Saturday, March 31, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Day 6

-- Sambungan dari sini --
 
** Last Entry of Guilin **

Hari ni last day, tapi kena bangun awal. Breakfast sendiri je dalam bilik ketua GBS. Owh diorang bawak satu beg beroda stok makanan, takutnya kot-kot kebulur kat sini. Awalnya kitorg gelakkan jugak laa bila tengok beg tu, sebab nampak beria-ia habis. Macam dah tanak balik Malaysia. Tapi at the end kitorang ni jugak dengan muka tak malunya duk melepak dalam bilik diorang, habiskan semua makanan. Hari ni breakfast roti keras yang beli kat bakery semalam (itu je yang ada) cicah sup Vono + Nescafe 3 In 1 + Meggi Tom Yam dan Kari. Superb! Esok boleh breakfast nasi lemak! Yeay! Tapi........ esok kena masuk keje. Erkk! 

Janji dengan Jah pukul 8 kat lobby. Then pergi ke airport dalam jam 8.30. Perjalanan ke aiport mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jah sibuk bercerita dan bertanyakan pelbagai soalan dalam bas. Aku tertidur kepenatan disebabkan terbangun awal giler pagi tadi. Patut pelik, tengok jam di handphone sendiri macam dah 6.30, rupanya 5.30! Hantu punya kupha, dia set alarm 5.30. Merasa bangun terus mandi air batu. Macam bangun sahur je rasanya. 

Selepas selesai berpeluk sakan dengan Jah yang dah bersedih nak berpisah dengan kami, melambai-lambai tangan, kami gerak masuk ke perlepasan. Kat sini barulaa jumpa orang Malaysia. Tapi semuanya Cina. Grup kami je yang Melayu. Eh, awat orang Malaysia takder nak datang Guilin ni? Datang laa wei! Cantik woooo!



Flight kami depart pukul 11.30 pagi dan kami selamat touch down di bumi Malaysia tanah airku pada jam 3.45 petang. Perasaan masa tu adalah tak sabar giler rasa nak berjumpa dengan toilet yag ada paip! Whoaaa! Tetiba!

The End..

**************************************************************************************


"East or west, Guilin scenery is the best" 


Demikian satu pepatah kuno yang aku rasa agak tepat untuk menggambarkan Guilin keseluruhannya. Aku sebenarnya sangat tak sangka yang Guilin ni mempunyai bandar yang agak besar dan agak moden. Bangunan di sini, walaupun tidak setinggi di KL dan yang paling tinggi pun mungkin tak sampai pun 10 tingkat, tapi kepesatan bandarnya boleh dikatakan sangat menakjubkan.

Menurut Jah, yang tak habis-habis bercerita tentang tanah kelahirannya itu, Guilin lebih pesat membangun dalam tahun 1998 selepas kedatangan President Amerika, Bill Clinton ke sini. "No place in China is more evocative of the beauty of your country than Guilin", gitteww kata-kata dari Bill Clinton semasa lawatannya yang menggambarkan betapa beliau amat mengkagumi Guilin dan juga betapa juga  Guilin memang mempunyai breathtaking scenery yang menakjubkan.

Apa yang aku sendiri lihat, setiap sudut permandangan di Guilin ini seolah-olah seperti  satu lukisan. Para pelukis mungkin akan dapat idea yang mencurah-curah kot sekiranya tinggal kat Guilin nih. Kekadang nampak seolah-olah gambar permandangan kat atas poskad. Dengan gunung ganang yang kaler hijau sebagai background, tasik dan sungainya yang indah, weird cave nya yang cantik dan kadang-kadang dalam masa yang sama nampak macam scary gak. Huh!

Juga beautiful rocks yang merata-rata bersepah boleh dijumpai di sini, memang aku jamin laa Guilin takkan gagal untuk memukau pengunjungnya macam kami ni yang asyik duk pandang kiri pandang kanan, buntang mata sengsorang sambil sengih-sengih kerang busuk sebab macam tak caya dah sampai sini dan boleh tengok mende ni semua!






Tapi itulah, apa yang aku ceritakan tak sama dengan gambar dan  aku tak mampu nak ambik gambar yang serupa dengan poskad tu. Maybe lah kalau Chawanna yang datang ke sini, agaknya boleh untuk kita lihat kebenaran tu.. Mana tau kan! Hehe.. 
Walaupun  aku takderlah menerokai Guilin keseluruhannya yang entah makan berapa hari lama agaknya kalau nak cover, tapi untuk setiap apa yang  aku boleh lihat, dapat hayati, dapat rasai, aku rasa cukup berpuas hati. Terasa kebesaran yang maha Esa. 

Bila aku lihat gunung-ganang di Guilin untuk pertama kalinya selepas turun dari flight tempoh hari, aduhh aku merasakan sangat ajaib kelihatannya. Sangat-sangat. Bayangkan gambaran gunung itu yang seolah-olah berada berdekatan dengan kita dan kemudian ada berlapis-lapis lagi sambungan di kiri, kanan, juga belakangnya yang tidak putus-putus di mana-mana sahaja kami lalui. Bayangkan!
So aper lagi uols, cepat-cepat bermesra bermanja-manja dengan AA! Jangan luper register BIG card okeh. Untung dapat merasa tiket free hasil tukar point BIG card. Till then, daa!



~ Peace ! ~

Tuesday, March 27, 2012

:: Rezeki. Who Are We?

Saya ada baca satu blog ni. Boleh dikatakan hampir setiap hari jika ada kelapangan dan jika ada sambungan internet yang laju. Tuan punya blog ini orang biasa-biasa aje. Blog nya juga biasa-biasa je. Gaya penulisannya pun biasa-biasa je. Blog nya pun bukanlah blog popular yang menerima beratus dan beribu komen juga kunjungan setiap hari seperti blog popular yang lain. Blog nya hanya lah berkisar tentang kisah kehidupannya sehari-hari bersama dengan anak dan juga suaminya. Bukan tiada sedikitpun cerita pasal kisah orang lain dan pasal gossip tentang orang lain, tapi everything in her blog is just about her life mainly.

