Tuesday, May 29, 2012

:: Discover The Rich Cultural & Natural Heritage Part 3 - Miri

Hari ni adalah untuk aktiviti bebas. Memandangkan flight balik malam di sangat lewat iaitu pukul 10 malam, kami sambung sewa bilik untuk setengah hari, untuk letak beg dan mandi-manda. Sebelum breakfast kami singgah dulu ke Tamu Muhibbah, untuk cari beberapa kiriman. Adalah yang bawak balik lada hitam 3 botol. Ni kalau pecah dalam flight ni habis satu flight bergegar bersin!

- Tamu Muhibbah -

Kami kemudian breakfast di Hani Cafe di Jalan Seri Dagang. Dekat je dengan guesthouse. Puas pusing-pusing dalam kawasan yang sama yang di suruh oleh GPS, tapi hampa. Agak lama jugak lah kami berlegar-legar di kawasan yang sama, rupa-rupanya Hani Cafe depan mata je. Kedudukannya agak tersorok sebenarnya.

Bila dah jumpa apa lagi. Kami semua order Laksa Sarawak. Aku dah lama mengidam nak rasa Laksa Sarawak pure kat Sarawak nih. Merasa akhirnya. Tapi best ah Laksa Sarawak kat sini. sangat best! tapi ni bagi aku laa, yang tak pernah merasa laksa Sarawak dari Sarawak..

- Bestt, rasa nak tapau wat balik -
Hari ni aktiviti kami adalah tour sekitar bandar Miri nih. Jom layan gambar je lah!


- Grand Old Lady. Telaga Minyak yang pertama di Malaysia. Dipanggil Grand Old Lady (Hasil gugle) kerana bila oil well ini dijumpai, Miri ni seolah-olah hidup seperti ada ibu yang menyusukan bayinya. Aku pun tak tahu apa kaitan sebenarnya. Kalau nak tahu sejarah perkembangan minyak di Miri sila lah berkunjung ke sini! -
- Penat pakcik-pakcik ni tolak palang nak gali minyak -
- Permandangan pantai di Grand Old Lady -
- Skandal tak habis-habis -

- View bandar Miri dari Grand Old Lady-
- San Chin Tian Temple. Taoiist temple yang terbesar di Southeast Asia -


- Lunch di Muara Seafood di Jln South Yu Seng, depan Minda Guesthouse je-
- Our Lunch : 4 jenis lelapan yang kami pilih di Muara Seafood -
- Kuda laut. Trademark Miri. Boleh tengok dr jauh je sebab tempat ni tutup hari kitorg pergi. Kechewa -
- Permandangan berhampiran Seahorse Lighthouse. Kalau dapat naik bot mahal ni kan best! -
- Seahorse Lighthouse kecik je muncung nya! -
- Dating - pantai di sebelah Seahorse Lighthouse -
- Romantik laa 2 orang nih -
- Us -
Flight kitorg pukul 10 malam. Janji dengan Hafiezal (Car Rental) nak hantar keta pukul 5 petang. Tapi dah lambat lagi, sesaja call tanya bleh tak nak delay sampai Magrib ke.

"Dialu-alukan" kata Hafiezal..dalam hati (asalkan minyak isi penuh, kalau tak, deduct dr Kredit Card korang) Haha... So, dah alang-alang bleh sambung, kami terus sekali lagi makan cendol di Taman Selera sebelum berangkat ke airport dan bersiap-siap untuk balik. Kunci kereta sewa tadi just drop kan saje dalam box dekat kaunter masa mula-mula ambik kunci 3 hari lepas. Senang giler! Tak payah tunggu Hafiezal datang. Percaya sangat laaa

FINISH!

Sunday, May 27, 2012

:: Discover The Rich Cultural & Natural Heritage Part 3 - Niah

Hari ni bangun dengan muka macam-macam pesen. Ada yang sengih dapat tido lena, ada yang muka tak puas tido disebabkan terganggu bunyi bising dan ada gak yang bangun terus menerpa carik toilet!

