Monday, October 21, 2013

:: Coffea Caffee - Nicotine Addiction!

Aku bukan duta kedai ni pon..
Tapi aku rasa penemuan ni sangat terbaikk lah untuk aku..
Dan juga untuk nicotine addiction sekalian..

'Coffea Caffee'

The franchise was founded in Korea by barista Timothy as a mastermind..
Dia ni antara pemenang World Barista Championship!
Ni adalah Korean-Malaysian collaboration lah kiranya..
So, akan ada feeling-feeling Korea bila minum..
Tak perlu duk teringat kat Coffee Bene kat Korea tu lagi..

Verdict :: Memang marvellous! 
Tolak Starbuck, Coffee Beans, San Francisco, Dr Caffee kat tepi jap..





Drinks are priced between RM10 and RM13 
& cakes at around RM10 to RM12..ia adalah murah dalam kategorinya!
Smoothie pisang, stroberi & green tea adalah ohsem.. 
First time aku suka green tea blended...
Juga sila rasa range of mocha kat sini... 

Me is drooling!!

Wednesday, September 4, 2013

:: Takder tajuk

Assalamualaikum wbt..

Last entry blog ni adalah pasal mee tarik..
So tiap kali bukak blog, gambar yang 1st nampak adalah mee tarik..
Last week je 3x aku pi makan mee tarik dengan 3 kelompok manusia berlainan..
Dan aku rasa tak lama lagi muka aku bakal ganti gambar Hassan tengah tarik mee, yakni tokei mee tarik...

Kesimpulannya, 3 trip aku tak terupdate..
Standard laa, masa awal-awal balik daripada jadi gelandangan tu je yang semangat..
Lepas tu ke laut!
Alasan bizi tunggu cuti semester baru hapdet takleh pakai..
Sebab bila cuti start, then aku pun start membuta sejurus selepas solat maghrib..
Bangun balik pukul 3..
Bukan Tahajud tapi solat Isyak (pelis jangan kasik tau PnFatimah)..

Minyak baru naik kan?
Kecoh seantero facebook dan laman social sekalian..
Para pro & pembangkang bersatu kondem pasal isu ni..
Pertama kali aku tengok rakyat Malaysia bersatu padu..(aminn)
Haruslaa rasa bengkek sebab baru je memasing habis duit bakar bunga api sambut merdeka..

Well, aku pun kecoh gak..
Kecoh bebel apesal aku tak dapat tau awal-awal minyak nak naik...
Terus aku plak yang rasa nak naik minyak..
Sebab sehari sebelum minyak naik aku dah isi full tank...Pui!!

Aku dapat whatsapp dari Dato Burn ..
Info pasal current situation kat Perth..
Minyak di Perth or Aussie overall tiap-tiap hari turun dan naik..
Every station minyak harga berlainan..
Kadang-kadang under 1 company tapi harga lain-lain.
Kadang-kadang duk sebelah-menyebelah tapi tetapp lain..
So better check online untuk hapdate station mana yang rate rendah untuk hari sekian-sekian..

Ni harga petang tadi...



Cool kan?

Tak payah susah payah gaduh-gaduh dalam fesbuk kutuk menteri..
Walhal menteri tu adalah hanya update status sendiri pastu tulis --> Admin; tanpa baca pun komen..

Info lain pasal Perth from him yang aku rasa menarik untuk dikongsi...






Actually Dato Burn adalah warga Malaysia yang dah lama duk sana & buat tour agent sana. So kalo korang rasa nak ke Perth & nak dilayan bak raja, atau perlukan pape info and need help, bleh contact dia. He is very humble and very helpfull... eh tertiba terr 'speaking'..

Err..sila alert yang kaler merah tu. Boleh panjat syukur untuk kaum wife sekalian. 

Pape pun,tepuk dada tanya diri sendiri; 
Kenapa, apa, bagaimana, di mana, kita sendiri yang decide dengan izin-Nya..



Eh, migrate jom!!