Saya tidak kenal akan tuan punya blog ini. Tidak pernah bersua muka sama sekali. Tidak ada pertalian darah juga. Tapi thanks to Acik Oren kerana mengintroducekannya. Bukanlah diperkenalkan directly oleh Acik akan link url blog ini, tapi just cerita tentang dia mengenali seseorang ini iaitu tuan punya blog tersebut. That’s it!

Tapi bila saya mula menemui blog ini daripada senarai link pada blog Acik oren, saya terus membacanya sambil lalu. Tiada tujuan tertentu juga tiada niat untuk menceroboh dan mengambil tahu cerita orang. Hanya sekadar ‘blog walking’ bak kata Tom Cruise. Tapi sejak dari itu, blog ini selalu saya kunjungi. Sekadar untuk membaca. Tapi lama kelamaan, saya rasa sedikit tercuit hati untuk terus membacanya. Tanpa ada niat untuk menjadikan status baca itu jatuh hukum sebagai WAJIB atau trend sekarang, menjadi FOLLOWER, saya just akan membukanya sekiranya ada kelapangan.

Anyway, saya sangat tertarik akan satu perkara tentang tuan punya blog ini. The way she tells us about one important things yang kita selalu lupa dalam hidup ini iaitu, tentang 'REZEKI'. Tuan blog ini tidak bekerja. Baru berhenti sebenarnya. Bukan sengaja. Tapi the point here; tiada REZEKI untuk dia terus bekerja. Dia juga menjalani bisnes kecil-kecilan menerima tempahan memasak dan juga membuat kek dan biskut dan juga segala tempahan yang berkaitan dengan makanan. Bila dibaca kisahnya saya ada terfikir, atau sesiapa pun akan terfikir. How she want to survive untuk hidup, jika tidak bekerja hanya dengan mengharapkan suami untuk menyara keluarga di kota yang serba serbi memerlukan duit ini?

Tapi kita tidak terfikir akan satu perkara. Kita tidak terfikir yang beliau terlebih dahulu sudah pening kepala berfikir tentang hal ini daripada kita yang sibuk tolong fikirkannya tanpa berbuat apa-apa. Kita tidak tahu what is her planning after this dan yang paling penting what is HIS planning for her. Di sini lah kisahnya bermula. Di sini lah yang menyebabkan saya sendiri rasa much-much berfikir akan hukum hakam segala kejadian yang ditakdirkan berlaku dalam hidup seseorang manusia. Istilah mudahnya ialah ketetapan Qadak dan Qadar yang juga antara Rukun Iman yang WAJIB kita pegang as a Muslim.

Berbalik kepada kisah tuan punya blog ini. Personally, saya sangat kagum dengan beliau. Tiada kisah kejayaan pun yang diceritakan oleh beliau dalam blog nya. I mean, takder lah kisah dia memulakan bisnes kecil-kecilan dan sudah menjadi businesswoman yang berjaya. Tidak! Tapi apa yang dilakukan oleh nya untuk meneruskan kehidupan selepas tidak bekerja hanya dengan memegang kalimah keramat tadi iaitu ‘REZEKI’ membuatkan saya very impressed with her dan sedikit sebanyak membuatkan saya menyedari akan kelalaian diri sendiri selama ini. 

Ya, kita ni siapa untuk mempersoalkan rahsia Allah? Rezeki, ajal maut dan juga jodoh pertemuan adalah terletak di tangan-Nya dan kita tidak akan tahu langsung when, how, with who, how much and what will happen to us after this. Tidak sama sekali!

Tuan punya blog ini selalu menceritakan bagaimana bila beliau membuat sesuatu usaha; menerima tempahan kuih contohnya. Walaupun kecil-kecilan dengan hasil yang minimum, tapi nilai yang diperolehi itu adalah REZEKI. Juga apabila beliau mendapat cheque lebihan bayar insurans, itu dikatakan REZEKI untuknya. Walaupun serendah-rendah nilai, juga itu adalah REZEKI. Bila beliau terpaksa ke sesuatu tempat yang jauh dan memerlukan bermalam, dalam masa yang sama disediakan tempat menginap, itu adalah rezeki. Bila dikenakan caj yang berpadanan dengan harga di klinik dan tidak terlalu mahal, itu adalah  REZEKI untuknya. Bila waktu beliau membeli barang rumah secara borong dan mendapat harga yang lagi murah daripada membeli di kedai runcit, itu dikatakannya REZEKI. Dan apabila beliau dapat jemputan makan minum daripada sesiapa sahaja, itu adalah REZEKI. Ini kerana pada waktu itu dia tidak perlu lagi mengeluarkan duit untuk membeli makanan pada hari itu. 

Juga kadang-kadang apabila beliau membeli sesuatu barangan di satu tempat dengan harga yang lagi murah daripada di tempat lain, itu adalah REZEKI. Apabila selepas beliau terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah dan menjaga anaknya sendiri tanpa perlu menghantar kepada pengasuh itu adalah REZEKI. Apabila beliau masak dirumah, tidak perlu membeli diluar seperti ketika waktu bekerja dulu, itu adalah REZEKI. Pendek kata apa sahaja yang beliau dapat di dalam hidupnya yang boleh memberi ganjaran dan kebaikan kepadanya adalah REZEKI. Dan sekiranya nilai ganjaran itu adalah sama tetapi nilai matawang nya adalah minimum daripada tempat lain, segalanya berbalik kepada  REZEKI! Tapi, pernah kah kita terfikir akan hal ini? Saya? Jujur saya katakan yang saya sendiri jarang untuk terfikir sedalam-dalam itu. Bukan tidak pernah langsung, tetapi JARANG!

