Sunday, February 26, 2012

:: Don't Cry For Me Argentina... Eh Malaysia! ::

** Entry ni patot kuar 25 feb..ntah camner sengal..dia tanak kuar2...hampeh!


Choneun, tengah bercuti sekarang. Kononnyalaa... Patutnya mood bercuti adalah sangat Heaven! Hajiman, kali ni aku rasa sangat berserabut. Banyak perkara berlaku yang buatkan perasaan ke arah bercuti itu tidak ada. Tiada persiapan awal langsung. Semuanya last minute. Kiranya aku memulakan langkah dalam keadaan yang sangat minimum perasaan keseronokan dan keterujaannya, berbeza dengan sebelum ini. Namun aku berharap dan berdoa semoga ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku. Hanya kepada-Nya aku berserah. Semoga perjalanan kami ini dilindungi dan doakan semoga kami selamat pergi dan kembali.

Buat GBS' Family. Don't sedih-sedih. Mungkin belum sampai masanya untuk kita berjimba-jimba bersama-sama. Kita boleh merancang, tapi segala keputusan bukan di tangan kita.  Kalau memang bukan rezeki kita, makanan dah masuk mulut pun boleh terkeluar semula, maja-yo? Jangan cakap kami tak sedey, dah kalau kami jugak yang paling excited provoke suruh book tix AA tu kan! Kami pun turut sedih gak. Tapi InsyaAllah, mungkin ada rezeki kita di lain waktu. Keurigo chigeum, just keep strong for our new dongsaeng, Muhammad ..dot dot dot.... Itupun rezeki jugak gak kan! Mana tau lepas ni nanti dapat rezeki FM sebesar pintu ais! So, start to fikir-fikirkan lah dari sekarang mana nak letak ye! Hikks!


"Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita "


~kawe~

Tuesday, February 21, 2012

:: Tie Your Shoes In Style ::

Tetiba kann.. Baru beberapa hari gheti pakai kasut dah eksyen nak bercerita bagai. Tapi naper tetiba ceriter pasal ngikat kasut nih? Huh.. Ini macam.. ermm... seolah-olah... ermm.. menunjukkan yang tanda-tanda 'Tak Lama' lagi dah memang dah tak lama mana nih... Fuhhh! **saspen..

Saya sebenarnya aceli memang jarang pakai kasut bila ke mana-mana. Lebih selesa bersandal flat dan berselipar jepun walaupun bukan beli kat Jepun. Even pergi opis pun slamber setia dengan negara Jepun nih. Dah itu je keluaran Jepun yang mampu. Nak beli kereta Jepun memang tak nampak bayang langsung!

Seingat-ingat lah, rasanya last time pakai kasut dengan kerap adalah zaman sekolah dulu. Sekarang pakai kasut time tengah mengeluarkan lemak degil dari badan je. Dan paling last time adalah masa kat Korea hari tu. Tapi experience di Korea membuatkan saya rasa tersangatlah selesa berjalan 'jauh' dengan memakai kasut. Masa tu lepas dah ada kasut terus sibuk search bagai dalam tenet cari cara nak tie kasut tu konon nak kasik cun gempak vogue da boomm dalam gambar tapi nan ado cun nya.


Kat atas ni adalah antara style yang saya suka. Tapi yang paling saya suka dan rasa nakkkk sangat tiru adalah style kat bawah ini :

Yes, anyaman tikar mengkuang namanya. Atau dalam bahasa omputih adalah 'Checkboard'. Walaupun sebutan dalam kedua-dua bahasa sangatlah berbeza, tapi kaedah dan rupanya adalah sama. Tapi kekurangannya iaitu tali lebihan akan terlebih panjang dan susah untuk dikemaskinikan atau diketatkan buat rasa sedikit kechewa untuk dicuba (padahal pemalas).

Tapi yang ini pun cantik woitt! Berapa jam agaknya diorang amik masa nk buat. Nak menganyam-anyam buat corak ni siap ngan anyam senget lagi. Gempakk!

Walaupun banyak sangat yang diberkenankan di hati, tapi memandangkan tahap kepakaran adalah sangatlah basic yakni hanya tau cucuk masuk dan cucuk keluar dan selain faktor tuan kasut adalah dari golongan pemalas, maka stick to the basic je la. So saya still pakai style yang sama ngan Korea. Tukar ajer kaler sebelah kiri dan kanan...**peace


Anyway, tak sia-sia gak beria-ia tanya pakcik google, at least baru tau, rupa-rupanya style ikat tali kasut pun boleh ada beribu cara. Ian's Shoelace Site dah tulis banyak buku/web berkaitan dengan shoe lacing methods. Menurutnya, ada more than two trillion ways to tie a shoe. Dia actually siap menerangkan tentang 'algebraic equation explaining Shoe Lacing Mathematics'. Saya lepas tengok tajuk je otak terus shut down. Terus teringat time belajar Calculus Math dengan En Izzi aka Prof Izzudin Ali 'Renung-renungkan dan Selamat Beramal'. Ko adoo??

