Monday, May 13, 2013

:: I 'm FLYING WITHOUT WINGS!

Tarikh 12 May 2013. Tarikh bersejarah buat GBS. Kitorang TERBANG!


Ok, nama mende alah ni adalah TANDEM PARAGLIDING. Yakni sePARA terbang dengan bantuan payung. Payung nya adalah dah siap sedia terbuka okeh, bukannya tunggu terapung kt udara baru terbuka. Kalau yang tu, upah aku beribu aku pikir 400 kali dulu..

Tapi walaupun tandem paragliding ni dengan gunakan bantuan payung, tapi still..kitorang tetap terbang! Macam sugar glider lah lebih kurang.. Lokasi adalah kat Bukit Jugra, Banting Selangor bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 6 petang.


- Baca nih! -


Keseluruhannya..takder lah terbang sepanjang masa sebenarnya. Terbang + masa tunggu + makan + minum + tunggu lagi. Bukan aper, sebenarnya kena tunggu angin elok, baru boleh terbang. So dengan keadaan angin tak menentu, sukan xtreme ni sangat menuntut kesabaran yang amat tinggi!


- Proses pemasangan -




Sukan ni sebenarnya memberi kelebihan kepada orang yang tidak berapa nak kurus macam aku ni. Sebab, orang yang kurus akan ada sedikit kesukaran untuk terbang bila angin kuat. So sedikit sebanyak aku rasa bangga sebab buat pertama kalinya orang tak berapa nak kurus ni diiktiraf.. (kembang kempis). Walaupun hakikatnya bila tengok gambar & video sendiri adalah rasa macam nak buang dalam tong sampah! Fii ddunnia bullatun!!

- Sambil pasang telinga dengar bebelan kapten -


So sukan ni memerlukan kita terbang dengan bantuan seorang instructor yang akan duduk kat belakang kita dan jadi tukang control payung terjun. Jadi kita tak perlu lah ada skill ganas giler vavi untuk try sukan ni. Just fahamkan arahan kapten kat belakang je dan Insyaallah selamat la mendarat. Kalau nak buat solo pun ada, means kita terbang sorang. Tapi kena masuk training dulu laa.. Masa aku kat sini pun ada sorang budak umur 11 tahun selamber je fly solo. Bapaknya just kasik arahan dari bawah dengan walkie talkie. Malu hakak!

- Pempuan ni over xcited sampai jatuh ! -
Masa aku kat atas tu dengan dibekalkan kamera GoPro untuk record gambar dan video sendiri, adalah time kapten kat belakang tu tanya, tanak ke terbang solo. Fuhhh..haruslaa mau kalau uwang nya ader beb! Kapten tu pulak masa kat atas siap kasik senget, buat macam nak jatuh, saje nak usik kita. Kalau kita tunjukkan rasa takut atau gayat lagi lah masak dikenakan. So sesaper nak try, silalah buat muka ketat kat atas sana.

Kesimpulannya..mende alah ni adalah sangat best! Senang citer, sila lah cuba. Tak cuba tarak tauu!

- Gaya sebelum & selepas naik -
- We are Paragliders!! -



11 comments:

  1. wahhh..bestnya dpt terbang..berapa bayaran eh..berapa lama kat atas tu..byk soalan lak..heeeeee..

    ReplyDelete
  2. JM: Sorang RM200..je...

    Kat atas tu adalah dlm 10-15 menet..ikut keadaan angin & rezeki. Kalau ada rezeki angin cun..dan kapten bleh bawak tinggi..so dpt la lelama sikit..

    Tapi kalau 1st time ni..takut ader yg nak terbang sekejap je kot..sbb..dah pucat muka..hehe

    ReplyDelete
  3. uishhhh mati2 ingat terbang buat bnda ni kat overseas. hehehe kalo dgn harga rm200 okla kot. reasonable jugaklah.

    wlpn aku ni ada gayat, tp kene la try skali dalam seumur hidupkan. heheh cuaca pn elok nih! langit biru.

    kene book in advance ke?

    ReplyDelete
  4. John..kena book awal laa..sebab diorang nk manage timetable kot..

    Org gayat laa lagi mau kena try..tapi kalo ko buat nnt make sure ko jerit nipis2 je okeh..jgn buat yg pelik2 sbb nnt video ko akan dijadikan refer kt org lain lak...haha

    ReplyDelete
  5. Ada baca before nie kat website mana ntah. Tapi takder plak info on the price. Baru tau per session will cost around RM200 kan? Kena cuba nie!

    ReplyDelete
  6. Zara..
    Yup..RM200 per session per person, tapi lagi ramai lagi murah..ader gak tempat yg lg up regenya..depend pada organization tu kot..

    Cuba...jgn tak cuba!

    ReplyDelete
  7. Wow menarik gak ni..aku pun rasa RM200 agak reasonable la, kalau kat obersi mau mahai lagi kot..

    ReplyDelete
  8. It's actually a great and useful piece of information. I'm glad that you shared this useful info with us.
    Please stay us up to date like this. Thank you for sharing.


    my webpage; norfolk condominiums

    ReplyDelete
  9. Salam singgah.. Menarik aktiviti ni.. Rasanya kalau saya memang tak berani nak cuba... penakut!!.. :)

    ReplyDelete
  10. Nur-nba..

    Asalnya takut gak, tp buat2 berani je sbb nk rasa perasaan duk kt atas tu camner..once in a life kann..Tp seriously mmmg best giler! huhu

    ReplyDelete
  11. salam..
    wahh...best kan dapat terbang..i believe i can fly

    ReplyDelete