*jeling-jeling GBS

Sunday, June 16, 2013

:: Kedai Mee Tarik Cina Muslim

Walaupun entry Guilin aku belum habis dan frankly aku tak tahu akan habis ke tak, tapi oleh kerana aku tengah stress disebabkan next week aku ada 2 project presentation dan 2 final test dalam masa 2 hari, so ini je perkara yang boleh menghilangkan stress aku.

Makan

So far aku rasa aku tak pernah berkira pasal makan. Kalau aku rasa makanan tu menyelerakan walaupun hanya tengok gambar, aku sanggup akan redah lautan api untuk menerai. Kalau sedap proceed, tak sedap boikot. Simple. Plus, aku ada geng try yang cukup supportive. Baik dari segi transport mahupun duit yakni kekadang dia akan dahulukan pastu aku akan buat-buat luper..haha.. *harap dia tak baca entry nih!

Sekarang aku sangat jaki dengan Groupon, Milkadeals, Dealmates, LivingSocial etc. Diorang memang betul-betul spoil diet aku dengan promote gambar makanan yang menjahanamkan perut kempis nih. Akibatnya, tetiap bulan aku akan ada beli kupon makanan! Demm! 

Okeh, dah larik jauh dari tajuk.

Kedai Mee Tarik ni menjadi salah satu poojaan aku buat masa ni. Start try di Shenzhen last year, masa outstation dengan bos selepas disindir dengan ayat.. 'Ape khelass datang China jauh-jauh tak try mee tarik & kambeng!'. 

So disebabkan dia yang provoke aku, maka dia kena belanja lahh. Dan bila bos belanja, haruslaa choba di Restoran Muslim paling mahal! Bos aku panggil kedai Cina Yunan, sebab katernya yang kedai jual Mee Tarik ni biasanya Cina dari sana. Shenzhen ni pulak dengan bos dan opis aku adalah bak rumah ke 2. Tetiap bulan ader je turun sini. So, aku bajet tak lama nanti bos aku pulak yang akan bukak mee tarik kat Malaysia kott..

Then itu laa 1st time aku try sebab masa pergi sana dengan GBS, kitorg still ada perasaan takut-takut & was-was bila lalu depan kedai mee tarik yang tengah ditarik sebelah kedai jual vavi gantung.

So, masa dengan bos, aku malu-malu kucing order mee tarik. Mak aii..bestt! Bos aku blasah mutton stick dan adik beradik kambing je. Memandangkan aku tak kawan dengan kambing, so feveret aku hanyalah dengan yang berasaskan ayam & daging je. Tapi majoriti yang aku kenal cakap, kambing kat China adalah best. Member aku yang tak makan kambing pun tetiba kat China diorang try dan terus jadi feveret. So far, aku still tak tergugat dengan janggut kambing tu.

Kat Malaysia, bila aku tau ada kedai Mee Tarik Warisan Asli Hassan kat Sg Besi ni, mata aku terus jadi blink-blink. Aku dah makan kat sini.. 1,2,3,4,5 kali je. Dengan kelompok manusia berlainan. Adehh, best nya.. Apekemende diorang letak aa? Even kalau makan nasik kat sini pun ada rasa lain dengan rasa ayam, daging nya. 

Ini version kedai mee tarik kat Sg Besi




Ni version Guilin






Version Shenzhen aku tak ambik sebab takut kena sound mental dengan bos. Okeh, food psychology aku berjaya. Mood assignment aku dah datang! Selamat menjamu mata... :-)

:: Meatball Abg Burn

Aku just nak cakap aku dah try dah mende nih.... *matilaa tertinggal komuter!


So verdict??

Sedapp..
Sedapp..
Sedapp..

dan sedapp!

Cuma untuk aku yang tengah sakit gigi ni kalau silap kunyah akibatnya akan menyebabkan aku rasa nak pitam 2 hari! Rege RM9.90 dan isinya totally daging. Aku dah try 3x kat Sunway PJU sebab tu je yang terdekat. Tapi lepas ni kena pergi cari kat tempat lain pulak sebab tetiba aku rasa sedikit segan selepas setiap selang sehari staff abg burn kat situ nampak muka aku berturut-turut. Kot ye pun!!

