Tuesday, August 28, 2012

:: Perth : Teaser jek..

Aku ada terbaca dalam satu blog..yang Perth digelar sebagai boring atau dullsville di Australia. Kenapa agaknya ya? Aku jadi curious kejap. So How dullsville is Perth?

Bila dah selamat menjejakkan kaki kembali di Malaysia, aku menyetujui 80% dengan statement tu. Tapi bagi aku statement tu sesuai ditujukan untuk waktu malam di Perth sahaja.

Sebabnya? Sekiranya anda mahu pick something up untuk dinner apa sahaja terutama selepas habis waktu kerja, better usahakan sebelum pukul 6 petang at least. Atau anda terpaksa makan maggi dan roti sahaja yang hanya boleh didapati di independents mall macam IGA, Coles yakni sama dengan Carrefour, Giant dan Tesco di Malaysia. Atau dengan cara lain.. anda terpaksa berlapar.

Pukul 5.30 most of bisnes dah tutup! Suasana dah gelap gulita. Tak happening langsung! Aku tak suka, sebab aku ni stock yang pemalas nak beli awal-awal, tunggu kedai nak tutup & bila perut rasa lapar barulah terkocoh-kocoh sibuk cari nak makan apa. So disini, terpaksalah aku salahkan Perth untuk menyelamatkan diri sendiri. Haha!

- Langit lazuardi Perth -
- Wa feeling-feeling berada atas Titanic di daratan...ehh..ke Holland?? - 
Tu adalah contoh mudah. Tapi aku tak berapa setujulah dengan terms dullsville tu untuk diguna pada waktu siang hari. Ada gak certain-certain perkara tetappp dullsville. Tapi overall, Perth banyak dikaburi oleh keindahan dan kelawaan dan juga ketertarikkan permandangan alam semulajadi yang sangat mengagumkan ciptaan Yang Maha Esa yang menyebabkan aku rasa argghhh...hadap roti pun roti lahh!!

Selepas kenyang melantak makan free di rumah PM di Putrajaya dan beraya di Jalan Tar pada hari raya pertama, terus kami balik berkemas sebelum berkejar ke LCCT. Boleh dikira tidak sampai 10 manusia berketurunan Melayu di dalam flight yang sama. Mungkin mereka senasib dengan kami, tiada keluarga di kampong untuk beraya ataupun mereka mengamalkan konsep raya moden orang zaman sekarang.. ‘Beraya di Over the See’.. Cehhh! Eksen!

Eh, aku bukan kategori ke 2 itu okeh. Aku ni adalah disebabkan PnFatimah yang masih di Mekah beraya dengan bahagianya. So alang-alang PnFatimah dah bagi green light walaupun dalam keterpaksaan untuk kami.. kami… dan kami yang belum ada rezeki untuk ke sana tahun ni, so apa lagi. Pucuk dicita, ulam mendatang lah. Harus tiket diriki-riki setiap hari sehingga akhirnya AirAsia tak sanggup lagi mendapat gangguan soalan tiket murah, akhirnya harga tiket terpaksa diturunkan untuk kami berlima beserta dengan seorang traveler cilik merasa beraya dengan kangaroo yang suka berak merata itu..

Semua persiapan adalah di bawah title ‘Last Minute’. Segala itinerary, process booking kereta, hostel, hotel, ferry dan juga persiapan pakaian, makanan semua disettlekan dalam keadaan kelam kabut yang tersusun….gitu namanya. Visa dah dibuat dalam 3 minggu sebelum tarikh kejadian dengan ejen yang bernama Intan yang tidak pernah bersua muka, thru online dengan rege RM20 per person.

Dan dibawah ini adalah hasilnya yang tak seberapa. Dah nama pun teaser! Padahal kamera ada kat orang lain, so gambo tak dapat nak cilok..

- Aksi Wojib !! -

- Budak kecik ni still terpinga2 mana tempat ntah manusia2 dewasa ni bawak dia -


-niL-

Monday, August 20, 2012

:: Waaahhhh!

7.15 AM
Perth International Airport :

Aku dah sampai. Takde laa sejuk sangat. Suam-suam kuku je..buat masa ni...Yang penting aku nak kasik tau dengan hidung mancung dan kembang kempisnya...

'Coki-coki aku lepasss!!!!'

Rasa bernyawa macam baru lepas dapat scroll dari Sultan Mizan...


Lapo.....Yachhh!

Sunday, August 19, 2012

:: Separa Backpackers Beraya dengan Kanggaroo


Dulu....

Impian sewaktu masih kecil comel, untuk merasa naik flight macam orang lain. Selepas success direalisasikan, terasa pula untuk cuba ke luar daripada negara sendiri. Macam Katty Perry cakap, over the sea. Dan selepas berjaya, sekali lagi perasaan tak pernah berpuas hati ini datang menghasut untuk pergi negara yang penduduknya mempunyai kulit yang lebih cerah dari kulit sendiri.

No no no..bukan penduduknya yang bermata sepet. Tetapi yang bermata besar beserta hidung yang mancung dengan struktur badan yang tinggi seperti pokok. Hajat di hati ingin merasa pakai baju berlapis-lapis dan berada dalam udara dan persekitaran yang nyaman, beserta dengan angin sepoi-sepoi bahasa..

Tetapi semuanya nampak seolah-olah tinggal angan-angan Raja Ema je. Semuanya jadi kosong Najwa Latif, bila mana Air Asia melambai-lambai tangan sayu memberitahu penutupan pintu sekaligus peluang untuk orang-orang yang mesken macam aku yang berangan-angan nak pakai baju sejuk duduk sebelah mat salleh berhidung mancung.

Tapi, kalau Allah dah tetapkan rezeki tu, memang rezeki aku lah. Alhamdulillah..walaupun bukan ke negara yang perlu didarabkan 4 kali nilai matawangnya, dapat ke negara yang hanya darab 3 kali pun dah bersyukur. Aku pun tak berapa nak pasti camner tempat ini bleh dipilih, tapi yang pasti impian untuk memakai baju tebal dalam suasana angin sepoi-sepoi bahasa beserta dengan baju kurung raya bakal terlaksana. 

Walaupun hanya dengan membawa duit beribu yang selepas didarabkan dengan 3 adalah tinggal menjadi ratus sahaja, aku akan cuba merealisasikan impian kanak-kanak aku yang tercetus sejak aku tengok cerita ‘Alana, The Girl From Toworrow’ itu.

Beserta dengan Karrimor 35 liter + Deuter 45 liter + Deuter 35 liter + Beg Roda Mantop Travel & Tours (cilok daripada travel agensi umrah PnFatimah) yang penuh dengan makanan yang bakal dideclare & tak tahu lepas ataupun tidak + Kamera Nikon D90 + Panasonic lumix G + Kamera Instagram henpon memasing..kami menuju ke pintu balai perlepasan kerana di sana Flight D7236 dan juga Malaysian Cuisine Nasik Lemak Pak Naser sedang sabar menunggu kedatangan kami. Wallaa!

7 Hari 6 Malam.

Time to greet Mr Kanggaroo & Mrs Koala also Madam wombat!

#Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk muslimin & muslimat sekalian#