Thursday, June 28, 2012

:: JJCM June 2012

Aku dah cakap, aku memang nak kurus. Tapi dalam masa yang sama makanan dengan aku memang tak dapat dipisahkan jauh. Aku ni dengan makanan adalah seperti isi dengan kuku. Dan makanan dengan aku adalah seperti aur dengan tebing. Kami ni ala-ala carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. Tak pernah sesekali menjadi kacang lupakan kulit. Kadang-kadang kalau cubit paha kanan, paha kiri ni akan terasa. Kesimpulannya, aku dengan makanan ni Sekain sebaju, sebantal sekalang hulu, setikar seketiduran. So, kalau aku skip makanan jauh-jauh nanti dia akan datang carik balik. So howw aku nak slim macam Hanan? Tepuk dada tanya ayam KFC lah jawabnya.

So sempena June dah nak berakhir, dan bulan puasa pun dah tak lama, ni adalah summary makanan yang dah selamat bergabung dengan lemak dalam perut untuk bulan ini sahaja. Kalaulah setiap jenisnya seberat 1kg, so makanya kg lemak aku pun mungkin dah bertambah sebanyak 6kg. Erkk?  Andwae!! Nehi!!

Wadi Hadramawt, Ampang..bukan Hadrawillin..ngeh ngeh
Kek cekelat Nando's, IOI
Not my feveret tetapi memandangkan Big Big Bos belanja, ianya jadi sedap!

Restoran As Salam, Danau Kota. Pizzanya sgt sedap!

Frapuccino Green Tea, Starbuck USJ 10. Best!
Dubu Dubu Seoul, Mid Valley. Bulgoginya..heaven!
Mocha Glacier Black Canyon Coffee, Summit. Akibat terpengaruh dengan seorang blogger. But it's yummy!

So, cuba cakap camner lah aku nak berpisah lama-lama dengan semua ni? Camner aku nak fit biar aku boleh cecah puncak Kinabalu & Huashan? Camner aku nak realisasikan 'Kalau bermimpi biar sampai ke bintang?' How? Owh Ramadhan...cepatlah datang!

** Tak sabar nak makan Red Velvet best!

Monday, June 25, 2012

:: Mount Huashan. Ada Berani??

Sehari dua ni tetiba aku excited duk tilik-tilik pasal gunung. Selepas kisah Gunung kinabalu tetiba ada satu gunung ni lagi yang menarik perhatian iaitu Mount Huashan yang terletak lebih kurang 120 km from Xian, China.

Sesaja je study, ambik feel dan develop keberanian. Ye sekali lagi gunung ini adalah terletak di negara Apek. Dan kesimpulannya Apek pun apek lah, aku memang suka negara Apek ni. Walaupun tandas nya tidak mempunyai paip dan juga sukar untuk mendapatkan makanan halal, bagi aku negara Apek mempunyai banyak keistimewaannya.

Anyway, negara Apek atau nama sebenarnya, China diketahui adalah antara negara yang mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai dan juga negara ke 3 terbesar di dunia. So, no wonder lah Facebook diharamkan di China. Cuba bayangkan kalau China benarkan rakyatnya ber'FB'. Of coz jammed facebook satu dunia. So disebabkan keluasan negara China ini lah bagi aku China mempunyai banyak tempat-tempat yang sangat menarik dan juga breathtaking scenery untuk dikunjungi. Tak akan boleh habis tawaf satu tahun! Sangat luas!

View Mt Huashan
Mt. Huashan yang terletak di daerah Shanxi, China ini dikelilingi oleh 5 puncak dan berada di kedudukan 2160 meter di atas paras laut. Ia dianggap antara 5 buah gunung yang suci di terdapat di China dan dinamakan sempena bunga teratai yang mempunyai 5 kelopak. Dan yang paling membuatkan Mount Huashan glamer adalah breath taking cliffsnya yang boleh bikin sakit jantung kalau aku cakap kat Pn.Fatimah nak pergi sini.