Owh ye, jangan dipertikaikan issue diet, sebab daging adalah termasuk dalam makanan yang boleh dimakan kalau ikut style diet aku.

So.. penceritamaya & intanaziela, mohlaa kiter open table kt sinih!

Thursday, June 13, 2013

:: It's Been a While..

Pukul 3 pagi..

Cadang bangunnya nak buat assignment. Sebab biasanya line P1 tak pernah meghampakan ketika waktu pagi. Tetapi disebabkan traffic terlalu lancar, end up aku merayau tanpa batasan merata-rata kat alam maya ni.. 

Lambatnyaa menunggu habes bulan 6 ni. Tersiksa jiwa raga batiniah perasaannya woihh! Nasib baik ader AirAsia, so everybody can fly... 

$#^x%*(@#!$# Ptfff!!

:-) Senyum kambeng.. 

Anyway, tak sabar untuk menantikan inih!! 

 

Dan inih.. 


Dan juga inih! 


Ini semuanyaaaa! 


and additional bonuss... 


Well, food never fails to make me happy. To Pok Nong, wait for me naa.. Please simpan untuk kami cukup-cukup. Wa nak cover stock untuk bulan Ramadhan nih.. *niat tak menghalalkan cara..wa tauu* 


*Psst; Ambik gambar makanan & upload adalah mental? Okeh, wa memang mental.. 
*jeling-jeling penimbang baru..

Monday, May 13, 2013

:: I 'm FLYING WITHOUT WINGS!

Tarikh 12 May 2013. Tarikh bersejarah buat GBS. Kitorang TERBANG!


Ok, nama mende alah ni adalah TANDEM PARAGLIDING. Yakni sePARA terbang dengan bantuan payung. Payung nya adalah dah siap sedia terbuka okeh, bukannya tunggu terapung kt udara baru terbuka. Kalau yang tu, upah aku beribu aku pikir 400 kali dulu..

Tapi walaupun tandem paragliding ni dengan gunakan bantuan payung, tapi still..kitorang tetap terbang! Macam sugar glider lah lebih kurang.. Lokasi adalah kat Bukit Jugra, Banting Selangor bermula dari jam 10.30 pagi sehingga 6 petang.


- Baca nih! -


Keseluruhannya..takder lah terbang sepanjang masa sebenarnya. Terbang + masa tunggu + makan + minum + tunggu lagi. Bukan aper, sebenarnya kena tunggu angin elok, baru boleh terbang. So dengan keadaan angin tak menentu, sukan xtreme ni sangat menuntut kesabaran yang amat tinggi!


- Proses pemasangan -




Sukan ni sebenarnya memberi kelebihan kepada orang yang tidak berapa nak kurus macam aku ni. Sebab, orang yang kurus akan ada sedikit kesukaran untuk terbang bila angin kuat. So sedikit sebanyak aku rasa bangga sebab buat pertama kalinya orang tak berapa nak kurus ni diiktiraf.. (kembang kempis). Walaupun hakikatnya bila tengok gambar & video sendiri adalah rasa macam nak buang dalam tong sampah! Fii ddunnia bullatun!!

- Sambil pasang telinga dengar bebelan kapten -


So sukan ni memerlukan kita terbang dengan bantuan seorang instructor yang akan duduk kat belakang kita dan jadi tukang control payung terjun. Jadi kita tak perlu lah ada skill ganas giler vavi untuk try sukan ni. Just fahamkan arahan kapten kat belakang je dan Insyaallah selamat la mendarat. Kalau nak buat solo pun ada, means kita terbang sorang. Tapi kena masuk training dulu laa.. Masa aku kat sini pun ada sorang budak umur 11 tahun selamber je fly solo. Bapaknya just kasik arahan dari bawah dengan walkie talkie. Malu hakak!

