Sunday, April 6, 2014

:: The Heirs Trip 2 - Gangchon Rail Bike

Kitorang stay di Seoul ni, kat SP@Itaewon Guesthouse for 3 nights. Tempat ni adalah best sebab harganya agak affordable dan sangat dekat dengan Station Itaewon. Adalaa kena memanjat bukit dan tangga sikit sambil mulut menyumpah berzikir dalam hati. Cuma satu laa, guesthouse ni memang kat tengah-tengah laluan bar-bar dan adik beradiknya. Selagi ko tak heran dengan situasi ni, kira ok laa.

So, tido semalam ditemani mimpi indah jumpa Kim Tan!

Today, bangun awal everybody. Pukul LIMA! Dan hari ni kitorang nak naik Rail Bike RUNNING MAN!

Aku sajer nak cerita route ni sebab aku rasa sangat confuse dengan kisah dua jenis train melalui satu rail. Orang lain aku tak tau. Tapi aku memang tak paham.

Route: Itaewon(Line 6) --> Samgakji(Line 4) --> Ichon --> Yongsan(Line 1). Ambil ITX untuk ke Chuncheon. 

Tak perlu keluar pun dari Station tu sebenarnya. Just kena pergi beli tiket ITX kat kaunter dan terus ke subway tadi balik. Tunggu laa ITX tu sampai. Cuma jangan confuse dengan subway. Seat subway, boleh duduk di mana-mana. Tapi ITX ada nombor seat. Macam proper train untuk perjalanan yang jauh. Pintu masuk gerabak pun kena ikut nombor yang tertulis pada tiket tu.

Keluar dari Yongsan Station, kena touch T-Money kat machine ni
ITX ni runs setiap sejam dari Yongsan, Cheongnyangni, Pyeongnae-Hopyeong, Gapyeong and Namchuncheon sebelum sampai ke final destination, Chuncheon. Train ni hanya stops di Wangshimni, Gangchon, Cheongpyeong dan Maseok stations on a more limited basis jer pada waktu tertentu je.

Route ITX: 

Seoul (Yongsan Station) --> Cheongyangni --> Sangbong --> Toegyewon --> Sareung --> Pyeongnaehopyeong --> Maseok --> Cheongpyeong --> Gapyeong --> Gangcheon -->Namchuncheon --> Chuncheon

Kitorang yang tak pandai ni agak banyak lah confusenya. Patut nak turun ke Gangchon Station je, sebab Rail Park kena turun kat station tu. Tapi tersilap beli tiket terus ke Chuncheon. ITX ni pulak tak stop kat Gangchon Station. Tapi takpe, sampai kat Station Gapyeong, kitorang turun dan tunggu subway di tempat yang sama, kemudian naik subway untuk turun ke Gangchon. 

Blue : Only stops during rush hour on weekdays
Green : Only stops when departing from Cheongyangni

Nah, tak ke pilih kasih namanya..suke-suke hati nak berhenti kat tempat dia nak jer!

Sampai Gangcheon Station, kitorang ambik cab, 4000W satu cab. Kalau jalan kaki 20 menet. Owh, di Korea ni aku lagi sayangkan kaki daripada duit!


Gangcheon Station. Pening woi! But we managed to arrive dengan jayanya jugak laa! So, standing ovation untuk diri sendiri!
Gangcheon Propose Stairs, terletak di tepi station. Ketahuilah bahawasanya Korea memang dipenuhi dengan pelbagai perkara-perkara yang mengkiutkan..
Kitorang beli tiket Rail Bike 4 seat 35000W. Okay la, dalam 10000W per pax. Tapi kena tunggu sat sebab masa dalam tiket adalah pukul 10.30AM. So layan view tengok budak-budak skolah yang baru turun dari Rail Bike ni dengan persoalan; Eh diorang ni tak pergi skolah ke aaa?


Budak sekolah yang ader complete set makeup. Aku pun takder..

Tiba masa kitorang naik..


Lusuh jugak mende alah ni kalau dari dekat

Best woitt! Meh layan gambar je laa.. 


Memasing tanak kalah. Main taram je, mana-mana yang rasa nak snap
Untung team Pak Mail ni. Dah laa tak payah kayuh lebih sbb Pak Mail dah ader, kamera gabak plak semua tala kat diorang. Memang tak adil!
Aku bajet Mount Halla kat belakang tu. Nama pun bajet..

