Monday, March 25, 2013

:: Can't Wait!

Status macam biasa..tetap bzi..
Within beberapa minggu, hari, waktu dan saat kena siapkan multiple keje + asigmnt *muntah hijau*

Tapi dalaman sangatlah dah tak sabar..
Tak tahulah hati bakal tenang atau tidak ketika tiba waktu ini..

Mohon dipermudahkan segalanya lah harapnya..


Tawakkaltu 'alallah...

-niL-

Thursday, March 21, 2013

:: Bizi or not bizi?

Assalamualaikum & Morning bloggers!

Well, aku ni takder la bizi sebab running project-project besar rege juta-juta kot. Tapi bagi aku, memang aku bizi sekarang. Buat assignment, term paper dan lagi group project nak start kena pikir dah. Plus, ada satu personal project dengan outsider, keje office lagi nak kena pikir yang bahawasanya dateline dah dekat, tapi coding still tak success-success lagi. Aku pun tak tau lah celah mana harus diperbetulkan lagi..adakah Eclipse dalam pc aku yang tak betul, atau aku sendiri??

Well, baru lah aku start merasai sikit-sikit bahang keserabutan bila start belajar. Frankly, kalau orang lain ikhlas dengan semangat berkobar-kobar nak belajar, tapi aku lak..asalnya sajer nak test power. Layak ke tak aku ni masuk uni. Dalam masa 2 hari, aku beli pin number, cop penjamin/saksi sume, then aku pass borang dengan niat tak berapa betul dalam hati. Tetiba within 2-3 weeks, tengah aku drive sambil sengih-sengih sorang sebab dah pasang niat malam tu nak tengok Running Man, tetiba aku dapat 1 text..

"Your application for uni ... was successful"

Demmm!

Aku terus gigil.. Ya, aku memang keji. Kalau orang lain syukur Alhamdulillah, tapi aku pulak, ayat tu yang kuar dulu. Tu laa, dah pasang niat tak elok awalnya.

Balik rumah cepat-cepat belek kalendar, then belek tiket flight dan belek jadual kuliah.

Ya, memang abeslaa aku kali ni. 2 kali kuliah terkena tarikh keramat. Huru hara jap perasaan masa tu. Gelabah giler. Lama termenung, tarik nafas panjang-panjang..sejam dua barulaa kembali ke dunia nyata.

Okay, why not kan, aku try. Ni memang rezeki aku Tuhan nak kasik. Ada hikmah. Rilek...rilek...

Dan kalau orang lain mula start riki-riki info, aku pulak start adjust tarikh tiket bebetul dan senarai kan pro and cons atas keputusan aku nih..haha...dasar manusia tak betul!

Aku siap sorok tak kasik tau sesaper pun result tu..tapi tetiba adik aku call tanyakan. Aduhh, lupa dia yang tolong belikan no pin dan lupa dia pun blaja di uni yang sama, so dia tau ler pasal pape tarikh result..cishh! Then, dalam sekelip mata PnFatimah pulak tau. So, niat aku yang tengah ting tong nak terima ke tak tu terbantut. Takde pilihan lagi..memang cari pasal laa kalau aku cakap tak jadi..

Dan sehingga sekarang, dah masuk sem dua. Dah habis fasa berjoli-joli berkenal-kenalan. Result sem lepas Alhamdulillah..walaupun tak nampak bayang selempang masa konvo, tapi aku still manage it. So sekarang aku tengah start merasa pahit manis perasaan tak boleh tido awal, disebabkan aku sebelum ni adalah orang yang pantang tengok jarum jam pada pukul 9 malam, mula lah syaitonirrojim bergayut beramai-ramai main jongkang jongket atas kelopak mata. Kalau orang lain mengatakan buat paper adalah sangat mencabar, tapi bagi aku, yang paling menuntut tahap kesabaran yang tinggi dari aku adalah menahan mata ni daripada pandang ke arah katil.. 


*kalau bilik aku macam ni..jgnkan buat asgmnt, g office pun mmg takk laa!

Korang, please doakan aku melepasi cabaran ini dan semoga aku still boleh beli tiket flight dalam masa yang sama... Fighting!

** Can't wait for 'Nǐ yào qù nǎlǐ'...  whooaaaa!


-niL-