Sunday, May 11, 2014

:: The Heirs Trip 7 - Jeju || Hallim Park

Celik mata, rasa macam lost je bila nampak space di sekeliling luas tetiba. Owh, rupanya tido merempat kat Incheon Airport. Sedih kalau mak aku tengok keadaan ni. Duit kuar banyak pergi berjalan, tapi tidur merata-rata. Ini kali ke-2 aku tido kat sini. Disebabkan toiletnya adalah chantek dan bersih, so aku ok jer!

Aku lelap dalam sejam je kot, sebab aku kasik can kat para driver F1 mengumpul energy memasing. Pagi ni pukul 5.00 dah siap-siap gosok gigi, solat dan tak mandi, pukul 5.15 terpacak depan gate KTX untuk ke Gimpo. Flight jam 7.55AM.

Jeju we're coming!

6 orang naik JejuAir, seorang lagi sesat naik EastarJet. Untung kami, sebab Kim Tan baru je appointed sebagai Duta JejuAir. Tapi, takderlah kami dapat tempias aper pun daripada kisah Kim Tan jadi duta ni, cuma ada sedikit kembang kempis je lah. Even fresh orange free dalam flight pun kami terlepas sebab bizi buat air liur basi.

Hai Handsome!
Jam 9, sampai di airport. Naik shuttle bus ke Kumho. 2 car, 3 driver berlesen dan 4 passanger yang bakal tidur. Aku tak berminat nak drive kat Jeju ni, sebab aku bimbang, kaki aku tak boleh nak kontrol 60kmj speed. Duit bawak tak cukup banyak untuk bayar saman kat sini. So, aku kasik can kat para pemandu berhemah jer yang drive.

Settle check kereta semua, dan kajaaa!

Kami ambil 2 kereta since bertujuh kepala. Trip kali ni, kami tak stay at one place je, disebabkan nak menjimatkan masa katanya. So, terpaksa angkut backpack ke hulu dan ke hilir dan menyebabkan kereta kecik ni full sepanjang masa. 

Waktu online booking hari tu, Mak Jemah tak dapat nak includekan GPS yang English punya dalam salah satu kereta. Ingatkan boleh laa nego kat sini, tapi jangan harap. What you booked, you get that! Gituhh kaedahnya.

So, terpaksa lah satu kereta GPS in English, satu lagi dalam Korea. Redho..

Anyway, ada hikmah jugak dapat navigation in Korea tu. Tak semua tempat bila taip in English, dapat info. Lost jugak lah kadang-kadang. Eh, selalulah! 

Jadi, bila try taip in Korean, dapat hokehhhh! Berguna jugak ilmu Hangeul aku ni, walaupun belajar sempat satu semester je. Kamsahamnida Tiara seonsaengnim!

Then start kereta, kita merayau.

On the way, singgah tepi pantai. Bukan lah pantai sangat, tapi tepi benteng. Excited tengok ombak yang kuat giler macam orang tak pernah tengok walhal, pantai dengan aku like aur dengan tebing je. Kalau balik kampung, tiap-tiap hari boleh pergi mandi kalau nak.


Kereta ni park sipi je dengan benteng tu. Tuan kerete ni ada banyak lagi kot kereta lain kat rumah. Bersangka baik.

Lawa.

Tapi dalam masa yang sama agak ngeri.
Saper-saper yang addicted dengan 2 Days 1 Night boleh datang sini. Diorang shoot sini.

Kemudian, ke taman lah pulak kita!

Hallim Park, CHECKED!

Alhamdulillah, trip kali ni penuh dengan rezeki-rezeki tak terduga buat kami. Hari tu dapat tengok tulips kat Everlandhof. So sekarang, Hallim Parkhof! Lagi-lagi bila dapat additional rezeki, Rapseed Flower berkawan-kawanan dengan Cherry Blossom dengan begtu meriah sekali. Maka, meriah juga lah perasaan Pak Mail dan Mak Jemah sekawanan hari ni!
Mula-mula masuk dah nampak ni. So hati adalah super sexited!
Masuk je entrance, terus je memasing..

