Sunday, November 18, 2012

:: Perth - The Gap and Natural Bridge, Albany. Amazing!

24 August 2012  *sambung dari sini..

Pagi ni kami bangun awal. (Pernah ke tak awal?) Plan hari ni nak ke satu tempat yang paling aku tunggu-tunggu sejak sampai kat Perth ni. Banyak gak review pasal tempat ni yang aku jumpa walau tak sebanyak tempat-tempat lain yang lagi popular kat sini. Mungkin sebab jauh kot dari Perth City. Tetapi sesiapa yang travel lama ke Perth boleh lah ke sini. Tak rugi punya!

Aku kesian sebenarnya travel dengan kanak-kanak ni. Bukan aper, sebab dia terpaksa ikut time orang tua..kena bangun awal laa..kena duk dalam kereta lama-lama berejam..kena rushing semua. Sian weh! Tapi nak buat camner, dah mak ayahnya bercita-cita tinggi..nak bagi early education on how to perabis duit loan belajar esok-esok untuk berjalan, walaupun anaknya tak tahu satu hapa..so aku nak cakap aper kan!

So pagi ni, memang pukul 5.30 pagi kami bangun. Aku macam biasa, jadi antara terawal sebab aku kena didik perut aku ni supaya berhemah kat tempat orang yang susah nak dapat toilet berpaip nih. So, selepas semua dah siap, kami gerak ke The Gap yang terletak di Torndirrup National Park, Albany dalam 4km tak jauh dari Amity Inn.



- Welcome! -
Kami sampai awal dan maybe kitorg lah kot yang ada kat situ pada waktu tu. Memandangkan Nuha kena kejut tido awal hari ni, dia sambung tido dalam kereta. So sebagai mak bapak yang bertanggungjawap, salah seorang kenalah tunggu dalam kereta, sementara yang takder anak ni dah selamat bertempiaran tak hengat dunia.

Aku speechless ok! Tempat ni adalah heaven! Nangess...


The natural bridge formation ni adalah reminder of the power of the ocean. Ia adalah formation yang terjadi daripada pembentukan granit yang disebabkan oleh tolakan laut yang kuat secara beransur-ansur sehingga membentuk satu jambatan batu yang besar. Very the big!

- Rasa nak ke sana tapi tak dapatt! -
- Ombak besar tengah mengganas -
- Kadang tengok macam kat Uluwatu, Bali -

Tempat ni totally adalah combination batu, laut dan pantai..terletak di the edge of Antartica. Kat sini, tak payah susah-susah korang nak carik bunga-bungaan ke. Takder. Kot tak tahulah masa autumn nanti camner. 

Disebabkan pembentukan bridge tu, maka kat bawah tu adalah satu lubang besar yang mana boleh lihat jelas gelombang ombak yang kuat terhempas di bawah tu. Sesekali aku rasa gerun diselang seli dengan rasa kagum bila tengok keadaan tu. Besarnya kuasa Allah!

- Tengah tenung-tenung, camner lah boleh bercantum -
- Buat-buat berani -

The Gap and Natural Bridge adalah terletak di kawasan pantai yang berisiko. Maknanya pelawat haruslah berhati-hati, kena jauhkan dari kawasan pantai, tak boleh dekat-dekat sangat jalan kat tepi-tepi, sebab batu-batu kat sini licin ditambah pula dengan angin dan ombak yang kuat. Batu tu dah laa tinggi daripada laut tapi boleh rasa air laut terpercik kat muka. Bayangkan kuatnya ombak tu..dan rasa nak terbang je kena tiup angin walaupun hakikatnya aku tak slim mana pun!

Nasib ler Nuha tak datang, agaknya boleh melayang kot dier..huhu..

- Us -
Ada platform disediakan disini untuk pengunjung lihat superb view dalam keadaan jarak yang selamat. Anyway, kesan daripada anugerah Allah ni, dapat lah kitorang lihat permandangan yang sangat cantik dan menakjubkan. Kalau sesiapa yang sukakan permandangan, boleh lah ke sini. Memang tak rugi, walaupun kena drive jauh. Takat ni aku rasa, setiap tempat yang aku selamat sampai di Perth ni semuanya berbaloi. Hilang segala penat drive jauh-jauh walau hakikatnya bukan aku yang drive. Eh, even aku tak drive, peranan aku penting gak..jaga beg-beg kat seat belakang. Penting tuu!

Tentang Natural bridge ni, yang aku baca kat google, tempat ni worth kalau datang masa winter la. Untung-untung dapat lihat whale melambai-lambai kenyit mata dari jauh. Tapi masa aku pergi ni takder lah nampak, maybe diorg belum bangun tido lagi kot. Giler awal kitorg datang nih, takder orang lain pun lagi kat kawasan tu. Tu yang melompat lebih tinggi tuh!
- Aksi wajib -

- Merenung masa depan di The Gap -
2 jam berada di The Gap, tak cukup rasanya. Kalau lah ada banyak masa, nak je stay sehari suntuk kat situ. Arghh..kena datang lagi nih. Sebelum ni aku bayangkan Perth adalah sekadar shopping je, tapi hakikatnya sangat besar dan sangat banyak untuk dilawati.


- Mamat ni tengah feeling..'Adakah aku akan grad tahun ni? -
- Sesekali mama Nuha feeling Titanic -
- Siapa gagah?? -
- Bapak orang. Duk diam-diam dah ler..jaga anak -
Dengan berat hati, kami gerak daripada The Gap menuju ke next destination. Tempat yang kami nak tuju adalah sangat jauh lagi, dalam 4 jam. Sempat singgah di Middleton Beach cuci-cuci mata tengok mat saleh mandi. So far, beach ni aku rasa biasa-biasa je kalau nak compare dengan pantai kat Rottness. Middleton beach ni macam pantai kat rumah aku je aku tengok..haha


9 comments:

  1. Mmg betol, kt Perth ni mmg byk tmpt2 yg best utk kita tgk....aku rasa 8 hari solid kt Perth mmg puas hati la kot... ;)

    ReplyDelete
  2. drop by here.. untung pergi sini waktu cuaca okay.. waktu saya datang.. angin sangat kuat and yeah.. lagi gerun, takut jatuh.. huhu

    Me at Albany :)

    ReplyDelete
  3. John..memang tak cukup pun..8 hari tu pun mmg kena manage betul2..kasik penuh..bestnya...rasa nk pergi lagi je!

    ReplyDelete
  4. Nina..tq dtg sini.. Sy dh tgk gmbar awk..mmg nmpak kuat giler angin tu..masa sy pergi even cuaca ok pun, sekali angin tu dtg..rasa mcm nk tercampak je, ni lagi kan cuaca time awak pegi..

    tapi best kan! Jom pergi lagi!

    ReplyDelete
  5. MasyaAllah. This is totally a must go place. Cantik sangat. As for me, yg tengok through your pic pun rasa gerun jugak. But worth going!

    ReplyDelete
  6. Zara: pergi jgn x pergi.. walaupun xde permandangan bunga-bungaan..batu batuan sini sgt mengagumkan..superb kejadian Allah!

    ReplyDelete
  7. wow..pic semuanya cantik2....

    ReplyDelete
  8. bergambar macam retis siot.. hahhahahaha..

    ReplyDelete
  9. Jelesss...
    Yg benar
    Ptptn bleklist

    ReplyDelete