Mt. Huashan ni dikelaskan sebagai track hiking awam yang paling merbahaya di dunia. Tebingnya mempunyai kedalaman sehingga 4000 kaki yang mana cenuramnya mencecah 90 darjah. Kiranya kalau kalau slide down tu macam jatuh dari bangunan 40 tingkat lah lebih kurang. Tinggal habuk je.  

Tapi gunung ni memang lawa weh. Tapi cara nak pergi tu laa tak berapa nak lawa. Kena naik cable car, then panjat ratusan anak tangga yang dinamakan 'Heavenly Stairs'. Ini adalah starting point untuk ke West Peak. Mungkin maksud nama tangga ni..sekiranya seseorang itu jatuh daripada tangga ni, akan selamat masuk syurga. Haha..tu diorang laa cakap..

Cable car from starting point. Gunung ganang di sebelah kiri dan kanan. Amazing view!
Tangga 'Heavenly Star'. Curam giler!
Kemudian kena sambung trails yang paling adventure dalam banyak-banyak trails. Kalaulah aku pergi ke sini pun mungkin takat tangga tu je kot. Dan untuk next trails kat bawah ni, aku akan photoshop gambar aku konon-konon aku panjat. Aci tak.. Hehe..

Tengok gambar ni je pun dah rasa geli kaki, camner nak pergi!
Hanya bergantung dengan tali dan cangkuk. Kau mampu?? Aku belum lagi...untuk hari ini.....
Dah sampai, boleh lah minum teh secawan dua!
Setakat ni bangunan paling bahaya di dunia dikatakan adalah kuil terjuntai yang dibina malampaui hukum fizik yang terletak di lereng Mt Huashan ni lah. Agaknya sami-sami kat sini, panjat untuk ke kuil pastu dah takder turun-turun kot. So, sesiapa yang nak merasa minum teh paling merbahaya di dunia boleh lah kalau nak cuba.Peace!

Untuk lebih jelas, tengok sini : http://www.youtube.com/watch?v=NsGC0lZ-5g8&feature=related

***Riki-riki tiket ke Xian

Friday, June 22, 2012

:: Dejavu di Kinabalu

Aku mengaku yang aku ni bukan lah peminat tegar cerita Melayu. Lagi-lagi lah FILEM Melayu. No, bukanlah aku ni berlagak tak nak menyokong Industri Filem Malaysia. Bukan! Aku dah pernah cuba beri sokongan beberapa kali. Aku pernah masuk panggung nak tengok movie Melayu sampaikan tersilap panggung masuk hall yang tengah tayang cerita Tamil sampai satu panggung tengok kehairanan. 

Aku pernah half day sebab bosan duk opis dan sesaja pergi tengok movie '3 Temujanji' sorang-sorang yang buatkan aku rasa menyesal tengok sampai ler sekarang. Aku rasa IQ aku rendah giler bila tengok citer tu ntah naper. Aku pernah tengok 'Pontianak Harum Sundal Malam' kat panggung untuk kedua-dua siri. Tapi kesimpulannya walaupun aku dah beri peluang, tetapi cerita melayu tetap failed bila aku tengok.

Drama 'Seindah Sakura' yang Pasa Sanda berlakon tu aku tengok pun sementara duk tunggu masuk Maghrib. Tapi masa tu aku rasa nakkk je masuk dalam skrin TV bukan LCD tu, nak pergi tolong 2 orang tu yang ntah hapa susah sangat nya nak bagitau diorang dah sama-sama suka. Sibuk duk tayang scene hero & heroin berjalan ulang-alik depan eiffel tower pat ploh kali je. Pastu bila cerita dah foward 10 tahun pun nenek dia yang sebelum tu sakit macam dah tak berapa nak lama hidup tu still sama je macam tu. Logik ke?