Sebenarnya berhadapan dengan Minda Guesthouse ni ada satu pub. So paham-paham je laa eh, kalau Sabtu malam Ahad. Memang over happening lah. Maka kami pun tidur sambil diulit bunyi muzik dan drum plus lampu neon berwarna-warni. Aku macam biasa, jangankan bunyi muzik, bunyi loceng bomba sebelah bilik pun aku boleh lena masa time fire drill kat sekolah dulu. Kalau diikutkan aku ni dah 'burn' beberapa kali dah...

- World Club Station namanya -
Untuk 1st time ever sejak aku berjinak-jinak berjalan ke hulu ke hilir ni, perut aku jadi sangat tak terdidik! 2 kali aku bangun malam tadi susulan cherry berry sejak balik Brunei. Tak tahu lah apa yang silap, apa yang dah dimakan. Dan pagi ni sambung lagi 2-3 kali. Aku rasa sangat tertekan giler. Kalaulah plan hari ni untuk jalan-jalan di Miri je takper. Tapi...kami akan ke Niah! Howww!

Aku belum sampai tahap berani lagi untuk melunaskan hajat kat tepi pokok celah hutan, atau masa seberang sungai untuk ke Niah. But how to do! Adesss!

Kami gerak jugak pagi tu ke Niah dalam jam 10 pagi selepas breakfast. Tu pun lepas penuh perut dan sekali lagi aku naik balik ke bilik untuk melunaskan hajat. Arghhh..memang aku cuak giler nak pergi Niah ni. Masa tu terjumpa lagi dengan makcik laundry sebelah. Dia kasik kitorg ORS Plus untuk hydration..Prihatin sungguh makcik nih.

- Sila beli yang dah expired, baru berkesan :-) -

Selama lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, aku terpaksa buat meditasi sendiri dalam kereta. Pejam mata rapat-rapat sambil duk tahan nafas, sambil pegang perut. Selama berejam aku buat macam tu untuk pujuk perut yang tengah bergelora. Sengsara okeh!

Sampai je kaunter pendaftaran, aku terus merasmikan toilet kat sana. Dah settle, tetiba diorang suruh aku minum ORS yang makcik laundry tu kasik tadi. Masa tu memang aku tawakal je lah apa jadi kali nih. Tepi pokok pun pokok lahh!

Tapi memang ajaib.. start gerak Niah sampai ke balik, memang perut aku cool! Bila aku belek balik paket ORS yang makcik laundry tu bagi...rupa-rupanya dah expired sebulan. Adakah ORS itu lagi berkesan sekiranya sudah lepas tarikh luput? Wahh!

Kami gerak jalan kaki selama lebih kurang 10 minit untuk ke Jeti. Bayar RM1 sorang je sebab nak pergi seberang tak sampai semenet pun. Then perjalanan yang selepas tu lah adalah agak lama..dalam sejam kot sejauh 4.5km. Penat giler kaki. Then sampai Niah, kena pulak panjat tangga bertingkat-tingkat.

Hari ni memang agak ramai jugak pelancong yang datang. Kami takdelah cover penuh. Just sampai ke 'Lubang Hangus' je. Painted cave pun ditutup untuk kerja-kerja construction. Rasa kepenatan trekking masuk hutan Lambir pun masih terasa. Aku pun tak bawak kamera hari ni sebab cover lens dah hilang semalam. So, cuak gak nak bawak. Plus, mood ke Niah dah merudum dari awal pagi tadi lagi, tu yang mood nak bawak kamera pun tadak.

Habis tawaf Niah (tak semua), kami gerak turun. Jalan kaki lagi 4.5km. Kalau tak susut berat gak ni tak tau lerr..Balik ke bandar Miri kami singgah makan di Taman Selera yang terletak kat tepi Pantai. Cendol sini sedap okeh!