Wednesday, February 15, 2012

:: Stress!



Dah..
Bermula hari ini 
Saya boikot AA
Sampailah sale yang akan datang...
Muktamad!!

Tuesday, February 14, 2012

:: Annyonghaseyo, I'm Nuha Safiyya ::

Salam 1 Malaysia.. Wahh, sekimanya saya. Saya kan rakyat Malaysia yang memang dilahirkan di Malaysia walaupun rupa saya ramai yang cakap macam saya ni lahir kat negara Lin Dan. Tapi saya tak kisah pun saya lahir di mana asalkan saya cukup sifat dan saya beragama Islam.

Owh, luper saya nak perkenalkan diri. Nama saya Nuha Safiyya binti Ahmad Mawardi. Saya dilahirkan pada 10 September 2011 seminggu selepas hari raya di Hospital Sungai Buloh pada jam 5.30 petang dengan berat 3.5kg. Saya dikeluarkan dari perut mama saya dalam keadaan tak cukup beberapa minggu melalui pembedahan kerana saya tak sabar-sabar nak melihat dunia ni. Masa tu baru je selepas seminggu majlis kenduri pakcik ke-2 saya. Mungkin masa tu mama penat jadi antara orang kuat majlis kot, tu yang kena kuarkan saya cepat-cepat sebab dah tak larat mama nak bawak. Nasib baik lah masa tu mama saya sempat pulang ke KL sebab kalau tak, mungkin saya bakal tersenarai antara yang layak untuk memohon biasiwa yayasan Terengganu.

Ini saya. Dan sila abaikan janggut Ustaz Azhar Pakcik saya tuh
Ayah saya berasal dari Terengganu dan mama saya pula berasal dari Kedah. Saya tak tahulah bagaimana ayah dan mama saya mula berkenalan dulu. Makcik saya cakap, kedua-dua mereka study di UM tapi masa tu diorang belum kenal lagi. Tunggulah saya dah besar nanti saya akan tanyakan. Mungkin masa tu saya memang kena tanya mereka untuk membuat tugasan Kajian Sejarah Tempatan di sekolah nanti.

Ramai yang ingat saya ni lelaki. Kesemua makcik belah ayah saya juga Tok Cu cakap rupa saya sebijik seiras dengan ayah saya masa kecik. Saya pun belum pernah tengok gambar ayah saya masa kecik untuk mengiyakannya. Mungkin ada makcik-makcik saya pernah tunjukkan gambar di depan saya, tapi disebabkan saya masih tak berapa fasih lagi untuk gunakan pancaindera utama saya iaitu mata, jadi saya pun tak tahu apa yang ditunjuk. Buat masa ini saya cuma faham jika ada orang yang mengagah saya dan jika ada orang yang memanggil nama saya sahaja. Mata sepet saya pula diwarisi dari mama. Mama kan keturunan Lin Dan. Sebab itulah kulit saya juga putih macam mama. Tapi hidung saya pulak dah tak berapa mancung disebabkan saya selalu hantuk-hantuk kepala saya di tilam sejak saya pandai meniarap. Saya pun tak tahu kenapa saya suka hantuk kepala saya, mungkin masa tu saya stress kot sebab mama lambat buat susu. Tapi saya harap lepas ni mama akan selalu tahan saya daripada hantuk kepala lagi. Saya nak jugak hidung saya nampak mancung macam mama.

Hobi saya selain melalak adalah menonton tv. Pantang tv di rumah saya terpasang, mata saya akan terus pandang ke arah tv. Tapi dalam banyak-banyak rancangan tv, saya paling suka tengok Music Bank @ K-pop. Tak tahulah samada saya telah diracuni fikiran oleh makcik-makcik saya ke tidak, tapi bila saya menangis, makcik saya akan bukak tv lagu k-pop dan saya akan terus diam. Baru ni makcik saya ada memperkenalkan cerita baru; 'Running Man'. Syok gak laa saya layan dengan makcik saya, sampai saya pun tido lambat. Abis camner saya nak tido kalau diorang pasang kuat-kuat, kat sebelah saya pulak tu. Tu yang last-last saya terjoin sekali. Selain itu, saya juga suka tengok rancangan bersama Ustaz Don. Biasanya saya akan tengok dengan mama saya bersama-sama terutama ketika ayah saya outstation. So, kira saya ni balance lah kan, dunia dan akhirat.

Ilmu dunia dan akhirat saya..
Ayah saya selalu kena outstation tinggalkan saya dengan mama. Merata-rata ayah pergi disebabkan kerjanya. Dulu masa saya belum lahir ayah kena pergi ke Uthopia selama 3 bulan. Selain tu, Singapore, Miri, Labuan tu semua adalah antara tempat yang selalu ayah kena pergi berulangkali. Masa saya umur 1 bulan pun ayah saya kena pergi ke Turkmenistan dan Turki selama 1 bulan, tinggalkan saya dan mama yang tengah berpantang. Kalau dibawanya saya sekali dengan mama tu bestla jugak rasanya. Nasib baik lah Tok Kedah ada datang temankan mama. Kesiankan kami, tapi nak buat camner, dah kerja ayah macam tu. Takper, biarlah ayah cari duit banyak-banyak, nanti senang bila saya dah masuk sekolah nanti, saya boleh mintak Ipad dengan ayah.