Belum lagi part citer Melayu yang tak kira time samada tengah bersawah ke, tengah angkut air dari sungai ke, tengah tunggu ajal nak mati ke atau pun tengah goreng ikan dalam kuali; walaupun baju buruk koyak rabak, tapi maskara dan bulu mata pelesu dan eyeshadow kaler pink tetap menten atas mata. Perlukah?

Agak-agak cerita Melayu berani ke zoom camera sampai nampak liang roma macam cerita Korea? Aku rasa nan ado, sebab nanti akan nampak mekap tebal seinchi dan hujung bulu mata tercabut sebelah. So jangan salahkan aku kalau aku lagi taksub tengok drama Korea daripada drama Melayu. Sekurang-kurangnya skrip diorang best. Pelbagai! Takder lah sibuk cedok idea orang!


Okeh, stop. Intro adalah terlebih panjang disitu. Sebenarnya aku just nak cakap pasal citer terbaru 'Dejavu di Kinabalu' yang ditayangkan pukul 7.00 hingga 8.00 malam setiap Isnin-Khamis di TV3. Heronya Aqasha & heroinnya Tiz Zaqyah. Frankly, aku takder lah minat sangat si Tiz ni tapi bagi aku dia berlakon best. Takde control-control. Tapi yang paling best, aku tengok citer ni dan bakal stay tengok sampai habis adalah disebabkan hero yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan iaitu Aqasha. Ye, aku puji melebih sebab memang aku suka. Lumrah manusia lah kan.


Aku sangat suka style Aqasha berlakon tak kira lah dia jadi jahat ataupun baik. Takdelah macam sesetengah hero yang 24 jam kena nampak macho walaupun tengah gosok gigi. Pikir laa kan, time nganga sambil berus ditonyoh ke atas ke bawah, buat cemana pun tak akan nampak cantiknya. Pusing cemana pun buruk gak rupa dalam keadaan camtu.

Tu pasal aku rasa Aqasha the very selamba dan sempoi bila berlakon walaupun dia belum ada lagi buat scene tengah gosok gigi. Tapi bila baca blog dia macam tak sangka pulak Aqasha yang tulis. Very the different. But aku suka. Ye lah, kalau dah suka apa-apa pun suka! Lagi satu cerita ni diarahkan oleh Erma Fatima. So takder lah duk tunjuk scene yang tak perlu like scene hero dan heroin berselisih bahu sepuluh kali tapi tetap tak perasan!

Anyway, the most important thing bila tengok cerita ni yang membuatkan aku rasa sangat jeles sampai tahap tak tahu tahap apa adalah bila tengok Tiz Zaqyah especially, mampu dan sudah sampai ke Kinabalu. Aku mampukah? Tanya diri sendiri depan cermin.


So kesimpulannya, walaupun untuk sampai ke puncak Gunung Nuang pun aku dah menyumpah dalam hati lebih 200 kali dan aku dah berikrar taknak panjat mana-mana gunung lagi, tapi disebabkan aku jeles dengan Tiz Zaqyah dan juga Aqasha siap pose-pose manja kat puncak Kinabalu yang marvelles dan juga aku rasa untuk sampai ke Everest tersangatlah mustahilnya, apa kata kita test power ke Kinabalu yang memang sah-sah berada dalam kategori Wonderful Malaysia. Mampukah? (Sekali lagi bertanya kepada diri sendiri depan cermin Ikea)

Wednesday, June 20, 2012

:: White Water Rafting - Kampar

Susulan daripada kronologi lepas, sekali lagi geng jilbab labuh rohani kontang telah ber wild-wild wet di Sg Kampar, Perak pada weekend lepas. Tengok promo kat Groupon kasik murah, so rembat bersama-sama dengan 9 orang lagi ahli jemaah. Tak plan pun, just tanya je sesiapa yang berminat nak join. Tak sangka banyak gak sambutan hangat. So, Rafting + Caving Gua Tempurung = RM133. Not Bad kot. Tapi no makan-makan lah.