Kami balik ke guesthouse petangnya. Plan nak sambung jalan ke Boulevard Mall kat depan Guesthouse nih, tapi bila tengok semuanya selamat berbaring keletihan...terus semuanya Zzz je.

Saturday, May 26, 2012

:: Paradigm Mall : Kelana Jaya

Hari ni aku pergi jual muka kat Paradigm Mall kat Kelana Jaya. Alaa yang baru bukak sebelah LDP tu. Baru je officially buka 23 May Rabu baru ni. Aku sesaja je gediks pergi nak tengok apa yang ada. 

Adik aku ada cakap, belum dapat CF lagi dan ntah lulus ke tak sebab jarak bangunan tu terlalu dekat dengan jalan raya utama. Aku tak tahu orang ambik arkitek ni buat kira-kira camner, tapi bila difikirkan agak scary juga kalau ada kereta terbabas dari LDP terus je ngam-ngam terjah masuk ke Pacific Coffee yang memang boleh nampak dari highway.


So tadi tujuan aku adalah untuk survey, tengok-tengok apa yang menarik kat sini. Memang ramai orang lah sangatlah. Parking pun still free. Guard yang jaga ramai giler. Banyak kot offer gaji kat sini daripada Mydin. Haha.. Masa aku sampai kebetulan ada artis tengah perform. Aku ada terbaca kat Internet hari ni ada Faizal Tahir. Esok ada Shilla Hamzah. Kelly Chen pelakon HK tu pun ada esok. Tapi tadi aku tak nampak lah Cik Pejal tu. Kalau ada pun aku takder rasa nak tengok pun. Yang ada artis cina yang aku tak kenal. So aku tak ambik port.


Mall ni agak besar jugak lah dan ada 7 tingkat kesemuanya. So sila sediakan kaki lah untuk menapak. Semua store yang glamer-glamer ada kat sini. Korang nak apa, listkan je. Starbuck, Old Town, Sushi King, The Loaf, Zara, Nichi, Charles & Keith, Elle, Zara, Padini, Popular, Tesco..semua ada! Mak ayah je yang takder dijual! Yang paling menarik, siap ada shuttle bus lagi disediakan daripada LRT Kelana Jaya ke Paradigm mall ni. Mid Val..KLCC ado??

Tapi yang aku paling suka adalah 3 benda je. Kitschen, Seoul Garden dan jugak GSC. So GBS.. moh ler kita try ber 'Seoul Bulgogi' di Seoul Garden Paradigm Mall plak sebelum bulan yang mulia menjelang ni. Amacam!

**To Lela: Moh kita wat part time..hehe

Friday, May 25, 2012

:: Starbuck Vs Aroma Ikan Bakar

Balik keje hari ni berkejar aku ke IOI. Redah semata-mata demi untuk memenuhi nafsu serakah yang tak pernah kenal erti kenyang. Walaupun hari Jumaat as usual jalan raya pasti jemm.. tapi aku tetap gak gigih pergi berebutkan ini.


Sebenarnya takderlah berebut pun. Promo ni dah start lama. Alang-alang dapat half price kann.... Tapi setelah settle beli 2 Frappe Venti' (Grande tak main okeh) tetiba dapat sms tak senonoh.. "Makan ketam jom!"

Aduhh, ikut hati yang memang tengah stress sebab berat badan naik ni memanglah menjadikan aku lagi stress. Tapi macam yang aku cakap tadi, nafsu mengatasi segala-galanya. So hari ini, perut aku dipenuhi dengan mende-mende yang tak sepatutnya masuk setelah aku berikrar dari semalam untuk DIET! Huh!

- Ketam Cili Pedas -
- Nenek Ketam -
- Family ketam -
Tempat ni agak jauh. Namanya Aroma Ikan Bakar terletak kat Jeram, Selangor nun. Sejam gak laa dari Shah Alam. Tapi memang berbaloi. Otw balik aku terus book seat belakang tido baring dengan ketam still sangkut kat dada.

Korang bayangkan laa rasa bila starbucks frappe tengah bergurau senda dengan sang sepit dalam perut. Loya mengalahkan Lisa Surihani bila disahkan berisi!

