Friday, November 30, 2012

:: I Miss Guilin Badly ! Sigh!

Aku gigih bangun pagi-pagi buta pukul 4 pagi ni dengan sejuta harapan untuk menyiapkan esemen yang berdue date kan esok! Tapi tetiba aku terpandang entry Guilin yang mana semenjak dua menjak ni aku rasa rindu yang amat untuk ke sana lagi. Check tiket...owh still ada masa nak kumpul duit seposen sehari.. Lambat weh!

Seriously aku ader bermimpi yang aku dah ada kat sana sambil belai-belai ais kat pokok. Petanda apakah ituh? Belek tiket lagi...Aduhh, lambat nya masa ni bergerak. Dah la takder mana-mana tiket lain dah available kat tengah-tengah tu sebelum Guilin. Kadang-kadang rasa stress giler tengok tiket murah yang tak berapa murah tu melambai-lambai. Sekarang ni kalau AA buat sale, aku hanya mampu tenung dalam-dalam sambil gigit jari dan sambil tu gak duk belek-belek kalendar. Tak tahu lah mana date yang boleh dicelah. 

Disebabkan aku rasa aku ni pelajar yang tak berapa nak cerdik, so aku tak boleh miss class dengan sengaja sebab aku target untuk untuk score full attendance. Tu je markah kesian untuk aku. Nangess!

Tapi....ada gak nanti aku wat hilang akal, beli bawah paras sedar ni kang!



*Takder ke saper-saper ada skandel keje ngan AA?

Sunday, November 18, 2012

:: Perth - The Gap and Natural Bridge, Albany. Amazing!

24 August 2012  *sambung dari sini..

Pagi ni kami bangun awal. (Pernah ke tak awal?) Plan hari ni nak ke satu tempat yang paling aku tunggu-tunggu sejak sampai kat Perth ni. Banyak gak review pasal tempat ni yang aku jumpa walau tak sebanyak tempat-tempat lain yang lagi popular kat sini. Mungkin sebab jauh kot dari Perth City. Tetapi sesiapa yang travel lama ke Perth boleh lah ke sini. Tak rugi punya!

Aku kesian sebenarnya travel dengan kanak-kanak ni. Bukan aper, sebab dia terpaksa ikut time orang tua..kena bangun awal laa..kena duk dalam kereta lama-lama berejam..kena rushing semua. Sian weh! Tapi nak buat camner, dah mak ayahnya bercita-cita tinggi..nak bagi early education on how to perabis duit loan belajar esok-esok untuk berjalan, walaupun anaknya tak tahu satu hapa..so aku nak cakap aper kan!

So pagi ni, memang pukul 5.30 pagi kami bangun. Aku macam biasa, jadi antara terawal sebab aku kena didik perut aku ni supaya berhemah kat tempat orang yang susah nak dapat toilet berpaip nih. So, selepas semua dah siap, kami gerak ke The Gap yang terletak di Torndirrup National Park, Albany dalam 4km tak jauh dari Amity Inn.



- Welcome! -
Kami sampai awal dan maybe kitorg lah kot yang ada kat situ pada waktu tu. Memandangkan Nuha kena kejut tido awal hari ni, dia sambung tido dalam kereta. So sebagai mak bapak yang bertanggungjawap, salah seorang kenalah tunggu dalam kereta, sementara yang takder anak ni dah selamat bertempiaran tak hengat dunia.

Aku speechless ok! Tempat ni adalah heaven! Nangess...


The natural bridge formation ni adalah reminder of the power of the ocean. Ia adalah formation yang terjadi daripada pembentukan granit yang disebabkan oleh tolakan laut yang kuat secara beransur-ansur sehingga membentuk satu jambatan batu yang besar. Very the big!

- Rasa nak ke sana tapi tak dapatt! -
- Ombak besar tengah mengganas -
- Kadang tengok macam kat Uluwatu, Bali -

Tempat ni totally adalah combination batu, laut dan pantai..terletak di the edge of Antartica. Kat sini, tak payah susah-susah korang nak carik bunga-bungaan ke. Takder. Kot tak tahulah masa autumn nanti camner. 

Disebabkan pembentukan bridge tu, maka kat bawah tu adalah satu lubang besar yang mana boleh lihat jelas gelombang ombak yang kuat terhempas di bawah tu. Sesekali aku rasa gerun diselang seli dengan rasa kagum bila tengok keadaan tu. Besarnya kuasa Allah!

- Tengah tenung-tenung, camner lah boleh bercantum -
- Buat-buat berani -

The Gap and Natural Bridge adalah terletak di kawasan pantai yang berisiko. Maknanya pelawat haruslah berhati-hati, kena jauhkan dari kawasan pantai, tak boleh dekat-dekat sangat jalan kat tepi-tepi, sebab batu-batu kat sini licin ditambah pula dengan angin dan ombak yang kuat. Batu tu dah laa tinggi daripada laut tapi boleh rasa air laut terpercik kat muka. Bayangkan kuatnya ombak tu..dan rasa nak terbang je kena tiup angin walaupun hakikatnya aku tak slim mana pun!

Nasib ler Nuha tak datang, agaknya boleh melayang kot dier..huhu..

