Friday, June 13, 2014

:: Harbin Trip 3 - Harbin Ice City, Zhongyang Street & St.Sophia

HARBIN - FROZEN CITY

Do you wanna build a snow man!

Meh datang Harbin..

Untuk yang tak tahu dan nak tahu, Harbin; berasal dari perkataan 'Manchu' dan ia adalah ibu negeri dan bandar yang terbesar di wilayah Heilongjiang, China iaitu wilayah yang berada di bahagian paling utara China. Kalau tengok pada map, atas Harbin dah Russia dah. Kalau cuti aku banyak, ingatkan nak masuk Rusia terus, merasa naik Trans Siberia. Tapi apakan daya, bajet ciput dan kemut.


Map ni menunjukkan betapa berjirannya Harbin dengan Rusia. Gambar Google.
Harbin influenced a lot daripada jirannya iaitu Russia, secara tepatnya selepas Russian Revolution pada tahun 1917. So binaan bangunan di Harbin memang bercirikan Rusia lah overall di mana-mana. Aku takder jumpa sikit pun bangunan yang menunjukkan tanda aku ni berada di negara China. Takder!

Aku suggest para student yang study Architect shud be here untuk tengok dan tilik building di Harbin ni. Memang sangat cantik!


Rupa Russian Style Building di Harbin. Gambar sendiri.
Hightlight kepada Harbin yang terkenal dengan nama 'Ice City' ni sehinggakan menarik pengunjung dari seluruh dunia datang adalah 'Harbin Ice and Snow Festival' yang diadakan setiap tahun. Average temperature di Harbin daily ialah −19°C pada musim winter. Paling rendah boleh mencecah -42°C iaitu pada bulan Januari. Nampak macam best laa nak try, tapi hakikatnya rakyat Harbin pun merana dengan suhu sejuk yang extreme ni.

Oleh itu, pilihlah waktu yang sesuai mengikut ketahanan badan anda untuk datang sini. Nak tahu tahan ke tak, try test masuk dalam peti ais rumah memasing dulu.

So, time festival ni banyak lah acara yang diadakan; opening ceremony, fireworks display, ice snow sculpture expo & competition, ice lantern show, skiing, swimming, sledding dan juga winter carnival activities untuk para pengunjung. 

Dan waktu festival ni lah di adakan Ice sculpture competition yang disertai oleh pelbagai negara seluruh dunia yang mana untuk tahun ni, wakil team dari Malaysia telah menduduki tempat ke-3.

Ke-3 hokeh!  Baca sini.

Lagi menarik, antara sculptor tu chef Melayu dari Hotel Istana. Bayangkan Malaysia tak ader salji, tapi boleh menang! Hebat Chef!

----------------------------------------


Sambung Kazy Hostel.

Kazy hostel ni aku dapat recommendation daripada rakyat Malaysia yang pernah pergi Harbin. Dulu lokasi Kazy terletak di No. 82, Tongjiang Street which is inside heritage listed building. Lawa kot building yang lama tu kalau tengok gambar dalam gugle. Tapi now dah berpindah ke new address, No. 27 Tongjiang Street. Tak jauh pun dari lokasi lama, same road je. Tapi lokasi sekarang lagi dekat dengan banyak attractions within walking distance, termasuk the Central Avenue, St. Sofia Orthodox Church dan Songhua River.

Kami dapat level 3, satu bilik 5 orang. Ada free Wifi, tetapi kalau time subuh, wifi sangat laju tak sempat nak kejar. Ada free luggage storage untuk simpan luggage after check out. Sini bayar pakai cash je, credit card tak diterima. Gift dan pelbagai barang keperluan lain ada dijual di hostel ni termasuk thermos, hot pack, boot, glove dan segala peralatan sejuk beku lain. Complete! Tak payah susah-susah bawak beban dari Malaysia. Murah pun murah!


Tiap-tiap hari aku tilik barang kat sini, tapi belinya tidakk!
Dalam bilik ada heater yang suam-suam kuku. Boleh lah untuk aku jemur stokin kasik kering cepat sambil menyebarkan bau wangi sekeliling bilik sambil disumpah seranahkan oleh orang lain

Overall hostel ni kira bolehlah. Sebab aku stay kat share room kan, lena je tidur takder terkejut ke haper. Tapi untuk dorm aku tak tahulah camner keadaannya.