Tapi memang betul-betul puas laa melantak sang sepit. Wallaa~!


**Sotong celup tepung nya Marvellous weii!

Wednesday, May 23, 2012

:: Discover The Rich Cultural & Natural Heritage Part 2 - Brunei

Hari ni bangun pukul 8. Kat sini pukul 8 sama je dengan pukul 7 di Semenanjung. Subuh pun masuk pukul 4.40 pagi. Pukul 6 dah cerah terang benderang dah.

Kami breakfast nasik lemak di Jalan Masjid yang terletak di area belakang Minda Guesthouse ni. Menurut makcik laundry yang ramah tamah, nasik lemaknya sedap. Popular jugak lah. Tapi bagi aku boleh laa, aku tak cakap tak sedap, tapi aku lagi prefer nasik lemak daun pisang harga singgit. Bagi aku yang tu lagi harum wangi baunya.

- Minda Guesthouse terletak di sblh Kedai laundry kepunyaan auntie yg sgt ramah tamah. Tapi lupa dah namanya
Settle breakfast, sempat sembang-sembang jap ngan makcik laundry..then set GPS untuk ke target destination. Sg Tujuh Border Checkpoint. Kami nak ke Brunei! Wah..aku dah target nak ambik gambo Istana Nurul Iman. Sejak kecik duk hantar kad raya kat Sultan Brunei (cerita benar), aku nak tengok gak camner rupa pagar Istana tu. Nak tengok Istana sah-sah takkan dapat kan, lainlah kalau aku kerja kat situ. So harapan aku memang tak tinggi pun, cukup sekadar ambik gambar pagar je. Thats it!


Actually, ada 2 laluan untuk ke sempadan Miri-Brunei. Laluan pertama melalui pekan Lutong ke Kuala Baram terus ke Sungai Tujuh. Kami pilih yang kedua iaitu melalui Pujut, dekat sket.

Urusan di checkpoint tak lama, kejap je. Cuma masa tu satu je kaunter yang bukak. Keretanya berderet. Aku pun tak tau apa motif, nak kata takder staff, ada je aku tengok. Abang kastam yang tengah tekun mengecop kat kaunter tu masam je. Stress kot sebab dia sorang yang jaga hari ni.

- Beratur tunggu giliran -
Melepasi kastam Malaysia, lalu satu lagi checkpoint iaitu kastam Brunei. Sebelum tu kalau sesiapa yang nak bawak masuk kereta, kena isi form khas untuk ditunjukkan di kaunter masuk. Just tunjuk je, tak payah bercerita panjang either cerita ko naik kereta saper, ko sewa berapa..no need!

- See..rilek je kastam Brunei tunggu org masuk -
- Rezeki dapat jumpa banyak awan nano trip nih -
- Minyak tengah diproses (aku agak laa) -
Selepas melalui kedua-dua checkpoint, kami terus bergerak & dalam lebih kurang 30 minit jugak lah, kami sampai ke Oil & Gas Discovery Centre (OGDC) yang terletak di Seria iaitu di tengah jalan untuk ke Bandar Seri Begawan. Sebelum tu, kena bayar tol dulu sebanyak RM10 selepas selamat melepasi kastam Brunei.

OGDC ni sebenarnya macam Petrosains KLCC tu lah. Ia dibuka oleh Tuanku Sultan tahun 2002 untuk educate pengunjung betapa perlunya menghargai minyak yang menjadi strong supporter untuk ekonomi Negara Brunei nih. Tapi sini best, aku suka! Banyak peralatan yang kitorang boleh cuba tanpa sedar diri menda yang dicuba tu sesuai untuk budak-budak sekolah je.

