Tuesday, May 13, 2014

:: The Heirs Trip 9 - Jeju || Cheonjiyeon Falls

Last night kami stay di Jeju Hiking Inn. Sebab, terberkenan dengan cerita rooftopnya. Overall rooftop Jeju Hiking Inn ni best, tapi untuk breakfast dan dinner di rooftop sini adalah amat menggigilkan badan kalau pakai tshirt togel sahaja.

Plan malam ni nak makan di Restoran Halmang Ttubaegi, tapi tutup. Tak tahu sebenarnya waktu bila beroperasi. Takder lah buat research pun. Agak kecewa jugaklah. Jadi terpaksa lah malam tu keluar cari nasi dan makan berjemaah kat rooftop prince

Anyway, makan Maggie Kari dan nasi panas balut seaweed ditengah-tengah kesejukan adalah memang perghhh!


View dari rooftop

Bilik aku kat tingkat 4 bertiga. Yang lain-lain duk tingkat 3. Bilik ok jer. Basic semuanya complete. Tapi iron tak ada dan para bawalicious terpaksa pakai tudung yang penyet sedikit. Tapi no hal, still cun seperti pakai Fareedah. Wifi pun disediakan. Tapi makin meninggi level bilik makin tak clear wifi free sini. Kemut betol tokei. So terpaksalah duk balas-balas whatsapp sambil hulurkan phone kat tingkat.

Selepas breakfast, checkout dan ke 1st destination.


CHEONJIYEON FALLS. CHECKED!

Aku benornya lagi suka tengok view laut daripada view air menjunam. Tapi tempat ni dah dekat dengan Hiking Inn, so kita pergi je singgah. Pergi pada waktu pagi, kurang sikit keramaian orang sekeliling, . Nak berjalan pun damai. Nasib baik blossom sini pun heaven. Rasa excited jugak dalam hati.


Ticket Counter
Ramai jumpa rombongan dari China dia mana-mana
Bunga ke buah, jumpa didepan pintu masuk.
New 7 wonders of Nature
Cheonjiyeon waterfalls ni tersenarai antara air terjun yang paling cantik di Korea. Tiket masuk ke waterfalls ni adalah 2000W seorang dan kena berjalan kaki lebih kurang 15 minit secara santai untuk sampai ke waterfalls tu. Berjalan sambil layan view blossom, memang tak terasa jauh manalah. 


Cubaan mengambil gambar air tanpa ada manusia, sedikit berjaya

Trip kali ni sumpah, semua orang jadi 'terselfie' tanpa niat. Sebelum ni kutuk orang, hah kau sekarang....

Aper nak buat, view lawa..pastu semua orang sibuk ambik gambar. Tengok pulak orang Korea pose selfie memang cun, macam-macam gaya diorang buat. So, siapa lagi yang nak ambil gambar sendiri kalau tak kamera handphone sendiri kan! Alasan kukuh di sini!

Tetapi gambar selfie adalah sedikit memalukan. Jadi kena letak gambar lain.
Gambar kontra. Couple ni tengah gaduh-gaduh manja, yang kat blakang tu plak happy go lucky habiss!
Gambar yang konon tak pandang kamera

Dah penat tengok air terjun, layan pulak ABC Korea, Patbingsu di Paris Baguette. Trip ni macam biasa, memang muka aku je yang slalu membeli belah air kat sini. Aku addicted gile dengan seven-11 dan Korean Mart kat Korea ni. Habis berpuluh ribu won kot hanya beli air jek. Coffee diorang memang pelbagai dan semuanya nampak mengancam walaupun belum rasa lagi. So, aku dah pasang cita-cita dari awal, datang sini nak try semua jenis Coffee selagi mampu. 


Patbingsu aka ABC
Patbingsu macam ni ada kat Caffe Bene di Sunway Pyamid kalau sesapa nak cuba. Sedap, besar dan boleh share dengan partner.

Continue to next!

On the way nak ke next destination, sekali lagi heaven. Sepanjang jalan akan jumpa blossom yang tengah kembang mekar. Fuhh..tak dapat disangkal lagi, memang ni lah trip kitorang yang paling IN dengan weather. Selama ni pergi mana-mana selalu je tersilap musim.Tapi kali ni, memang rezeki kami sangat-sangat!



Trip Jeju ni kalau diikutkan takder itinerary khusus dari awal. Dalam tour book just main letak nama tempat bermalam dan route mana yang plan nak lalu. Pastu kat sini baru pilih destinasi mana nak pergi. Map Jeju kan complete, semuanya dah ada. Lagi lah ada kereta, sangatlah menyenangkan.


sahambung....



- Cha Eung Sang -

10 comments:

  1. 1. Memang feeling ah kalau sejuk2 makan nasi panas balut seaweed! Sedar2 je boleh habis nasi sepinggan. Pastu menambah lagi.
    2. Sakura blooming macam memanggil untuk gi Korea next year. Huhuhu.
    3. Kan?! Coffee kat sana very tempting, walhal baru tengok gambar. Aku pun kalau gi sana, buat misi untuk ngopi everyday. Kat Jepang baru ni, xmampu. Uhuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Seaweed mmg feeling. Tak sangka pulak mcm tu perasaanya
      2. Harus beli tiket cepat2. Yang penting - at the right time!
      3. Coffee lah yang menjadikan penyebab I love Korea!!

      Delete
  2. eeeee...gambar tuuuuu....lawa sangat!
    yes....blossom is everywhere aound you =)

    ReplyDelete
  3. i segan nak selfie. hasilnya macam raksaksa! hahahah lawakan cherry blossom tu. blend pulak dgn warna langit biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan nak selfie?
      Sebab tu lah kena pakai monopod -- untuk image yang kurus sebenornya!

      Delete
  4. puas cari mana gambar seflie tu hikss..kalau comei selfie lah byk mana pun..still comei like niLL tu hikss...
    Oh Jeju...bila turn nk sampai Jeju pulak ni..kalau byk duit nak ambik cuti setahun semata nak g bercuti je..boleh gitew hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar selfie..banyakkk JM!
      Tapi tak sanggup nak suruh orang laen tanegok...haha

      Delete