
    Sampai sana pegi Yashow Market..beli je

    Sun Island kalau bukan winter aku xtau lah ada aper benornya...
    Kosong je kot...

    ReplyDelete
  5. Festival snow bulan berapa nilL..time niL pegi ni pun dah terasa sejuk yak amat. no wonder tepek warmer..kalau tak sejuk kejung lah kat situ kan..kiranya nya bulan berapa yg paling sesuai..nak kumpul duit nih hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM!

      Masuk kelasss cepatt!
      Ponteng kelass pegi mana??

      Delete
  6. bestnya HARBIN ni...baru taulah..maklumler bukan backpakers team..pg jalan2 pun kekadang je.. Rasanya tak mungkin sy dpt sampai sini...tgk gambar pun dh teruja..huhu
    harini baru dpt khatam entri HARBIN ni..lawaaaa

    ReplyDelete