Sebelum ni mama cakap saya selalu minum susu 4 auns sekali minum. Tapi sekarang, semenjak dua menjak ni saya rasa 4 auns dah tak cukup. Saya rasa lapar je. So, saya akan mengamuk suruh mama saya tambah lagi. Kesian mama saya kan. Dah laa pagi-pagi mama kena dukung saya yang berat dah 7 kilo dengan barang-barang saya ditambah lagi dengan barang-barang mama turun naik tangga 4 tingkat setiap hari. Ni saya suka mengamuk susahkan mama pulak. Dah laa mama saya kecik je. Mama cuma berat 37 kilo je lebih dari saya. Saya pun tak tahulah kalau saya dah besar dan makin berat nanti, camner mama nak dukung saya lagi. Kalau ayah ada takper, ini ayah selalu je takder. Sian mama saya kan. Saya takut gak disebabkan mama tak larat disuruhnya saya turun jalan kaki sendiri ke rumah pengasuh walaupun masa tu saya belum pandai jalan lagi. Matilaa saya!  

Bile saya di make over pakai skirt nampak sikit saya gugurl kan!

Saya ada 3 orang makcik dari sebelah ayah, dan 3 orang pakcik...2 dari sebelah ayah, sorang dari sebelah mama. Mama saya dua beradik je. Keluarga belah mama jenis pendiam sikit. Tapi pakcik makcik saya belah ayah, kalau berkumpul semua, mau gegar satu rumah! Kalau saya balik kampung ayah, kompem laa abis pipi saya yang penat saya bela dengan minum susu 5 auns tiap hari jadi lebam-lebam. Dah tak cantik kena gomol ngan pakcik makcik ganu saya. Saya kadang rasa nak marah gak, tapi apakan daya..berak pun kena orang basuh. So saya hanya mampu menangis je kalau saya rasa rimas sangat. Tapi diorang tu bukannya paham kalau saya marah. Lagi digomolnya saya adalah. Kalau saya dah wangi-wangi lepas mandi, kejap je saya akan jadi busuk balik disebabkan diorang. Huh!

Saya yg tertekan bila rumah saya diterjah malam hari oleh makcik saya. Diorang dah laa bising, saya nak tido pun susah!

Makcik-makcik saya suka panggil nama saya dengan macam-macam nama panggilan. Kadang panggil saya 'Semek'. Kadang panggil saya 'Sepiah'. Kadang 'Mek Tumbong'. Saya pun tak tahu mana datang idea makcik-makcik saya tu semua panggil saya gitu. Tok Chu selalu marah diorang panggil saya macam tu takut terlekat. Penat ayah saya siang malam fikirkan nama glemer tetiba dapat nama kampung. Saya nak marah sebenarnya tapi saya tak pandai lagi nak marah. Tunggulah makcik-makcik semua, kalau saya dah besar nanti, siaplaa diorang!
Saya selalu didera oleh mereka yang tiada peri kemanusiaan. Sian kan!

Tapi kadang-kadang saya suka gak kalau pakcik makcik ganu saya datang rumah. Takder lah saya rasa bosan sangat bila duk berdua je dengan mama sambil layan tv. Kadang bila mama mandi, kena kemas umah, terpaksalah saya layan tv sengsorang. Takder saper yang nak main-main dengan saya. Kalau makcik pakcik ganu saya ada kurang-kurang meriah jugak rumah saya walaupun saya tau mereka datang sajer nak menyemakkan otak saya. Dah la sekarang diorang dah jarang nak beli hadiah untuk saya. Awal-awal dulu je ada. Sekarang kalau datang sibuk ajak ayah ngan mama kuar jalan-jalan, pastu makan macam-macam makanan best depan saya. Sikit pun takder bagi saya rasa. Kalau saya menangis mintak diorang bagi saya rasa sikit, terus disumbatnya botol susu ke mulut saya. Keji kan!

Saya yang bosan bila takder saper nak main ngan saya

Okey lah, penat saya mengarang hari ni. Saya tak leh gak cerita banyak-banyak nanti tuan puan, pakcik makcik semua bosan baca. Saya tak sabar nak tunggu sepupu saya yang bakal keluar dari perut mama dia bulan 9 nanti. Owh sama bulan dengan saya gak. Ada lah geng saya lepas ni. Masa tu saya dah besar dah. Saya dah boleh gigit orang dah. Mungkin dah boleh bercakap. Lagi satu saya pun tak sabar nak tunggu bulan 8 sebab saya bakal dapat banyak duit raya memandangkan saya belum ada pesaing lagi masa tu. Sebelum tu saya kena berbaik-baik dulu lah dengan makcik pakcik saya semua untuk dapat angpau besar. Harap mereka tak tahulah niat saya ni.

