Tuesday, April 29, 2014

:: The Heirs Trip 6 – Namdaemun & Mango Six, Gangnam

~ Masih dalam mood Kim Tan. Sila jangan muntah ~

Program hari ni adalah bersantai-santai dengan konsep; 'Pergilah mana korang nak pergi, asalkan balik!'

Tapi..

Dah kasik konsep macam tu tapi still masing-masing nak melekat gak. Sehidup semati betul!

So, meredah lah kita ke Namdaemun. Aku punya target adalah kerongsang ajumma yang diwar-warkan oleh Kak Kiah kat blognya. Tu je. Masa datang sini 1st time dulu, aku ada beli gak kerongsang kat Namdaemun ni tapi bukanlah kedai ajumma tu. Memang worth I told u! Sangat tahan lah sampai sekarang. Batu permata tu tak tercabut langsung tak macam kerongsang beli kat Jalan Tar. Hari ni beli ada 10 diamond, esok tinggal 3. Jatuh image gua pakai kerongsang rongak!
Mata keranjang jadinya bila duk sini
Aku follow jer direction yang Kak Kiah kasik tu, dan jumpa. Habis la takat 20 ribu won je. Aku beli yang harga 1000 won dan 3000 won je. Tapi takderlah aku dapat free drinks macam Kak Kiah dapat. Maybe sebab Kak Kiah manis bergula sangat. Tapi lorong kedai makcik tu memang sempit. Sorang je yang boleh pilih at one time. Sambil-sambil tunggu turn aku survey la kedai lain. Tapi sales person kat kedai lain yang aku singgah adalah sombong okeh.

Kennot sentuh!

Kennot beli sebiji. Kena beli banyak!

Lorrrhh... Semua kenoot! Macamana nak beli kalau hanya boleh tenung je! Patutlaa kedai ko tak lakuu makcik weiii..

Kat kedai ajumma ni pulak, siap ada beberapa family dari Malaysia lagi yang tengah tunggu turn nak beli gak. Kata diorang, ramai suggest untuk beli kat situ. Apa taknya, ajumma tu dah laa ramah, senyum manjang. Ko boleh meraba kerongsang dia satu kedai. Jangan raba dia sudah! Aku siap terjatuhkan berbiji-biji keronsang kat lantai, tapi dia mantain senyum. Rakus sangat!
See, sabo je dia melayan karenah rakus kitorg
Pabila seorang tengah berurusniaga, yang lain kena menunggu.. Tak muat nak meyelit
Masa tengah menaip ni, aku rasa menyesal tak borong laaagi banyak!

Setel borong kerongsang, kitorang decide berpisah juaaaa.. Dalam trip ni ada newbie ke Seoul. So, pada pendapatan aku better diorang pergi at least salah satu main attraction kat Seoul ni. Kitorang kan mana ada pergi sangat sebab dah pergi masa first trip. Lagipun, tempat yang aku nak pergi lepas ni jauh... kategori mende-mende lagho plak tu. Memang tak worth lah kalau diorang nak ikut.
Egg pastries. 10 bijik pun aku boleh telan at one time nih.
Kuih Boonguh-bbang. Inti kacang dan cream. 1000W untuk 3 ekor. Rangup dan sedap dap dap!
Mamat ni jual kuih Tare yang glamer tu. Aku rasa dia pakai ilmu pengasih. Kalau tak sebab dia goreng dalam bahasa Melayu, kedai dia maybe biasa-biasa ajer
Aku ada lunch date dengan Kim Tan lepas shopping kat Namdaemun. Ada yang sekepala. Dan ada juga yang tak tahu Kim Tan tu saper!! Sabor jer.

Nak pergi tu memang jauh laa..berbelas station, pastu order air segelas. Lepas Kim Tan senyum, boleh balik. So, worth ke??

Untuk kami yang kepala dah masuk air dari start sampai sini ni worth la..

So berpecah..

Satu group pergi Namsan Tower. Kami..

Mango Six. CHECKED!

Ambil subway Line 4 dari Hoehyeon Station dan turun di Sadang Station, dalam 8 stop. Then, ambik Line 2 turun di Seolleung Station, Exit 1. Then jalan kaki straight je, akan melalui Dunkin Donat -- Standard Chartered -- MiniStop dan sampai jumpa Dongbu Financial Center di sebelah kanan, then masuk ke lorong kanan. Jalan ke depan, akan nampak Mango Six di sebelah kanan. Kiranya, hala pergi ke kanan je seme.Tapi kitorang ada gak sesat. Macam tak biasa.


