Wednesday, October 3, 2012

:: Perth : Heaven Margaret River Chocolate & Awesome Cape Leeuwin

23 August 2012  *sambung dari sini..

Disebabkan siang di Perth agak pendek, aku selalu bangun awal. Lagipun kitorg punya planning tiap-tiap hari sangatlah full. Lagi laa adik aku anak beranak ada masa 4 hari je untuk jelajah macam-macam tempat di Perth ni. Biasanya kalau tempoh 4 hari standard boleh khatam Perth city je. Tapi diorang ni cita-cita tinggi. So harus perlukan pengorbanan di situ.

- Budak ni bangun awal selepas penat buat konsert semalaman -
So, disebabkan ini first day kena kongsi satu toilet dengan lagi 4 dewasa, kenalah bangun awal. Nak beramas mesra dengan toilet lagi, nak prepare breakfast, nak packing...fuhh..bizi. Kat KL pun aku tak pernah bangun jam 5.30 okeh. Bangga dengan pencapaian diri sendiri.

Hari ni kami breakfast NASI! Nasib baiklah jumpa beras di pasaraya IGA semalam. Maklumlah..tekak Melayu. Rasa gigil je 2 hari tak nampak nasi. So menu hari ni adalah nasi berlaukkan kari Berahim. Eh aku baru tau beras boleh dimasak dalam microwave je. Aku main taram je letak dalam bekas, tuang air kemudian..."Eh jadi nasik!" Sumpah..berseri-seri muka kitorg bertiga yang sampai awal di Perth ni rasanya lepas makan nasi. Huh..

Suasana di Margaret River waktu pagi sangatlah menawan. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi aku suka sangat tengok view bandar ni. Tenang je. Cuaca pagi tu pulak amatlah mencengkam dada. Sejuk yang amat. Aku rasa hari ni lah yang paling tersejuk sepanjang aku di Perth. Hidung pun dah start berdarah sampai lah ke hari balik. Maklumlah stock-stock hidung Mat Saleh kacuk Arab kann, sensitif sikit (tipuan semata-mata). Haha..

- Kami rakyat Malaysia! *tetiba... -
- Margaret River -
Menyesal masa tu tak prepare long john awal-awal. Ingatkan kebal lah konon. Fikirkan kat Guilin aku boleh tahan, inikan pulak kat Perth. Si Nuha selamber je dia tak pakai sweater pagi tu sebab bapaknya dah pakaikan long john kat dia. Long John budak rege RM170, kalau tak cover sejuk gak haruslah Winter Time kena paksa tutup!

Settle packing, kami check out dan terus menuju ke destinasi. Hari ni rasa semangat berkobar-kobar. Sebabnya..tempat yang dituju adalah kilang coklat!

- Nak cuba laa nih! -
Yep, kami ke Margaret River Chocolat Factory pagi-pagi buta. Agaknya kitorang adalah 1st customer kot hari tu. Sebab tak nampak orang lain. Actually kalau ikut plan asal kami suppose datang sini petang semalam. tetapi disebabkan terlewat sampai di Margaret River dan kilang pun dan tutup, kami terpaksalah postpone hari ni. So terpaksa kami patah balik jalan naik ke atas sedikit, sebelum turun balik ke bawah. Nak buat camner, adalah rugi sedikit masa, minyak, duit, tapi bila lagi nak datang kan!

Tapi sesungguhnya..heaven giler bila masuk kat sini. Tapi kalau duit penuh poket lagi la heaven. Dengan boleh merasa coklat sesuka hatinya macam kilang ni Pn Fatimah yang punya. Aku rasalah, aku makan coklat free lagi banyak daripada yang dibeli. Kami makan coklat macam makan nasi! Selamba je ambik genggam dengan tangan, masukkan dalam mulut. Marvellous!

- Yang kuning & hitam sebekas besar tu adalah untuk dirasa okeh. So rasalah puas2..tak jumpa dah pas ni.. -
Kat sini semua yang berasaskan coklat ada. Daripada coklat asli yang boleh dimakan hinggalah kepada sabun mandi coklat yang tak boleh dimakan.Macam-macam rupa, macam-macam bentuk, macam-macam harga. Macam kena bagi drug je perasaan aku bila berada dalam kilang ni. Khayal seyh!

Sedih tak boleh berlama dalam ni. Setelah puas test merasa coklat free dan beli sikit sorang, kami gerak sambung jalan ke Cape Leeuwin Lighthouse di Albany. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 70km dan mengambil masa dalam sejam untuk sampai.

On the way tengah jalan nampak port cun. Dan jumpa lagi burung berkaki itik ni..

- Burung ni kelass laa.. macam tau-tau je orang tengah ambik gambar dia! -
Bila dah sampai, hujan renyai-renyai. Sedikit kechewa masa tu. Owh..bukan sedikit...tapi banyakk! Then, aku wat bodoh..kuar je dari kereta dengan si Sashi Kapoor, ambik gambar depan entrance sambil berpayung. Memang macam hindustan mulanya.