- Oil & gas Discovery Centre -
- Manusia-manusia jakun sedang ambik feel merasa Tornado dengan gembiranya -
Tapi satu yang paling aku suka kat sini ialah Mindball. Mindball ni adalah satu system untuk tunjukkan bagaimana brain activity kita berlaku dengan hanya fokus pada sebijik bola. So apa lagi, kitorg lawan sesama sendiri laa cuba gerakkan bola tu pakai minda. Memang best! Aku rasa macam tengah buat silap mata je.

- Ujikaji sedang dijalankan. Siapa yang paling cool! -
Tetiba bila aku tenung bola tu, dia gerak kearah aku tanpa aku buat paper. Graf di komputer pulak akan tunjukkan keadaan pergerakan otak kita masa tu. Bola tu akan bergerak ke arah siapa yang boleh kontrol mindanya jadi paling tenang. Memang magic! Eh tapi jangan kutuk ye, aku tau aku jakun. Tapi memang aku tak pernah cuba pun mende-mende magic ni gini!

- Now you see.. now you don't !! -
Habis pusing-pusing buat lawatan sambil belajar, kami beransur ke Bandar Seri Begawan. Masa tu dah tengahari, perut pun lapar. Plan nak merasa ambuyat kat sebuah restoran yang terkenal kat sini iaitu Restoran Aminah Ariff, tapi hampa. GPS kodi kami tak jumpa. GPS ni tak kodi sebenarnya, kitorg yang tak gheti cari kot.

Tak nak membazir masa, kami makan je kat foodcourt yang kami jumpa. Makan nasik goreng..boleh lah, janji kenyang. Makan cepat-cepat untuk Masjid Hopping. Hopping lah sangat.

- Mungkin inikah penyebab ketakseronokan kami bernula? -
Kami carik Masjid Jame’ Hassanil Bolkiah through GPS nih. Tapi ntah ke mana hala dia bawak. Then ternampak satu masjid yang lawa dan besar, dekat dengan roundabout tak jauh daripada kawasan kitorang makan. Kami redah masuk..memang betul..itu masjid yang kami cari!

Fuhh..dapat gak tengok kubah emas 24 karat depan mata. Aduhh lawaa! Kalaulah aku bleh panjat dan kikis sikit kat kubah tu, agaknya dah lepas belanja nak tengok tulips tahun depan nih. Hehe..

- 24 karat beb! -
- As usual, outside view shj dibenarkan -
- Cuaca gelap memula. Lawa sangat masa ni -
- Kamera aku dah dilatih. Hanya bertubi-tubi ke arah yang berwarna kekuningan je -
- Front view. Lawaaa -
Next, kami ke Royal Regalia building. Sini adalah muzium dan tempat pameran alat-alat kebesaran diraja dan juga pameran sejarah perkembangan perlembagaan kerajaan Brunei. Pendek kata semua yang berkaitan dengan kerajaan dan Sultan Brunei semuanya ada lah. Dari gambar Tuanku Sultan masih kecik hingga ke sekarang. Satu je aku boleh cakap kat sini. Memang Tuanku Sultan, makin meningkat umur makin hensem lorr!

- Muzium & Pameran diraja -
- Ini je aku dapat. Aku curik snap masa pintu terbuka kejap-kejap -
- Attention! -
Kat sini jugak aku boleh tengok emas paling besar pernah aku jumpa seumur hidup aku, iaitu peralatan diraja. Terletak dalam bilik kaca. Boleh tengok je lah, pegang tak boleh. Kamera pun tak dibenarkan bawa masuk. Jadi korang just bayangkan je lah, tombak emas, lembing emas, tongkat emas juga kucing emas! $$$$ je aku nampak! Haha..dasar mata duitan!

Kawasan muzium ni sangat besar sebenarnya. Bertingkat-tingkat. Kena spend masa jugak lah untuk cover kesemua. Hadiah cenderahati daripada pembesar-pembesar luar negara serata dunia juga diamerkan disini. Semua hebat-hebat belaka hadiahnya.

Puas tengok emas sambil feeling-feeling terbayang bercuti di Maldives, kami terus sambung perjalanan. Kami sampai ke Masjid kedua iaitu Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin iaitu Masjid pertama berkubah emas yang dibina di Brunei iaitu pada zaman ayahanda Tuanku Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Sultan Omar Ali.