Dah nampak dah..

Masuk, kemudian order air sama macam Kim Tan order tiap kali dia lepak sini iaitu Mango Nyior. Dalam drama tu nampak macam sedapp jek. Tapi untuk tekak aku adalah seperti minum santan yang dicurahkan sorbet mangga. Tapi sebab Kim Tan suker, aku pun kena suker lah.

Then, ngumpat-ngumpat pastu balik. See! Tak ke merugikan kalau follow kitorang!
Young Do jer ada tepek kat sini
Yang tengah ni lah air Mango Nyior yang selalu Kim Tan order. Kena berimaginasi lah sikit kalau minum air ni. So, bila minum boleh feeling time Kim Tan minum sambil duk tenung Cha Eung Sang...gittew! 

Owh ye, cashier kat Mango Six Gangnam adalah something. Sesuatu sangatt. Biasa kalau kat Korea ni, cashier nya ramah-tamah. Tak senyum takper, tapi helpful. Mana-mana pegilah, memang sangat ramah orang Korea ni.

Tapi, cashier kat sini..

Muka ketat..
Jeling kitorang dari mula-mula masuk lagi..
Pastu tengok atas bawah.
Bila tanya, reply dalam bahasa Korea even nak cakap air tu takder..
2-3 jenis air aku nak takder plak tu..
Tetapi tidaklah berusaha untuk reply dengan intonasi, sorry...air ni takder..
Memang nehii!

Weihh, ni Gangnam kottt..
Takkan tak gheti basic my English Yes or No!
Minah tu memang kasik spoil mood Kim Tan!
Ingat aku takder duit ke nak beli!

Dah, tamat sesi ketupat.

Balik, singgah Hongik University. Minum coffee kat Hello Kitty Cafe plak.

Hello Kitty Cafe, CHECKED!

Tapi tak sedap!
Environment pun nampak serabut je.
Meja kerusi toilet..not as good as new.
Or at least bersih.
Tak kotor, tapi selekeh
Ramai sangat serbu sini, jadi maybe diorang takder masa nak care tentang environment.
Or maybe sebab di Korea ni kita selalu nampak bersih berkilat di mana-mana.
Dan kilatan tu aku tak nampak di applykan di sini.
Aku tak berapa nampak rupa kucing dalam air ni. Korang nampak?
Alat getaran ni je lah yang attractive pada aku kat sini. Lain so-so je

Disebabkan banyak mende tak berkenan dihati hari ni, perut pun jadi lapar. So malamnya repeat yooganee lagi. Kemudian sambung cuci mata kat Myeongdong. Nampak banyak makanan kat Myeongdong terus hilang stress haku.
Yooganee before
Yooganee after.. teringat..homaiii!
Yang ni best. Walaupun rasanya tak ada rasa pape pung. Aku siap tapau 3 bijik bawak balik Malaysia. Never pecah melainkan ko ketuk dengan tukul. So, sesuai untuk bawak balik as a gift





"One summer night, it was a dream like time. I will disappear now. Just like the dream I had last night"



- Cha Eung Sang -

16 comments:

  1. Apsal fail sangat air kat hello kitty tu..bukan setakat takde rupe kitty, rupe misai kitty pun takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorang dah rasa glamer sangat kot. Jadi wat keje sambil lewa.. Tobat taksedap!

      Delete
  2. Ala spoil la kat mango six tu apasal kekwat sgt cashier tu,xde mood nak pi dah hehe..sabar2,kim tan mu tggu aku dtg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan cashier masa kitorg pergi tu datang bulan kott!
      Tapi ingat lagi aa muka dia....lagak giler!

      Delete
  3. best lahhh.. my aunty dah pegi berkal2.. i rasa one day nak ke sana gak lahh.. nak rembat brooches memanyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi laa k.yan... Korea ada baaanyak mende yang best..
      Tak semestinya kpop jek! :-)

      Delete
  4. ade try tak deli manjoo? dapppp errrr! kuih telur bnda tu pn dah kecur air liur aku. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada try...kitorg beli baanyak giler sebab tak tau brp bijik per won..
      Bila dah banyak sangat..jadi muak lak..hehe
      Tapi best lah!