** Benci Groupon, MilkADeal, DealMates & Adik-beradiknya!

Viva tengah merempit sedaya upaya
So, plan asal 10 orang untuk pergi dengan 2 buah kereta. Tapi last minute tinggal 8 je yang berkelapangan. So proceed je lah. Bukan main sebelum tu booking homestay, sebab cadang nak Le Tour de Taiping. Tetapi disebabkan banyak masalah dan ragam, booking terpaksa dilupuskan. Rugi $$$.

Kami gerak pukul 6.45. Isi minyak, sempat singgah makan kat TTDI. Sekali masa on the way dapat call daripada Riverbug tanya ada kat mana. Janji jumpa di Tol Gopeng jam 9.30 pagi sepatutnya. Kemudian tengok jam...alamak...8.45. Baru 15 minit lepas rawang. So, pecut jangan cakaplah. Bayangkan naik Viva pecut 160km. Bergegar stereng!

Isi form lu!
Jajan wajib
Selepas selamat sampai, kami perlu menunggu beberapa lagi team lain yang dalam perjalanan. Selepas semuanya ada, memula masuk Gua Tempurung dulu. Nasib baik lah sempat breakfast pagi tadi, kalau tak memang semput naik 900 anak tangga! Tu pun tak masuk yang wet. Just dry je. Nak wet hapanya, petang ni bukan takat wet je bakal dapat, tapi lencun terus!

Kat Gua ni tak ambik gambar sangat. Kalau ada pun, tak berapa nak menjadi. Dalam sejam lebih je pun caving, tak sempat nak feeling-feeling menghayati. Kena datang lagi lain kali dan cuba yang part wet terus!.

Gua ni..kalau diletak lampu kaler2 wa rasa lagi cun dari Gua kt Guilin..seriyes!
Cuci mata tepi sungai sementara nak tunggu rafting mula
Layan Blues
Banduan terlepas
Selesai xpdc Gua Tempurung, rehat jap. Pukul 1.30 gerak ke Sg Kampar melalui jalan tanah merah berhabuk. Kemudian transfer naik lori untuk ke starting point. Merasalah feeling-feeling naik lori beramai-ramai macam anak kamb*g.. Tapi syok dowh!

Bukti betapa kotornya laluan kena lalu
Muka xcited boleh naik lori
Selesai sesi briefing, kami dibahagikan kepada beberapa group, dengan seorang guide untuk 1 raft. Masa tu agak kechewa bila diberitahu yang tiada jurugambar disebabkan official kamera rosak waktu digunakan ketika sesi rafting pagi tu. F.R.U.S.T.!

** Penat gosok gigi kasik putih berseri nak bagi nampak dalam gambar..

Then start rafting dalam pukul 3 lebih gak. Sebelum tu kena mengangkut beramai-ramai raft yang berat giler tu kat atas kepala menuju hingga ke sungai. Pening-pening lalat jap rasa. Dah laa ahli team semua perempuan. Nasib semuanya rohani kontang. Plus guide kitorang sweet (matilaa takder kaitan).

Berat dowh raft nih
Penat!
Nak mula dah!
Tengah-tengah berafting, ketika melalui beberapa port yang tenang, adalah dalam 2 kali kitorg dicampakkan ke dalam air. Disuruh terjun sendiri tanak. Last-last kena tolak without warning. Tanjat boboi! Air habis masuk ke hidung, telinga. Terkapai-kapai mintak tolong tapi takder saper nak tolong. Semua sengih je.. Hampeh. Tapi sangat fun!

DONE!
Kanak-kanak rebina baru jumpa air
Semua tak sedar diri
Guide Jerry yang interprame
Sambung lagi xcited
Buat transformasi dalam air. Ada gaya Ian Thorpe tak? Ahaks..
Guide yang sporting habis
Kesimpulannya..... selain rafting ni a little bit pricey, aku sangat suka rafting.. Peace!