Muka saya kalau saya tengah seriyes. Muncung 14 depa

Sampai sini je kisah saya. Tak tahulah bila lagi saya akan tulis citer pasal saya. Ni pun saya tumpang blog makcik saya tak bagitau pun dia. Harap-harap dia tak tahu dan tak marah saya. Takkannya dia marah saya. Sayakah budak lagi....Hehe


Mannaso pangapseumnida yeorobun...


- Nuha -

Friday, February 10, 2012

:: Pavlova at Serai, Empire Subang ::

** This entry especially dedicated for someone called : Intan Azila & Umie... :-)

Isnin baru ni, on the way nak balik rumah lepas balik dari lepak-lepak ngan Nuha Safiyya, saya dengan kupha lalu depan Empire Mall. Tetiba masing-masing terpandang sesama sendiri dan terpacullah... 'Pavlova!' Pastu mula laa datang idea tak berapa cerdik orang tengah diet ni nak merasa pavlova di Empire yang digembar gemburkan seantero maya ni. Kami pun terus masuk, parking. Naik je escalator, Serai betul-betul ada depan mata.
- Dia punya tagline memang terbaek laa -
Kami order pavlova dengan Creme Brulee. Sampai je depan mata, meleleh gak air liur.  Pose-pose ambik gambar dulu, dengan niat nak ditayangkan pada Cik Umie (niat jahat). Rasanya? Ermm... Nak kena cerita yang betul ke aa? Hrmm...Ntah laa.. Creme Brulee tu memang lah sangat sedap. Tapi bagi saya, Pavlova tu rasanya agak manis. Rasa nak pitam kejap lepas masuk mulut. Kadang makanan ni kalau manis sangat boleh jadi pening gak. Nasib baik order air suam je. Boleh la cover tahap kemanisan tu. Anyway ni adalah 1st time cuba the real Pavlova. Selama ni home made je. Ada lah lainnya. Rasanya ni last kot makan Pavlova sini. Tak kena mana dengan tekak ni, even saya ni sebenarnya suka makan yang manis. Lain laa kalau Mille Creepe. Yang tu belum habis makan dah rasa nak lagi.. Ngeh ngeh..

-Pavlova-
- Yang ni sedap - Pistachio Creme Brulee -
-Chocolate lava cake macam menarik hati jek! -
Harga Pavlova ni dalam RM14. Pistachio Creme Brulee tu harganya RM15. Banyak lagi makanan lain yang nampak sangat menyelerakan kat situ. More to western laa. Tapi disebabkan target kitorg adalah Pavlova, so cukuplah Pavlova je hari ni. Hari lain kita cuba lain pulak. So silalah sesaper nak mencuba!


* En Serai, jangan kecik hati ye!

Thursday, February 9, 2012

:: The Viral Factor - Hilang Stress Gua! ::

Petang balik keje tadi laju je siap-siap kuar awal sebab plan nak g tengok wayang dengan Lela. Lepas penat pilih-pilih nak tengok movie apa, kami book online la satu movie Hong Kong ni, The Viral Factor. Tu pun sebab pernah terbaca review kat satu blog tu cakap sangat best. Ni adalah 1st time saya masuk panggung tengok movie cina. So saya kena tulis fakta itu pada entry nih dengan bangganya. Plus saya excited nak tengok bila dikatakan almost 80% adalah shooting di Kuala Lumpur. Selain tu, filem ni juga dikatakan telah shooting di beberapa negara lain termasuklah Hong Kong, Xi'an, China, Middle East, Vietnam, Thailand, Jordan and Singapore. Plus lagi heronya adalah Jay Chou dan juga my favourite, Nicholas Tse. So memang berdouble triple excited la nak tengok!


Mula masuk, pandang kiri kanan..kami berdua je yang Melayu (sebab kami 2 je yang pakai tudung). Then, tak lama movie pun start. Saya nak ngaku nih.. even Ombak Rindu pun saya tak nangis weh! Tapi... tapi citer ni, adalaa...dalam 2-3 kali gitu air mata ala-ala main-main kat tepi mata nak keluar. Seriyes wa tacing! Even luaran macam brutal tapi dalam hati ada taman wei. Takat Ombak Rindu yang duk gesel-gesel badan sesama sendiri tu tak perlu la bazir air mata menangis. Tapi citer ni, maunya tak tacing dah kalau ada kisah yang melibatkan pasal keluarga yang terpisah...kisah mak, kisah ayah, adik beradik... maunya tak sedih. Orang takder perasaan je yang memang tak heran.