      Delete
  5. Hahaha..pengalaman canot sentuh..leh pandang je JM pernah kena..dh la muka yg menjual tu masam mencuba...so bye bye je lah..pegi carik kat kedai makcik sorang tu...sporting habis..siap bagi discout then nk bergambar ngak kita worang

    kalau ketuk ngan tukul baru pecah..kalau gigit mahu patah gigi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM gigit ke kuih ketuk???? perghh...

      Mmg laku lah kedai Ajumma tu.
      Ramai org malaysia pegi situ. Rugi je kedai lain buat2 sombong,
      Dia blum tau kuasa membeli orang Malaysia nih camner..

      Delete
  6. Tu tu tu...makcik yg aku beli keronsang jugak..haha

    Tq untuk direction mango 6. Walaupun aku kategori tak kenal kim tan, tp kwn aku setrip nanti minat gilers mamat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kim Tan ada lah top actors...buat masa ni laa..so ko kena kenal gak sikit2 sbb nnt muka dia ader bersepah kt sana..hehe

      Delete
  7. 1. Kitorang pernah beli brooch gak kat Namdaemun tu. Tapi kedai Ahjumma tu luas. Kedai ke? Lorong lah aci sikit. Kiri kanan dia punya. Yang tu memang boleh memanjang sentuh & belek2. And jatuhkan, aku ler tu. Kitorang siap buka kedai makan kat situ. Makan sandwich. Relaks je Ahjumma, katanye rejeki so xleh marah.

    2. Masa kitorang kat Mango Six, cashier & tukang buat air adalah super friendly. Memang ko kena shif cashier yang baru lepas gaduh ngan bf kot. Xpun bulan terang. Aku suka air Kim Tan tu, masuk tekak gitu. Memang dah datang jauh2, lepak pun lama skit. Sambil berfeeling katanya. Harus!

    3. Dah kenapa macam rupa monyet pula atas air tu. Failed! Cafe tu aku rasa bukan macam cafe lain kat sana kan. Xkotor tapi macam xterjaga. Meja pun bersepah. Sayang tau tercemar imej Kitty.

    4. Yooganae adalah best. Aku tau sebab Azra duk canang kat blog dia dulu. Terus jatuh chenta.

    5. Kuih Ketuk!!! Aku ketuk sungguh2 haritu sampai orang kedai sebelah terkejut. Ingatkan kena guna seluruh tenaga tu yang perabih kuat ketuk nye. Fuh, redha lah komen panjang gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie,

      Salut dengan komen ko--> thorbaekkk!

      1. Ajumma tu mmg baik kan...mmg kt lorong dia boleh sentuh semua. kat lain..hareemmm
      2. Terkena dengan korang kot staff lain. Ingatkan nk duk lama gak..tapi mood dah spoil masa tu
      3. Sangat kotor kan si Hello Kitty. Kemain aku baca kt blog, toilet nya lawa..tp mmg langsung tak..tissue bersepah
      4. Aku pon jatuh chenta kt Yoogane. Sempatlah blasah 2x JER
      5. Kuih ketuh ohsem. Mmg unik laa Korea nih...aku saspek giler kt diorg

      Delete
  8. 1- Cantik2 lah brooch tu, sesuai sgt pakai dengan tudung kak fareedah..
    2- Minuman berperisa santan? mmg pelik tapi Kim Tan minum ok pulak ye...hehe
    3- Yooganee aka nasik goreng sutun tu macam sedap je, macam menarik je....
    4- Pic yg lastu rupa cam eskrem tapi tu apa benda sebenarnya?? biskut ke apa? huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korea kan kreatip..
      Sebab pelik tu kitorg datang dari jauh nk try, sbb nmpak dia minum dlm citer tu mcm best..
      Yoogane mmg best..mcm nasik goreng sotong pedas kt Malaysia..laagi kalau makan lepas penat jalan..kecurrr!

      Pic yg last tu biskut sebenarnya...kat luar tu cream salut yg dah keras, salut biskut tu..
      So kalau kita nak makna..kena ketuk dengan tukul/pape mende keras laa...bila dah hancur serpihan..bleh makan..hehe

      Delete