Kami masuk ke masjid ni dan bernasib baik bertemu seorang ahli masjid iaitu En Razak yang last-last jadi tourist guard kami semasa dalam masjid ni. En Razak tunjukkan kami dinding masjid yang terdiri daripada emas 18 karat dan juga kubah daripada emas 24 karat. Aku dah tak pikirkan karat-karat tu dah, duk sibuk meraba dinding emas ni sambil $$$$ terbayang lagi sekali..

En Razak juga tunjukkan pada kami carpet berharga 1 juta yang telah diletakkan di dalam masjid itu di tempat Imam sejak masjid itu dibuka. Merasa aku pegang carpet harga berjuta. Tapi aku tak sure samada 1 juta RM atau 1 juta Brunei. Kalau 1 juta Brunei, ini bermakna, kalau didarabkan dengan 2.45 adalah.............................. erk!

- Masjid Omar 'Ali Saifuddien -
Selepas banyak cerita dan info kami dapat dari En Razak, kami terus ke Kampung Ayer yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Omar Ali ni. Jalan kaki je. Sebelum tu sempat En Razak tanyakan kami samada dah cuba belum makan ‘ambuyat’ di Restoran Aminah Arif. Tension kitorang bila dengar keglameran restoran tu. Dah sampai tapi tak dapat pergi. Kalau lah masa masih panjang memang nak je redah cari lagi. Tapi nak buat camne, kami semput-semput je kat sini.

Kami naik boat dengan harga BND5 seorang dan pusing selama 45 minit. Dapat lah tengok keadaan sekeliling Kampung Ayer ni. Kampung Ayer ni sebenarnya adalah sebuah perkampungan air yang terbesar di Asia Tenggara. Memang besar pun! Kampung ni complete dengan sekolah, klinik, balai bomba, balai polis yang mana semuanya dihubungkan melalui air dan juga jambatan kayu dan majoriti penduduknya wajib mempunyai sebuah bot.

- Jejaka Kg Ayer berdatingan dengan 2 awek sekaligus. Ko mampoo?? -

Balik dari Kampung Ayer dah masuk waktu magrib. Owh, sini Maghrib nya awal, pukul  6.30 dah masuk. Alang-alang, kami terus je solat kat Masjid Sultan Omar Ali. Masa nilah aku frust sebenarnya. Tengah-tengah orang azan tu bukan nak berlari ke masjid, tapi sempat duk ambik gambar. Akibatnya, aku terhilang cover lens kamera. Cover tu takder tali, so bila suruh orang kat situ tolong amikkan gambar, lupa nak dipulangkan. Aku pun lupa nak mintak balik, agaknya sebab duk tengok orang yang ambik gambar tu hensem ngat. Huh!

Aku frust gak masa tu, tapi nasib baik sempat lagi ambik gambar Masjid Sultan Omar Ali ni time malam. Lawa wooooo! Aku rasa kalau pakai kamera compact atau pun ambik ngan handphone pun akan nampak lawa disebabkan lampu di bangunan masjid ni yang memang terang terpasang tambah pulak dengan reflect dalam air tu. Wallaa..

- Reflection -
Selesai solat,kami sambung jalan menuju ke target utama aku; Istana Nurul Iman! Actually aku nak pergi sini bukan apa. Nilah sebenarnya alamat tempat aku hantar kad raya tiap-tiap tahun kat Tuanku Sultan Brunei sejak dari zaman sekolah sampailah sekarang, dengan tujuan, aku akan dapat reply kad raya yang ada gambar Sultan yang hensem! Aku ikhlas lah hantar kad tu walaupun niat nak balasan tu antara tujuan utama.