- Hujan renyai-renyai masa ni -
Sekali tak sampai beberapa minit, hujan berhenti. Dan tetiba sekitar Cape Leeuwin jadi cerah. Apa lagi, angkut si Nuha yang tengah tidur tu, bayar entry fee AUD5 per head then..kajaaaa!

- Muka terkejut kena paksa bangun tido -
- The Price -

- Pirate of Carrebean -

Oh my.. Subhanallah! Rezeki kami hujan berhenti Tuhan nak bagi tengok ciptaan-Nya. Cuaca selepas hujan adalah sangat superb! Cantik sangat. Bukan semata-mata Rumah api yang dapat kami tengok. Tapi juga kawasan laut di sekeliling lighthouse ini yang mana kedudukan Cape Leeuwin adalah berada di mana 2 lautan bertemu. Iaitu pertembungan antara Lautan India dan Lautan Selatan.

- Mereka telah dipertemukan di sini oleh-Nya -
- Nampak takk, laut tu tengah bertembung! Aku tak nampak pun...haha -


Untuk yang berminat boleh lah kalau nak panjat naik Lighthouse ni dengan bayaran. AUD17, agak mahal la bagi aku. Cukuplah kalau aku dapat tengok sekeliling lighthouse ni je. Dah cukup puas hati.

- Sesekali mama si Nuha nak interpreme -
- Moh balik! -
Lebih kurang sejam setengah tengok kiri, tengok kanan sekitar lighthouse ni, kamu beransur. Macam biasa, bila ada budak kecik ni, kena sedar diri sikit. Kalau pergi sendiri, haruslaa aku berlama-lama kat sini. Ambik feel movie Korea 'Postman to Heaven' feeling-feeling aku pempuan tu dengan si Jaejoong postmannya. Okeh, out of topic!

- Yeayy! -

14 comments:

  1. rindunya aku kat perth. mmg kan kalo kat msia mmg jgn harap ler nak bangun 5.30 pagi! hahaha. what to do. rugi jela bangun lmbt2.

    cape leeuwin tempat yg aku paling suka skali kt perth. tenang je rasa. kalo rase stress dgn keje, boleh layan dtg sini sambil2 tgk ombak. wahhh berangan dah nih! hahaha.

    ReplyDelete
  2. Dah nama kaki berangan kan...kena lah berangan baru mencapai kejayaan..

    Aku pun suka kt Cape Leeuwin ni...rasa nak duk satu hari..sgt best! Anyway, Perth mmg banyak tempat2 yg cantik...mmg kalau dtg sini kena dtg lama2!

    ReplyDelete
  3. kannn! sgt! aku tak puas pegi pinnacles. kalo ade rezeki pegi lagi aku nak cover sampai albany dan wave rock skali. kat city xde ape sgt.

    ReplyDelete
  4. Mengancamnya tgk coklat2 belambak2 mcm tu.. ha a..aku yg tak sampai lagi pn dh teruja tgk perth lawo cam nih!

    Weh anak sapa yg comel tu? anok sedara mu ke?? comei banggat!

    ReplyDelete
  5. John: yep..kt city xde ape..tp outback Australia mmg superb! Scenery nya sgt marvellous..
    Aku paling suka di Perth the gap and natural bridge kt albany..tp part tu lom masuk lg...aku rasa tempat tu sgt ajaib...haha

    ReplyDelete
  6. Naa : Coklat free tu lg mengancam sbnrnya..diorg xde kesah pun nk kaut bnyak mana..heaven tol!

    Tu anak sedara aku..budak xtau pape..mak ayah dia angkut skali..tu yg blur je muka

    ReplyDelete
  7. pandainya depa boleh bezakan 2 lautan, kagum !! ada nampak beza yang sesangat ker 2 lautan tuh? apsal aku rasa ayat aku macam tak tersusun jer nih...

    ReplyDelete
  8. blogwalking. happynye dapat jumpe ramai traveler 8-) anyway awesome pic!

    ReplyDelete
  9. Orga: Tu laa..aku pun xnmpk beza..ade laa tu kot kajian diorg, kire ukur lilit laut tu camne...huhu

    ReplyDelete
  10. Syafiqakarim : Samalaa.. :-)

    Bolat: (nama cute). Tq..Best baca citer sume org kan.. banyak lg tempat kite ni tak tahu rupanya..

    ReplyDelete
  11. Nak tya mcm mana nk balik ke airport masa flight blk? Tiket fight kan 6 pg lebih, pg2 ada ke transport nk kesana?

    -nas-

    ReplyDelete
  12. Nas,
    saya sewa kereta direct dari airport..so naik kereta tu jugak laa...ke airport dan hantar kat sana..

    ReplyDelete