Saya sendiri, biasanya akan terlintas tentang perkataan REZEKI sekiranya bila melihat seseorang itu mendapat habuan atau pun ganjaran yang besar-besar sahaja dalam hidupnya. Like dapat kerja besar, gaji besar, kereta besar, rumah besar, bini besar, laki besar juga anak yang besar. Besar-besar belaka. Barulah kekadang perkataan rezeki itu terlintas di dalam hati ini. Untung nya mereka. Murahnya REZEKI mereka. Dah nasib lah, REZEKI mereka. Kadang-kadang ada sedikit lintasan iri hati hasutan syaitan tanpa kita sedari bila kita memikirkan tentang perkara yang besar-besar itu..kan! Itu khilaf saya. 

Kita tidak fikirkan langsung REZEKI yang kita dapat itu daripada sudut lain. Skop rezeki ini sangat luas sebenarnya dan merangkumi hampir semua aspek kehidupan kita tanpa kita sedari. Dapat duit RM10 pun adalah REZEKI, sebab kita tidak tahu ada orang yang untuk mendapatkan RM10 sehari pun susah. Dapat berkahwin awal daripada sahabat-sahabat adalah REZEKI. Dapat pergi menunaikan haji dalam usia muda, adalah REZEKI. Dapat anak yang ramai itu pun sebenarnya REZEKI. Dapat cabutan bertuah adalah REZEKI. Sihat tubuh badan adalah REZEKI. Dapat makan free adalah REZEKI. Dapat kawan yang baik dan suka menolong adalah REZEKI. Dapat bonus free SMS & TALK daripada Hotlink adalah REZEKIDapat pergi ke luar negara adalah REZEKI. Dapat tengok keindahan bumi Guilin di depan mata sendiri adalah REZEKI. Dapat lepas PTPTN untuk pergi ke luar negara juga REZEKI!  Dapat kahwin dengan Siti Nurhaliza itu pun termasuk dalam kategori REZEKI walaupun itu adalah REZEKI Dato K seorang. Tetapi, adakah pernah kita terfikir semua itu? Tepuk dada, tanyalah iman. Jangan tanya selera. Jika tidak, pasti akan terbayangkan REZEKI yang besar-besar sahaja.

Actually, saya tidak mendapat apa-apa pun hasil karangan BM saya ini daripada tuan punya blog. Malah beliau tidak tahu pun akan kewujudan blog saya ini. Mungkin ini adalah REZEKI saya untuk membaca blog beliau dan membuka mata hati dan minda ini dengan lebih luas lagi tentang perihal REZEKI. Juga REZEKI sesiapa sahaja yang membaca tulisan ini untuk turut sama mendapat apa yang saya dapat ini. Namun sekurang-kurangnya apabila saya selalu mengunjungi blog beliau, sedikit sebanyak saya sudah sumbangkan sedikit rating untuk beliau berpeluang mendapat Nuffnang. REZEKI juga kann? Namun yang pasti hasil luahan beliau tentang REZEKI itu sedikit sebanyak membuatkan saya lebih sedar akan perkara yang melibatkan REZEKI. Semua ini adalah sebagai peringatan. Bukan untuk diri saya sahaja malah untuk kalian semua. 

Hakikatnya, membaca blog seseorang ini membuatkan saya rasa saya perlu lebih bersyukur akan apa yang saya ada pada hari ini. Buatkan saya lebih sedar, apabila perkara yang melibatkan REZEKI, walau siapa kita, di mana kita berada, sehebat mana kita di dunia ini, kita hanyalah hamba-Nya yang kerdil dan semuanya yang kita dapat adalah hanya pinjaman dan dengan ketentuan dan keizinan Allah. Tidak akan siapa pun tahu dan dapat meneka apakah perancangan yang Allah sediakan untuk kita dalam setiap hembusan nafas kita yang akan datang. Tiada siapa pun dapat melawan qadak dan qadar dari-Nya. He knows what is the best for us. What we have to do is berdoa memohon dari-Nya dan disudahi dengan  'Syukran Jazilan' sekiranya dikabulkan oleh-Nya. The rest is up to HIMOnly He knows everything. We never know it. Never! 


~ Peace!

Monday, March 26, 2012

:: Importance of Blessings

Okey, fine. Tajuk kat atas tu memang tak boleh blah! Tapi that's real. Saya memang balik kampung. 2 hari. 6 jam berada di atas jalan raya drive untuk balik. Stay di kampung tak sampai 48 jam. Then sambung drive balik lagi 6 jam pukul 2 pagi gerak, sampai 8.30 then pukul 9 terus masuk opis tanpa tido langsung. Berbaloi? Of course lah. Pn Fatimah even duk bebel xyz%&*wr pot pet pot pet, tapi dia tak boleh nak cakap tidak. Tak boleh juga nak cakap pergilah. Kira dia ambik jalan selamat. Senyum dalam paksa. Tak perlu kata apa-apa..hak hak!

Saya sebenarnya balik kampung mintak restu dari Pn Fatimah untuk next berpoya-poya. Maklumlah budak bawah umur kan masih di bawah tanggungjawab lagi. Matilaa tipuu! Selama ni pun saya mintak restu gak walaupun hanya melalui telefon je. Tapi kali ni memandangkan trip Guilin pun masih terbau-bau lagi aromanya kat lubang idung nih yang mana menunjukkan betapa dekatnya jarak masa waktu saya berpoya-poya, maka saya telah mengambil keputusan untuk bersemuka kali ni. Bukan apa, at least ikhlas tu nampak di mata. Sinar cahaya tu nampak. Matilaa, mintak-mintak Pn Fatimah tak gugel nama dia kat internet pasnih.

Tapi macam biasa, even balik kampung pun, walau masa tu tajuk dan tujuan utama balik kampung paling sekejap dalam sejarah ni belum pun diusulkan, tapi aktiviti feveret harus dipenuhi terlebih dahulu. Jeng jeng..

