Friday, April 11, 2014

:: The Heirs Trip 3 – Nami Island

Next agenda, Nami Island.

Daripada rail park, kami jalan kaki ke Gangcheon Station sebab taxi takder lalu. Aku pujuk-pujuk betis bunting padi ni untuk kuat semangat berjalan 20 menet. Rasa macam carry bola hoki kat betis masa berjalan. 
Muka gembira menapak dalam cuaca yang hot dengan angin sepoi-sepoi. Tapi dalam hati.....

Dari Gangcheon, kami ambik subway untuk ke Gapyeong, dan terus ke Nami.

Eh frankly, aku merasakan bahawasanya Nami adalah tidak chantek pada hari ini. Bunga tidak ada. Salji tidak ada. Burung tidak nampak. Daun luruh tiada. Yang ada?

Manusia.

Ye, manusia selautan. 

Orang Malaysia?

Very the ramai. Aku siap boleh reunion dengan x-classmate uni dulu kat sini. Sebesar Nami, boley dia cam aku. Tetiba aku berasa sekarang aku bukan berada kat Pulau Nami, tapi di Pulau Langkawi.

Tapi aku cuba elakkan ambil gambar manusia selautan tu, sebab dah biasa tengok.

Jadi selain manusia, aku mampu ambil gambar pokok je lah
View ni aku suka tengok. Kosong.
First kiss pun syahdu je nampak. Customer kurang kot hari ni
Pokok trademark Nami ohsem sentiasa.
Kosong laluan ni. Masa sampai sebelum tu macam ramai. Tau-tau dah lesap
Luper aku nak beli mende ni. Saper nak pegi, kirim!
Nampak ramai beratur beli aiskrim. Aku sajer join the crowd. Kasik nampak meriah.

Nami seakan kering kontang je. Aku rasa feeling Winter Sonata hilang sama sekali. Maybe sebab keletihan dek penangan subway Korea dah terasa kot. Baru 2nd day, dah kalah dengan subway sini. Apedaaa... Nampak sangat tak fit.

Aperpun, aku pasrah, bila sedar yang team travel aku selalu travel pada musim yang ke-5. Yakni musim peralihan. Selalu!

Sebenarnya niat asal ke Nami antaranya untuk ber'bungee jumping'. Tapi bila dah sampai, tempat tu under renovation. 
Sayu je tengok mende ni. Rezeki untuk try kat Macau Tower kot. Aminn!
Makan nasik goncang. Sebab tengah lapo belaka, semuanya jadi sedap.
Masa 1st time masuk kedai nampak mende ni atas meja. Mati-mati aku ingat HOT DOG. Rupanya sarung tangan untuk goncang nasik
Surau di Pulau Nami terletak dalam bangunan yang sama dengan children's library, dibelakang restoran nasi goncang tadi.  Library ni cute, comfirm akan mendorong perasaan untuk membaca. Tapi tu orang lain laa. Aku tak kot. Sebab Aku tengok buku dengan bantal, tak jauh beza pun..

Buku yang disusun, jadi tiang
So, kitorang meraikan Nami dengan hanya tawaf jalan kaki tak sampai sejam dan terus sambung makan nasik goncang. Ahli jemaah geng Pak Mail yang 1st time datang, ambik peluang merasa naik basikal pusing Nami. 
Aku bajet asalnya nak join Pak Mail tawaf nak naik basikal letrik ni. Tapi orang lain tak mau sebab takder bajet. So, Pak Mail pi gohek beskal berempat je.

Aku?

Selepas bosan ambik gambar seadanya, aku gi tido kat bangku, sambil berlunjur kaki, kat tepi gigi air sebelah tempat tunggu Fery Nami.
Port aku tido mengadap ke sini. Mau tak bermimpi indah..
Eh taukah anda, yang sekeliling Nami ni adalah danau? Macam danau Toba tu. Walaupun aku bosan datang sini this time, tapi aku tetap kagum dengan ciptaan Nami ni. Sambung tido.

Lena kot, tido tengah-tengah laluan orang lalu lalang, di bawah angin sepoi bahasa sejuk sampai tulang sum-sum. Tak taulaa kot ada photographer ambil gambar kitorang, pastu masuk dalam National Geographic.

Korang hado datang jauh-jauh, tapi tido sesaje kat Nami?
Tengah mimpi Kim Tan!
Dah..maghi balik!!



by,

Cha Eung Sang

17 comments:

  1. Haah macam tak cantek je Nami waktu ini kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cantek. Mmg rasa macam duk Malaysia je

      Delete
  2. sejujurnya, aku tak pnh rasa yang nami ne cantik...tak tahulah org lain macam mana, tapi itu yang aku rasa...

    sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nami ni cantek sbb susunan poko tu je kot

      Delete
  3. Dari mula sempai akhir tergelak je. I mean, I can now imagine how pack Nami is sampai boleh buat reunion dengan unimates lagik. And of all the places, it's in Nami. Btw, buku dan bantal nampak sama jek? No way! Buku best lar. Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok bantal, rasa mcm dah di awang-awangan dah!

      Delete
  4. Dok usha2 gmbr org time autumn nami nmpk cantik xtaw la plak sbb xpnh smpai time tu..terkena time msim pralihan jgk time pi aritu..nk kata autumn x salji pon x..last2 frust mnonggeng xdpt main salji..tapi knapa time iolls pegi belon2 tu xade hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau plak belon tu sempena event aper. Tak tau lah musim aper yg best nami ni, sbb kitorg pun 2 kali pergi, 2x time musim peralihan jek

      Delete
  5. kreatif sggh org korea ni..

    aritu p nami kwn setrip jumpa opismate dia kat sini..small world..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kreatif...ke mana-mana je akan jumpe mende2 kiut!

      Delete
  6. cantiknya pulau nami nih..
    suka dgn kekreatifan mereka deko library tu..cute lah...
    teringin nak g korea jugak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli tiket cepat Cik Viva!

      Hari tu masa tgk library tu mula-mula ingatkan wallpaper...buku ghopenyaa..haishh

      Delete
  7. diorang ni mmg otak kreatif kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org Korea ni jenis ambil berat every single things. Dia suka detailskan. Lagila mende yg melibatkan deco/design...tu mmg specialty diorang laaa

      Delete
  8. ahahaahh....tido di Nami Island..mcm2...untung lah leh tgk kim tan secara live...heeee
    Org korea ni kreatif betul lah...hai!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kreatifkan JM.

      Eh, kat Jepun JM xder jumpa retis ke...kot laa ada rezeki samaaa....hehe

      Delete
  9. saya baru jumpa blog ni lepas google tadi. anyway nak tanya, macam mana direction utk ke bungee jumping tu ye?

    ReplyDelete