- Chopper Malaysia! -
Cerita ni bermula di Jordan pasal Jay Chou, seorang anggota polis yang terlibat dengan satu misi yang mana dia kena escort seorang criminal scientist ke negara lain. Dia kemudian ditembak dikepala ketika diserang dan peluru didalam kepalanya tidak dapat dikeluarkan kerana complicated. Dia dan abangnya Nicholas Tse pulak terpisah sejak kecil pastu jumpa balik bila mak diorang bagitau Jay Chou, suruh dia cari abangnya di KL. Mula tengok, macam tak sesuai je Nicholas Tse jadi abang, sebab nampak Jay Chou macam matured. Tapi Nicholas Tse punya gaya memang nampak terbaek dari ladang! Memang samseng la. Memang jahat giler, berbeza dengan cerita yang dia lakon sebelum ni yang ala-ala sweet gitu. Dan, untuk sambungan cerita kenalah tengok sendiri baru dapat feel okeh. Tak rugi punya!

Sepanjang 2 jam tengok cerita ni, yang bleh dikomenkan adalah : No Komen! Hehe.. maksudnya no komen negatif. Tu pendapat sendiri lah. Start dari mula sampai ke akhir semuanya suka. Rasa tak cukup 2 jam. Dengan suspensnya, dengan 2 hero yang machonya plus hero jahat pun macho. Bonus tuu! Eh skali tengok muka jay Chou macam muka Lin Dan lah pulak kan!

- KL Kena bom -
Juga seperti yang dimaklumkan, Malaysian antara lokasi utama citer nih. Ada yang dibuat di Kota Bharu, Cameron Highlands, Putrajaya juga Port Klang. Tapi yang banyak kat KL laa. Rasanya cerita Gerak Khas yang dah bertahun-tahun control port KL pun tak habis masukkan pasal sekitar KL ni. Asyik-asyik duk tunjuk Twin Tower je. Tapi cerita ni... perghh! Siap dinding Pavilion hancur tu dilanggar kereta! Gerak Khas ado ke wat macam tu? Ado??

- Kena taruk tatoo banyak2 kasik nampak jahat banyak! -
Memang aksi sangat banyak laa. Belum kira lagi jumlah kereta yang hancur accident. Takdernya time nak accident tu pakai keta saga lama sebab nak jimat kos. Amik dihentamnya terus kereta besar-besar! Glamer hokeh polis-polis kat Malaysia dalam cerita nih. Memang ramai giler polis dan juga kereta-kereta polis dalam ni. Siap cakap Melayu lagi. Tapi bila dengar suara polis aka pelakon tambahan tu, bunyik laa macam kaku ikut script je. Haha.. Kemudian yang lagi best.. segala mak nenek LRT, Komuter...KL Sentral, Central Market, bas rapid KL semua disapu bersih, semua ada dalam nih. Seronok pulak tengok scene kereta langgar cafe kat Putrajaya. Ranap! Pastu cafe Lecka kat bukit bintang tu kena bom. Memang real! Sambil tengok kereta duk kena hentam sesama sendiri, sambil saya duk congak-congak dalam kepala.. berapalah duit yang dah burn agaknya. Effect CGI dalam ni pun memang superb. Senang cite, setanding lah dengan cerita Mat Salleh. 


Kadang macam tak percaya je cerita ni berlakon kat Malaysia. Bila tengok part scene Nicholas Tse curik kereta Myvi pastu drive kereta tu, haaa..barulah comfirm. Then, rasa cool giler tengok main kejar-kejar dekat Mahkamah, kemudian kat central market yang kereta tengan bersusun banyak, then kejar-kejar kat dalam KL sentral, pastu beli tiket komuter, then naik komuter (sempat beli tiket tuu). Pastu scene Helikopter kejar-kejar pusing-pusing kat udara kat area Golden Triangle..Bukit Bintang. Ada satu scene siap kereta terjun masuk longkang besar lagi dekat KL. Memang real je scene tu. Terus nganga plus jijik bila tengok longkang tu. Haha

- Family dalam cerita ni -
Kesimpulannya, adalah sangat berbaloi-baloi tengok movie nih. Jangan tak tau scene dalam Air Asia pun ado. Sangat membanggakan bila banyak suasana di Malaysia ditonjolkan kepada dunia luar. Tapi geram gak, naper lah tak tau dan tak mendengar berita langsung pasal movie ni.. Bila diorang shooting.. Bila Jay Chou datang Malaysia. Tau-tau je tengah ditayangkan di panggung. Kalau tak, boleh gak g jemput Jay Chou kat airport cas-cas fans konon. Eh tetiba lebih ke arah Jay Chou plak. Of course la. Nak buktikan he is on my list now adalah counting day saya kat tepi nih. Tanak dah jumpa Jackie Chan dah. Nak usha Jay Chou plak. Eh bukan ke Jay Chou dari taiwan ke?Haha.. pedulik! Kesimpulannya..saya memang tetiba rasa minat Jay Chou pun! Dia memang cool! Super Cool!

Sunday, February 5, 2012

:: Padang, Indonesia - Day 3 ::

Hari ni adalah hari terakhir di Bukit Tinggi. Kami breakfast menu sama dengan semalam. Hari ni ramai pengunjung hotel ni yang ada sama..So disebabkan ramai, breakfast hari ni disediakan seara buffet, walaupun menunya adalah tetap sama!

