Thursday, November 1, 2012

:: Perth - Albany Wind Farm, The biggest Wind Turbine I've Ever Seen!

23 August 2012  *sambung dari sini..

Kami sambung bergerak masuk landasan jalan raya balik, menuju ke Albany. Masa tu dah pukul 12 tengahari. perjalanan ke Albany mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sejauh 370 km. Masak okeh. Nasib baik lah si Nuha tidur dengan amannya dan aku pun selamat belayar, tau-tau dah sampai di tempat penginapan kami malam tu, Amity Inn di Albany.

Kami booking hotel ni thru Agoda.com dengan harga AUD144 untuk 5 dewasa. Tapi kami diberi 2 connected room yang sangat selesa even without complete kitchen macam kat Margaret River tu. Okay laa kan..Bed ada 3 bijik tiap bilik, so tak payah berebut, memasing dapat tidur bawah.



Waktu tu baru pukul 5 petang. Selesai solat kami bergerak ke Albany Wind Farm dalam keadaan cuaca sedikit hujan. Dekat je dari hotel kami, lebih kurang 15 minit dah sampai. Masa tu hari dah pun beransur gelap sebenarnya.



Dari jauh nampak Wind Farm ni sambil kami ternganga disebabkan kekaguman yang amat. Di sini terdapat banyak parking untuk park kereta dan tiada bayaran masuk dikenakan.





Albany wind Farm ni sebenarnya adalah one of the newest Australia's largest farm. Ia adalah energy project yang melibatkan 18 wind turbin yang besar gajah untuk supply electricity kepada bandar Albany. It was amazing untuk tengok turbine yang besar bersaiz lebih kurang 70 meter ni berpusing-pusing depan mata dengan mengeluarkan bunyi 'swoooshhhh...swoooshhhh' dengan kuat. Nak bercakap pun kena terjerit-jerit disebabkan kebisingan bunyi turbin berputar ditambah dengan bunyi angin yang kuat.





Wind Farm kat Albany ni boleh masuk tengok dekat-dekat. Cuma tak boleh sentuh sebab sekelilingnya adalah pokok dan semak samun yang disertakan sekali papan tanda warning tentang kehadiran binatang tak berkaki di sekitarnya. So tak perlu lah kita carik pasal ye.

Masa ni Nuha tengah tidur, so kami tinggalkan dia dengan ibunya yang harus menerima keadaan yang kami berjalan dengan budak kecik yang tentunya ada limitation. 

So sementara kami berhungga bingar tak tentu arah excited tengok kipas bilah besar, dia terpaksa lah menemankan Nuha tidur dalam kereta. Dalam lebih kurang 20 minit barulah bapaknya tukar shift jaga. Masa tu suasana dah makin gelap. Ibunya si Nuha boleh ambik feel sekejap je laa.

Yang pasti sangat excited dapat tengok kipas yg lagi besau dari kipas kapal terbang nih...Malam tu aku mimpi bleh panjat sampai ke atas bilah tu sambil berpusing..tau-tau..aku dah jatuh katil je..adehh..



Hoyeaaahh!!

11 comments:

  1. kalau main sim city,menatang ni aku buat dulu,sebab no co2 dilepaskan.teringin jugak nak tengok dengan mata sendiri,tapi tak bahaya ker kalau tengok dekat-dekat? melayang ker :)

    ReplyDelete
  2. banyaknye kipas nih, dh mengalahkan holland jek hahahaha.. tunggu tiket murah ke perth plak pas ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. telan air liur aje la...lambat terkedek2 nak update...cepat lah...

    ReplyDelete
  4. Orga: Tak melayang pun..tp rasa mcm tengok gergasi je..bapak besar dengan bunyi bising nya...fuhhh

    ReplyDelete
  5. Chawanna: Mmg banyak..Kt emu pun ada gak..tp tu xleh tengok dekat..yg ni boleh laaa...cuma seramm tengok pokok tebal keliling...

    Mama Raisa: saya bz ngalahkan menteri okehh! Haha..

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa bila ko ckp bunyi woooshhhh! wooosshhhh!!! wooossshhhhh!

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. YA ALLAH best nya.. wish one day boleh sampai... mana tau lah kannn.. INSYALLAH...

    ReplyDelete
  9. Jatuh katil yg xleh tahan tu...hahaha~

    ReplyDelete
  10. John: woooshhhh! wooosshhhh! tu mmg real bunyi macam yg aku taip tu...rasa mcm bilah kipas tu mcm nak terbang melibas kitorg je!

    ReplyDelete
  11. Siti R: Siyes jatuh..sgt feel rasanya..huhu

    K.Yan: Insyaallah...ade rezeki sampailaa nanti...doalah banyak2 :-)

    ReplyDelete