Wednesday, April 10, 2013

:: Hao Jiu Bu Jian Guilin, we meet again - Part 1

30 March-9 April 2013 : Guilin - Yangshuo - Nanning - Hanoi : Trip balik kampung GBS.

Disebabkan selalu terbayang-bayang ais beku pada pokok di Yao mountain ketika Trip Guilin last year yang sangat best dan Diva tu, kami berlima telah book tiket ke Guilin dengan berhemahnya sekali lagi tanpa pikir panjang. 

*Do you miss me??
Walaupun takdelah berharap mana akan bernasib baik untuk merasa effect ais diluar peti sejuk itu lagi, sekurang-kurang adalaa rezeki untuk merasa bau-bau bacang tu sekali lagi. Dan sesungguhnya tiket kali ni pun adalah tiket frust kitorang yang ke ntah berapa puluh hanya disebabkan tak dapat rembat tiket ke Beijing. Well, pernah ke tiket kami ni bukan tiket frust? *kesat air mata PM

Persiapan dibuat ditengah kebizian semua orang. Sempat laa ambil masa utk jumpa bahagi-bahagikan bekalan biar kasik sama berat semua bag.. baru laa fair!

*Half of kudapan - comfirm gemuks
Anyway, dengan tiket frust nilah banyak kenikmatan hidup dapat dirasa. Syukur Alhamdulillah. Walaupun ramai peminat-peminat (tangan ke bahu) cakap kami ni kaya sebab selalu je naik flight, tapi ketahuilah wahai my fans semua bahawasanya kami adalah golongan yang sengkek. Sebab semua kekayaan yang tak seberapa tu telah dilaburkan untuk hobi yang sangat di-anti oleh Pn.Fatimah nih.

Rege tiket KL-Guilin adalah RM140 dan Hanoi-KL adalah RM136. Murah kan? Saper nak kasik harga macam ni zaman sekarang hoii! *jeling-jeling AirAsia.

So pada 30 April pagi-pagi buta aku dan GBS dah terpacak kat LCCT dengan beban masing-masing yang not less than 11kg (jerr). Separuh je beban baju seluar untuk 9 hari. The rest adalah nasi segera, meggi, serunding, vono dan segala mak nenek isian perut untuk make sure yang kitorang bakal tak kurus selepas balik ke Malaysia for the next Sunday! Hoyeahh!

*Total Luggage for 5 person = 60 kilos...jerr..
Flight depart jam 6.45 pagi dan sampai ke Liangjiang International Airport pada pukul 10.35 pagi bersama dengan nasi beriyani AirAsia yang ditapau untuk makan malam ni. Konsep tapau ni pada awalnya digelakkan oleh steward dalam flight tadi. Mula-mula aku vote stewards tu adalah hensem, tapi lepas kena gelak.. waa reject! Mesti diorang cakap kami buruk lantak sebab order 2 set meal terus. Lantaklah dia nak cakap paper pun, janji perut kitorang happy. 

Oh, untuk makluman sini tak perlu set jam sebab Guilin ngan Malaysia ni adik beradik lain mak lain ayah. So time sama je. Tapi waktu solatnya adalah awal sejam. So harus gigih lah ye, bangun Subuh pada pukul 5.00 pagi..

* Not recommended..... *larikss!
Di airport, kami ambil shuttle bus yang terletak betul-betul kat pintu depan arrival hall untuk ke Guilin city. Jarak daripada city kira-kira 45 minit dengan harga 20Y. Memandangkan masih lagi di kawasan international zone, maka still boleh lagi laa untuk praktikkan Engelishhh memasing..

Tambang bas bayar kat konduktor bas dalam bas tu. Cun weh baju konduktor dia. Siap pakai kot bagai. Bas ni berhenti betul-betul depan New Plaza Hotel. Tapi macam biasa, disebabkan pertukaran cuaca dan perubahan permandangan, kami jadi sedikit blur. Tak tahu mana nak tuju.

Dan masa tengah-tengah blur tu laa bermula scene tipah tertipu kitorang yang mana adalaa drebar taxi yang kami tanya tu..dia bagitau hostel kitorg book tu adalah sangat jauh. Siap depa tangan kau! Macam jauh giler! So kitorang yang rasa ngeri membayangkan bakal menapak jauh dengan beban 12kg kat blakang ni terus rasa cuak dan terus berebut masuk taxi.

TETAPI!