Kami dah settle berkemas barang semalam beserta dengan timbangan berat nya sekali in case kot terlebih berat. Dah laa duit yang tinggal ciput, mana nak korek untuk bayar luggage terlebih lak. Ni laa 1st time saya berjalan-jalan, ada balance duit dalam tangan setiap orang hampir zero! Dasyat giler penangan kain sulam bukit tinggi nih. Tapi lepas breakfast tu sempat gak kami singgah Pasar Atas lagi sekali disebabkan ada masa dan juga ada yang belum dapat apa yang dicari. Bahana betul! Last-last saya gak yang sempat merembat sehelai lagi kain. Hampeh!

Abis shopping semua, kami gerak dari Bukit Tinggi menuju ke aiport yang memakan masa agak lama jugak laa plus jammed. Waktu tu saya memang dah tak sedar pape dah. Tau-tau dah sampai kat Minangkabau Aiport. Selamat kami sampai. Then siap segala solat, check in di airport, masa untuk berangkat pulang dengan beban beg berkilo-kilos. Yang pasti bersama muka puas sengsorang yang sebelum perginya berikrar dengan tagline... 'NO SHOPPING!

Untuk saper-saper yang rasa nak pergi Padang, kami menggunakan Khidmat Raun Sumatera. Kami amik pakej 3 hari 2 malam all in tak termasuk duit shopping dan juga airport tax yg dalam 50000rp dan pakejnya hanyalah sebanyak RM280 (masa time kami pergi lah)...murah kan!

Adios!


http://www.raunsumatra.com/v1/

Address : Jl.A.Yani No. 99
Bukittinggi - West Sumatra - Indonesia

Tel : (+62-752) 21133 (hunting line)
(+62.812) 6602 898 (IND)
(+017 695) 0001 (MY)

Fax : (+62-752) 625171
Email : info@raunsumatra.com || raunsumatra@yahoo.com

Saturday, February 4, 2012

:: Padang, Indonesia - Day 2 ::

Kami sambung perjalanan hari ke 2 ke Ngarai Sianok selepas breakfast jam 8.30 pagi. Kami breakfast dengan nasi goreng + keropok + kopi panas. Boleh tahan lah untuk isi perut. Sebenarnya Ngarai Sianok ni adalah kawasan permandangan berlatarbelakangkan bukit dan ada ajuga deretan kedai-kedai menjual cenderamata dan telekung. Juga ada terdapat di dalamnya lubang yang digunakan oleh askar Jepun ketika perang zaman dahulu. Kami dioffer untuk masuk dengan bayaran sekian-sekian tapi kami menolak. Saya sebenarnya takder lah berapa suka sangat nak tengok sejarah perang ni. Cukuplah masa kat vietnam dulu dah merasa tawaf kawasan perang diorang.


Kat Ngarai Sianok ni kami just amik gambar, pose-pose Dewi Remaja dan...shopping! Ada la yang sibuk beli beg, lukisan yang dilukis dengan cat minyak, keychain. Macam-macam la cenderamata. Dah alang-alang jumpa.

Kemudian kami teruskan perjalanan ke tempat menyulam. Sepanjang perjalanan kami boleh lihat kawasan sawah padi yang cantik dengan latar belakang gunung. Cantik sangattt dowh! Then kami sampai ke Rumah Hajah Rosma iaitu pengasas sulaman di Padang ini. Actually Hajah Rosma ni dulu hanya buat sulaman untuk dijual tetapi disebabkan permintaan ramai kelas sulaman telah dibuka. Kelas ni bukan setakat warga Padang je yang datang menuntut tapi juga daripada Kelantan nun kat Malaysia. Diorang ada buat kerjasama hantar beberapa jumlah rakyat Kelantan untuk datang belajar sulaman di sini.

-Rumah Sulam hajah Rosma-
Masa kami sampai tu kebetulan tiada kelas menyulam hari ni. Kami sekadar ditunjukkan demonstrasi oleh salah seorang kakitangan di situ. Khusyuk tengok dia tunjukkan cara sulam dengan mesin jahit lama yang goyang-goyang tu. Nampak macam senang, tapi sebenarnya susah gak. Nak kena orang-orang yang tahan sabar je. Ralit!

Lepas dah puas melihat orang bersulam kami dibawa ke local home-industry iaitu Pisang Salai dan Kopi tradisional. Kami dijami kopi panas beserta ubi kayu. Nikmatnya! Lepas tamat aksi minum kami kemudiannya memulakan acara wajib iaitu, shopping! Sini kami beli serbuk kopi juga pisang salai. Kemudian siap merasa berpose-pose pakaian penganting minang! Haha..amik kesempatan betul!

-Pisang Salai + Ubi Kayu-
Selesai memborong tu, kami pun dibawa untuk lunch ke restoran tempatan yang terletak betul-betul kat sawah padi. Cantik! Banyak gak hidangan makanan di situ. Kami pun sempat jumpa beberapa family dari Malaysia yang sama datang bercuti di sini. Lepas makan, makanan belen siap dibaling masuk dalam sungai yang mengelilingi restoran tu. Lepas tu barula tau rupanya ikan daripada kolam tu juga lah yang dihidangkan kepada kami. Wekkk! Nasib saya tak makan ikan sepanjang stay di sini. Tetiba rasa kembang tekak! yekk!