Siap ber’Gangnam Style’ dalam tunnel. Makan tobokki kat pit stop. Inspired by Running Man namanya misi nih.


Satu-satunya kedai yang ada kat sini. Glamer kedai pakcik dan makcik ni sejak Running Man datang sini.
Dalam tunnel ni, lagu gangnam berkumandang dengan lampu disco bagai. So, moh Oppa Gangnam Style!
Americano yang asalnya untuk feeling-feeling Korea la konon. Tapi tak sedap.
Toboki ni sedap sebab pedas berdesing! Rugi tak beli 3 bekas..
Bakal artis popular. Baik aku ambik gambo dulu siap-siap. Mana tau kan, kalau jumpa kat airport tak perlu dah sebok nak kejar
Kitorang dan Running Man pernah jejak sini! TAPI, sila abaikan baldi yang menjejaskan bukti penting kat belakang tuu..
View sepanjang mengayuh adalah cantik. Mulut memasing bising bersembang sambil berlanggar bike sesama sendiri. Bike kitorg siap kemek kat belakang sebab dilanggar oleh team Pak Mail kat belakang. Nasib tak kena gantirugi.


Disebabkan diorang sebok selfie ni laa, kitorang terlanggar sesama sendiri.
Aku takder lah rasa penat sangat kayuh bike ni. Maybe sebab kitorang naik berempat dan aku ada tukang kayuh yang sangat gigih! Aku sibuk ambik gambar kiri kanan depan belakang, dia akan selalu kayuh dengan jayanya. 

Kredit to Lela!


Budak ni baru lepas teran sebenarnya. Tahan je hidung memasing sebab nak bergambar dengan orang Korea.
Kreatif kan orang Korea nih.
Pose band underground sposeng!
Selfoot beramai-ramai. Ni je kitorang mampu sebab tak sempat beli monopod

At the end kitorang sampai di Gimyujeong station, dan dari situ akan ada free shuttle bus untuk return ke station Gangcheon.


by
-Cha Eung Sang

18 comments:

  1. sama trip dgn PM gak ke ni? hew hew hew

    ReplyDelete
  2. Kena pinned kan tempat ni. Neway salam kenal!

    ReplyDelete
  3. nil, betis dan paha amacam?? mengecut tak?? hehehe...

    ReplyDelete
  4. John...of cozlah trip sama dgn PM tak dpt dipisahkan. Geng jemaah Mak Jemah tuu

    ReplyDelete
  5. Salam Syieda..

    Rasa tempat ni kalau time salji, super duper cun lagi..

    ReplyDelete
  6. Zila, nampak tak..kaki sy lagi slim dari kaki Nani? Siap muat seluar dia lagii....haha

    ReplyDelete
  7. Salam kenal...

    Bestnya travel..luas pemandangan..:-)

    https://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norma...

      Travel memang best..
      Tapi kalau Travel dgn duit bnyak lagi best...hehe

      Delete
  8. masa kami pi muka semua jadi merah2 macam kulit orang korea..pas tu Nami Island tu boleh la kalau nak kata cantik sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami pegi..muka seme jadi kerak bontot kuali...howw!

      Delete
  9. Cha Eun Sang lah sangat :P ... brape lame yer korang berkayuh dari gangcheon ke gimyujeong tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kasik can laaa Azra wehh..
      Berkayuh tu dalam sejam gak laa overall. Tapi kayuh santai2 je..

      Delete
  10. rajin korang discover tempat2 jauh dari city ni.. thank you sebab explore dan review.. nanti nak g jugak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah_rule, tempat ni dekat je dengan Nami sebenarnya..one way je.
      Tapi kitorg kes lepas tengok running man...terus rasa nak mencuba...so redah je la

      Delete
  11. kenapa comel sngat entri nih? Serious dorng mmg kreatif untuk mmbuatkannya apa y ada kt sana tu cute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Viva..Ni entry tulus ikhlas namanyaa...
      Tapi susunan buku kat belakang tu seriously daebakkk!

      Delete
  12. No wonder lah tajuk trip ni The Heirs...ahahaha..lawak lah niL....ehh silap Cha Eun Sang
    Wokehh..entry penuh info..Jm akan terjah sini dlm next trip in sha Allah..bila lah ada peluang travel nanga niL kan..mesti lebih enjoy..bye Che Eun Sang heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlaa JM, Drama baru lepas habis. Feeling tengah ada, tetiba bump depan mata..
      Histeriaaa kottt JM !! haha

      Delete