Monday, May 12, 2014

:: The Heirs Trip 8 - Jeju || Rapseed Flower & Yongmeori Coast

Hari first day kitorang di Jeju ni bersamaan,1 April. Dan kalau tengok calendar Korea Tourism ada Walking Festival Jeju Rapseed Flower. Event ni diadakan di sepanjang jalan yang sekelilingnya meriah dengan bunga ni. Tapi memandangkan kitorg touch down kat Jeju pun pukul 9, dan event start pukul 10, maka tak dapat lah aku nak feeling jalan kaki bersama-sama ajusshi dan ajumma.

Tapi takper, kitorang dapat jugak ambil feel tempat ajusshi dan ajumma berjalan...


Gigih betul minah Korea ni 2 orang, sanggup redah ke dalam rappseed liar ni. Kang jupe pape kang!

Jalan lagi, jumpa kipas besar. Kipas ni always buatkan aku rasa kagum je. Bagi aku mende ni daebakkk!


Fokus!
YONGMEORI COAST. CHECKED!

Tempat ni memang terbaekk! Aku rasa Yongmeori Coast ni sama lebih kurang The Gap and Natural Bridge, Albany di Perth. Antara favourite place aku kat sana. Sama dengan The Gap, Yongmeori Coast ada wide rocks yang stacking up di sepanjang seashore cliffs ni yang menjadikan scenery kat sini adalah superb! MasyaAllah. Hebatnya ciptaan!

Ohsem giler perasaan bila tengok mende-mende yang nature gini. Tak payah sibuk-sibuk nak bina, buat. Bestnya kalau view macam ni ada kat Malaysia. Perasaan yang sama aku rasa waktu naik fery di Danau Toba dulu. Kenapalah Danau Toba bukan di Malaysia!

Hover kan!

Kami park kereta dan nampak ni.

Lawaa!

Aku dah speechess bila sampai sini. Pergi beli tiket 2000W, masuklah kita. Tapi entrance ni hanya untuk masuk ke Yongmeori je. Kalau nak panjat Mt. Sanbangsan kat sebelah tu kena bayar lain. 

Manjat?

No!

Kitorang simpan kaki untuk luse! 

Lagipun kat atas tu ada temple dengan patung besar jer. Cukuplah aku dah tengok patung besar kt Lantau Island Hong Kong dengan Batu Caves. Tak lalu nak makan kang.

Kitorang turun ke bawah dan terus jumpa satu kedai ni. Banyak jual coklat. Memang target nak beli coklat Jeju untuk bawak balik. So bila jumpa kedai bawah ni, terus rabun mata. Agenda sebenar nak tumpang toilet jer kat kedai ni. So kenalah beramah tamah dengan pakcik kedai jap sambil beli coklat. Lepas beli tumpang tinggal situ, balik nanti ambik. 


Kedai Pakcik coklat



Yongmeori coast ni hanya boleh dilawati waktu low tide je. Sebab kalau air pasang, memang agak mencari nahas lah untuk datang. Ombak kat Jeju ni bukan sebarangan. Mengganas sambil memanggil-manggil jer suruh datang dekat. Time lalu kena step kaki berhati-hati gak sebab licin. Yerlah, mata dah meliar tengok superb view, kaki pulak tak tahu pijak ke mana.

Steady Bang!

Gigih kendong anak. Dah laa jalan licin!
Lepas habis pusing sekeliling Yongmeori Coast ni, tapau nasi dan seaweed kat Kedai pakcik jual coklat tadi. Kemudian makan pulak nasik panas-panas kat parking tepi kereta di tengah-tengah angin kuat dan sejuk amat. Macam nak melayang punyalah kuat angin ni.

Nasik tu, campurkan sambal bilis dengan sambal hitam pedas, balut dengan seaweed, sumbat ke mulut. Meletop habaq hang! Sorang balun memang tak hengat dunia! Menangis orang Korea tengok makan sambil mencangkung!


Ni haa..contoh rupa resepi kitorg
Tengah menaip ni, aku menjejes air liur! Kena beli lagi sambal hitam nih!



- Cha Eung Sang -

13 comments:

  1. gila besor gambor. kecur liur. dah puasa ni. adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngek mu...Aku pun pose nih..kecurrrrrr!
      Mana kedai korea terdekat sini aaa??

      Delete
  2. View di Yongmeori Coast tu sepichless :-)
    Byk sangat tempat lawa di Jeju nih..3 hari tak cukup rasanya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memaaang banyak JM
      Kitorang pergi 4 hari...memang puas hati laaa

      Delete
  3. Dalam banyak2 tempat singgah, Yongmeori Coast tempat paling unik =)
    *haha...lapar tgok last pic..

    ReplyDelete
    Replies
    1. G laa ampang cepat!
      Nk order nasik! dah kecur liur nih

      Delete
    2. Akhir bulan kot g Ampang...
      Sabaq na~ hehe

      Delete
  4. View kat JEJU nih amazingg!! Lawaa kot. Mintak sket sushi sambal hitam tu..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Viva..
      Jauh sangat nk kasik..
      Eh boleh buat sendiri..

      Kat galaxy ampang ada kedai Korea Mart..besar!
      Segala mcm jenis groceries korea ader..nasi pun ada
      Boleh buat sendiri...sedapnyaaa!

      Delete
  5. Oh myyyyy.. Love it love it love it!! Yeongmori antara my fav place kat Jeju. Cantik ok gambarrrr..

    ReplyDelete
  6. Rapseed sungguh memanggil datang ke Jeju! Memang kena extra hati2 la kan kat Yeongmori tu. Verangan jelah nak gi sana pakai sandals.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boley je kalau nk try pakai sandal.
      Tapi make sure jalan dengan lemah gemalai di sebelah mamat korea yg hensem ye
      Kot ye jatuh..dapat jugak benefit...haha

      Delete