Tuesday, April 22, 2014

:: The Heirs Trip 4 – Everland Tulips Festival vs T Express

** bergambar banyak ini entry

Everland 

Misi hari ini. Kitorang takder intention untuk ke tempat- tempat yang entry fee nya mahal sebenarnya. Tapi disebabkan ada festival yang di highlightkan pada tarikh berkenaan, maka kajaaa yeorobun!
Tagline orang kaya boleh laa camni.
Route ke Everland agak pening juga, bagi aku. Maklumlah, buat itinerary memain. Tengok kat tour book macam dah ok, tapi bila nak di adapt kan ke real world, macam pening haish!

Dari station Ittaewon ke Samgakji sebelum menuju ke Gangnam Station. Samgakji adalah station wajib kitorg lalu untuk ke mana-mana setiap hari dan nama Samgakji ni sangat fobia buat kitorang pada masa tu. Sebabnya, route untuk transfer di station Samgakji ni mak aii, aku rasa dalam setengah kilometer anggaran kena jalan kaki ditambah dengan naik dan turun tangga 3-4 kali. Jauh bebenor. Kalau waktu nak balik ke Ittaewon, memang setiap orang akan saiko dengan kaki memasing. Masa ni kalau ada yang buat lawak, gurau tak bertempat ke, memang cari pasal lah.

Gangnam. Rasa macam biasa-biasa je.
Jumpa tower ni. Apakah..
Kitorang gedik pergi Everland thru Gangnam, konon nak tengok Gangnam tu camner. Kot aku je yang gedik entah. Padahal boleh je naik dari station Seoul City.  



Dari Gangnam, kena jalan kaki ke Station bas macam map di atas, ambil bas 5002. Jarak adalah 50 minit sampai ke Everland. Syukur dapat seat dalam bas ni.  

Di Everland, kita ni as a orang luar, kena beli tiket kat foreigner counter yang ke dalam sikit letak nya. Harga untuk foreigner pun murah daripada rate normal. Penat je beratur panjang kat luar tu. Anyway, macam biasa, kat main entrance pun dah jumpa orang Malaysia. Khelass!

Kaunter tiket untuk 'pendatang'
Waktu ni sedang berlangsung Tulip Festival. Memandangkan aku tak yakin aku akan sampai ke Keukenhof, jadi moh kita ke Everlandhof je.

Maghi!

Macam biasa, manusia di mana-mana adalah selautan. So, kena pepandai kita lah bawak diri. Janji siap-siap jumpa kat mana, pukul berapa nak jumpa, kot-kot lah terpisah. Maklumlah, citarasa masing-masing tak sama. Ada yang suka tulip kuning, ada yang suka merah. Ade yang nak tengok Pororo. Ada yang suka usha awek korea je. So maybe ada yang nak spend time lebih kat minat masing-masing. Jalan selamat, deal janji Melayu!

So dah sampai, dah bayar, dah masuk...moh kita selfie dengan tulips!

Disebabkan kami selfie gaya melampau, tak mampu rasanya nak letak muka sendiri. Maka digantikan dengan selfie orang lain je.
Family yang sebelah kiri ni, kitorg dah jumpa kat Nami semalam. Hari ni jumpa lagi. Keciknya Korea..


Pokok kat atas ni adalah setinggi 13 meter, berada dihadapan pintu masuk dan dipanggil Magic Tree. Pokok ni antara main attraction kat sini, dan dihias ikut tema. Kalau datang masa spring, gini lah rupanya. Kalau datang musim Krismas, maka begemerlapan lah dihias lampu. Kalau time Halloween mungkin digantungkan adik beradik Mak Limah kot. Aku agak.

Churros ni biasa-biasa je. Churros tersedap takat ni pernah melalui tekak adalah, Churros di Chocolateria San Churro, Perth. Memang perghh!
Trip kali ni, first time ahli Mak Jemah dan Pak Mail berselfie dengan rakusnya. Walaupun monopod dan penyodok-pod nan ado bawak, tapi tetap gigih berselfie pakai kamera gabak PM yang selalu gigil-gigil tangannya time nak tekan button snap. Aku rasa ni lah selfie paling gigih sekali pernah aku tengok dan join skali. Takder lah merbahaya, tapi gigih tu ADER!

Eh, meh layan Tulips!








T-EXPRESS

Yes, masa yang ditunggu-tunggu. Mende alah ni adalah antara target utama misi Everlandhof. The most awesome ride in this theme park. T express ni adalah beratus kali ganda extreme daripada bus express sebab railnya dibuat daripada kayu, bukan besi! Ia adalah South Korea's first wooden roller coaster dan paling curam di dunia. Maka, disebabkan ini barang rare, maka kita perlu CHECKED IN untuk mencipta rekod donnia, walaupun dalam hati teringatkan Travel Insurance yang tak sempat nak ambil. 



Gigil.

Ye.. dalam hati

Beratur lebih dari sejam, berani kau nak patah balik? 5 tahun kena kutuk!

Maka..bertabahlah, kata John.


Beratur kena ada gaya. Rasa takut tu boleh cover dengan spek itam je beb. Yang penting GAYA! Loya ke, nak tercirit ke haper, simpan diam-diam dalam bag dulu.

Hasilnya..