- Pempuan ni over xcited sampai jatuh ! -
Masa aku kat atas tu dengan dibekalkan kamera GoPro untuk record gambar dan video sendiri, adalah time kapten kat belakang tu tanya, tanak ke terbang solo. Fuhhh..haruslaa mau kalau uwang nya ader beb! Kapten tu pulak masa kat atas siap kasik senget, buat macam nak jatuh, saje nak usik kita. Kalau kita tunjukkan rasa takut atau gayat lagi lah masak dikenakan. So sesaper nak try, silalah buat muka ketat kat atas sana.

Kesimpulannya..mende alah ni adalah sangat best! Senang citer, sila lah cuba. Tak cuba tarak tauu!

- Gaya sebelum & selepas naik -
- We are Paragliders!! -



Tuesday, April 23, 2013

:: Longji Dragon's Backbone Rice Terraces - Part 4


Sementara menunggu semua ahli jemaah bas penuh dan disebabkan kebosanan, so kami macam biasa. Buat aktiviti wajib seperti di bawah; 
*Xtvt wajib. Sila jgn kasik tau PnFatimah !!
Mangsa photographer tak berbayar kami adalah couple mix; Hong Kong + Korea = Horea. Awalnya mati-mati ingatkan couple ni dari China ni je. Tapi bila ditanya, mix rupanya. Si wifey adalah Korean, dan hubby adalah dari Hong Kong. Patutla diorang cakap Engelish, tak cakap cina.

Layan okeh lakinya ambik gambar wajib nih. Siap tak jadik, buat lagi ulang-ulang. Mesti dia insaf duk rapat ngan kitorg. Hehe..

Selepas bas dah penuh, Aaron Kwok explain yang kami akan ke next destination. Sian jugak tengok si Aaron ni sekejap cakap Mandarin. Kejap kena explain in Enggelish kat kami berlima. Tapi dia baekkk! Wa suka!

Kami sampai di perkampungan seterusnya, kena naik bot. Macam ala-ala ShangriLa yang kami pergi tahun lepas. Kami diletakkan sekali dalam satu bot dengan couple tadi dan juga Mek France yang dah jadi bestfrend Mek Yah. Sebabnya, senang untuk tourist guide explain dalam Engelish. Tapi kali ni tourist guide lain. Pempuan. Muka dia cuak giler kena naik bot kami. Rupanya sebab dia tak berapa pandai sangat nak speaking. Dia cakap dia nervous berulang kali! Dia just baca script je. Dan dia jawab yang basic-basic kalau ditanya. Disebaban kesian tengok dia, kitorang tak tanya banyak laa.. Tapi still, dia pun ok.
*Bot tak perlu pakai life jacket. Wa suka!
*Tourist Guide yang gabra, Mek France & Mek Korea. Licin mak aaii kulit dia!
Bot kemudian susuri sungai sambil melalui beberapa kawasan penduduk setempat. Setiap stop, ada dibuat persembahan. Ada yang buat tarian, ada yang menyanyi, ada yang siap main teka-teki berbalas pantun! Teka-teki dalam Mandarin kao..apa nak jawab?? Tourist guide ni yang explain maksud lagu yang dinyanyikan. Lawak kalau ingatkan.

*Kesian pulak tengok diorang ni. Tak sakit ke leher berapa kali sehari buat show..
*aktiviti berbalas teka-teki/pantun..Haramm tak paham
Selepas tamat sesi bot, kami singgah melalui satu kawasan yang mana makcik ni tengah tambat benang. Tujuannya tidak diketahui, sebab nak tanya..kesian kat tourist guide ni. Hehe..tapi dia memang baik la..ikut je kitorg sambil senyum-senyum. 