* Ikang Celup Tepung *
Disebabkan makanan di atas ni saya mengaku antara sebab saya rasa bertuah jadi anak kelahiran negeri ini. Haruslah! Saya sendiri sudah menerai di banyak tempat, juga buat sendiri di rumah..tetap tak dapat nak menandingi ketulenan makan di sini juga di deretan kedai lain di area ini ataupun di mana-mana tempat di sekitar negeri ini. Percayalah Siti Nurhaliza!

* Sotong Celup Tepung (harga ikut saiz) * 
* Jagung parut * 
Sebelum ni pun, walaupun senarai makanan di atas adalah antara makanan feveret, tapi takdelah saya selalu pergi. Lepas Warung Pok Nong ni masuk jjcm, terus jadi popular dan ramai giler giler giler orang datang bukan sahaja warga Terengganu juga warga luar yg datang berjalan-jalan di sini including me! Bila 1st time cuba di gerai Pok Nong ni, waduhh.. terus saya jatuh chenta lite lite. No no no! Bukan dengan Pok Nong okeh, tapi sama itu ikang dan sotong dan udang celup tepung di atas! Siap dapat tanda lagi kat tangan nih kes berebutkan sotong panas baru diangkat dari dapur. Hebatkan penangan Pok Nong ni. Eh silap, ikang tepung Pok Nong!

Aceli, sini punya tepung yang disalut untuk digoreng bersama-sama subjek di dalam gambar di atas adalah sangat best, rangup lain macam. Yang penting, kurang minyaknya. Sebelum ni, masa makan kat tempat lain juga di negeri ini, lepas makan tu ader laa rasa pening-pening lalat sikit. Mana tak nya, kalau dah makan minyak banyak sangat rasa semacam gak.

Tapi, cakap banyak pun tak guna! Saya nak bawak balik untuk orang yang mengirim pun tak dapat. Sorry ye mama Raisa. Tak sedap kalau dah sejuk. Feel dah ilang! Sila lah cuba kalau datang sini ye! Kalau takder tempat tinggal sila hubungi Pn Fatimah. Dia dengan gembiranya akan bantu. Bilik kosong ada banyak! Cuma perlu tahan telinga je la pepagi kalau dengar ada kuliah subuh live dah kalau kekdahnya bangun Subuh lambat. That's all. Peace!

Monday, March 19, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 5

--Sambungan dari sini --
 
Okay, sambung cerita! Sebelum datang ke Guilin ni, bila duk Google kat Internet, taip Guilin, yang biasa dipaparkan adalah pasal Guilin scenery. Taiplah apa saja keyword pasal Guilin kat Pakcik Google tu, for sure lah memang banyak gambar gunung ganang, sungai dan juga tasik yang lawa-lawa maveless tuh. Mostly lah. So, aku memang duk bayangkan yang kitorg nanti bakal berada di kawasan yang ala-ala kampung, yang dekat tepi sungai macam semua tu lah. Kolot kan! Tu laa, buat research tak abis! 

Sebenarnya memang konsep cuti kali ni kami berserah je. Yang kami tahu ialah, Guilin yang bakal kami sampai ini adalah antara tempat yang tercantik di dunia dan yang paling diingati adalah; 'JANGAN LUPA BAWAK KAMERA!' Itu je! 

So, kami memang tak buat persediaan apa-apa pun sehinggalah seminggu sebelum berangkat, baru comfirmkan keadaan weather di sini dengan pihak ejen, En Shawal. Yang pasti diorang duk ulangkali ingatkan kami supaya bawak payung, baju hujan! Bosan dengar perkataan payung tu. Duk terpikir, camner nak berjalannya kalau asyik hujan je!

Kat Guilin ni kitorg stay di downtown area ni lah, iaitu di bandar Guilin yang terletak di dalam Daerah Xiangshang. Untuk pengetahuan, Guilin ni ada 17 daerah kesemuanya termasuk Yangshuo yang kitorang dah pergi hari ke-2 lepas. Jadi ada 15 daerah lagi belum di cover. Matilah, kalau nak khatamkan tak tau lah bile. Dan matilah juga, lain-lain tempat di 15 daerah lain tu sah-sah banyak lagi view-view yang superb! 

Tapi memandangkan kitorang ni semua belum ada company sendiri dan hanyalah kuli je, maka terpaksa lah berkunjung ke spot-spot utama je. So, hari ni kami teruskan our last activity iaitu City Tour. Kami bakal tawaf bandar Guilin! 


Sebelum tu, breakfast macam biasa di Restoran Tibet feveret tu. Feveret lah sangat ye. Maklumlah, duduk kat negara orang, macam ni lah. Takleh nak memilih sangat kalau dah pilihannya memang takder. Yang pasti walaupun dah rasa sedikit muak sebab menu yang sama je, tapi disebabkan pilihan yang tak banyak, redha je lah. Tu pun bila depan makanan, melantak tak hengat kiri kanan. Dah namanya sejuk, rasa lapar je manjang. Tapi buangnya tak..



Memandang kan ini adalah city tour, kami just jalan kaki je menuju ke Banyan & Fir Lake Scenery yang terletak di dalam kawasan Guilin City ni. Tasik ni duduknya tidak jauh dari hotel kitorg. Dekat-dekat je setiap tempat ni. Tapi Alhamdulillah, nasib kami baik hari ni baik. Cuaca hari ini sangat memuaskan lah. Tak hujan dan angin sepoi-sepoi jek. 


Banyan lake ini adalah antara tasik yang tercantik di Guilin. Banyan Lake terletak di West side dan Fir Lake terletak di east side. Lawa tasiknya. Juga dikenali dengan nama Round Lake. Keduanya dihubungkan dengan jambatan dan dikelilingi oleh bangunan-bangunan ukiran lama dan juga beberapa astaka. Yang penting air tasiknya sangat bersih dan biru! 