Destinasi seterusnya, kami dibawa ke Istano Pagar Ruyong. Menurut pak supir, istana ni sekarang dalam pembinaan selepas terbakar disambar kilat sebelum ni. Kami tak dibenarkan masuk ke dalam pun, jus posing bergambar di luar je. Besar sangat istana ni. Kagum gak saya tengok seposen dua. Then kami teruskan perjalanan menuju ke Tasek yang mengambil masa agak lama iaitu kira-kira 2 jam. Even sepanjang perjalanan, permandangan keliling sangat cantik, tapi mata kami dah habis daya dah..Last-last semuanya pengsan tinggallah pak supir dengan pemandunya sajork.

-Istana Baso Pagar Ruyung-

Sampai kat Tasek, kami turun untuk amik gambar kejap jerk. Pastu tour guide cakap kita sekarang berada di highway sumatera. HIGHWAY?!! 2 lane jerk.. tapi itu ler jalan yang dorang panggil  highway.  Tour guide cakap guna highway ini ke Jakarta makan masa 42 jam. Masuk coaster masing-masing layan perasaan dan terlelap lagi. Then singgah sebentar untuk solat jamak sebelum teruskan perjalanan ke Pasar Atas Bukit Tinggi.

Sampai di Pasar Atas, tempat yang kami duk tungguh dalam pukul 4 petang lebih kurang. Kami diberi masa 3 jam untuk shopping sebelum berjanji untuk jumpa balik kat jam Gadang. Pasar ni tutup dalam lebih kurang pukul 7. So, kami pun mengambil peluang habis-habisan untuk cari aper yang belum dapat. Sebenarnya ramai dikalangan kami yang sibuk nak carik telekung. So masa kat sini memang banyak kedai laa kami redah. Saya punya target hanyalah FM ajer. Tapi seriyes laa.. FM di sini punyalah mahal. Sekeping dalam RM7. Mahalnya. Camner nak bali banyak-banyak gini! Kat Pasar atas ni mula lah ader adengan penghutang dan pemiutang. Mana yang bawak duit kurang yang konon tanak shopping tu mula la duk riki-riki pada saper yang tanak shopping. Nyesal lak tanam azam macam tu!

-Pasar Atas bersebelahan jam Gadang-

Penat shopping, kami dibawa untuk dinner di restorang on the way balik ke hotel kami. Kali ni kami merasa makan masakan Banjar. Nasib sedap! licin pinggan memasing.! Then kami balik ke hotel sambil buat kira-kira berapa kerugian hari ini. Siap-siap terus kemas beg untuk balik Malaysia esok.

Friday, February 3, 2012

:: Padang, Indonesia - Day 1 ::

Trip ni direalisasikan pada Disember tahun lepas sebagai penutup 2011. Wa pun tak tau camner trip Padang ni boleh wujud. Lepas 3-4 kali duk bersembang ngan officemate aka K.sue, tetiba tiket ON. Tu pun lepas tengok offer dari Air Asia rege RM45. Murah weiiii! Then, aper lagi..lepas riki-riki, hasut semua orang yan terlibat..kami senyum sampai ke telinga lepas tu. Sebenarnya ni adalah my trip yang bukan dengan GBS. Sesajer nak berubah angin. So Alhamdulillah, dapat rezeki merasa jejak kaki ke Indonesia untuk kali ke 4. Bermakna, kali ke 2 untuk tahun ni selepas Medan yang sampai sekarang ceritanya belum siap di karut lagi.

Kami bertujuh, gerak dari rumah subuh-subuh lagi. Dah siap buat web check in so tak risau sangat kalau sedikit lambat. Flight kami adalah pada jam 7 pagi. Sampai ni Minangkabau Airport pada jam 8 pagi. Ader beberapa masalah gak dekat kastam di sana. Meggi pun di checknya tau! Di keluarkan satu persatu barang daripada salah seorang ahli jamaah iaitu Ana. Saya dah lepas awal tanpa check, tunggu diorang kat pintu keluar aiport. Nampak laa masa tu ada signboard 'NORAINI AND PARTY'. Macam kelakar lak bunyinya kan.

Kami yang sedang berparty di Padang

Then kami jumpa tour guide kami, naik van diorang dan bermulalah sesi berkenalan. Van coaster kami agak selesa lah. Perjalanan menuju ke Bukit Tinggi pun still jauh lagi. So kami bersembang-sembang dengan tour guide tu. Dia duk terangkan macam-macam perkara berkenaan Padang juga bahasa masyarakat di sini yang banyak juga perbezaannya dengan Malaysia. Nasib awal-awal lagi dia dah minta maaf sekiranya terdapat gurauannya yang terlebih batas padi. Patut laa dia minta maaf, rupa-rupanya memang ada terlebih pun! Tapi ok laa, kitorang pun melawan balas terlebih gak. Heh..Tour guide kami ader gak pesan masa nak order minuman panas suruh minta gula diasingkan. Sebab kat sana kalau tak cakap, orang kedai akan bubuh siap-siap gula setengah cawan dalam air tu. SETENGAH CAWAN! Amik! Merasa balik Malaysia bawak penyakit kang.