Mana? Mana?

Mananya blossom?

Tak sabar.

Dah seumur hidup nampak bunga raya je. Maafkanlah kedhaifan kami.

Kemudian, jumpalaa sepohon blossom. Besar! Maka, bergambarlah masing-masing excited. Whoa!
Ni la blossom nya sepohon!
Tapi sepohon je lah. Takder nampak pun yang lain lepas tu. Kecewa balik muka sengsorang.

Jalan lagi. Nampak bunga-bunga lain. Pelik-pelik gak rupa. Tapi cun!
Even penunjuk arah pun kiut. Haper nih!
Pokok duit-duit
Pokok pitis-pitis. Adik beradik lain mak bapak dengan duit-duit
Then baru jumpa tulip.

So, hai tulip!

Tulip ko! Bukan bunga kemboja! Walaupun hakikatnya semalam dah jumpa. Tapi bila jumpa lagi, sekali lagi kewarasan tu hilang.
Annyeong!
Creative mak ai diorang nih
Monyet-monyet yang pemalu
Geng-geng dari China ni bagus aa. Dioarang suka pakai baju yang kasik hancurkan kehadiran orang lain. So, memang akan nampak diorang jer yang marbelles dalam gambar

Setel menggatal dengan tulip, sambung tawaf. 

Again, dalam hati.

Dimana kau blossom! Dimana! 

Mula lah datang stress. Nak buat camner, angan-angan Raja Ema tinggi sangat!

Patah balik ke entrance. Nak balik. Bosan lah duk lama-lama sini. 

Tetiba depan mata..



Ini adalah konsep buy 1 Free 1 namanya. Atas blossom, bawah tulip. Tertutup awan di atas tak nampak ditutup oleh pokok blossom yang tinggi. Sehingga redup susasana macam duk dalam hutan.



Owh, I love Korea.. and Kim Tan

Maka, disinilah kegilaan selfie, selfoot dan seripah bermula.

Wallahi cantik giler. Tak sama dalam gambar dengan tengok dengan mata sendiri. Aku pun tak tahu nak ambik gambo camner. Lagi lah aku ni bukan stok gheti ambik gambo. Main taram je. Sampai tak tahu nak snap apa dah.


Masa ni kami berempat je. Lagi 3 aku tak tau mana menghilang. Sangat rugi untuk diorang.

Selepas setel melampiaskan sexited masing-masing kami beransur. Kalau lah dapat duk sini sehari suntuk. Otw nak exit, baru lah nampak blossom berkawan dengan tulip plak. Tapi excited kami dah habis dah kat dalam tadi.

Dah, balik!

- Cha Eung Sang -

10 comments:

  1. Waaaa... cantik.. saya super jemles... :D.. gambar awk cantik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..gmbar main taram jer..bila lah agaknya nk blajar ambik gmbar dgn proper!

      Delete
  2. Replies
    1. Masa ni 1 April 2014..
      The best time utk blossom di Jeju

      Tapi kalau kt Seoul seminggu lepas tu.. :-)

      Delete
  3. Untung lah dapat tengok dan pegang tulip2 tu..jelezz i oulss...tuah badan katanya hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..JM pun dapat belai blossom kt Japan...lagi havoc tuu!

      Delete
  4. Blossom ni kat malaysia pun ada jugak kan sekejap haritu, dapat lah merasa walaupun tak dapat g korea n Japan..huhuu. Tapi tulip takdelah, lawanya tulip2 tu...jeless

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blossom kat malaysia ni..kalau luruh atas kereta, jenuh nak kikis wooo!
      Blossom korea ringan...sepoi2 kena tiup angin...

      Tulip memang lawa...kire baru ni puas hati lah boleh tengok macam2
      Syukur sangat

      Delete
  5. Tumpang tanya, ambil car rental kat company mana???

    Diyanahani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Kumho Rent
      Ni link nya : https://www.ktkumhorent.com/eng/products/short.do

      Delete