TETAPI

Aku rasa receptionist Kazy ni sedikit slack. Banyak kot. Diorang speaking ok laa, ko faham, aku pun faham.. Tapi, bila tanya info kat dia, jawab nak tanak jer. Kalau sekali dua takper la..ni setiap kali kitorg tanya. At the end dia akan jawab;

Better you search at google. I've never been there..
Better you ask the taxi driver..
You better try to ask travel agent at Zhongyang Street!

Derrr!!

Better wa jadi receptionist sini jek!

Stress aku jadi nya. Dah la waktu kitorang tanya pasal Festival Ice tu, dia cakap dah closed. Bayangkan kekecewaan aku! 

Berjuta batu jauhnyaaaa....lalalalalalalaa!

Menangis kehibaan bersama Alleycats..

Ok, fine..tu memang salah sendiri lah kan. Bukan salah, tapi perancangan kitorang memang setakat ni je, nak buat camner. Hanya ini rezeki yang ditentukan untuk kitorang. Date ni je untuk semua orang available join. So, terima je dengan redho...

Oh, untuk sesiapa yang nak datang ke sini, make sure date chantek ye. Even saleji kat sini bermula dari December, tapi barang diingat, Harbin Ice Festival untuk tahun ini bermula pada 5 Jan - 28 Feb, mengikut official website. Dan aku dah tolong rikikan, untuk tahun depan pun sama...bermula dari 5 Jan 2015. 

Dan memandangkan Tahun Baru Cina pun lebih kurang je dengan date Festival, maka sesiapa yang datang perlulah aware ye. So sila grab tiket awal-awal.

Kalau diikutkan date aku ni pun termasuk laa kan dalam date yang diberi tu. Aku datang 27, even habis 28. kann..kannn..kannn!

Tapi harap maklum yang salji ni adalah ciptaan Allah yang tak dapat dijangka. So, festival ni sebenarnya last sehinggalah salji CAIR. Gituhh.

Kira nya masa aku datang ni salji dah cair lah. Salji tu ada..tapi dah tak sesuai untuk diukir jadi gajah. Nanti badan gajah ada, belalainya ntah ke mana. Sajer je Harbin ni kena kutuk ngan tourist kang..

Disebabkan stress dengan amoi receptionist tu, terus jadi lapar. Mari kita jalan-jalan carik makan. Sambil menggigil sambil mata melilau carik kedai halal.

Tetiba nampak satu signboard kaler biru, ada tulisan jawi. Kedai tu terletak di bahagian bawah. Means dari laluan tepi jalan besar tu, ada tangga kena turun ke bawah. So, kami terus lah masuk ke kedai tu dan disambut oleh seorang makcik ni dengan happy go lucky nya.


Restoran Underground
Selepas ambil seat masing-masing, maka bermulalah drama sebabak untuk order makan. Memang lawak giler kalau diingatkan balik aksi-aksi yang dilakukan untuk order. Dengan menggunakan isyarat pakai seluruh anggota badan, dalam 15 minit, baru lah makcik tu ke dapur untuk masak. 

Drama ayam dan itik;

Memula.. tunjuk gambar nasi yang ditepek kat dinding. Nasib baik ader. Selesai satu masalah. Kemudian;

Chicken..chicken! 

Sambil kitorang kepak-kepakkan tangan. Makcik tu tanya balik dalam bahasa cina. Kitorang nganga.

Tetiba makcik tu masuk dapur. Tak lama kemudian dia keluar sambil bawakkan telur 2 bijik dan gambar ayam.

Terbahak ko. Bersungguh dia nak tunjukkan betul ke yang kitorang maksudkan tu. Kitorang angguk kan je lahh.

Meat..meat! Mooo..mooooo!

Makcik tu explain lagi. Penat buat gaya lembu siap dengan tanduk.

Dia masuk lagi dapur. Kitorang dah cuak dah masa tu. Takkan dia bawak keluar lembu kot.

Kemudian dia keluar bawakkan tauhu.

Adeh.. Kitorang masa ni dah pening campur dengan lapar. Iye kan ajer yang makcik tu tunjuk. Kemudian dia masuk ke dapur dan tak lama keluar dengan 2 piring besar tauhu telur masak apa jangan tanya dengan masakan trademark China, juga telur masak tak tahu.