How Flowers Youth Hostel adalah terletak di belakang New Plaza Hotel je! Dan kitorg kena bayar 40Y untuk 2 taxi! Aku memang sumpah taxi ni tak dapat penumpang laa 1 hari nih. Mybe seminggu kot. Cinabeng betul! Tak sempat nak guna 1st yuan untuk test air Tropicana Cina dah kena tipu! Huh!

Dengan muka kelat, kami turun taxi jalan kaki ke hostel. Bengkak dalam hati memasing jangan cakap laa.

Tapi tengah-tengah hati duk bengkak tu laa terjadinya the most dramatic scene. Tetiba masa naik tangga hostel, salah sorang dari kami aka Kupha tetiba terpijak.......... prekkkkkk!

Yang ni memang tak boleh blah. Aku siap dengar dengan clear bunyi proses pemijakan tu sebab aku berada kat belakang skali! Bila tengok....perghh! besar woitt jumlah luas permukaan mende tuh. Aku siap tilik. Ada yang cakap TA*I manusia, ada yang cakap TA*I anjing..Ada yang cakap bukan TA*I..sebab tak berbau. Ntah la, sampai sekarang still kisah tu masih misteri.

Yang terpijak tu pulak, terus mood swing. Giler ko, baru sampai dah terpalit! Nak gelak pun ada, tapi seriyes jijik! But, inilah yang dinamakan China. Bila jejak kaki ke sini, bersedialah anda untuk sebarang bunyi dan bauan yang boleh mendatangkan marah. Memang tak china laa beb, kalau takder mende-mende gini nih...hehe!

*Pintu masuk ke Youth Hostel... beberapa meter dari tempat kejadian..
Setel bab bayar booking, terus masuk bilik. Kami booking dorm 6 orang untuk berlima for 2 nite. Nasib baik takder sesiapa yang masuk, sebab dorm tu memang kitorg konker jadikan markas sendiri lah. Kettle pun ada, senang ler masak megi siang malam. Tapi toilet ada kat luar di tingkat 2 & 3. Sebelah toilet adalah shower. Okay what harga RM32 seorang untuk 2 malam. Hostel ni pun antara rangkaian International Youth Hostel. Kalau jadi member lagi murah kot dapat.

*Lobby
Depan kat lobby ader tempat lepak dan untuk surfing, layan tv semua. Cuma takde pantry je kat sini. Bilik kitorg pun dekat je ngan kaunter. So wifi dijamin clear.

Untuk simpan luggage pun boleh. Hostel ni sebenarnya agak strategik laa tempatnya. Sebab dekat dengan station train Guilin. Melintas jalan je. Dan juga dekat dengan station bus untuk ke Yangshuo. Sangat strategik. Kalau sesiapa datang gamble pun still boleh dapatkan pakej untuk ke mana-mana tempat sebab travel agent adalah bersepah di sini. Harap gheti tak gheti cakap ngan nego je. kalau tak merasa lah tipah tertipu macam kitorg.

So, sedikit sebanyak boleh laa untuk maafkan kisah terpalit tadi....Ni sebab bukan aku yang terkena, kalau tak...sampai mati hokeh! Haha..

Kami settle bersihkan diri, alas perut, solat semua dan kuar untuk beli tiket train ke Nanning. Kena beli awal-awal, kalau tak habis semuanya dikebas oleh rakyat china.

*Nak rasa glamer free..datanglah ke China. Comfirm perasaan like Diva sebab semua org tengok!

Main Station Train Guilin. Sila cari signboard ni kalau nak cari tiket train. Tapi tak tahulah kalau masa korang datang signboard ni dah tukar jadi gambar Zhang Zhi Yi atau pun Hang Geng Super Junior.

*Pelancong dari Burma

Ada banyak pintu masuk. Redah je masuk dalam tu. Kaunter tiket kat sini adalah sangat banyak. Dan sekali lagi, kitorg hanya diam kaku.. sebab...
Bila sampai di depan kaunter, ini yang kami nampak;

*Jackie Chan...tolonggg!
Insaf jap blajar mandarin 3 sem tapi haram tak paham satu haper. Kalau laoshi aku tau, mesti dia menangis hiba terus resign ingatkan dia tak pandai ajar.. Dui bu qi laoshi'

cont..

19 comments:

  1. aku rasa ko terpijak pau yg terjatuh. bersangka baik sbb ko kata tak berbau kan. kekeke...

    byk sungguh bekalan makanan ko bawak! agak2 abes tak? mcm mana nasik segera tu weh? nasik impit ke?

    we want more!

