Sunday, April 21, 2013

:: Longji Dragon's Backbone Rice Terraces - Part 3

<< Part 2

Hari ni bangun pukul 5.30 memasing. Subuh sini awal okeh. Janji ngan tourist guide pukul 8 kat lobby untuk ke Longji. Kalut semua berebut tandas. Tiap hari keje kami adalah update setiap orang samada dah 'setel' blom untuk hari tu. Kat sini, operasi itu adalah antara perkara yang paling penting! Bila ada yang tak berjaya mula lah akan rasa susah hati dari pagi start jalan sampai lah tiba di hostel balik. Sebab memikirkan apa akan jadi sekiranya 'rasa' itu datang ketika masa yang tak sesuai? Oh, mintak jauh!

Faham ke aper aku cerita ni? Tak paham baca bawah ni. Ada cerita terjadi.. Next!

Kami breakfast meggie dan nasi segera perisa asam pedas pepagi buta berlaukkan bilis goreng PM. Oh mai, terangkat pepagi buta nih. Memang cari pasal nampak nya makan asam pedas. Tapi terpaksa sebab yang tu dah terbukak sikit paketnya. Untuk bekal masa perjalanan, kami bawak Meggi goreng Indo Mi dan jugak nasik segera dan jugak roti. Comfirm takkan lapar punya hari nih!
*Beg je kembar, tuannya tak. Sebab lain saiz :-)
Tourist guide sampai dan pickup kami kat hostel, then adala dia pickup beberapa orang lagi. Penuh gak laa satu bas. Perjalanan ke Longsheng mengambil masa 2 jam. Masa yang ada kami tak bazirkan begitu sahaja. Selamat semuanya kroihhhh...kruihhhh sepanjang jalan.

Tapi ada insiden lawak yang jadik. Ni laa yang aku cakap pasal 'perkara wajib' tadi. Mende yang paling ditakuti akhirnya berlaku bila Dayah yang tetiba cakap dia dah 'terasa'. Mak aii, jauh lagi nak sampai ni. Punyalaa dia tahan sampai pucat muka. Toreh tak berdarah! Sian pulak tengok. Tapi mana nak stop tengah-tengah jalan nampak gunung ganang je nih. Sanggup kah ko langsaikan kat dalam semak tepi jalan? Dan sanggupkah aku jagi guardnya? Nehi!!

Last-last tak tahan bagitau tourist guide tu mintak stop. Oh tourist guide hari ni adalah sangat baik! Selain ada sedikit kacak, speaking Engelish pun laju je walaupun lorat dia tak leh tinggal. At least kitorang paham. Bolehla kasik nickname Aaron Kwok. Last-last bas stop kat satu station minyak. Dayah berlari pecut 100m untuk lepas hajat, kitorang sibuk pose-pose tepi ladang limau. 
*Patutt lah pokok limau sini suburr..
Dalam 10 minit, semua naik bas. Tanya Dayah soalan standard. 'So, apa gred?'

*Gred adalah klasikifikasi rating untuk Mr Jamban..

'Nak tau gred? Nak suruh cerita details ke? Sanggup dengar?' gituu Dayah balas muka tak puas hati. 'Kenaper??' Kitorang tertanya-tanya..

'Sebenarnya..kat toilet tadi, takder toilet pun. Ada satu saluran macam longkang je. So beramai-ramai lah buat hajat kat situ openly, sambil ko tengok aku, aku tengok ko!' Dayah terang panjang lebar dengan muka kelat.

'Demm!! habis hajat besar??' kitorang tak puas hati..

'Hajat besar pun tawar hati bila tengok. Terus dia merajuk!' Kata Dayah..

Hahaa...memang tak boleh belah laaa.. Kalau takder air takper lagi. Ni mangkuk tandas takder. Aku mintak doa simpang malaikat 44 jangan lah aku ada 'rasa' tu time genting camnih!

Kami sambung perjalanan sambil senyum-senyum bayangkan keadaan Dayah tadi. Can't Imagine! Sian pun ada gak.

Dalam pukul 10 kitorg sampai di Longsheng. Dari sini kena tukar local bas untuk masuk kampung di Longji. Actually Longji ni memang sebuah perkampungan etnik Yao yang terletak di atas bukit. Kaum kat sini bercucuk tanam dan bersawah padi as a sumber pencarian. Tapi memandangkan sekarang dah jadi tumpuan pelancong, diorang berniaga la skali.
*Entrance Longshen. Tengah tunggu bas local
*Urineun
*Aku tak tau aper yang Mek Yah tengah kelentongkan kt Mek France nih..Mcm percaya habis je diorg!
Tak lama lepas tu dalam setengah jam bas berhenti kat entrance Longji. Dari situ kalau sesiapa yang bercadang nak bermalam kat sini, kena jalan kaki lah bawak beg besar masing-masing.

Jauh? Fuhh, jauh tak jauh, untuk sampai atas, kena daki anak tangga ntah berapa ratus tangga. Ntah-ntah cecah ribu. Jarak masa adalah dalam 45 minit untuk sampai. 