TAPI..

Seriously marbeles masakan makcik ni. Drooling lagi air liur aku terbayang. Nampak macam simple je rupa masa makcik tu bawak keluar, tapi mak ai...



Semua gelojoh makan dengan chopstick. Daripada yang tak tahu guna chopstick, terus jadi gheti disebabkan lapar. Happy kot, muka makcik tu tengok kitorang yang tengah lahap ni. Dia mesti syak, masakannya sedap.

Tengah makan nampak kat meja pakcik belakang, sejenis kuih. Dari jauh macam murtabak. Macam sedappp. Tapi segan nak bagitau makcik tu, sambil tunjuk kat meja orang tengah makan. Hormattt.


Hasil zoom dari jauh. Aku rasa pakcik yang tengah makan ni perasan, tapi dia buat bodo je.
So, aku zoom kamera dari jauh. Abaikan botor arak tu. Kat China ni, arak tu tradition diorang, euther kedai Muslim ke tak. Then, dapatlah snap gambar kuih tu sekeping. Nantikan kemunchulan kami untuk order menu nih. Makcik, mu tunggu aku datang!!

Selesai urusan perut, kami berjalan ke arah Zhongyang Street. Tapi ditengah jalan terjumpa satu bakery halal. Owh, inilah bakery yang disebut tu. Kami masuk, bungkus banyak untuk stock esok dan makan tengah berjalan. Best jugak kuih kat bakery ni. Ada yang kena timbang, ada yang dijual seketul. Mintak yang timbang, tapi diberi kira ketul pun ada. Akibat masing-masing tak faham bahasa masing-masing.




Selepas kenyang, kami keluar dan menuju ke arah Zhongyang Pedestrian Street yang hanya terletak di jalan belakang Kazy. Dalam 6 minit kot berjalan kaki. Suhu malam ni mencecah dalam -22°c dan dalam banyak-banyak hari kami berada di Harbin ni, malam ni lah paling sejuk rasanya. Maybe sebab snow lebat yang turun petang tadi kot.



Zhongyang Street

Harbin yang dikenali dengan gelaran 'Eastern Moscow' merupakan sebuah bandar yang unik dan exotic. Dan dikatakan tempat yang paling exotic di Harbin adalah Central Street atau juga dikenali dengan Zhongyang Street.



Sekiranya baru pertama kali datang ke Harbin dan tak tahu nak ke mana, maka wajiblah start tawaf dari sini. Zhongyang Street antara kawasan utama yang popular dan menjadi tumpuan di bandar Harbin. Di sepanjang jalan di kiri dan kanan terdapat bangunan yang bercirikan European architectural art, lebih specific; Russian architechture yang menjadi kebanggaan para penduduk di bandar ini. Ciri-ciri ni lah yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Harbin selain nak bermain-main dengan salji.


Parkson pun ada
Penjaja pun ramai kat tepi jalan jual glove, muffler, earmuff & winter hat. Comel-comel semuanya! 
Sesungguhnya Zhongyang Street ni amat panjang. Kiri dan kanan ada pelbagai kedai, restoran, shopping mall, cafe, butik. Happening giler lah kawasan nih! Best cuci mata tengok sengsorang berfashion walaupun nampak coat je. Bermacam-macam color, bermacam jenis style coat diorang pakai. Ramai jugak couple-couple yang berdating. Sejuk-sejuk baru best, boleh pegang-pegang. Hahaha..

So, aku declare kan Zhongyang Street ni adalah kawasan feveret aku di Harbin. Tiap-tiap malam kot kami datang sini, sesaje untuk menikmati pemandangan. Sehinggakan pakcik jaga parking pun dah kenal kitorg. Hari ke 3 kami lalu, dia sebut Malaysia.. Saspen jap. Tak tahu mana dia tahu. Rare kot. Lagikan ada rakyat Cina kat Beijing tak tahu nama Malaysia inikan pula Harbin yang duk jauh kat hujung map.

Khelass pakcik. Gimme five!