*Makcik ni sporting. Siap pause, kasik pose mengancam lagi. Makcik seksi tau, makcik tau tak?
Kemudian sekali lagi melalui tangga. Perghh..archnaphobia bila nampak kepala tangga dari jauh. Balik Malaysia kalau tak susut tak tau laa.. Kemudian, lepas naik atas barulaa diketahui tujuan benang ditambat oleh makcik seksi kat bawah tu..

*Untuk menenun rupanya benang tadi! Oppss..gambar ni pun adalah sedikit seksi...siikit jee

*Mek Yah ni bakal berhijrah sini suatu hari nanti..aku rasa laa. Macam serasi beno!
Kiranya di perkampungan ni, diorang meang prepare pelbagai acara lah untuk pengunjung. Mek Yah sempat join aktiviti tarian lagi. Dia memang suka mende-mende meriah gini. Kitorang peratikan je dari jauh kot-kot hilang. Maklumlah dia ramai peminat kat sini. Tapi lepas habis je menari, cepat-cepat dia carik botol air. Nak basuh tangan katanya..Sengal!

On the way turun dari perkampungan ni, aku ternampak 2-3 signboard yang menarik. Macam zipwire yang naik kat Nami Korea tu jek! Terus tanya tourist guide yang nerbes tu. Comfirm! rmb20 per person. Mende-mende macam ni kitorang tak kedekut! So, kajaa GBS!

Siap ajak Mek France bertiga tu naik sekali. Siap hasut, diorang tak payah jalan kaki jauh kalau naik mende ni. Short cut untuk ke bawah. Terpengaruh jugak laa. Masa duk siap-siap pakai tali, pusing blakang...eh mek nerbes tadi pun join gak! Gud Girl!
*Mengimbau kenangan Nami! Whoaa!

*Mek France ni..asalnya takut..
Best wooo mende ni. Tapi diorang macam tak kasik mane nak ambik gambar masa mendarat. Rupanya gambar dah diambil dan kita kena bayar kalau nak. Haishh! Semua mende kat sini diniagakan. Dah la muka aku kemek dalam gambar yang diorang ambik! Haiyohh!

Turun bawah sekali lagi jumpa Mak Limah buat demo ikat rambut. Aaron Kwok pun ada sekali duk tunggu kami kat situ tu. Kecoh dia suruh kami ambik gambar ngan Mak Limah ni.

Tapi tetiba kat tengah jalan tu..nampak satu mende menarik!

*Aku tak tau apa nama ni, tapi kalau diketuk kuar bunyi-bunyian katernya..
*So, apa lagi. Kanak2 rebina kejap!
Tapi part paling interesting, bila nak kuar dari perkampungan ni, kami kena melalui acara potong riben. Bukan laa kena potong, tapi kat hujung jalan nun..ada sekumpulan wanita & lelaki tengah pegang bunga riben macam nak buat perasmian aper je. Kitorang dah cuak daa..Sudah, majlis apa pulak nii..

Kat seberang nampak couple Hong Kong - Korea tadi duk senyum pandang-pandang. Aduh, diorang ah lepas ke?

Bila sampai dekat tetiba group ni nyanyi. Kitorg dengar la, sambil senyum-senyum ingatkan tu lagu penutup untuk kami. Habis je lagu, diorang duk tunggu kitorg pulak nyanyi. Alapadang! Rupanya acara berbalas nyanyian pulak dowh! Haiyohh!

*Main vocal haruslah di depan!
Kami nyanyilaa lagu rasa sayang beramai-ramai. Bajet konon lagu budaya kena balas gan lagu budaya gak! Beria..nyanyi sampai habiss! Sekali lepas kuar, tanya si couple tadi, dia tak nyanyi pun rupanya! Tipah tertipu bang! Nasib suara sorang-sorang, tak jauh sangat beza dari suara Kelly Clarkson. Takder lah rasa aib diri pada sendiri..haha

Setel pakej hari ni, kami sampai di hostel waktu malam. Mandi dan terus tido! Badan letih tak boleh pikir hapa dah.

cont..

