Tuesday, April 23, 2013

:: Longji Dragon's Backbone Rice Terraces - Part 4


Sementara menunggu semua ahli jemaah bas penuh dan disebabkan kebosanan, so kami macam biasa. Buat aktiviti wajib seperti di bawah; 
*Xtvt wajib. Sila jgn kasik tau PnFatimah !!
Mangsa photographer tak berbayar kami adalah couple mix; Hong Kong + Korea = Horea. Awalnya mati-mati ingatkan couple ni dari China ni je. Tapi bila ditanya, mix rupanya. Si wifey adalah Korean, dan hubby adalah dari Hong Kong. Patutla diorang cakap Engelish, tak cakap cina.

Layan okeh lakinya ambik gambar wajib nih. Siap tak jadik, buat lagi ulang-ulang. Mesti dia insaf duk rapat ngan kitorg. Hehe..

Selepas bas dah penuh, Aaron Kwok explain yang kami akan ke next destination. Sian jugak tengok si Aaron ni sekejap cakap Mandarin. Kejap kena explain in Enggelish kat kami berlima. Tapi dia baekkk! Wa suka!

Kami sampai di perkampungan seterusnya, kena naik bot. Macam ala-ala ShangriLa yang kami pergi tahun lepas. Kami diletakkan sekali dalam satu bot dengan couple tadi dan juga Mek France yang dah jadi bestfrend Mek Yah. Sebabnya, senang untuk tourist guide explain dalam Engelish. Tapi kali ni tourist guide lain. Pempuan. Muka dia cuak giler kena naik bot kami. Rupanya sebab dia tak berapa pandai sangat nak speaking. Dia cakap dia nervous berulang kali! Dia just baca script je. Dan dia jawab yang basic-basic kalau ditanya. Disebaban kesian tengok dia, kitorang tak tanya banyak laa.. Tapi still, dia pun ok.
*Bot tak perlu pakai life jacket. Wa suka!
*Tourist Guide yang gabra, Mek France & Mek Korea. Licin mak aaii kulit dia!
Bot kemudian susuri sungai sambil melalui beberapa kawasan penduduk setempat. Setiap stop, ada dibuat persembahan. Ada yang buat tarian, ada yang menyanyi, ada yang siap main teka-teki berbalas pantun! Teka-teki dalam Mandarin kao..apa nak jawab?? Tourist guide ni yang explain maksud lagu yang dinyanyikan. Lawak kalau ingatkan.

*Kesian pulak tengok diorang ni. Tak sakit ke leher berapa kali sehari buat show..
*aktiviti berbalas teka-teki/pantun..Haramm tak paham
Selepas tamat sesi bot, kami singgah melalui satu kawasan yang mana makcik ni tengah tambat benang. Tujuannya tidak diketahui, sebab nak tanya..kesian kat tourist guide ni. Hehe..tapi dia memang baik la..ikut je kitorg sambil senyum-senyum. 

*Makcik ni sporting. Siap pause, kasik pose mengancam lagi. Makcik seksi tau, makcik tau tak?
Kemudian sekali lagi melalui tangga. Perghh..archnaphobia bila nampak kepala tangga dari jauh. Balik Malaysia kalau tak susut tak tau laa.. Kemudian, lepas naik atas barulaa diketahui tujuan benang ditambat oleh makcik seksi kat bawah tu..

*Untuk menenun rupanya benang tadi! Oppss..gambar ni pun adalah sedikit seksi...siikit jee

*Mek Yah ni bakal berhijrah sini suatu hari nanti..aku rasa laa. Macam serasi beno!
Kiranya di perkampungan ni, diorang meang prepare pelbagai acara lah untuk pengunjung. Mek Yah sempat join aktiviti tarian lagi. Dia memang suka mende-mende meriah gini. Kitorang peratikan je dari jauh kot-kot hilang. Maklumlah dia ramai peminat kat sini. Tapi lepas habis je menari, cepat-cepat dia carik botol air. Nak basuh tangan katanya..Sengal!

On the way turun dari perkampungan ni, aku ternampak 2-3 signboard yang menarik. Macam zipwire yang naik kat Nami Korea tu jek! Terus tanya tourist guide yang nerbes tu. Comfirm! rmb20 per person. Mende-mende macam ni kitorang tak kedekut! So, kajaa GBS!

Siap ajak Mek France bertiga tu naik sekali. Siap hasut, diorang tak payah jalan kaki jauh kalau naik mende ni. Short cut untuk ke bawah. Terpengaruh jugak laa. Masa duk siap-siap pakai tali, pusing blakang...eh mek nerbes tadi pun join gak! Gud Girl!
*Mengimbau kenangan Nami! Whoaa!

*Mek France ni..asalnya takut..
Best wooo mende ni. Tapi diorang macam tak kasik mane nak ambik gambar masa mendarat. Rupanya gambar dah diambil dan kita kena bayar kalau nak. Haishh! Semua mende kat sini diniagakan. Dah la muka aku kemek dalam gambar yang diorang ambik! Haiyohh!