Makin malam makin sejuk suhu di sini. Nak ambil gambar pun tak dapat. Bawak kamera besar, tapi gantung kat leher je, sebab over sejuk. Last-last pakai handphone je snap. Tu pun, sambil tengah snap gambar dengan tangan kanan, tangan kiri masuk poket. Then tukar tangan kiri, tangan kanan pulak disorok, bergilir-gilir macam tu. Kalau keluarkan lebih dari seminit, dah tak boleh bergerak jari jemari. Hazabb. Tapi aku suker! Dah kata gedik sangat nak datang sini kann!

Aiskrim Harbin. 

Makan aiskrim dalam temperature above -20? Mampu? Mampukan ajer. Make sure sesiapa nak datang, try aiskrim ni. Sedappp! Tiap-tiap malam kitorang jadi customer tetap makcik yang jual ni. Aku pun tak boleh brain asalnya how nak makan aiskrim pada ketika suhu sekitar, below daripada suhu aiskrim. Tapi bila tengok rakyat marhaein Harbin selamba badak je, kitorang cuba laa... Memang ohsem!


Kedai jual asikrim pun dalam building cantik.
Banyak hasil makcik ni
Ada perisa susu je malam ni.
Ambil bukti dulu siap-siap

Tapi kalau datang pada bulan January, tak jaminlah mampu makan ke tak. Kot makcik yang jual pun tak mampu nak jual.. Sebab sejuk berdo'oh.

Kira nya ni antara kelebihan jugaklah untuk kami yang tak datang pada waktu yang tepat. Hikmah namanya. 

Kami kemudian sambung berjalan sehinggalah sampai ke penghujung jalan dimana terletaknya Stalin Park yang berdekatan dengan Songhua River. 


Stalin Park Flood Control Monument
Stalin Park adalah antara scenic spot yang juga popular dikalangan pengunjung ke Harbin. Di sini terdapat Flood Control Monument, yang dibina pada 1958, sebagai memperingati beribu-ribu orang yang meninggal dunia apabila sungai Songhua melimpah dari tebing.

Songhua River terletak di belakang monument ni lah. Tapi tak nampak pun sungai tu sebab gelap. Yang nampak cahaya lampu dari manusia yang tengah berjalan di atas sungai beku tu. Berjalan okeh.. bukan naik bot.

Patah untuk balik. Tak tahan sejuk sangat masuk tu, masuk cafe layan coffee dulu. Heaven!



Malam masih awal. Kami terus berjalan untuk melihat bandar Harbin ni. Lawa sungguh lah bandar ni ketika malam. Besar pulak tu. Kami memang tawakal je redah sebab confident, card hostel dah ada dalam poket if tak jumpa jalan balik.

Saint Sophia Cathedral.

Ni target sebenarnya. Cari punya cari sampai sesat. Menurut map kat hostel tadi dekat je si Sophia ni dengan hostel. Kami tunjuk nama tempat ni dalam bahasa Cina kat sesiapa yang jumpa di tengah jalan, pun ada sesetengah yang tak tahu. Confuse aku. Internet yang salah ke aku yang salah.

Selepas melintas 3-4 batang jalan, akhirnya sampai. Excited nampak bangunan ni.



Tapi lepas snap berkeping gambar, tetiba ternampak kat belakang tu the REAL St Sophia. Oh salah building rupanya. Sengal!

Maka sambung bergambar.



St. Sophia Orthodox Cathedral ni adalah one of the most magnificent structures in Harbin. Ianya dibina pada tahun 1907 selepas siapnya pembinaan Trans-Siberian Railway pada tahun 1903, yang menghubungkan Vladivostok to northeast China. 

Ye, memang ianya church, tapi sangat cantik bila tengok depan mata. Ni baru aku tengok malam. Siang lagi laaa, nampak detailsnya. Tapi church ni telah ditutup pada tahun 1997 dan dijadikan muzium. So, kiranya now aku tengah buat site visit musium lah, bukan church.

Kitorang balik ke hostel dalam pukul 10.30 malam. Puas hati kot sesi intro dengan bandar Harbin. Sampai hostel, solat dan bersiap terus je tidur dengan lena tak sedar haper sambil bermimpi mamat-mamat Rusia hensem yang terjumpa kat tengah jalan tadi..


Wǎn'ān Harbin!



- Ng Nìě Lìě -

18 comments:

  1. awalnya mek publish post... pukul berapa mu bangun ni??? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangun buat esemen daa..
      Alang2..