Fir lake menghadap Li River di timur dan Elephant Hill di bahagian selatan. Di tengah-tengah nya terdapat satu binaan iaitu Menara Tradisional Buddha yang mempunyai 2 warna berbeza; 'Sun Tower' berwarna gold dan silver one adalah Moon Tower.


Kat bahagian utara tasik ni, terdapat satu pintu gerbang iaitu Gu Nanmen. Ia juga dikenali sebagai Ancient South Gate iaitu merupakan pintu masuk ke tinggalan kota lama Guilin. Pintu ni dipisahkan oleh tembok yang dibina semula sepanjang jalan ketika pemerintahan Dinasti Tang. Menurut Jah, ia adalah kota lama dan kita boleh menyaksikan hasil tinggalan kisah lama purba zaman dolu-dolu.  Kami tak masuk pun kat dalam. Lagipun siap bermangga lagi. Just snap gambar kat sekeliling je laa.

- Jah sibuk duk explain, tapi ada makhluk2 ni dengar?? Nan Ado!! -
Dekat beberapa jam kitorang duk menikmati keindahan tasik ni, kemudian sambung terus berjalan ke Zhengyang Pedestrian Street. Kat sini pun ada berderet-deret kedai yang terpampang tanda sale tengah berlangsung. Aku ada gak lah membeli sehelai kain lapik meja makan, buat penyejuk hati Pn. Fatimah. Lawa! 

Mulanya harga yang diletakkan mahal jugak laa. Lebih kurang 380 yuen. Tak mampu den. Tapi dengan kebijaksanaan kami-kami ni semua menawar, dapat lah dalam 140 yuen. Jauh giler beza harganya kan! Semacam je muka makcik tu ngan kami. Haha! Kitorang cuba nasib je menawar. Kalau tak bleh takper lah kan. At the end 5 orang terus beli lapik yang sama. Habislah raya taun ni style sama je setiap rumah!

- Colourfull people! -
Excited jugak lah bila tengok harga baju murah-murah belaka kat sini. Walaupun bajunya memang cantik-cantik semua, tapi kami kena pikir dua, tiga, nam ratus kali jugak la untuk beli. Kalau beli baju style coat/jacket gitu, masa bila lah nak dipakai kat Malaysia nanti. Kalau Malaysia tu ada 4 musim takper gak. So kami just window shopping je laa sambil duk memerhati keadaan dan gelagat pengunjung di kat sini. Tapi best lah kat area Pedestrian ni. KFC, McD, Watson semuanya ada. Agak besar jugak lah kawasan nya. Macam area Sogo lebih kurang kalau kat Malaysia. Syok bila tengok gaya mereka dress up berjalan di sini dengan baju lawa-lawa semua.

Aku ada gak masuk 4-5 kedai kat sini tengok-tengok baju sementara tunggu beberapa orang ahli rombongan yang masuk KFC untuk lepaskan hajat. Murah tu memang laa murah, tapi tang bila tanya harga tu yang lemah. Haram tak paham. Buatnya harga mahal salah paham ingat murah, memang kopak laa nak membayar!

- Zhengyang Pedistrian Street + terowong menuju ke Gu Nanmen -
- Yah + Jah Adik beradik yg terpisah ketika kecil, bertemu kembali di bumi Guilin -
Dari Zhengyang Street kami berjalan terus ke Jin Jiang Prince Palace & Mausoleum. Kami just pose-pose diva kat luar je, memandangkan ianya dikenakan bayaran masuk. Lagipun Palace ni lebih berkisar kepada sejarah tentang Guilin. Takperlah, kami datang jauh-jauh nak tengok permandangan je. Sejarah Malaysia pun tak habis tengok lagi. Abaikan ayat orang yang sudah kehabisan duit itu. Hehe.

Tapi nasib gak tak masuk. Sebab lepas tu aku baca ada yang cakap takder lah berbaloi mana masuk pun. Memang pasal sejarah semata-mata. Sesiapa yang berminat tentang sejarah boleh la, g melawat makam puteri sini.

- Jin Jiang Prince Palace & Mausoleum Entrance -
Kat sini suka sangat tengok gaya kanak-kanak Guilin ni yang nampak sangat bulat bergentel dengan baju tebal diorang. Berlapis-lapis dipakaikan oleh parent memasing untuk elakkan sejuk. Dengan pipi kemerah-merahannya, memang sangat cute lah. Tapi satu je, sini kalau anak diorang nak *berhadas besar*, kat mana-mana je boleh dilunaskan. Kat tepi jalan, tepi-tepi kedai, asal boleh je. Lepas tu, aku jadi sedikit **$#@#* nak sentuh atau pegang atau cuit. Ada sedikit rasa was-was. Bukan sedikit..tapi banyaklaaaa!!

- Budak-budak gemuks yang cute TETAPI..... -
Kemudian kami sambung menuju ke Little Hong Kong, underground shopping yang kami dah datang 2 malam lepas tetapi akhirnya balik dalam kebasahan bermandi hujan. Jah tinggalkan kami di sini, bagi peluang kot kalau ada antara kami yang still ada nak cari apa-apa di underground shopping ni. Banyak baju yang cantik-cantik dan murah, tapi konfius samada akan dipakai atau tidak kalau dibeli.

Kat Little Hong Kong ni lah yang banyak terserempak dengan scene-scene berhadas besar tu. Tengah jalan sambil intai-intai dalam kedai, tetiba je terbau. Dan dan tu gak kami blah. Masuk lorong lain. Sekali terbau lagi. Orang lain pulak. Memang di mana sahaja anak-anak mereka boleh berhadas besar . Tak payah susah payah cari toilet. Tapi bagaimana cara berhadas tu tak sempat dikaji. Nampak tengah cangkung je dan ada bau, terus kami lari sejauh mungkin. Haiyohhh, mood nak shopping pun hilang macam nih! Last-last keluar dari Little Hong Kong dengan tangan kosong sambil terkenang-kenang bauan yang boleh mendatangkan muntah itu. 

