Wednesday, January 1, 2014

:: 2014 - Please Be Nice to Me

As-Salam..


3 bulan blog bersawang, apedehal! 

Yang pasti, semalam tengah orang lain gigih nak tengok bunga api, aku pulak tengah gigih pulun nak hantar final test yang berduedate kan 1 Jan 2014 jam 00.00. Lect aku memang saje jer, tak nak kasik kitorang lagho tanpa batasan. Tapi tak kisah lah..yang pasti minggu depan, aku enjoy! Eh, sesaper nak ajak aku berjalan sila lah! 

Anyway, aku ada 6 jer wish list highlights untuk tahun ni. 

1. Semoga aku dapat siapkan project pada sem depan dengan jayanya & grad on time! 
2. Semoga tarikh konvo tidak terkena pada tarikh berjimbaan..Pleaseeeeee! 
3. Semoga aku dapat simpan duit untuk kawen mengulor dengan lebih berhemah. 
4. Semoga aku naik gaji Triple! Sayang boss! 
5. Semoga aku dapat menguruskan diri ini sampai selim seperti Cik Mawar Berduri
6. Semoga aku berjaya panjat bukit Puchong tanpa pancit tiap-tiap minggu.. 


Well, team GBS makin menyusut nampaknya. Adakah aku patut try travel solo?
Tapi, even aku rasa patut, aku PALING rasakan yang Pn.Fatimah menentang kepatutan itu.
Plus, aku takder keberanian tu..dan tak berminat nak ader pun. 
Dan plus lagi, aku rasa travel secara berjemaah adalah lebih meriah..tu pada pendapatan aku laa..

  

Eh orang lain buat highlight? Aku pun nak join jugak lah! 

Well, takder laa gempak pun. Just bakal mengcover Asia gak. Paper pun, China tetapp tak bleh tinggal. 
Kurang kasih sayang rasanya kalau aku tak ziarah kampung tok nenek ni.. 


Highlights! 






Eh, gambar mesti gempak! Tetapi bila dah sampai belum tentu gempak macam dalam gambar. Maklumlah, walaupun aku heret DSLR gabak, tapi pakai auto je mampu. Aku tunggu chawanna je buat kelas free untuk aku. Lagipun, perkara normal bagi aku kalau mengulor dalam keadaan silap pilih tarikh ni. Salah musim katanya. Tapi no hal lah! 

Gambar 3 hingga ke bawah adalah satu tempat je. Tapi disebabkan aku terrjumpa gambar gugel yang cantek ini, aku paste kan kesemuanya. Semoga menjadi dorongan untuk diri sendiri. 

Anyway, semoga semua perkara, wish list dan gambar-gambar di atas dipermudahkan oleh-Nya dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan diharapkan semoga Pn.Fatimah redho atas segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya kepada anaknya ini. 


- hadrawillin-




No comments:

Post a Comment