Dalam setengah jam, kami sampai ke Restoran Lamun Ombak untuk breakfast. Wa ader pernah baca di blog, ada pembaca yang pernah datang ke sini komen yang roti canai dia keras dan nipis. Mula-mula macam tanak order la konon, tapi tetiba rasa lapar. Akhirnya semua order roti canai yang for me, rasanya not bad laa.. Memang keras tapi tu adalah pattern roti canai kat sini kot. Boleh la untuk alas perut!

Roti Canai + Kopi Panas

Lepas makan kami teruskan perjalanan menuju ke Bukit Tinggi. On the way, kat tengah jalan kami singgah ke air terjun Lembah Anai. Lawa air terjun nya. Kuat pulak deras airnya. Agak-agak ader tak orang berani mandi kat bawah air terjun tu. Sangat besar dan kuat. Wa comfirm tak berani! 

Air Terjun lembah anai

Lepas puas pose-pose next top model, kami dibawa ke tempat sulaman wanita kat kawasan tu. Aduhhh..cantik-cantik semua. Yang dekat patung yang dipamerkan pun semuanya cantik. Mulalaa rasa menyesal tak bawak duit banyak. At the end, wa gak jadi antara orang 1st yang sambar kain sepasang. Konon cita-cita menggunung, datang nak jenjalan je, tanak shopping. Choii! untuk diri sendiri.
Antara kain yang diperkenankan. Tapi tak mampoo
Bleh peluk patung pun jadi laa
Lawaa!
Permandangan sawah padi sepanjang perjalanan ke Bukit Tinggi


Lepas habis settle raba-raba kain kat patung (tak dapat beli sebab over bajet, kami dapat raba patung pun jadi laa), kami teruskan perjalanan menuju ke Bukit Tinggi. Then kami teruskan lagi perjalanan ke Bukit Tinggi yang mengambil masa selama 2 jam sebelum sampai ke Hotel Dymens untuk check in. Kami stay bertiga, tak perlu tambah katil sebab katilnya agak besar laa untuk kami. Lagipun kami semua kan kurus-kurus kering belaka! :-)
Petang kemudian, kami gerak ke Keluk 44 di Maninjau. Memang kami suruh masukkan dalam iterinery pasal keluk ni, sebab masa tengok kat blog...cantik je! Tapi tu laa datang tempat cantik tapi kamera tak berapa cantik, jadilaa separa cantik je. Jalan untuk ke Keluk 44 ni agak mencabar walaupun bukan kami yang drive. Kalau kami yang drive memang sah-sah terus masuk ke dalam tasik Maninjau yang terbentang luas kat bawah tu. Wa pulak duk kat seat belakang coaster. Memang terhangguk-hangguk laa jawabnya badan ikut gerak coaster tu. Tapi memang berbaloi la. 

Bila sampai je kat keluk yang paling bawah, kami naik balik sebab nak stop untuk minum kopi dan makan gospir (goreng pisang panas) sambil menikmati permandangan keluk. Cantiknya ciptaan Tuhan kat depan mata ni dengan sawah padi terbentang, plus ada tasik kat depannya dan juga gunung-ganang sebagai latar belakang. Fuhh...Idea nak amik gambar macam-macam tu dah ada dalam kepala. Tapi cuma bayangan je laa..Orang lain sibuk duk klik kamera berpose-pose ratu bersama dengan goreng pisang sekali. Nikmat betul hirup kopi panas dalam keadaan sejuk camnih.

Gospir
Tasik Malinjau...cantiknya ciptaan Tuhan!

Lepas lepak dalam sejam kami teruskan perjalanan balik ke hotel. Sebelum tu kami singgah dinner di salah sebuah restoran berdekatan dengan hotel. Makan masakan Padang dengan jus avocado + coklat yang sumpah tak boleh diterima oleh my tekak langsung. Persembahan air tu sebenarnya sangatlah menarik, tapi bila masuk tekak...huhu....cuma ckucin je yang habis segelasnya. Yang lain just rasa-rasa hujung lidah je.

Kanan atas : Es campur - macam ABC laa..tp takder lah se best ABC

Lepas kenyang perut suka hati kami balik ke hotel. Ingat tanak mandi je sebab sejuk. Heater plak tak berfungsi langsung. Tapi memandangkan orang lain semuanya mandi terpaksala saya mandi dalam keadaan gigil. Lepas siap semua nak tido...tak dapat disebabkan kebisingan suara orang karaoke. Nak kata tak sedap macam sedap, tapi nak kata sedap sangat tuu..boleh laa...kemudian tak sedar pukul berapa dah zzzzzz..