Thursday, April 24, 2014

:: The Heirs Trip 5 – JHolic vs Kim Tan. Bertabahlah!

Semalam balik dari Everlandhof, kitorg solat kat KTO sebab takut tak sempat balik. Alang-alang, lepak jap kat Cheonggyecheon Stream dengan harapan dapat buat SPA kaki. Tapi takder pulak rakyat marhaen korea yang berbuat demikian, so as kitorg ni penyegan, maka aktiviti tenung air je yang dapat.
Aku kasik can Pak Mail enterprame kejap. Pak Mail tengah tenung nasib masa ni, samada success ke tak dia ngorat Mak Jemah
Pada hari kejadian, ada beratus-ratus payung tergantung kat tengah-tengah stream ni. Aku tak tahu apa tujuan, tapi bila payung tu di gantung secara berjemaah, secara automatik akan menampakkan view yang marbelles. Kreatif habaq hang!

Kalau kat Malaysia buat camni, aku bajet esoknya hilang payung ni semua. Percayalah!



Kalau payung ni rendah sikit, dan takder orang masa tu..ada gak terlintas niat jahat aku nak rembat. Niat je laa..

Dah lapar, sambung terus aktiviti memakan ikan bakar kat Dongdaemun. Sempat lah kitorg menyesatkan diri. Itinerary kat tangan, tapi buat-buat terer tak ikut. Oleh itu, penilaian aku di tengah kelaparan dan keletihan, aku rasa ikan bakar tu sedap.
Tokei tanya something masa order, tapi kitorg main angguk je xtau apa soalan. Dapatlah hasil pancing 7 ekor ikan bakar, sorang sekor. Nak banyak mana kot soalan dia tadi
Masa tokei tanya nak makan aper, aku pun blur camner nak cakap. Luper nak ambil gambar dari internet, ingat nak tunjuk je. Nasib baik ada 1 family Malaysia tengah makan kat tingkat bawah. So memang tunjuk je. Tapi tunjuk ke meja diorang kat bawah. Maka dapat lah menu tunjuk!



Kami makan kat kedai oppa ni lah. Kedai dia yang 1st kat row tu. Disebabkan dia invite kitorang masuk kedai dia dengan muka yang manis sekali sambil sebut nama Malaysia, maka rezeki dia hari ni. Orang Malaysia kan pantang sikit kalau orang luar sebut nama negara, perasaan terharu tu tetiba muncul, konon macam tak sangka betapa diorang kenal Malaysia ni, padahal dah tujuh ribu orang Malaysia datang kedai dia, haruss laa dia dah expert.

Kesian pulak ajumma kat sebelah, business marketing dia tak bagus. Lain kali, letak laa anak bujang makcik!

Balik singgah di Myeongdong untuk kali ke 2. Masa 1st day dah singgah, makan kat Restoran Yooganee. Owh..sedapnya teringat!

Aku ada agenda kat Myeongdong hari ni. Masa 1st day survey je cari location. Tapi kali ni memang kena singgah! Nak ambik feel hirup udara yang sama katanya!

Cafe JHolic, CHECKED!
Kat Malaysia yang aku jumpa, kat Cafe Bene lah pakai system getaran jiwa untuk bagitau order dah siap ni.

Saper yang kenal group JYJ tau lah cafe ni. Satu-satunya kpop band yang aku ada feeling sebab kesemuanya suara sedap dan boleh menyanyi live berejam-rejam tanpa pancit tayar walaupun diorang di banned dari keluar tv now. Aku tak suka mana kpop yang terer menari tapi suara out! Macam aku cakap tadi, saje nak ambik feel, jadi kena orderlah coffee nya walaupun aku rasa, Coffee Bene lagi sedap.

Menggelupur masing-masing, bila dapat resit yang bersignaturekan ownernya, Jaejoong! Walapun signature tu printed je kekdahnya. Huh 

Tetibe kan, kat Korea ni semua mende buatkan kitorg jadi menggelupur. Padahal kat Malaysia aku penuh kesantunan..pttufff!

Owh, time ni la jumpa Kim Tan untuk second time - Before keluar daripada Everlandhof semalam :-)
Kim Tan rilek je, tapi yang sebelahnya melebih. Panasss je aku tengok!
Frankly, aku takder lah minat pun si Kim Tan ni, tapi sebab drama The Heirs tu baru habis, dan dia dalam tu sangat outstanding pada pendapatan aku, jadi aku terminat kejap. Dan kiranya memang rezeki terpijak kitorang lah dapat jumpa 'live' baru ni..krik.. krik.. krik.. krik.. krik..

Macam aku cakap sebelum ni, kasik can lah entry Korea ni menggedik sikit. Tak selalu pun korang boleh tengok aku tak betul macam ni. Biasanya aku stock-stock layan ceramah kat channel AL Hijrah je.





"If you were possibly in danger, I was going to count hana, dul sett; then take your hand and run with you"

- Cha Eung Sang -

15 comments:

  1. Hahhahaha...
    Marketing strategi letak anak laki hensem memang patot pun!! Rasanya mesia je pun kot ulang alik kat korea. Rasa mcm negara jiran pulak. Hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...sebab tu cakap hari tu..pergi Korea macam pi Langkawi je. Hehe

      Delete
  2. Payung tu xyah tunggu esok. Kat KK ni percayalah, xsampai sejam kot...tinggal string gantung payung je. Tu pun agaknye hilang gak sebab diorang buat penyidai baju kat rumah kongsi. Ouh Sabah ku.

    Part resit ada sign si Jaejoong tu memang kreatif. Agak2 artis Malaysia buat gitu, ada x kita menggelupur suka. Eh lupa ko layan Al Hijrah so haruslah santun. Eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaa...memang rakyat Msia ni pantang tengok barang free katernya...hehe
      Artis Malaysia? Jangan kan signature..kalo terrr..jumpe kat shopping mall pun, takder orang layan...

      Delete
  3. fewiit..awek bertudung tpi berskirt..ni kalau kt msia dah masuk beutifulnara ni..heheh gurau je..
    Jaejung tak kenal sgt tapi lau KimTan harus lah kenal tersemat dalam hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas Cik Viva tegur, baru perasan pakai skirt..haha
      Diorang mmg tak senonoh sikit. Tuan kedai siap alihkan patung tu kat luar, sebab nmpak mcm desperate sangat nak bergambar...lawaks tul kalo ingat!

      Delete
  4. Kalau kat Msia dpt resit yg ada sign artis terus konyok2 campak ke tong sampah..hehe

    Oh Jaejoong yang cantik! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot tak ambik terus resit kottt!

      Tak suka Jaejoong yang cantik... lagi prefer Jaejoong Mirotic! Wallaa!

      Delete
  5. Nasib baik aku tak terasa nak amik gambar dgn kim tan tu. hahaha. lawak je masa tokeh kedai tarik Kim Tan depan kedai kasi can mak jemah nak bergambar tu. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, aku pun dok eh...kaverrr...haha
      Lagipung wasa kemalu-an plok nk ambik gambor nge patung tu.....huahuaa

      Delete
  6. Sotong masak merah kedai ahjumma tu sedap ooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa..
      Alaa..
      Alaaa...

      Ko sajer jer...

      Repeattt!

      Delete
  7. Amat lah unik payung2 yg berwarna warni diletakkan kat stream tu..cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, memang cantik. Org Korea terbukti memang kreatipp!

      Delete
  8. Memang aku teruja tgk alat yg kasi tau no giliran tu, tiba2 jakun jap. Aku sebenarnya tunggu entry musim sejuk ko ke Harbin aritu..mohon dipercepat kan hehehehe..

    ReplyDelete