Tapi jangan bimbang, kat sini, turun je dari bas akan ada dari kaum Yao ni yakni makcik pakcik yang dah tua, akan terus ambik beg korang dari bonet bas. Diorang tak tanya pun, terus je ambik beg tu letak atas bakul blakang diorang. Ko nak marah? Nak ambil balik beg tu? Baik tak payah, biar kan aje sambil ikut hala tuju bag tu. Kalau tak nanti menyesal. Kalau setakat gunung kinabalu belum sampai, jangan berangan nak kandar beg gajah memasing. Jauh lagi perjalanan tu kalau nak sampai kat tempat penginapan masing-masing kt atas nun!
*Sian tengokkk..
Murah je pun bayaran angkat beg tu. Dalam RMB20-25 bergantung pada keberatan beg. Gagah woi diorang. Kalau aku comfirm sakit blakang 2 minggu. Bila tengok rasa kesian dan bersalah pulak. Tapi nak buat camne, makcik pakcik ni mampu dan tu mata pencarian mereka.

Kami diberi masa selama lebih kurang 2-3 jam untuk merayau-rayau kat sini. Nanti tunggu kat bas kalau dah setel. Gitu..arahan dari Aaron Kwok!
*Untuk sesiapa yg datang dgn family & tak larat nak panjat..jangan bimbang, ini penyelesaiannya..
*Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Go pakcik!
*Permulaan operasi mendaki




*Jagung Longjie..tak sempat merasa kali nii..
*Tangga menuju puncak
*Sempit je jalan ni, tak leh nak berebut-rebut..kena jalan sopan-sopan je sambil tutup idung..he

Plan asal kitorg konon nak tido kat Longji ni haa. Hotelnya macam gambar kat atas ni. Tapi fikirkan kekangan masa terus tak jadik. Tapi kalau sesiapa nak datang sendiri kat sini tak pakai ejen boleh lah naik bas dari Guilin. Bas adalah bersepah. 

Tapi yang jadi susah bila nak transfer naik bas local dari Longsheng untuk Longji ni. Boleh direct berhenti kat mana-mana village kat Longsheng kiranya kita dah tahu nak stop kat village mane. Atau nak lagi senang berhenti kat Heping. Tapi kat Heping takder bas terminal, kena tunggu dan tahan bas tengah jalan. Untung, ada taxi berhenti. Memang backpacker style habis laa..

Tapi, kalau korang expert mandarin, no hal. Go on je. Tapi memandangkan kitorang tau 'Ni hao ma' & 'Wo bu chi tao' je, so kitorang pakai pakej. Pakej ni PM book online, rege RMB220 yakni RM110 per head 1 day package including 2 kali bas dan makan.

Makan? Oh, walaupun kami tak makan..kena bayar jugak laa. Diorang bukan heran pun nak customize pakej tu special untuk kita. So overall, pakej ni paling costly dalam trip kami. Yang lain cincai-cincau je. Hehe..

So kat atas ni lepas berhempas pulas panjat tangga kinabalu sambil-sambil menyaksikan keindahan alam, kami stop untuk makan. Pakej makan yang diorang sediakan adalah makanan yang dimasak dalam buluh. Tak tahulah exactly aper yang dimasak dalam buluh tapi, tapi korang gunakan jelah imagination sendiri ye. Kitorang makan bekal yang bawak je.


*Masak dalam buluh sambil dibantu oleh pembantu tukang masak kt sebelah tuu.. aka.. hanjeng! Mmg marvellous!
*Makanan yang paling sedap pada hari ini, pada waktu ini!
Habis lunch, sambung panjat lagi sampai lah level paling atas. Sajer je nak pecah rekod sendiri disamping tengok-tengok orang, padi, orang berniaga. Kat sini, kain tenunnya cantik-cantik terutama shawl. Tapi aku takder lah beli pun sebab tak tahu pakai ke tak. Plus, bag 11kg tu selalu terbayang depan mata ni haa!

Jom layan gambar je lah..
*Cenderamata..nk yang baring kaa..yang duduk ka..semua ada!
*Shawl hasil tenunan
Kat sini kitorg adalah glamer untuk ditanda sebagai landmark oleh ahli jemaah bas kami. Sebabnya dalam semua pengunjung, kamilaa yang paling ajaib dan paling alien. Kiranya kalau dikata makcik Longjie ni dah ajaib sebab rambut kat kepalanya, tapi kami lagi ajaib dari makcik tuu.. Sebab ada kain yang bercorak dan berbunga kat kepala ni haa.. So kalau sesiapa yang rasa takut-takut nak kena tinggal bas, nampak je kitorg still ada..legalah jawabnya..

