Monday, July 30, 2012

:: Asus PadPhone. It's Cool!

Aku ni bukan lah stock-stock fanatik atau follower technology gadjet pun sebenarnya. Tilik-tilik gadget sendiri, menitik air mata. Tapi dalam tetiba sehari dua ni aku terrrjumpa satu gadget yang bagi aku.....diulang..bagi aku je..sangat awsome giler. Sangat cool! Sejuk!

Asus PadPhone!





Bagi aku yang tak terberapa nak kedepan perkara-perkara berteknologi ni, aku berasa sangat kagum dengan Asus Padphone ni. Hebat giler idea & pemikiran si creator yang create mende alah ni.

Asus Padphone ni sebenarnya adalah peranti Android 3 In 1. Ala-ala Nescafe 3 In 1 tu laa..sedapnya. Asus ni dalam masa yang sama terdiri daripada handphone, tablet dan juga laptop boleh diubahsuai mengikut keperluan memasing. Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada awal bulan July baru ni. Harganya adalah RM2399 untuk ketiga-tiga peranti tidak termasuk stylus pen dan keyboard doc.

Aku tak nak ceritalah pasal dia punya specs semua tuh. Yang aku nak bagitau, yang paling best, kalau handphone dah nak habis bateri, masukkan lah kedalam tablet, terus di caj automatik. Kalau rasa nak menaip assigment atau kerja-kerja ofis dengan pantas dan tuntas, connect kan dengan keyboard doc, terus jadi laptop. Kalau tengah menaip kat laptop tu, ada call masuk, gunakan stylus pen, letak je kat telinga macam ganggang phone, boleh bercakap direct.

Sama gak kalau korang rasa tak puas hati tengok gambar jadi kecik je kat handphond, so masukkan handphone tu kedalam tablet, terus boleh tengok dengan view yang besar! Hoyaaaa! Wa kagum lor! 

Kalau tak paham apa yang aku cakap ni, sila tengok video dibawah ni. Video ni aku eksyen kan untuk sesiapa yang belum tahu lagi pasal ni. So, marilah berkagum bersama dengan aku..



Wednesday, July 18, 2012

:: Anak Yang Soleh

Sempena keberangkatan Pn.Fatimah ke Tanah Suci next week, sebagai anak yang baik dan soleh dengan jayanya aku telah menghadiahkan sebuah henpon baru untuk beliau. Tapi jangan khuatir, sebab bukan dan tersangatlah bukan henpon mahal. Just upgrade sikit dari henpon lamanya yang hanya tunggu masa je nak meletop!

Saje je hadiahkan henpon yang tak berapa nak mahal yang bukan geng-geng iphone atau adik beradik Android atau blackberry. Bukan ape, berani kerat jari yang Pn.Fatimah takkan guna function yang lain biar secanggih mana pun selain function untuk call. Lagipun mana boleh beliau pakai henpon lagi canggih dari aku. Jatuh air muka nih! Kesat air mata meleleh.

Nak hantar sms jenuh makan tahun diajar pun tak teror-teror sampai sekarang inikan pula nak ber whatsapp & bbm! Harus akan dibalingnya nnt disebabkan stress susah nak buat. Lagipun henpon ni belum tentu dia akan ingat tempat diletaknya nanti. Lagikan cermin mata yang terletak kat atas kepala pun dicari merata inikan pula henpon yang memang bukan satu kewajipan mutlak baginya.



Kejian dari mama Raisa.. "Kedekutnya anak weii! Kasik henphone rege RM69 kat Pn.Fatimah! Kurang-kurang kasik laa Corby ke!!"

Tak boleh...tak boleh !!

Harus Corby tu akan bertukar jadik ubi nanti bila balik Malaysia! Lunyai sebab terduduk. Samada Pn.Fatimah yang terduduk atau diduduk oleh kaum perempuan Arab... 


#siapabuatopenhouseharirayapertamasilajemputmukatakmalunih#

^_^ ^_^

Wednesday, July 11, 2012

:: Wordless Wednesday..

One day..... I'll be there..



.... maybe


#betulbetulkansongkoksambilklikbuttonairasia#