Kami balik ke hotel selepas penat berjalan. Sebelum tu singgah dulu di Restoran Tibet untuk early dinner. Belum sampai malam lagi masa tu tapi kami request Jah untuk dinner awal sebab nak balik berehat dan packing barang. See, senang je. Pakai je mulut Jah, untuk request pape. Dinner awal la, tukar menu la, nak jagung lebih la. Banyak songeh! Eh, dah alang-alang pakai agent, kenalah meroyan lebih kan.

- Anak tokei restoran. Nama Solehuddin. Geram tengok budak nih! -
Nasib baik tauke Tibet tu pun sporting. Ikut je apa permintaan kami dengan muka senyum. Dalam hati Allahualam laa. Nasib dia hensem! Haha! Eh tapi memang tauke tu memang suka senyum lah. Umurnya pun muda lagi. Dalam 26 gitu. Wife dia pun baru 24. Wife dia vogue tau. Macam artis Hong Kong pun ada gayanya. Pun ramah macam hasben dia. Dah ada anak sorang. Diorang kahwin awal. Kawin muda katanya.

Dia memang asal dari Tibet, bukak restoran tu pada awal 2011 rasanya. Haa..hebat tak kitorg interview wife dia. Pakai mulut Jah pulak tu. Berbuih mulut Jah kena bercakap double. Dah satu cakap cina kat tokei, pastu translate in English plak dengan kami. Saje je kami dera Jah. Suka! Tapi kami tau yang Jah tu pun suka!

-Tokei - Soleh (tengah), Wife Tokei - Maryam, dua dari kanan (Vogue kan!) & staffnya-
- Maryam & us! Mcm ada iras2 artis taiwan lah si Maryam ni! -
Staff restoran ni yang comel tu plak selalu senyum-senyum je kat kami. Nak bersembang tak pandai. Memang diorang totally out la nak cakap Inggeris. Cakap pakai bahasa Isyarat je. Kalau la kami bleh bersembang, sah-sah la kamceng. Boleh ajak diorang pergi jalan-jalan tawaf city tu free je kot. Tapi nak buat camner, disebabkan masalah komunikasi, kami hanya mampu pandang-pandang, senyum-senyum je la.

Actually kedudukan restoran tu strategic gak. Dah la sebelah tu ada masjid. Sebelah masjid tu sekolah. Sekeliling yang lain semuanya kedai. Sementara tunggu dinner siap, kami lepak luar restoran dulu, ambik gambar dan duk usha budak-budak balik sekolah. Aduh, cute-cute lah diorang nih. Dengan baju warna warni, lari beramai-ramai serbu keluar dari gate.

Actually diorang ni takde uniform sekolah. Jah cakap topi kuning yang diorang pakai tu je as a uniform. Jah tanya kami, nak ambik gambar ke ngan diorang. Dah dapat offer kan, kami yes kan je la. Jah pun tahanlaa beberapa student tadi, tanya boleh ke tak kami nak bergambar. Dapat la beberapa keping pose-pose cute ngan diorang. Tapi memang comel-comel belaka!


Lepas dinner, kami ajak Jah pergi ke pasar tak jauh dari hotel. Ianya macam pasar basah la jual barang dapur semua. Kami ada beli beberapa jenis buah kat situ. Buah durian pun ada. Bapak besar durian sini! Tapi lupa nak ambik gambar durian tu sebab kami tengah excited jumpa buah cherry. Haha sengal kan. Dah tak pernah jumpa sebelum ni. Nasiblaa.. Tapi sedap jugak la rasanya. At least baru la tau camner rasa cherry sebenar.

Kami jalan-jalan kat Guilin ni sambil tutup mulut dan hidung dengan muffler je manjang. Disamping tutup sebab kesejukan, kami jugak tutup sebab nak tahan daripada bau pelik-pelik kat sini. Al maklumlah, ni kan China. Adalah perkara-perkara yang buat termometer loya kami dah sampai limit. Kalau dah tiap-tiap hari jalan kaki lalu di kawasan jual makanan especially yang ada jual 'hidung' tu, memang masak gak laa. 

Tau aper mendanya 'Hidung' tu? Ala, yang nama 'bab' tu la. Kalau dijual dagingnya ajer okeyla kan, walaupun tak berapa okey untuk kami ni. Tapi ader sekali tu aku terrrrpandang betul-betul 'hidung' yang memang hidung bahagian depan tu turut dijual. Mau rasa nak muntah. Menyesal pandang kiri kanan. Biasanya jalan straight je ke depan. Tapi hari tu sekali rasa gatal datang, nak mengusik member, akhirnya sendiri tertengok. Memang uwekkkk!

- Jumpa buah cherry uols! Matilaa jakun.. -
Sini, takat tengok orang meludah selamber depan kita tu adalah sangat normal. Itu adalah budaya diorang kata Jah. Nasib Jah tak meludah depan kami, kalau tak ader nanti Jah yang kena ludah balik. Tu pun sebab dia cakap, dia dah dimaklumkan yang majoriti tourist dari luar tidak suka budaya meludah tu. So dia pun dah termasuk golongan yang berilmu sikit la pasal budaya meludah tu. Tak ke bagus kan Jah ni. Cepat belajar. 


Jah ni dari yang kami duk perati, memang jenis yang suka belajar. Kalau kami cerita atau bagitau tentang sesuatu perkara padanya, dia akan tekun je dengar. Lepas tu dia tanya macam-macam. Dia pun tengah ambik class bahasa Perancis sekarang. Walaupun muka Jah ni blur, tapi cita-citanya besar. Nak pergi travel  ke Europe katanya. Tak main laa macam kita ni pergi yang dekat-dekat dulu, pergi Indon ke, Singapore ke. Dia terus target yang jauh. Bagus Cik Joh weh, nanti jangan lupa belikan souvenir untuk kami ye!