    ReplyDelete
  2. errr, beb... adekah korang back from the future??? 30 april to 9 may? *gosok2 mate sesambil tengok calendar kul 5.50am*

    ReplyDelete
  3. Azra: Haha..mamai kejap..tq coz alert..

    ReplyDelete
  4. Henry Fox: Aku comfirm bkn pau..sbb kaler nya bkn putih..err, haruskah aku perincikan lagi? Hehe..

    Nasi segera (brand Nasegera) tu mcm meggi..letak air, akan kembang mcm nasik biasa, pastu letak sambal dia kasik..sgt heaven bila mkn di luar dr Malaysia..rege RM3 lbh semangkuk aku beli kt Mydin

    ReplyDelete
  5. Wah,,mmg murah tuket tuh, JM dpt lagik mahal coz lagi 2 bln nk travel baru belik kan..heee

    Ahaaa..cm2 insiden berlaku ye tapi best bila baca pengalaman korang

    JM pun alami masalah yg sama ketika nk beli tiket ke Guangzhou..ahahah

    Sambung2..x sabar nk baca nih

    ReplyDelete
  6. tu dia ketua diva dah bersuara!!!

    beb, yang ni memang tiket frust tapi aku tak frust berjalan walaupun dengan tiket frust. fun ape!

    ReplyDelete
  7. @jarimanis : sebab murah lah kitorg pilih Guilin as a cover utk tiket frust. Pelik gak sbnrnya pesal murah ngat. Maybe rezeki kami laa kot! hehe

    ReplyDelete
  8. PM : Tiket je frust. Selain xcident opening TA*I..yang lain adalah fun & selekeh! Aku tetiba teringat Jagung manis + Daging cucuk + Pho Noodle + Strawberry...

    Moh g the curves..ader vietnam restoran pekena Pho Noodle. Pastu balik singgah Mee Tarik Sg Besi...alang2 xdiet lagi nih! Hahaaa...

    ReplyDelete
  9. oh myyyyy! apesal murah sesangat tiket tuuuuuu? pelisss la ajak lepas ni kalo ade lagi tiket frust! hihi

    ReplyDelete
  10. hamboiiiii sakannya berjalan bukan nak ajak kita!

    ReplyDelete
  11. oh my gosh~...pijak mende putih tapi tak berbau, misterinya...pandai sungguh driver taxi nak kaut untung, sian korang, 1st day sampai dah kena pau.pengalaman kan, boleh sampaikan dekat orang lain jugak. trip guilin korang yang last year memang aku jeles hokey...sila buat aku jeles lagi untuk trip ni jugak :)

    ReplyDelete
  12. hahha mesti hilang mood smpai2 1)kene pau 2)terpijak...............

    ReplyDelete
  13. ceklala: tu masa sale..agaknya waktu tu sume org duk kejarkan tiket korea kot...xde org pandang guilin..

    Nk join kitorg? y not!

    ReplyDelete
  14. IntanAzila: Ala..kite nk ajak..tp org tu laa mana nk jalan ngan kite da skrg!

    ReplyDelete
  15. Orga: trip kali ni bnyak nasib x menyebelahi kami..tp still fun!

    Trip last year, kena ngan musim best...trip taun ni...dpt sipi2 je..hehe

    ReplyDelete
  16. MayaDhira: Eh nape sume org sebut pau aa? bukan pau..ini mmg TA*I....hahaa

    Tp mmg kesian laa kt mangsa...sampai balik kena perli...huhu

    ReplyDelete
  17. So mcm manakah keadaan cuaca time ko pegi aritu? adakah ujan setiap hari? sejuk sampai cucuk2? ke ok ok je utk berjalan2? cer kasi tau sket..

    Dah benda yg kome pijak tu, buat mende? cuci cam mana? ke beli kasut baru? hahaha

    ReplyDelete
  18. Na...
    Cuaca okay laa..still sejuk. Dlm 17 ke atas..kena pakai jaket gak..

    Yg memijak tu cuci je laa ngan sabun.. Tawakal je lah..dh xde bau pun...xtau ke mende..aku cuak takot najis mughollazoh je..jenuh nk kena samakk!

    ReplyDelete
  19. haha..lucu bila teringat tragedi tragis tuh..sian plok ke tuan kasut..hehe..

    ReplyDelete