** Eh, ada sesiapa yang berminat nak beli kupon rafting? Ada lagi 2 keping. Wa jual murs-murs je.. (tetiba ber'Groupon' disini)

Friday, June 15, 2012

:: Dialog Busuk

Di suatu pagi yang hening (sangat laaa..)

PnFatimah : So Apa keputusan?

Me : Ntah lah, macam takk je. Duit tak cukup laa.. (Takat pergi Perth boleh ler)

PnFatimah : Kalau gitu takper lah. Comfirm lah ni?

Me : Huhu....Nakkk..tapi dah takder duit. Takder org nak belanje ke? Nak pergi gakk! Nak raya sana! (Tapi, raya kat Perth pun best gak nih!)

PnFatimah : Sponsor tadak. Kasik pinjam ader..

Me : Takperlah, kalau tak boleh pergi..bawak diri je lah. Nak g jenjalan je lah hari raya. Raya kat kg pun bukan ada org! Nak ajak Along raya obersee je laa.. (Owh Perth!)

PnFatimah : Hah, itu je keje. Jalan tak habis-habis. Mana duitnya nak lekat! Mana nak simpan duit nya!

Me : Abis, itu je nikmat hidup yang ada. Tuhan kan cakap, Bumi ni luas. Tu dia suruh kita teroka..hayati... kaji...ambik iktibar.. (Ko mampu kasik ceramah kat mak sendirik!)

PnFatimah : Habis, aper iktibar yang dapat nya? Takat pergi China ulang alik. Mende yang dapat? Ada aper kat China tu? Lain lah kalau ambik iktibar tu pergi belah-belah negara Arab! Pergi Yaman ke..Turki ke..Iran ke..Dubai ke..Afganistan ke..Ni tak..balik-balik China! Aper dapat! (Eh, ni marah ke kasik lampu hijau!)

Me : Habiss..negara lain kalau tukar duit kita dia dapat lebih 2x, China tukar ngan kita KITA DAPAT LEBIH 2x. That's Why lerr! Lagipun dulu kan arwah ayah pun suka travel gak! Dia pun pernah cakap. "Nanti bila dah keje...nak pergi mana pun pergilah! Takder larangan. See..Ayah izin okeh!" (tau tak anakmu ini mesken tapi tak sedar diri!)

PnFatimah : Dah pergi lah. G laa ajak sekali ayah ikut. Pergi kejutkan dia dari kubur ajak g jalan!

Me : .................................................................gulpp! Aishhhh... PnFatimah ni, kekadang bila bercakap memang takder insurans laa!


Perth, Wait for me!!


**tetiba

Tuesday, June 12, 2012

:: Wild Wild Wet Chronological

Tetiba terasa dah lama tak bergurau-gurau senda dengan air a.k.a 'berwater rafting'. Last masa kat Padas pada tahun lepas. Itu yang paling extreme.. setakat ni lah. Bila tengok balik gambar-gambar tengah pegang paddle tu memang tak sangka lah dah pernah merasa arus Padas. Kalaulah Pn Fatimah tengok gambar-gambar rafting ni, sure lah, dia akan paksa balik kerja kat kampung, duk diam-diam kat rumah. Oh My English!

SG SLIM, PERAK


Aku start cuba-cuba ber'Rafting' pada Mei 2007. Masa tu Kupha yang ajak, join member diorang yang mana total hanyalah 6 orang dengan 1 raft je. 1st time masa tu buat kat Sungai Slim, Perak dengan Khersone Expedition. Level Sungai Slim ni adalah dari 1 hingga level 3. Mula-mula buat tu, cuak jangan cakap laa.. Aku ni dah la tak pandai berenang. Selam kepala dalam air 10 saat pun tercungap-cungap macam dunia nak berakhir. Kalau aku pandai lain laa. Masa tu keberanian aku hanyalah atas semangat rasa nak mencuba tu berkobar-kobar sangat.