      Entry ada terperam lama doh..
      Tinggal nak masuk gambo paling malassss.
      Meh laa tlg wat part time ngan aku!

      Delete
  2. Gila ah! Terbahak2 aku gelak baca cerita ni. Nak lagi part komunikasi ayam itik korang ngan makcik tu. So tips untuk aku *yang berangan bakal pergi*, kena save gambar ayam, telur ayam, lembu etc dalam fon nanti. Senang, tunjuk je.

    Aku dengar orang bagitau, makan eksrem di kalau sejuk bedi adalah bagus untuk balancekan suhu dalam badan & suhu keliling. Tu pasal kalau tetiba macam sejuk gigil, silalah telan eskrem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...sangat betul suggestions ko tuh..
      Aku pun dengar mcm tu gak, tp lepas dah balik Malaysia dah..
      Awal nya mmg aku pelik pesal diorang ramai yg makan slamber je..
      Tu yg aku join sama.

      Delete
    2. niL, bak email. Aku nak lontar soalan2 cepumas kat ko. If u don't mind. Amboi berbasabasi.

      Delete
    3. Email? Awat?
      Nak berkenalan dgn aku kah?
      Aku tulen nyahh!

      Hahaaa

      Delete
    4. Hahaha aku pun tulen nyah!

      Takde, ingat nak tanya few questions pasal Harbin. Alkisah budak2 lain dah sebulat suara
      nak gi. Hihi.

      Delete
    5. Aku ada email, ce check!

      Delete
    6. Xde baq hang. Ce ko holla aku dulu.

      bibierr82@gmail.com

      Delete
  3. Yeay ada jgk kuar entry Harbin hehehe.. wah bestnye dh sampai Harbin, aku ngn Biq plannya dah lama, tapi sampai nye idak jgk iskkk..

    Pic St Sophia tu cun la..memang terbaik!

    Ni je la option paling dekat nk merasa ala2 aura russia..ko ada pegi sampai Vladivostok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biq dah sarat tu.. ko ajak aku lah..
      Aku rase nak repeat lagi je sbb tak puas hati.haha
      St. Sophia tu masa siang cun!
      Aku tak pergi laa sampai Vladiostok sana tu,
      Nak kena apply cuti banyak..cuti yg takder
      Moh laa kite pegi...

      Delete
  4. Aku salute dengan kerajinan dan kepantasan ko update psl Harbin ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jea,
      Entry dah lama dah siap benornya, Tinggal gambar je nk sorting beribu2..
      Jenuh gak nak matching gambar dgn storyline..gituhh!

      Delete
  5. Very interesting... suka baca...
    What!!! Eating ice cream in -20 degree weather...? mmg akan ingat sampai tua..ha..ha... so, if masa u p pon dah -20 degree, kalau p time ice festival tu, brp suhunya..? boleh ke hidop if a malaysian like me nak p...? hihihi... Nil, i rasa bile dah habis citer harbin ni, u buat satu entry lg, ape nak pakai bile suhu sejuk melampau ni..he..he.. just a suggestion... coz i pon dok terpikir jugak, nak pakai tebal mana agaknya..? bkn ape, 1st hand experience lebih cun dr baca info dr google kan.. it's just a suggestion aje...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab, aku ada baca bila makan aiskerim musim sejuk, badan jd tak sejukk
      Sama lah mcm org swimming masa winter..
      Suhu dalam air lagi panas dari luar..

      Eh, apa kaitan?

      Nk buat entry pemakaian? Nnt kalau aku rajin aku selit-selitkan je lah eh dlm mana2 entry..
      Aku takut aku ni malas..
      Nk siapkan yg ada ni pun...terhegeh2..
      Huhu

      Delete
  6. Alamak..inilah akibatnyaaca dari belakagn ke depan..inilah akibatnya..tanya dalam next entri walhal jawapan dan ada dalam entri sebelumnya..hohoho...apa lah JM ni
    Bie..nak ke Harbin ke..baru ingat nk ikut...tanya tanpa segan silu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stok2 monteng kelas mmg mcm ni JM..

      Jomlah kite pegi reramai. Mesti lagi meriahhh!

      Delete
  7. Bajet utk transport dr beijing n jln2 area harbin brp agknye? Mkn sana rate nye mcm msia gk ke

    ReplyDelete