*Makcik ni malu-malu pulak..
*Sempat tengok secara LIVE, Mak Limah sikat rambut
Dalam bas sebelum sampai tadi sempatlah Aaron Kwon explain pasal kaum wanita Yao yang berambut panjang ni. Kaum wanita wajib simpan rambut panjang. Boleh potong sekali je sebelum kahwin. Lepas tu simpan laa..sampai bila-bila. Tapi yang aku tengok, yang digulung besar atas kepala tu, dah dicampur dengan rambut yang dipotong. Kemudian waktu nak gulung rambut tu, digabungkan sekali dengan rambut lama. Tu yang jadi tebal. Terkesima jap Awie bila tengok Mak Limah gulung rambut.


*Macam Cameron pulak sekali pandang..sekali je laa..
*Danger, PLEADE Slow Down? Haiyooh
*Tak gayat bangg?? Bangg?



*Kalau padi tengah menguning mesti cun nih. Kami salah timing...sikitt..
*Minum beer sambil hirup udara segar..Tak mabuk sangaatt kot!
*Ni pun hotel gak aku rasa..rasalaa..

*Operasi mengezoom!
*Bukan kitorg je yang giler berposing wehhh!
*Kanak-kanak Longjie. Fii donia bullatun! Comel!
Baju kat atas ni kena sewa kalau nak pose-pose. Kat sini, aku tak tau aa kenapa, kitorg jadi sedikit kedekut. Berkira sebenarnya. Nak beli pape, atau nak ambil gambar yang ada caj megecaj ni, kitorg jadi kemut. Sayang nak kuar duit. Padahal murah-murah je regenya. Lepas tukar duit kat money changer, tengok duit tetiba banyak terus feeling2 jadi kaya. Pastu rasa sayang pulak nk kuar duitnya. Macam contoh, kalau ada entrance yang kena bayar takat 2 yuan, kitorg terus blah. Ntah haper perangai ntah!

*Tapi kalau bergambar free kitorg ON JE!
Dan dipersembahkan yang paling vogue, paling enterprame adalah pose gambar yang jatuh hukum wajib dilakukan sehinggalah kitorg dah tua dan tak larat nanti pada sambungan part 4.. sambung laaa sangatt!

17 comments:

  1. nice trip!..

    ni yang nak pasang angan-angan pi GUilin ni =)

    ReplyDelete
  2. ahahaha kelakar bila dgr citer dr dayah tu coz JM pun ada buang hajat kecik kt petrol pam tu coz hujan so masing2 nk buang. Masuk je nampak bontot masing2 putih2 gebu. alamak tandas ke apo ni mak aih leh tgk show free nih hahaha minta tlg member lindung ngan bdn dia ahaha

    ReplyDelete
  3. Lavender : Sila pergi! Make sure pilih musim yg cun ye!

    ReplyDelete
  4. JM : Seriously?? Abis member tak pandang ke JM masa tengah berhajat? Kitorg jahat..biarkan Dayah pegi sorang2 je..manalaa tau mcm tu jamban nya! haha

    ReplyDelete
  5. seriously..serikk..simpang malaikat 44..pasnih kalo terase lg..relaku tahan biarkan ia merajuk..**larikss..!!

    ReplyDelete
  6. Dakpe yah..JM pun mengalami situasi yg sama..so ader geng!!

    ReplyDelete
  7. nok sukke terbayang muka dayah masa lepas g jamban terbuka tu. lawak weh

    ReplyDelete
  8. seriously? kesian betoi dengan dayah...ko tengok aku, aku tengok ko, perhh...seram!

    aku adaa tengok gambar dekat google, masa padi menguning, memang cantik...

    ReplyDelete
  9. Intan Azila..
    Luper..org dah pandai melilit2 skrg..kalau tau saya belikan 1 bundle..hehe

    ReplyDelete
  10. PM,

    aku pun teringat lagi sampai skrg..masa tu kalau kite silap gurau sikit tu....kena pelempang agoknya...haha

    ReplyDelete
  11. Orga..

    Sangat kesian..mintak jauh laa kite untuk berada dlm keadaan tu kann..
    Aah..masa menguning mmg cantik...kitorg je yg xde rezeki...selalu je tersilap musim..nk wat cmne..nasib badan..

    ReplyDelete
  12. kisah tragis..takkan ku ulang lg ..huaaa..tapi naseb la dapat buang hajat kat saluran paling dalam sekali..so adela dinding nk menyorok skit..kalo x..free2 je org bt show situ..muahahaha

    ReplyDelete
  13. lain kali ghoyak laa cik yah..buleh org teman...sambil2 hala kamera.... *lariksss!

    ReplyDelete
  14. wahhh nampak ada org cilok sudu garpu airasia kat situ. ngeh ngeh ngeh. time korang pegi ni sawah padi nmpk menghijau skit dah. kalo musim padi menguning tentu lagi lawa seyyy!

    gmbr pn sharp!

    ReplyDelete
  15. Cess..itu yg ko nampak john!
    Kitorang guna konsep jimat & cepat..pakai je ape yg ader..

    Tp mmg sawah padi time menguning lg cun..tp nk buat cmne..nasib kitorg slalu je salah musim...haha

    ReplyDelete