- ber-enam dengan 2 raft -
At the end, selepas tamat rafting selama lebih kurang 2-3 jam, semua manusia berenam ni bersuara... "Takat ni je??" Harap maklum walaupun statement itu kedengaran sedikit riak tapi itulah kenyataannya. Setelah selesai, keseronokan dan kepuasan berafting itu sangat mengujakan. Memang rasa nak buat lagi berkali-kali!

SG SELANGOR

Kali ke 2 aku berafting di Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu pada Feb 2009 juga dengan Khersone Expedition. Sungai Selangor ni kedudukannya berada pada level 1-4, lagi extreme daripada Sungai Slim. Masa rafting pun lagi panjang iaitu start pukul 10 pagi dan complete pada pukul 2.30 petang untuk sejauh 7 km. Kami combine dengan beberapa grup lain (tak kenal pun) dan total ada 3 raft. Satu raft 4 orang beserta dengan 2 guide depan belakang.

- bergabung dengan team lain -
- bertenang-tenang, berkenal-kenalan dulu dengan Sungai -
- Sesi Briefing -
Verdict rafting? Kalau MyVi baru tu dikatakan lagi best, rafting Sungai Selangor ni GILER BEST! Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Keadaan jeram di sungai Selangor ni lagi besar dan berbatu. Raft terpaksa diangkut secara manual dalam 5-6 kali gak laa. Masa ni ader 2 orang yang terjatuh dari raft, tapi nasib baik sempat di 'kait'. Kalau tak.... "See you kat bawah je laa jawabnya".

- acara menunda raft sangkut -
- terjun tiruk -
 
- Tetiba sorang terlepas..nasib baik sempattt..pufffff -
- Sangkut lagi -
- Kena tolak -
- Nasib lepasss -
- sambung!! -
- Terjun! -
- Lompat lagi!! -
- Whoaaaa! -
- Tarikkkk! -
- On the right!! -
- muka maintain senyum je -
- Selesai...moh kite terapung! -
- Floating time! -
PADAS

Last but not least, Padas White Water Rafting pada April 2011 for level 3-4 dengan Borneo Ultimate Sport Advanture (BUSAT). Masa ni dapat harga RM170 untuk 8 orang. Kalau tengok kat website diorang, seorang RM200. Maybe kami sebab ramai dapat murah. Price termasuk   transportation iaitu tiket train (Last Train of Borneo) dan van pickup, lunch dan juga certificate.

Maksud level ni macam yang kat atas tadi ada level 1-3 dan 1-4, itu menunjukkan level arus atau level extreme sesebuah sungai tu. So untuk Padas ni level 3-4 bermaksud, takder level 1 & 2. Sebab arusnya starting pun dah bermula dengan 3! Imagine that!

- Merasa naik last Train of Borneo - Jaihooooo! -
Sungai Padas ni kalau ditanya, adalah cita-cita aku lama dulu, sejak dengar kisah riak daripada Kupha tentang kebest-an mencabar arus di Padas. Extreme Padas lain daripada extreme Sungai Selangor, sebab keadaan sungai dan jeramnya sangat lain kedua-duanya. Sungai Selangor penuh berbatu, tapi Padas..sebijik batu pun aku tak jumpa. Pandang kiri kanan semuanya air coklat pekat like teh tarik yang tak tahu apa isi dalamnya. Ntah-ntah ada bujang senang kat tepi pun tak sempat nak perati. Masa tu redha dan tawakal je. 

Pada hari kejadian, dari bandar KK, ada bas pelancong yang ambil kami untuk ke Tenom. Janji jumpa depan hotel je. Untuk sampai ke Tenom ambil masa 3 jam jugak la, siap tido berdengkur semua. Sedar-sedar bas tengah duk terhegeh-hegeh panjat bukit. Rupa-rupanya bas tengah melalui banjaran Crocker. Cantik sangat pemandangan sekeliling Banjaran tu.

