Saturday, April 13, 2013

:: Sweet Corn Endian Muslim, Guilin - Part 2


Setelah beberapa saat tercengang-cengang tengok skrin depan kaunter tiket kami jalan ke hulu ke hilir kot-kot jumpa signboard yang boleh lah untuk paham sikit. Tapi nan ado!

Tetiba aku tengok Dayah dah terkepit ngan seorang amoi cun kat sebelah dia. Rupanya dia tanya dan amoi tu tau Engelish! Fuhh..So mintak tolong jasa baik amoi tu untuk belikan. Nasib baik dia murah hati. Siap sembang macam-macam dalam loghat yang susah gak lah bagi kitorg untuk interprate balik. Amoi ni takder lah terer ngat speaking katanya, tapi boleh lah untuk capai target kami nak tiket pada berapa haribulan dan jam bila.

*Khusyuk semek tu duk tenung rege tiket..bakpelaaa mahal ngatt! (katernya)
Kat sini macam biasalah, kami menjadi satu-satu nya mende ajaib yang ada di kawasan itu disebabkan ada kain berwarna-warni atas kepala nih. Oh mai..diorang tenung dan tilik macam nak telan. Kadang lawan balik je tenung..tengok balik orang tu..tapi diorang still tengok mende ganjil ni yang agaknya 1st time dilihat semenjak bernafas kat muka bumi nih. Nak kata rimas? Awal-awal je. Last-last ignore je. Ambik lah kesempatan yang ada ni untuk feeling glamer seketika.

Sian ko pakcik, walapun ko dah menuntut ilmu sampai ke negeri sendiri..still menda ajaib ni ko belum pernah nampak ye..

Akhirnya kami berjaya beli tiket ke Nanning: Soft Sleeper berharga RMB175.50 seorang pada 3 April jam 11 malam sebab kitorang plan nak sampai kat Nanning waktu Subuh. Maklumlah kitorg ni semua gugurl, jadi tak bleh la sampai pada waktu-waktu larangan. 

Harus diingat, untuk beli tiket-tiketan ni, as a outsider, passport kena kasik. So janganlah sesajer tinggalkan 'nyawa' tu kat bilik bila jalan kat negara orang ni. Ic korang adalah tak laku di sini okeh.

So terima kasih pada amoi chantek ni (aku dah lupa nama dia) ngan kawannya sebab sudi beratur sama kami untuk beli tiket. Kalau nak beli sendiri aku tak tahu lah tiket apa yang dapat, ntah-ntah tiket ke Lhasa kot.

Kitorang sempat lagi bertanyakan arah Nanxi Park kat amoi ni. Dia siap tunjukkan dia bergambar dengan blossom last week. Oh jeles!

Kemudian kami naik bas no 11 depan station untuk ke taman tu dengan perasaan berkobar-kobar lepas tengok gambar blossom tu. Bas kat Guilin city ni adalah sangat murah. RMB1 untuk ke mana-mana. Ko naik dan turun lah mana-mana pun harganya tetap camtu.

Dalam 2 stop kami sampai di Nanxi Park. Pergi ke kaunter tanyakan. Sekali tiket untuk masuk adalah rege mahal okeh. Sedangkan dalam buku hikmat kitorg adalah RMB6 je. Perghh. Tapi nasib baik lah kami tanyakan pasal blossom dulu.

*Ambik gambar dari jauh je..sbb frust... unexpected things happen unexpectedly what !
Patutnya mengikut kajian awal kitorg ader Cherry Blossom Festival kat park ni. Yang aku baca, festival akan adakan different theme pada setiap tahun. Tahun ni punya theme adalah; “With Love in Spring, Cherry Blossoms in Smiles”. Tapi kata staff sini, kitorang terlewat seminggu. Last week blossom adalah pada kemuncaknya. Kemudian lepas tu hujan non stop, maka kuncuplah blossom tu tak nyempat-nyempat tunggu kitorang datang. Kechewa lah kitorang menitik air mata.

*Gambar selingan : Nyah ko jauh2!
So bila tak sempat nak ber'smile' dengan blossom, kami pun blah aa.. Buat aper nya lagi nak tunggu. Nak tengok cave dah tengok kat yangshuo tahun lepas. Sama je pun, takat letak lampu kaler-kaler. Kat Gua Tempurung pun bleh jadi cantik macam tu gak kalau diletakkan lampu. Maybe lagi cantik kott..

Kami sambung jalan dengan perasaan kecewa. Kemudian tahan bas, naik untuk ke next agenda yang ditunggu-tunggu. Owh, yang ni memang aku nantikan lah. Setelah setahun duk kenang-kenang tengok gambar sambil telan air liur. 

*Dah maju..dah upgrade ada wifi..bagus..bagus!
Kat atas ni adalah next destination kitorang. Tanya pakcik bas, dia bagitau untuk turun kat main road Chongshan Road yang kitrong nak pergi nih. Just tunjuk alamat je. Tapi make sure ada in Chinese sekali. Kalau tak merasalah korang pakai kaki untuk sampai.

Alamat restoran (kalau nak) :

Endian Restaurant
No 1, Chongsan Road, Guilin
Nearby Chongsan Road Mosque
(kalau Dalam bahasa China sila gugel)


Bila turun dari bas jalan kaki sikit. Cuba ingat balik lorong mana nak lalu. Nasib baik Dayah ada memory kuat. Maklumlah diakan ada bestfriend kat sini. Dari jauh dah nampak signboard ni sambil tersenyum-senyum. Fuhh impian menjadi kenyataan.. akhirnya..