Wa nangesss woitt!

Eh, Pak Mail yang gagah perkasa pun ter-mengalir air mata syahdu, apatah lagi geng-geng Mak Jemah yang dah comfirm dalam hati ada taman ni. Seriously kaum Adam yang sebelum kitorang pun hampir semua meleleh air mata. Bukan sebab ketakutan, tapi human nature namanya. 

Tempoh time ride T-Express adalah 3 minit keseluruhannya. 3 minit tu rasa macam 3 jam. Part yang paling extreme sewaktu T Express ni turun tegak 90 darjah ke bawah. Memang mintak nyawa!

T-express ni, takder shoulder harness, hanya kepit ngan palang je kat atas peha, jadi bila tengah ride, rasa macam boleh jatuh anytime je wehh. Part kejam kat sini bila kayu palangnya berbunyi 'kriok, kriok' masa tengah terbang tu macam nak runtuh anytime. Bayangkan macam mana kau nak control rasa takut lagi, mana nak kena pegang tudung yang nak tercabut lagi, mana nak posing ambik gambar kat kamera yang memang diorang sediakan kat pit stop, mana nak pegang palang lagi.. Paling aku bimbang bila turun nanti, bukan free fall tapi free hair gue kat situ. Ouchhh!

Kesimpulannya gambar candid aku yang disnap oleh pihak T Express adalah hodoh. So aku tak beli!



Full view T Express yang dicapture oleh orang yang tak naik. Oppsss!
Masa train kitorg stop kat penamat, staff situ siap cakap. "Yes, yeorobun, please sapu dan tenyeh air mata anda. It's fun kan!" dalam campuran 3 bahasa sekaligus.

Sambung lagi..

"Dan jangan takut untuk choba lagi next time!"

Puii!

2 hari leher aku kalau nak pusing kena pusing sekali dengan badan! Merana!

Ubat loya selepas turun T-Express. Nyaman!
Sempatlah rehat kejap, nak kembalikan adrenalin sambil cuci mata layan show dan tengok gelagat manusia versus tulips. 



Dah comel dah ni. Nanti bila dah besar tak payah laa buat hidung, muka ye dik!


4 jam jugak kot kitorg bertapa kat sini. Games lain pun tak larat nak main disebabkan penangan T-Express. Hoho.. So, dah puas hati layan view Tulips di Everlandhof, balik lah kiter!


Gwang Soo pun ada kat sini.


Aperlah dosa mereka...
Eh lupa, hari ni pun sebenarnya ada jugak sesi pertembungan dengan Kim Tan. Sabo je laa..



by, 

Cha Eung Sang

14 comments:

  1. Eung sang,
    Omaiiiii bila baca pasal t-xpress ni je pun buat jantung dup dap dup dap x renti2 ni...takutnya!!!!

    Love,
    Song ji hyo.. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida, teringat ni pon, dup dap lagi. Teringat tang kepala terhayun kiri dan kanan mcm nak tercabut..
      Owh..Song Ji Hyo ye..mana emergency couple nya?

      Delete
  2. Eun Sang,

    We are meant to be together, that's why we keep bumping into each other every single day ..

    Love,
    Kim Tan ... ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh..kalo Kim Tan ckp mcm tu berdepan...Migrate ke korea kot teruss nih

      Delete
  3. niL : Wah..lama tak jejak sini rupanya dah sampai koya eh...dulu Jm pun naik Bus 5002 dari Gangnam ni..
    Hahaha...berani betul naik T -Express tu tgk pun seram...takut MATI!!!! hahaah

    Eun Sang,

    U r always in my heart,

    Lovely,
    Kim Tan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM, jauh gak kan jalan kaki nak ke bus stop tu....ingatkan exit subway terus naik bass..hehe
      T-Express...cukuplaa sekali je teraii...tanak dah

      Ramai Kim Tan sini wehh! haha

      Delete
  4. Seram kot T-Express tu, kalau naik nyesal, tak naik lagi nyesal kot..
    taktau pulak kat korea pun ada tulip lawo camni... ada jmpe KIM TAN lagi ke? nak baca..nak baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu ler. Memang paksakan diri je benornya hari tu. Sebab pikirkan tak tau lagi bile sampai..
      Kim Tan? hahahaaaaaaaaaa

      Delete
  5. Replies
    1. Kang ke tiap-tiap hari kite jumpe Kam Tan! Haha

      Delete
  6. Eun Sang-ssi

    Aku punya lah pintar gi tunggu bas kat bus stop tengah2. Xnak dengar kata web KTO. Padahal direction macam ko tepek tu dah ada. Sesat je dah dekat sejam.

    Tapi tulips adalah lawaaaaa. Selfie guna kamera bagak ah cara sekali. Barulah gigih namanye. Agaknye, kena gi Everlandhof juga ni. Belum mampu gi yang jauh nun di sana.

    Syieda jadi Ji Hyo. Aku nak gak...

    Love;
    Song Yi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Song Yi,
      Sama lah kite. Kitorg pun sesat gak memula. kuar exit nampak bangunan tinggi2, tu yang jadil lost kot! Selfie tu mmg gigih sangat, especially masa nak kontrol tangan yang terketar-ketar tu..lagi nak jarakkan pulak dari muka...fuhh

      Delete