Sunday, April 21, 2013

:: Longji Dragon's Backbone Rice Terraces - Part 3

<< Part 2

Hari ni bangun pukul 5.30 memasing. Subuh sini awal okeh. Janji ngan tourist guide pukul 8 kat lobby untuk ke Longji. Kalut semua berebut tandas. Tiap hari keje kami adalah update setiap orang samada dah 'setel' blom untuk hari tu. Kat sini, operasi itu adalah antara perkara yang paling penting! Bila ada yang tak berjaya mula lah akan rasa susah hati dari pagi start jalan sampai lah tiba di hostel balik. Sebab memikirkan apa akan jadi sekiranya 'rasa' itu datang ketika masa yang tak sesuai? Oh, mintak jauh!

Faham ke aper aku cerita ni? Tak paham baca bawah ni. Ada cerita terjadi.. Next!

Kami breakfast meggie dan nasi segera perisa asam pedas pepagi buta berlaukkan bilis goreng PM. Oh mai, terangkat pepagi buta nih. Memang cari pasal nampak nya makan asam pedas. Tapi terpaksa sebab yang tu dah terbukak sikit paketnya. Untuk bekal masa perjalanan, kami bawak Meggi goreng Indo Mi dan jugak nasik segera dan jugak roti. Comfirm takkan lapar punya hari nih!
*Beg je kembar, tuannya tak. Sebab lain saiz :-)
Tourist guide sampai dan pickup kami kat hostel, then adala dia pickup beberapa orang lagi. Penuh gak laa satu bas. Perjalanan ke Longsheng mengambil masa 2 jam. Masa yang ada kami tak bazirkan begitu sahaja. Selamat semuanya kroihhhh...kruihhhh sepanjang jalan.

Tapi ada insiden lawak yang jadik. Ni laa yang aku cakap pasal 'perkara wajib' tadi. Mende yang paling ditakuti akhirnya berlaku bila Dayah yang tetiba cakap dia dah 'terasa'. Mak aii, jauh lagi nak sampai ni. Punyalaa dia tahan sampai pucat muka. Toreh tak berdarah! Sian pulak tengok. Tapi mana nak stop tengah-tengah jalan nampak gunung ganang je nih. Sanggup kah ko langsaikan kat dalam semak tepi jalan? Dan sanggupkah aku jagi guardnya? Nehi!!

Last-last tak tahan bagitau tourist guide tu mintak stop. Oh tourist guide hari ni adalah sangat baik! Selain ada sedikit kacak, speaking Engelish pun laju je walaupun lorat dia tak leh tinggal. At least kitorang paham. Bolehla kasik nickname Aaron Kwok. Last-last bas stop kat satu station minyak. Dayah berlari pecut 100m untuk lepas hajat, kitorang sibuk pose-pose tepi ladang limau. 
*Patutt lah pokok limau sini suburr..
Dalam 10 minit, semua naik bas. Tanya Dayah soalan standard. 'So, apa gred?'

*Gred adalah klasikifikasi rating untuk Mr Jamban..

'Nak tau gred? Nak suruh cerita details ke? Sanggup dengar?' gituu Dayah balas muka tak puas hati. 'Kenaper??' Kitorang tertanya-tanya..

'Sebenarnya..kat toilet tadi, takder toilet pun. Ada satu saluran macam longkang je. So beramai-ramai lah buat hajat kat situ openly, sambil ko tengok aku, aku tengok ko!' Dayah terang panjang lebar dengan muka kelat.

'Demm!! habis hajat besar??' kitorang tak puas hati..

'Hajat besar pun tawar hati bila tengok. Terus dia merajuk!' Kata Dayah..

Hahaa...memang tak boleh belah laaa.. Kalau takder air takper lagi. Ni mangkuk tandas takder. Aku mintak doa simpang malaikat 44 jangan lah aku ada 'rasa' tu time genting camnih!

Kami sambung perjalanan sambil senyum-senyum bayangkan keadaan Dayah tadi. Can't Imagine! Sian pun ada gak.