- Us -
Ada platform disediakan disini untuk pengunjung lihat superb view dalam keadaan jarak yang selamat. Anyway, kesan daripada anugerah Allah ni, dapat lah kitorang lihat permandangan yang sangat cantik dan menakjubkan. Kalau sesiapa yang sukakan permandangan, boleh lah ke sini. Memang tak rugi, walaupun kena drive jauh. Takat ni aku rasa, setiap tempat yang aku selamat sampai di Perth ni semuanya berbaloi. Hilang segala penat drive jauh-jauh walau hakikatnya bukan aku yang drive. Eh, even aku tak drive, peranan aku penting gak..jaga beg-beg kat seat belakang. Penting tuu!

Tentang Natural bridge ni, yang aku baca kat google, tempat ni worth kalau datang masa winter la. Untung-untung dapat lihat whale melambai-lambai kenyit mata dari jauh. Tapi masa aku pergi ni takder lah nampak, maybe diorg belum bangun tido lagi kot. Giler awal kitorg datang nih, takder orang lain pun lagi kat kawasan tu. Tu yang melompat lebih tinggi tuh!
- Aksi wajib -

- Merenung masa depan di The Gap -
2 jam berada di The Gap, tak cukup rasanya. Kalau lah ada banyak masa, nak je stay sehari suntuk kat situ. Arghh..kena datang lagi nih. Sebelum ni aku bayangkan Perth adalah sekadar shopping je, tapi hakikatnya sangat besar dan sangat banyak untuk dilawati.


- Mamat ni tengah feeling..'Adakah aku akan grad tahun ni? -
- Sesekali mama Nuha feeling Titanic -
- Siapa gagah?? -
- Bapak orang. Duk diam-diam dah ler..jaga anak -
Dengan berat hati, kami gerak daripada The Gap menuju ke next destination. Tempat yang kami nak tuju adalah sangat jauh lagi, dalam 4 jam. Sempat singgah di Middleton Beach cuci-cuci mata tengok mat saleh mandi. So far, beach ni aku rasa biasa-biasa je kalau nak compare dengan pantai kat Rottness. Middleton beach ni macam pantai kat rumah aku je aku tengok..haha


Thursday, November 1, 2012

:: Perth - Albany Wind Farm, The biggest Wind Turbine I've Ever Seen!

23 August 2012  *sambung dari sini..

Kami sambung bergerak masuk landasan jalan raya balik, menuju ke Albany. Masa tu dah pukul 12 tengahari. perjalanan ke Albany mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sejauh 370 km. Masak okeh. Nasib baik lah si Nuha tidur dengan amannya dan aku pun selamat belayar, tau-tau dah sampai di tempat penginapan kami malam tu, Amity Inn di Albany.

Kami booking hotel ni thru Agoda.com dengan harga AUD144 untuk 5 dewasa. Tapi kami diberi 2 connected room yang sangat selesa even without complete kitchen macam kat Margaret River tu. Okay laa kan..Bed ada 3 bijik tiap bilik, so tak payah berebut, memasing dapat tidur bawah.



Waktu tu baru pukul 5 petang. Selesai solat kami bergerak ke Albany Wind Farm dalam keadaan cuaca sedikit hujan. Dekat je dari hotel kami, lebih kurang 15 minit dah sampai. Masa tu hari dah pun beransur gelap sebenarnya.



Dari jauh nampak Wind Farm ni sambil kami ternganga disebabkan kekaguman yang amat. Di sini terdapat banyak parking untuk park kereta dan tiada bayaran masuk dikenakan.





Albany wind Farm ni sebenarnya adalah one of the newest Australia's largest farm. Ia adalah energy project yang melibatkan 18 wind turbin yang besar gajah untuk supply electricity kepada bandar Albany. It was amazing untuk tengok turbine yang besar bersaiz lebih kurang 70 meter ni berpusing-pusing depan mata dengan mengeluarkan bunyi 'swoooshhhh...swoooshhhh' dengan kuat. Nak bercakap pun kena terjerit-jerit disebabkan kebisingan bunyi turbin berputar ditambah dengan bunyi angin yang kuat.





Wind Farm kat Albany ni boleh masuk tengok dekat-dekat. Cuma tak boleh sentuh sebab sekelilingnya adalah pokok dan semak samun yang disertakan sekali papan tanda warning tentang kehadiran binatang tak berkaki di sekitarnya. So tak perlu lah kita carik pasal ye.

Masa ni Nuha tengah tidur, so kami tinggalkan dia dengan ibunya yang harus menerima keadaan yang kami berjalan dengan budak kecik yang tentunya ada limitation. 

So sementara kami berhungga bingar tak tentu arah excited tengok kipas bilah besar, dia terpaksa lah menemankan Nuha tidur dalam kereta. Dalam lebih kurang 20 minit barulah bapaknya tukar shift jaga. Masa tu suasana dah makin gelap. Ibunya si Nuha boleh ambik feel sekejap je laa.

Yang pasti sangat excited dapat tengok kipas yg lagi besau dari kipas kapal terbang nih...Malam tu aku mimpi bleh panjat sampai ke atas bilah tu sambil berpusing..tau-tau..aku dah jatuh katil je..adehh..



Hoyeaaahh!!