Tuesday, January 22, 2013

:: Hapdet! ::

Annyeong...

Lama aku tak hapdate. Bizi tak bizi, malas tak malas sangat lah. Tapi blog orang lain aku gigih je hapdate hari-hari. Website AirAsia maintain je aku scan pepagi.. 'Running Man' every week aku hadap even keje menggunung pun. Tu wajib. Penawar hidup katernya. Yang lain..drama korea 'I Miss You', aku dah selamat khatam. Pasni dah takder citer dah. Dan last sekali, citer Merlin dah tamat dan yang sedihnya aku tak sempat tengok episode final. Sangat 'tapai' sekiranya kita follow sesuatu citer, tapi tak dapat tengok ending. Huh!

Start bulan 9 hari tu selepas raya maka bermula lah edisi baru dalam hidup aku yang mana aku masuk dunia yang telah ditinggalkan bertahun-tahun dulu. Dunia yang menyebabkan aku kena perah otak berkarat ni setiap hari Sabtu, dan setiap malam selepas keje...fully utilized, Justin Bieber cakap. For me, itu sangat rare sebenarnya, sebab standard aku biasa guna 40% je untuk perkara yang mendatangkan faedah. Selebihnya lagho! Owh..sangat berterus terang di situ..

Dan disebabkan stress dengan dunia baru, berat badan juga mengalami perubahan mendadak, bertambah sehingga 5 kilo (demmm!). Dan sekarang aku bertambah stress untuk hilang kan no 5 itu...Dan aku berusaha jogging main-main dan start balik xtvt panjat bukit puchong walaupun hakikatnya aku tak berapa nak gemar..Dan lagi..perlukah aku announce kg tu kat sini?? Huh!

Untuk hilangkan stress yang masih bersisa, mari kita tilik gambar ni je lelama sambil menabung singgit lima ploh sen sehari dan berdoa dengan harapan semoga akan dapat menjejakkan kaki satu hari nanti...aminn



-niL-