*Yah sedang cuba ingat jalan sambil terangkat-angkat kaki
Masuk kedai, jumpalah skandal lama Dayah. Dia dah senyum-senyum dari awal. Lepas kasik salam, sambung senyum. Itu je lah dia mampu. Motip, tak usaha langsung nak blajar Engelishh ka??

Kitorg tanyalah pasal tokei Maryam tu. Jenuh tunjuk bahasa isyarat, tak paham gak. Last-last selongkar gambar kat phone nasib baik jumpa. Dia tunjuk kedai depan. Oh rupanya Maryam dah bukak kedai lain. Jual makanan kering halal tak jauh dari restoran ni. Dan..Maryam dah pakai tudung da sekarang. Alhamdulillah. 

Kitorg pun cakap la nak makan makanan feveret yang diidamkan. Sweet corn. Tapi haram, satu hapa pun tak paham. Dia cuba explain dalam cina, kitorg sebut Enggelish..tak berjaya mendapatkan persepakatan nampaknya. Dia pun panggillah staff restoran tu, siap bawakan menu.

Nasib baik lepas tilik punya tilik akhirnya ada jumpa. Menu tu ada Enggelish, tapi takder gambar. Terpaksa tilik satu-satu menu yang tulisan kecik dan ada banyak perkataan  tu.

Dah setel, masuk balik restoran...tunggu dengan harapan tinggi. Sekali sampai, lain pulak rupanya. 2nd menu sampai...Haaa....baru betul! Rupanya ada 2 jenis corn.

*Igauan lama. Ubi bergula kanan bawah tu melekit. Kalau makan takleh bercakap!
Maka berebut laa rakyat dari Malaysia ni kutip jagung. Terasa kenangan lama berulang kembali jek. Sekelip mata je licin. Bayangkan datang jauh-jauh, order jagung je! Haha.. Aceli adalaa mende lain tapi sikit je. Sebab memang fokus nak makan jagung plus terbayang-bayang beban makanan dalam beg yang masih belum diusik tu. Kami kena gunapakai semuanya untuk kurangkan beban!

*Air wajib beli hari-hari
Setel makan, kami gerak slow-slow. Jalan kaki layan blues jap kat Banyan & Fir Lake sehinggalah sampai di Zhengyang Pedestrian Street. Tak shopping pun, layan mata je. Dah penat, balik hostel nak prepare untuk esok. Esok kena bangun awal, nak g jumpa Mak Limah pulak. Hehe...

*Banyan Fir Lake
 

*Scary pulak aku tengok gambar ni...ntah ngaper

*Aksi tawar menawar sedang rancak berlaku
*Gambar selingan. eh aku suka gambar ni wpun bukan aku yang ambik!

cont..

12 comments:

  1. Kalau mcm tu..kalau nk tgk chreey bloosm perlu dtg awl mac barangkali kan

    Banyan Fir Lake tu mmg cantik kan view waktu mlm..tapi syg..JM pegi melawat waktu siang :-(

    ReplyDelete
  2. scarylah tengok gambar last tu nil, ntah ngaper, hehe...corn yang korang order tu sedap sangat ker, siap mengidam lagi...so, kalau datang guilin, memang wajib singgah sinilah...menarik...

    ReplyDelete
  3. JM: kena awal sikit..mybe time JM datang tu tengah blossom kot, awal sminggu, kan JM dtg ke awal sikit dari kitorg..

    ReplyDelete
  4. Orga: gmba sorang tu? hehe..dh ler mlm2 buta, kt kota lama guiin lak tuh..

    corn tu sgt sedap, dh tanya resepi kt tokei..tp dia ckp susah nk buat. Dia nk xplain pun lg susah dlm bhs dia..nnt kitorg xperiment lah, baru bleh reka resepi..

    ReplyDelete
  5. pengsan kata org mendoakan saya kurus. hahaha...

    Nil, dari main road chongsan road tu jauh ke kene jalan utk tuju ke kedai halal tu?

    penah try mee tarik? sedap?

    ReplyDelete
  6. Mr Henry: Tu doa dr kengkawan namanya!

    Dari main road tu tak jauh pun..tp kena masuk lorong kuar lorong..mcm biasa..alamat kene printed in China laa utk mudah..

    Mee tarik? Haruslaa ada..Tapi kat Yangshuo...kt Guilin tak ternampak pulak kedai Mee Tarik nih

    ReplyDelete
  7. scary sungguh gmbo last tu..semacam je tgk..huhuu..

    cepat sambung lagi..!!!

    ReplyDelete
  8. entry sgt catchy, rasa macam nak pg guilin lagiiii.haha.best nya korang p lagi guilin.. tahun lepas we all pegi x menyempat tgk ketulan ais kat hujung2 daun tuu,dah mencair dah time itu..haihlaa terkenang2 jagung manih tu..si ibrahem tukang masak tu ke skandal kawan u..hehehe..maryam pakai tudung mesti lagi cun kann..next entry masukkan la gambar2 org2an kat endian restoran. arghhh bila terpk balik, besnyaaaa guilin :))

    ReplyDelete
  9. bestnyaaa....update la lg...

    ReplyDelete
  10. ifaridah, mybe ketulan ais tu bulan 1 je kot..kitorg pun, rezeki je tuu..
    Si berahim tu ader, tersengih malu2..so segan laa kitorg nk ambik gmba dia..hehe..pape pun jagung tu adalah best kan!

    ReplyDelete
  11. cantek la gambar awak.. awak pakai camera jenis apa ye?

    ReplyDelete
  12. Sufi : Tunggu..lenguh nak taip..huhu

    Lavender : Tq..pakai Nikon D7000. TApi ketahuilah yg sy hanya tau tekan auto je..haha

    ReplyDelete