- Dapat pagar pun jadilah -
Eh, tau tak..ada member aku masa sekolah dulu pernah hantar jugak kad raya sama dengan aku, tapi dapat check RM5**!  Dapat 2X, selama 2 tahun berturut-turut okeh! Aku tengok sendiri check tu dan aku dapat gak merasa duit Sultan walaupun bukan aku yang dapat.

Actually itu rezeki dia lah kan. Aku takder lah niat hantar kad tu sebab nak duit walaupun masa kecik-kecik zaman sekolah dulu ada jugak. Oppsss.. Tapi sekarang aku memang nak kumpul kad raya yang ada gambar Sultan yang hensem ni, sebab tu aku rajin menghantar. Tiap-tiap tahun gambar Tuanku Sultan bertukar-tukar. Ada gambar formal, ada gambar atas kuda. Banyak lagi lah!

- Izinkan yang mulia mengundur diri ye.. -
Then bila kami dah jumpa Istana Nurul Iman ni, kami turun lah, mintak izin untuk ambik gambar daripada encik guard yang jaga depan tu. Nasib baik pakcik ni baik, dia persilakan je. Malu gak masa tu, tengah-tengah jalan raya utama kami sibuk posing. Tapi aku peduli apa! Janji aku ada gambo depan Istana ni, walaupun depan pagar je. Ni kalau datang time sian, mesti cun. Ruginyaaa..

Memandangkan hari makin malam kami terus cepat-cepat gerak ke Jerudung Park dan Empire Hotel. Tak sempat nak masuk dalam pun kedua-dua ni. Border tutup pukul 10 malam, masa tu dah jam 8 malam. Rushing giler!

Aku yang drive malam tu sebab yang lain ada yang rabun dan ada yang sakit perut. Masa nilah beberapa scene lucu terjadik. Ada lah salah seorang dari kami yang cirit birit. Bayangkanlah, nak sampai ke sempadan tu ambik masa 2 jam jugak lah. Boleh si xxx ni tahan perut dalam tempoh tu. Aku tekan minyak pecut memang tak hengat laa..

Teringat dialog si xxx ni. Di sebabkan dah pucat lesi tahan sakit, once aku stop kat stesen bas selepas sempadan dia terus je laju terjah keluar, belum sempat aku nak matikan enjin. Kebetulan masa tu ada anjing 3-4 ekor kat depan tu.

Dan-dan lah si xxx ni cakap : “Huh, anjing pun anjing laaa!!” dengan semangat juang yang tinggi beliau bercadang nak redah je anjing tu. Masa tu agaknya dalam hati, “Alaa..takat anjing je, lautan api pun sanggup aku redah! Ini panggilan alam, mana leh tahan wei!"

Sekali anjing tu menyalak kejar dia, tunggang langgang dia ngan yang sorang lagi lari masuk kereta. Kitorang gelak dalam kereta memang tak hengat laa.. Vavi punya anjing. Buatnya si xxx ni daya menahan tak berapa nak kuat, habis satu kereta ni kena dibasuh nanti weh!

Aku pun gerakkan kereta tu kearah lain. Sempat gak 2 orang ni berlari ke toilet, tetiba anjing tu datang lagi. Memang aku kecut perut gak masa tu. Kalau jenis anjing cute miut takpe gak, ni macam jenis yang  Rottweiler tuh! Huh!

Selesai manusia-manusia tadi melampiaskan hajat..diorang selamat masuk balik ke kereta hasil pertolongan pakcik-pakcik yang ada kat bus station tadi halau anjing tu. Muka kelegaan sorang-sorang jangan cakap laa.. Kalau tau tadi aku ugut sorang-sorang pau mintak RM100 dulu, baru aku drive. Comfirm dapat nih..

Kami sambung balik ke guesthouse. Hasil perjalanan hari ini..menyebabkan beberapa orang antara kami terpaksa menjadi pengunjung tetap tandas berkali-kali tengah-tengah malam buta. Tak tahu salah nasik atau salah anjing atau salah diri sendiri. Yang pasti cherry berry ini berterusan sehingga ke pagi esok..sehingga ke Niah!! Sengsara weii!