Dalam pukul 10 kitorg sampai di Longsheng. Dari sini kena tukar local bas untuk masuk kampung di Longji. Actually Longji ni memang sebuah perkampungan etnik Yao yang terletak di atas bukit. Kaum kat sini bercucuk tanam dan bersawah padi as a sumber pencarian. Tapi memandangkan sekarang dah jadi tumpuan pelancong, diorang berniaga la skali.
*Entrance Longshen. Tengah tunggu bas local
*Urineun
*Aku tak tau aper yang Mek Yah tengah kelentongkan kt Mek France nih..Mcm percaya habis je diorg!
Tak lama lepas tu dalam setengah jam bas berhenti kat entrance Longji. Dari situ kalau sesiapa yang bercadang nak bermalam kat sini, kena jalan kaki lah bawak beg besar masing-masing.

Jauh? Fuhh, jauh tak jauh, untuk sampai atas, kena daki anak tangga ntah berapa ratus tangga. Ntah-ntah cecah ribu. Jarak masa adalah dalam 45 minit untuk sampai. 

Tapi jangan bimbang, kat sini, turun je dari bas akan ada dari kaum Yao ni yakni makcik pakcik yang dah tua, akan terus ambik beg korang dari bonet bas. Diorang tak tanya pun, terus je ambik beg tu letak atas bakul blakang diorang. Ko nak marah? Nak ambil balik beg tu? Baik tak payah, biar kan aje sambil ikut hala tuju bag tu. Kalau tak nanti menyesal. Kalau setakat gunung kinabalu belum sampai, jangan berangan nak kandar beg gajah memasing. Jauh lagi perjalanan tu kalau nak sampai kat tempat penginapan masing-masing kt atas nun!
*Sian tengokkk..
Murah je pun bayaran angkat beg tu. Dalam RMB20-25 bergantung pada keberatan beg. Gagah woi diorang. Kalau aku comfirm sakit blakang 2 minggu. Bila tengok rasa kesian dan bersalah pulak. Tapi nak buat camne, makcik pakcik ni mampu dan tu mata pencarian mereka.

Kami diberi masa selama lebih kurang 2-3 jam untuk merayau-rayau kat sini. Nanti tunggu kat bas kalau dah setel. Gitu..arahan dari Aaron Kwok!
*Untuk sesiapa yg datang dgn family & tak larat nak panjat..jangan bimbang, ini penyelesaiannya..
*Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Go pakcik!
*Permulaan operasi mendaki




*Jagung Longjie..tak sempat merasa kali nii..
*Tangga menuju puncak
*Sempit je jalan ni, tak leh nak berebut-rebut..kena jalan sopan-sopan je sambil tutup idung..he

Plan asal kitorg konon nak tido kat Longji ni haa. Hotelnya macam gambar kat atas ni. Tapi fikirkan kekangan masa terus tak jadik. Tapi kalau sesiapa nak datang sendiri kat sini tak pakai ejen boleh lah naik bas dari Guilin. Bas adalah bersepah. 

Tapi yang jadi susah bila nak transfer naik bas local dari Longsheng untuk Longji ni. Boleh direct berhenti kat mana-mana village kat Longsheng kiranya kita dah tahu nak stop kat village mane. Atau nak lagi senang berhenti kat Heping. Tapi kat Heping takder bas terminal, kena tunggu dan tahan bas tengah jalan. Untung, ada taxi berhenti. Memang backpacker style habis laa..

Tapi, kalau korang expert mandarin, no hal. Go on je. Tapi memandangkan kitorang tau 'Ni hao ma' & 'Wo bu chi tao' je, so kitorang pakai pakej. Pakej ni PM book online, rege RMB220 yakni RM110 per head 1 day package including 2 kali bas dan makan.

Makan? Oh, walaupun kami tak makan..kena bayar jugak laa. Diorang bukan heran pun nak customize pakej tu special untuk kita. So overall, pakej ni paling costly dalam trip kami. Yang lain cincai-cincau je. Hehe..