Then, on the way ke starting point, kitorang naik keretapi lama 'Last Train of Borneo' sambil feeling-feeling nyanyi lagu Shah Rukh Khan. masa tu sempat bersembang-sembang dengan ahli team BUSAT.

Aku tanya : "Pernah buat level 6 tak?"
Jawabnya : "Tak. Level 6 tu untuk orang yang putus cinta je.."

Korang paham kah? Aku amik masa dalam 30 saat untuk faham ayat di atas. Ye aku memang seloww! Kalau korang pun tak paham takper, pergi dulu ke Padas tengok level air untuk level 3-5 camner.

Aceli asalnya aku sembang kosong je ngan Hanan nak try Padas. Tapi, bila je dapat tau Air Asia tu bermurah hati buat sale, so tangan pon gatal riki martin mana tiket yang menarik perhatian..tetiba.. 30 hengget tiket pergi balik. Terus je rembat.

Okeh..kat bawah ni adalah gambar BUKTI kitorang berjaya menawan Sungai Padas. Walaupun gambarnya tak berapa melecun, tapi bukti tetap bukti. Kalau dioffer lagi untuk pergi, rasanya aku nak join lagi selagi Pn.Fatimah tak tengok gambar-gambar di bawah.

- Rapid dengan pelbagai nama -
- Air yang tenang wa tak tau ada buaya ke tak -
- Sempat lagi pose!! -
Mula-mula tengok air ni jangan cakap laa takutnya tapi pendamkan ajer. Masa on the way naik train sambil menghadap Sungai Padas, aku duk bermeditasi sendiri-sendiri tenangkan hati yang dup dap dup dap tengok arus sungai coklat. Member kitorang siap ada yang nak patah balik nak tunggu settle berakit kat end stop je nanti.

Masa ni aku sebenarnya rasa bangga sangat ngan diorang ni; team 'jilbab labuh rohani kontang' terutama Yong, Cik Mie dan Yah. Ada yang tak pernah pegang paddle pun seumur hidup tetiba 1st time rafting terus buat Padas yang kadangkala boleh cecah ke level 5 arusnya. Wallaaa... korang memang kontang laa beb!

Masa tengah sibuk kayuh ni sebenarnya ada salah seorang dari kitorang ni terjatuh dalam sungai. Kitorang tak sedar langsung sehinggalah guide kat belakang lompat ke depan dan hulurkan paddle. Cuak jangan cakap laa masa tu. Dengan arus duk menggila, dengan hujan lagi, arus sungai memang sangat deras laa masa tu. Kalau ikutkan memang bahaya laa rafting masa hujan. Tapi dah alang-alang sampai dari jauh, proceed je. Teringat ada sorang pakcik yang kitorang jumpa masa otw balik, dia cakap yg kitorang ni saje je tempah masuk mulut buaya. Erkkkk.. 

- We are rafters! -
Amacam? Mahu cuba? Jom kita!

Aku tengok Sg Singor (Level 5) ngan Taman Negara Endau Rompin macam menarik je. Sungai Singor ni kiranya the Ultimate Rafting River lah. Both kena bermalam 3D2N dengan price rate dalam 1K++. Tapi sejak gheti membeli tiket AA ni berat sikit nak allocate budget untuk ke arah rafting. Haha..

- Cuba bilang ada berapa rapidnya...whoaaaa! -

Trip ni memerlukan kita 3 hari berafting sambil bercamping..straight! Tapi aku tak berapa nak yakin dengan perut ramping aku ni sebab bila kena masuk hutan 3 hari, sah-sah takkan ada tandas duduk apatah lagi yang Gred A kan. Uish..aku kena mengatasi problem tu dulu sebelum boleh bermimpi rafting sampai ke bintang kalau macam nih!

Tak pun..berafting kat Korea pun macam best gak... :-)