Balik pasar, jalan kaki je balik ke hotel. Sempat singgah jap kat bakery (motip esok nak balik baru tau ada bakery dekat hotel!). Punya lama pilih roti, siap baca ingredient. Last-last disebabkan kecuakkan, kami rembat roti panjang keras kejung yang boleh buat pukul orang tu. Sama je roti tu macam kat Malaysia. Buleh lah untuk dibuat cicah ngan sup vono. Esok breakfast dah tadak. Kenalah habiskan stock sebelum balik Malaysia.

Tuesday, March 13, 2012

:: Oh Fatimah : Khairat ::

Pn Fatimah akhir-akhir ni garang semacam je. Agaknya sebab dah lama tak dapat jumpa cucu, Nuha si Sepet tuh. Hari tu macam biasa, kena lagi dengan Pn Fatimah, tapi kali ni secara berjemaah. Biasa la, kami sebagai anak yang degil nak mampos, haruslah di laser pakai peluru kelajuan tertinggi.

Tukang hantar sms : " Pn Fatimah suruh pesan kat semua orang yang dapat sms ni ";

"Tahun ni jangan mati dulu. Sila mati tahun depan sebab khairat tahun ni semua tak bayor! Sekian"

Ader rasa tertusuk duri tak?

Padan muka!

Thursday, March 8, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 4 ::

-- Sambungan dari sini --

Hari ni Restoran Endian Muslim aka Restoran Tibet yang biasa kami kunjungi tu tutup. So, pagi ni kami kena breakfast di restoran muslim yang sebelah dengan restoran muslim Tibet tu.

Kedai ni kami selalu je lalu, dan mati-mati selama ni aku ingat ia adalah kedai makan cina! Kedainya sedikit berbau. Bau macam orang tengah memasak perut lembu tu. Perut lembu kan bau busuk kalau tengah direbus! Kami order mi ramen dan nasik goreng. Agak sedap juga lah nasi gorengnya, cuma portionnya sedikit besar. Rasa sayu lak bila tengok nasi yang tak berhabisan. Seriously full already!


Then kami teruskan iterinery kami iaitu naik cable car ke Yao Mountain! Yao Mountain adalah gunung yang tertinggi di Guilin. Yin/Jah dah warning kami suruh pakai baju setebal mungkin sebab kemungkinan suhu sangat rendah. Memang betul pun bila sampai di sana, ramai penjaja duk lelong coat besar for rental. Katanya kat atas sana dah 0 darjah celcius ke bawah. Antara nak dan tanak, beberapa orang dari kami menyewa coat tersebut dengan harga 10 yuen iaitu bersamaan dengan RM5.

Cable car nya adalah yang pesen lama yang bleh naik 2 orang sambil duduk kaki terjuntai ke bawah. Bila dah makin nak sampai ke atas, kami dah boleh merasai kedinginan suasana. Kaki kami yang duk terjuntai tu pun seolah-olah takder. Kebas! Dari jauh kami dah nampak pokok-pokok dan persekitaran di atas Yao Mountain tu yang dieselaputi warna putih. Rupanya kat atas tu memang 0 darjah celcius. Ais dah beku. Punyalah excited kitorg rasa tanpa disedari yang satu badan sudah menggigil kesejukan.

- Kecikk je nampak kepala Yin dalam coat besar gabak tuh -
- Pokok dah bertukar warna -
- Buat kopi ais ni pun sodapp! -
- Aku tak malu mengaku yg aku mmg teruja bleh tengok ais pada pokok. :-) -


Sampai je kat atas, kami terus sibuk berposing dengan excited. Lawa wehhh! Kalau ada bawak milo 3 in 1 ni bleh laa buat milo ais kat atas tu. Tadah je ais kat mana-mana pokok. Huhu.. Scenery kat atas tu pun sangatttt cantik. Ramai gak para pelancong yang kelihatan excited sama seperti kami, tengah meraba-raba pokok yang dah keras ngan ais. Kami  ada terserempak dengan pelancong dari Korea yang dikenali dengan sikap 'friendly' diorang. Memang ramah tamah, tak kira berada di mana walaupun bukan kat negara diorang sendiri. They are soo warm!

- Giler besar baju tu kan! Gagah perkasa je nampak -

Lama gak kami berada kat atas Yao Mountain tu. Bila rasa dah tak tahan sangat dengan sejuk barulah ajak Yin turun. Yin pun muka nampak excited gak. Agaknya selama ni dia bawak orang belum pernah time musim sejuk kot.

- Bawah kiri, geng taliban berbaju askar -
- Kungfu Panda -
Then lepas turun kami gerak melawat ke Silk Store. Bleh tengok camner daripada ulat sutera dihasilkan sutera bermutu tinggi untuk dibuat cadar, comferter dsb. Harganya perghh..tak tahan. Tak dapat la kami nak feeling-feeling beli memandangkan kami ada lah percutian bajet sahaja.

- Mantan PM pun pernah datang melawat sini -
Kami kemudian sambung lawatan sambil belajar ke next building untuk buat Foot Massage. Instructor di sini kebetulan IndoChina. Dia menggelarkan dirinya sebagai doc dan fasih berbahasa Indonesia walaupun ada kalanya aku memang tak paham langsung aper dia cakap disebabkan pekatnya bahasa Indonesia nya.

Selepas bermassage macam tak berapa massage je, kami balik ke Guilin, dinner di restoran Muslim Tibet again. Sebelum tu, Yin ada pernah tanya kami kot ada nak complaint pape pasal food or nak tambah paper. Awal-awal lagi kami dah pesan, so far food is okey but yang kami highlight adalah "please give us chicken without head and legs!" Haiyohhh geli kalau diingatkan. Siap kami reorder lagi menu favourite kami, iaitu jagung tepung yang sedap selain decide nak menu aper untuk esok hari. Berlagak betullah!