Turun bawah sekali lagi jumpa Mak Limah buat demo ikat rambut. Aaron Kwok pun ada sekali duk tunggu kami kat situ tu. Kecoh dia suruh kami ambik gambar ngan Mak Limah ni.

Tapi tetiba kat tengah jalan tu..nampak satu mende menarik!

*Aku tak tau apa nama ni, tapi kalau diketuk kuar bunyi-bunyian katernya..
*So, apa lagi. Kanak2 rebina kejap!
Tapi part paling interesting, bila nak kuar dari perkampungan ni, kami kena melalui acara potong riben. Bukan laa kena potong, tapi kat hujung jalan nun..ada sekumpulan wanita & lelaki tengah pegang bunga riben macam nak buat perasmian aper je. Kitorang dah cuak daa..Sudah, majlis apa pulak nii..

Kat seberang nampak couple Hong Kong - Korea tadi duk senyum pandang-pandang. Aduh, diorang ah lepas ke?

Bila sampai dekat tetiba group ni nyanyi. Kitorg dengar la, sambil senyum-senyum ingatkan tu lagu penutup untuk kami. Habis je lagu, diorang duk tunggu kitorg pulak nyanyi. Alapadang! Rupanya acara berbalas nyanyian pulak dowh! Haiyohh!

*Main vocal haruslah di depan!
Kami nyanyilaa lagu rasa sayang beramai-ramai. Bajet konon lagu budaya kena balas gan lagu budaya gak! Beria..nyanyi sampai habiss! Sekali lepas kuar, tanya si couple tadi, dia tak nyanyi pun rupanya! Tipah tertipu bang! Nasib suara sorang-sorang, tak jauh sangat beza dari suara Kelly Clarkson. Takder lah rasa aib diri pada sendiri..haha

Setel pakej hari ni, kami sampai di hostel waktu malam. Mandi dan terus tido! Badan letih tak boleh pikir hapa dah.

cont..

15 comments:

  1. aeron kwok?..mana gambo nya...peminat nih

    ReplyDelete
  2. Comel jer layan menari-nari..heheh.. :)

    ReplyDelete
  3. ko turun PingAn ek? aku rasa la..sbb kat cni area perkampungan Yao..

    aih..debor ni...iskk

    ReplyDelete
  4. jarimanis..
    luper nk ambik gambar aaron..bz tengok rambut mak limah jer..hehe

    ReplyDelete
  5. Fatt..

    aah...kitorg turun sana. Ko akan sampai sini kah? when? hehe

    ReplyDelete
  6. Nina Hamdan..

    Comel kan..pabila kaum dewasa jadi kanak2 kejap!

    ReplyDelete
  7. haruslah kne basuh tangan lepas menari..duk bermesra alam ngn dorang sambil pegang2 tangan..dahla dorang b***k tak basuh...**larikk...!!!

    ReplyDelete
  8. Ala..basuh xodk sabun...ade lagi lekatan2 tuu mek yah wehh! haha

    ReplyDelete
  9. patutla ade bau t**k kat tangan time tuh..hahaa..cepatla sambung next cite..XD

    ReplyDelete
  10. salam..saya dari blog shaqzspixca blog pasal travel jugak, ok, saya tengah plan sebenanya nak ke guilin china ni after saya settle trip ke beijing this year, nak minta advice daripada admin sebab taip guilin kt google jumpa blog ni, kami 1 family and ada anak kecik, selalunya tengok org2 yang pergi guilin ni msti backpack xde plak jmpa yg family..minta bantuan cik admin ya?

    ReplyDelete
  11. Salam..shaqzsPixca..

    Nak tanya aper tu ek? Tanya je..kalau boleh sy tlg..sy tlg je..
    Saya rasa ok je kot kalau pergi ngan family..either backpack/family..dua2 tu yg paling penting kena tau jln/tmpat mana kite nak pergi dengan details..sbb mnde yg paling susah kt china ni adalah mslh bahasa..so utk brtnya kat org2 kt china esp Guilin ni susah sikit laa...tu je laa bagi saya

    ReplyDelete
  12. macamana pulak dengan tempat nak menginap dan makan, nak panggil u apa ya?

    ReplyDelete
  13. shaqzsPixca,

    ada email x? nanti sy email kan

    ReplyDelete
  14. oo ada, shaqzs@yahoo.com.. sy tengah baca entry2 u pasal guilin, apa2 nanti sy tanya ya (^___^)haha tQ

    ReplyDelete
  15. Salam cik. Boleh tak bagi tips sket kat saya. saya 1st time akan pergi ke Guilin dgn family hujung oktober nie. Just nak tau tempat2 yg patut dilawati dan bersesuaian dgn ahli family yg bawak infant n senior citizen..ni email sy sue_smile567@yahoo.com thanks in advance :) -sue-

    ReplyDelete