So kat atas ni lepas berhempas pulas panjat tangga kinabalu sambil-sambil menyaksikan keindahan alam, kami stop untuk makan. Pakej makan yang diorang sediakan adalah makanan yang dimasak dalam buluh. Tak tahulah exactly aper yang dimasak dalam buluh tapi, tapi korang gunakan jelah imagination sendiri ye. Kitorang makan bekal yang bawak je.


*Masak dalam buluh sambil dibantu oleh pembantu tukang masak kt sebelah tuu.. aka.. hanjeng! Mmg marvellous!
*Makanan yang paling sedap pada hari ini, pada waktu ini!
Habis lunch, sambung panjat lagi sampai lah level paling atas. Sajer je nak pecah rekod sendiri disamping tengok-tengok orang, padi, orang berniaga. Kat sini, kain tenunnya cantik-cantik terutama shawl. Tapi aku takder lah beli pun sebab tak tahu pakai ke tak. Plus, bag 11kg tu selalu terbayang depan mata ni haa!

Jom layan gambar je lah..
*Cenderamata..nk yang baring kaa..yang duduk ka..semua ada!
*Shawl hasil tenunan
Kat sini kitorg adalah glamer untuk ditanda sebagai landmark oleh ahli jemaah bas kami. Sebabnya dalam semua pengunjung, kamilaa yang paling ajaib dan paling alien. Kiranya kalau dikata makcik Longjie ni dah ajaib sebab rambut kat kepalanya, tapi kami lagi ajaib dari makcik tuu.. Sebab ada kain yang bercorak dan berbunga kat kepala ni haa.. So kalau sesiapa yang rasa takut-takut nak kena tinggal bas, nampak je kitorg still ada..legalah jawabnya..

*Makcik ni malu-malu pulak..
*Sempat tengok secara LIVE, Mak Limah sikat rambut
Dalam bas sebelum sampai tadi sempatlah Aaron Kwon explain pasal kaum wanita Yao yang berambut panjang ni. Kaum wanita wajib simpan rambut panjang. Boleh potong sekali je sebelum kahwin. Lepas tu simpan laa..sampai bila-bila. Tapi yang aku tengok, yang digulung besar atas kepala tu, dah dicampur dengan rambut yang dipotong. Kemudian waktu nak gulung rambut tu, digabungkan sekali dengan rambut lama. Tu yang jadi tebal. Terkesima jap Awie bila tengok Mak Limah gulung rambut.


*Macam Cameron pulak sekali pandang..sekali je laa..
*Danger, PLEADE Slow Down? Haiyooh
*Tak gayat bangg?? Bangg?



*Kalau padi tengah menguning mesti cun nih. Kami salah timing...sikitt..
*Minum beer sambil hirup udara segar..Tak mabuk sangaatt kot!
*Ni pun hotel gak aku rasa..rasalaa..

*Operasi mengezoom!
*Bukan kitorg je yang giler berposing wehhh!
*Kanak-kanak Longjie. Fii donia bullatun! Comel!
Baju kat atas ni kena sewa kalau nak pose-pose. Kat sini, aku tak tau aa kenapa, kitorg jadi sedikit kedekut. Berkira sebenarnya. Nak beli pape, atau nak ambil gambar yang ada caj megecaj ni, kitorg jadi kemut. Sayang nak kuar duit. Padahal murah-murah je regenya. Lepas tukar duit kat money changer, tengok duit tetiba banyak terus feeling2 jadi kaya. Pastu rasa sayang pulak nk kuar duitnya. Macam contoh, kalau ada entrance yang kena bayar takat 2 yuan, kitorg terus blah. Ntah haper perangai ntah!

*Tapi kalau bergambar free kitorg ON JE!
Dan dipersembahkan yang paling vogue, paling enterprame adalah pose gambar yang jatuh hukum wajib dilakukan sehinggalah kitorg dah tua dan tak larat nanti pada sambungan part 4.. sambung laaa sangatt!