Wednesday, March 7, 2012

:: Berguling-guling di Guilin, China - Part 3 ::

-- Sambungan dari sini --

Hari ni bangun awal. Punyalah berat nak bangun daripada mengerekot kesejukan dalam selimut. Tapi betullah orang tua-tua cakap, bangun awal ni rezeki murah. Hari ni kami dapat merasa breaskfast paling heaven sepanjang berada di Guilin ni. Tak lain tak bukan adalah Roti dan Nasi Goreng!

Aduhh, gembira tak terkata bila pandang menu yang disediakan pihak hotel. Siap dengan telur mata, nasi bubur, roti dan jem, kopi dan teh. Baru rasa kemuakkan menghadap menu chinese food 3 kali sehari. Sambil makan sambil duk bising suruh menapau untuk lunch. Al maklumlah, nak jumpa kedai roti pun susah kat sini. So alang-alang ada melambak depan mata, tapau je la. Tapi ada problem. Waiter cute tu duk tengok kami melahap, menunggu kot-kot kami ada memerlukan sebarang request. Malu seh nak menunjukkan ketidakcukupan  depan dia.

- Rezeki kami bleh jumpa makanan di Malaysia. Alhamdulillah -
So kami buat trick. Kejap request tambah gula. Kejap marjerin. Kejap itu, kejap ini. Time si waiter menghilang tu la kami buat operasi menapau ke dalam plastik kat bawah meja. 2-3 orang tukang tapau. Sorang jaga pintu kot ada sesaper datang. Tapi takder lah kami tapau sampai licin pingggan tu. Selerakkan sikit konon kami makan dengan rakus. Lakonan kena mantop! Tapi mesti si waiter tu hairan, camner kami telan makanan yang melambak kat atas meja tu dengan sekelip mata. Haha.. dasar pelahap!

Kemudian, pukul 9.30 kami naik bas untuk ke next destination. Shangri-La. Aduhaii, kalau Sungai Mulong tu dah cukup cantik, tapi Shangri-La adalah double triple cantik! Dengan bunga ala-ala sakuranya serta dengan binaan bangunannya membuatkan kami terasa seolah-olah kami berada di negara Jepun walaupun hakikatnya hanya pernah pakai selipar Jepun. Sangat..sangat..sangat cantik! Wordless!




Kami menyusuri laluan sungai di Shangri-La, sebelum sampai di suatu perhentian. Subhanallah, permandangan disini sangat membuatkan kami terpegun. Dengan permandangan sungai dilatari gunung ganang, tidak puas rasanya untuk kami tatap. Di sini pelbagai kebudayaan mereka ditonjolkan. Dengan aktiviti tarian, menenun, mambuat arca dan sebagainya. Juga terdapat banyak kebun-kebun tanaman. Kami dapat lihat beberapa kebun limau dengan limau bertaburan dibawahnya. Eiii..geramm je nengok. Rasa nak pergi kutip je sumbat dalam beg. Haiyohhh!

Let's enjoy the pict!





- Muka excited nak makan kobis -
- Riang ria rejoice -
- Geng Taliban -
- Kanan bawah - Aksi menyambut lontaran bola hikmat. Aku tak terlibat! hehe -

- Makkk...tanak balikkk!!! -
- One of my favourite view. Syahdu je tengok gambar ni.. -


- Ada gaya Backpackerbusuk tak? Jangan marah ye Fatt kami tiru..Hehe -
- Sekali lagi glove daiso ni suka interprame -
Habis feeling-feeling jumpa Shin Chan, kami ke perkampungan tradisional dan melihat sekitar kawasan perkampungan mereka. Berkumpul dalam bulatan depan unggun api konon sambil mendengar local woman di sini duk bercerita pasal kehidupan dan budaya diorang.  Bagaimana budaya kehidupan anak lelaki dan perempuan mereka yang disediakan dibina bilik sendiri untuk setiap pengantin baru berkahwin. Disini pun ada gak scene lucu terjadi macam scene di lokasi sebelum ini. Cuma scene kali ni agak terkawal. Lucu kalau diingatkan. :-)

- Perkampungan kaum minoriti di sini -
Kami kemudian kembali ke Guilin. Dinner di restoran sebelum kami menapak dalam hujan merayau-rayau di Guilin City. Memang keje giler! dah la hujan lebat, kasut dah masuk air, baju semua dah basah. Tapi still maintain redah usha bandar.

Disebabkan ketiga-tiga helai sweater yang aku pakai dah basah, aku terpaksa beli baju lain yakni baju winter untuk dipakai hari seterusnya. Matilah kalau duk mengharapkan sweater tak berapa nak kalis air yang aku duk pakai selama ni. Nasib baik jumpa satu kedai borong yang jual murah-murah. Aku sempat gak rembat selai baju yang kalernya..mak aiii.. Tapi bila pikirkan yang semua orang di sini pakai winter coat yang bermacam-macam kaler, aku bedal je lah. Bila lagi kan.. nak merasa pakai baju yang warnanya boleh nampak sampai kampung sebelah!

Kami berjalan meredah hujan sampai lah satu tahap baru terasa pinggang dan belakang badan sudah sakit-sakit. Barulah semua beransur balik ke hotel. Maka bermula lah malam tu episod mengeringkan kasut, stokin dan baju yang habis lencun dengan hairdryer kodi cap cina. Sampai jammed hairdryer tu! Nasib ler sempat kering. Settle semua kami terus ZZzzzzzz...

- Hotel ni walaupun best tp kedekut. Kasik cawan je. Sudu takder. Disebabkan lapar, kacau je sup vono dengan berus gigi. Korang ado?? -