Friday, October 19, 2012

:: Pesanan Khidmat Masyarakat dari Nuha

Sekali lagi, aku bukan ambassador untuk mana-mana produk dan jauh sekali jadi ambassador untuk apa yang aku nak cerita nih. Tapi disebabkan mende ni ada lah sangat berfaedah dan free.. diulangi adalah FREE, aku rasa bertanggungjawab nak war-warkan.

Untuk yang tak tahu Uitm dah bukak application untuk sambung ke Pascasiswazah, yakni Master Chef dan PHD. So untuk sesiapa yang rasa nak masuk, berkeinginan untuk tambahkan koleksi sijil dalam file, atau pun yang banyak masa terluang tak tahu nak buat apa.. ni lah jalan penyelesaiannya. 

Iklan untuk sambung study ni aku tau, bukanlah menarik perhatian pun, bukanlah penuh kehangatan macam iklan tiket flight jatuh merudum. Yelah, sambung belajar, saper yang suka kan. Lagi la tengah musim-musim Air Asia jadi pujaan nih. Tapi takper, untuk sesiapa yang berminat, apa yang aku nak bagitau, korang boleh sambung master atau PHD dengan Free.

Free bukan sebarang free. Free adalah syarat dan peraturannya. Sekarang ni untuk sesiapa yang belum tahu, kerajaan ada memperuntukkan dana atau geran atau scholarship untuk pelajar-pelajar master dan phd yang bekerja swasta. Ye, tak kisah lah gaji korang 10k ke... 1k ke, tidak bekerja pun buleh, korang layak mintak.

Nama program ni adalah myMaster dan myPHD dia bawah program myBrain15 di bawah MOHE atau Kementerian Pengajian Tinggi. Tiada had limit umur, tak perlu cgpa mencecah awan, bukan bermajikan dengan 'Najib', layak di mana-mana universiti yang terpilih, asalkan berminat untuk study, On je.

Actually myBrain15 ni cover overall yuran, tapi ada limitnya. Dia kasik 10k sahaja untuk total. So in case sedara sedari sambung kat UM contohnya, ambik MBA dan yuran adalah 25k, maksudnya lagi 15k sila tanggung sendiri. Tetapi sekiranya anda sambung di MBA di Uitm dan yuran adalah 9k, meaning yuran akan dicover sepenuhnya dengan syarat cgpa anda adalah mantops every sem dan takder buat perangai like panjat gate asrama untuk menonton wayang. Untuk details sila klik di link myBrain15. Link kalau rasa nak sambung ke Uitm adalah di sini.

Sesiapa yang berminat, sila apply ssecepat mungkin sebab offer ni luput pada 2015. Duit peruntukan daripada gomen adalah masih ada dengan banyaknya, sila lah kawan-kawan guna daripada membazir begitu sahaja. Orang dah nak kasik free kan!

So, selamat berfikir, selamat menimbangtara, selamat berputus keputusan, selamat menempuh dunia baru. Pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh.. 



  ~ nuha Gangnam style ~

9 comments:

  1. Serius free?? Bagusnya...tapi saya dah malas nak blaja...camne, ek? Ruginya rasaa :P

    ReplyDelete
  2. welcome to d'club!ahaha...syok wo jadi student, dapat diskaun sana sini & voucher buku 1M'sia :)

    ReplyDelete
  3. seriously free cik siti..so sila jgn lepaskan peluang ini...pihak mohe bersungguh2 srh student apply tau! punyalah nk kasik...

    ReplyDelete
  4. orga: tu laa.. dapat diskaun banyak..even nk makan kt seoul garden pun ade diskaun...huhu!

    ReplyDelete
  5. full time atau part time?? and semua course ke yg di offer?

    ReplyDelete
  6. Dua2..full & part time. Sila tengok syarat di sini.. https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php

    ReplyDelete
  7. tq for the info...cadang nak sambung master dalam engineering kat UM or uniten

    ReplyDelete
  8. saya cuma mahu buat master in travelling sahaja hahahah cam ne tu?

    ReplyDelete
  9. Hulubalang: Gud Luck ye!

    Intanaziela: Bukan nk buat master untuk merapatkan hubungan Adam Mukhriz ngan Ain Hawani kah??

    ReplyDelete