Monday, May 19, 2014

:: The Heirs Trip 10 - Jeju || Oedolgae Rock & Jusangjeolli Cliff

Proceed to our 2nd impressive stuff visit today. 

OEDOLGAE ROCK. CHECKED!


Menurut cerita, Oedolgae Rock ini juga dikenali sebagai Grandmother's Rock. Ini disebabkan rupabentuk batu-batuan kat sini dikatakan kelihatan seperti seorang nenek yang tengah menunggu suaminya yang tak balik-balik daripada menangkap ikan. Sian nenek tu eh.



Ramai yang hendak bergambar kat sini. Sambil tunggu turn sendiri, sambil tengok masing-masing yang tengah ambil gambar. Port sini pulak kecik jek. Ada yang panjat pagar lah, ada pula pakcik yang tengah melukis kat tepi tu. Jadi, agak malu jugalah untuk membuat pose-pose yang luar kawalan kat sini.
Bukti kerumitan untuk konker tempat bergambo

Oedolgae Rock ni adalah merupakan lokasi penggambaran drama "Daejanggeum". Drama ni aku tengok separuh je. 54 episode kot overall! Aku sempat jugaklah layan sambil feeling habis-habisan kat Jin Ji Hee,  tapi tetiba stop tak tau kenapa. Pastu tak sambung terus sampai sekarang. Terlupa teruss!
Gambar ni daripada episod 30  & 32, Jang-geunm berdiri sorang-sorang tepi jurang ni sambil mengadap laut, mengenangkan nasib diri. 
Di belakang signboard ni ada satu port yang sangat cantik. Laluan untuk ke arah batu-batuan tu sedikit extreme, so sesiapa yang gayat memang tak boleh lepas lah untuk ke sini. Dan juga sesiapa yang ringan tu kena beringat lah sebab angin kat sini memang takder sepoi berbahasa dah. Jenis sound direct je. Silap langkah memang tergolek masuk laut.


Beberapa visitor tengah shoot
Aku tak paham konsep gambar ni. Mungkin dia ni nak tunjukkan tangan dia boleh mencapai pulau di seberang sana kot. Harap photographer dia terer lah ambik gambar untuk merialisasikan niat suci murni tu
Konsep ni boleh lah aku faham sikit daripada tadi.
So now, is our turn. Maka bertabahlah ye layan gambar band underground nama 'Oedolgae' yang akan release kat Youtube bulan depan!



JUSANGJEOLLI CLIFF. CHECKED!

Next, Jungmun Daepo Coast, juga dikenali dengan Jusangjeolli Cliff. Dekat je dengan Oedolgae Rock tadi. Ini adalah antara must see di Jeju. Tempat ni lebih kurang macam kat Uluwatu, Bali. The magnificent rocks kat sini terbentuk daripada lava yang dimuntahkan daripada Mt.Hallasan yang membentuk batu-batu seperti kiub dan hexagon. 


Manusia selautan, semua berebut nak duk kat tepi menghadap laut

Tau ke apa hexagon?
Nih, bentuk hexagon tu. Ada 5 segi.

Sini, bila air pasang, gelombang ombak boleh naik tinggi di atas batu-batu kiub kat atas! Memang kuat ombaknya! Kan gua dah cakap ombak di Jeju havoc..havoc..

Tapi siyes, tempat ni memang ada charm tersendiri dan sangat worth untuk datang tengok. So, please jangan skip tempat nih kalau datang ke Jeju.

Masa ni baru kurang sikit orang. Sebabnyaaaa....
Sebab budak skolah!

Masa kitorang datang ni, memang penuh laa dengan student rombongan sekolah. Mana-mana port penuh dengan diorang. Selain cabaran angin kuat, cabaran manusia juga sama hebat sehinggaan susah nak dapat space untuk ambil gambar. 

Tapi aku rasa baguslah sekolah di Korea ni. Diorang banyak buat aktiviti luar, melawat tempat-tempat menarik di Korea. Kes Sewol Ferry tenggelam tu pun, rombongan sekolah yang on the way untuk melawat Jeju. Kejadian tu terjadi betul-betul selepas seminggu lebih aku balik sini. Kesian diorang yang terlibat tu.


Makan aiskerim sambil tilik-tilik muka fresh yang belom operate lagi.

Masa dah dekat pukul 2 petang. Sempat ambil wuduk kat tandas sini. Dah lah ramai orang. Tapi pi solat kat taman berdekatan dengan Cliff ni. Situ pun ada tandas rupanya. Orang pun tak ramai. Penat masing-masing cover angkat kaki kat sinki nak ambik wuduk. Huh!

Taman berdekatan..


Solat sambil mengadap view ni. Kusyuk ke solat??
Lepas solat, layan blossom lagi. Indahnya dunia!

Tengah bincangkan isu negara

Kami menamatkan hari ke 2 ni dengan mengisi perut yang dah kebulur ni di Loving Hut. Restoran ni menyediakan vegeterian meals dan disuggest untuk muslim oleh Korean Government. Even kat Malaysia pun ada restoran ni. Aku tumpang makan orang lain punya je, sebab portion nya besar. So sharing is caring lah.


Dessert. Beli tepi jalan on the way mencari Loving Hut. Sedap, besauu dan maniss!
Kesemua bahan takder campuran binatang. Dah intebiu tokei. Tapi kalau tokei  tipu, kira gue pun tipu lah
Suasana dalam restoran. Tokei sini menjual barang makanan kering juga
Depan Kedai

Malam ni kami stay di Jeju-si yakni di bandar Jeju. Kami pilih tinggal di B&B Pan Guesthouse. Agak kesesatan juga lah mencari guesthouse ni sebab tempatnya tersorok sedikit.

Bilik sini best, tak macam guesthouse. Macam rumah sendiri pulak perasaannya. Bilik masing-masing dekat-dekat je. Breakfast buat sendiri sebab dah bagitau ownernya kitorang nak gerak awal esok. Duk sini untuk tidur je semata-mata. Rugi pulak tak sempat nak explore. Next time maybe!


-Cha Eung Sang -

4 comments: