Saturday, October 6, 2012

:: China's Gorgeous & Unique Red Beach, Panjin

Aku pernah cakap sebelum ni, aku suka China. Bukanlah sebab aku diupah oleh kerajaan China untuk puji negara diorang tapi hakikatnya aku memang suka negara China. Specifically, aku suka permandangan di China yang bagi aku China ni antara negara yang mempunyai tempat-tempat yang boleh dikategorikan antara the most beautiful places in the world. China mempunyai tanah yang maha luas dan begitu banyak tempat-tempat yang cantik dan belum diterokai sepenuhnya oleh rakyat dari luar.

Walaupun aku tak habis pun tawaf China dan walaupun rezeki aku berkunjung ke China hanya cenonet, tapi daripada apa yang pernah aku nikmati, pernah aku tengok, pernah aku rasai, aku memang jatuh chenta kaw-kaw lah dengan tanah besar ni.

Personally, aku tak suka mana pun pergi tempat-tempat yang ada gedung membeli-belah besar gajah, yang ada sale giler-giler, yang jual baju bajan sekalian. For me, aku rasa lebih teruja untuk tengok tempat yang ada view yang boleh buatkan aku speechless walaupun hanya untuk beberapa saat. Permandangan berlatar belakang kan gunung-ganang, pokok pokak yang berwarna-warni, lautan yang maha luas, langit membiru, sungai yang mengalir indah....aduh aduh...bikin hati gua terkulai di situ.

Okeh, itu mukadimah yang panjang. Aku sebenarnya nak cakap, aku teringin nak pi sini. Aku dah baca, aku dah study, dah riki-riki, usha-usha, dah berangan sambil tersenyum sorang-sorang, sambil buat kira-kira dan filter jadual time table bagai. Tunggu rezeki Air Asia masyuk je yang entah bila.





Eh korang tak rasa ke tempat ni macam gorgeous nak mampus? MasyaAllah dan Subhanallah okeh. Tuhan cipta semua tempat ni tanpa kita duga, tanpa kita sedar akan kekuasaanNya. Oh my, aku tak tido malam 2 hari lepas tengok gambar ni (ini aku tipu).




Gambar-gambar cilok di atas adalah Red beach yang terletak di Panjin China, 550km dari Beijing. Kena naik bullet train dari Beijing dalam 3 jam setengah kalau nak sampai sini cepat. Musim paling sesuai adalah tak lain tak bukan, Autumn in my heart. Yakni the best is September. Kalau pergi selain daripada musim tu baik pergi ziarah kat padang ragut kat kampung-kampung je sebab masa tu rumputnya adalah kaler ijau. Dan yang kaler merah tu sebenarnya adalah rumpai laut yang berubah. Ni agak-agak kalo gamble pergi weekend je jalan tak aa? Grrrr...

*Tetiba rasa macam nak hafal lagu Zheng Fu Shila Amzah nyanyi..

14 comments:

  1. Ha a memang cantik tempat ni, penah gk aku tengok gambar kt mana tah, boleh la terjah beramai2 nanti kekekek..

    Aku masih belum tawan China, insya Allah dlm masa 1-2 thn ni, sb tahun depan dah ada plan lain pulak ;)

    ReplyDelete
  2. "Aku dah baca, aku dah study, dah riki-riki, usha-usha, dah berangan sambil tersenyum sorang-sorang, sambil buat kira-kira dan filter jadual time table bagai"

    Hahahaha... sebijik mcm aku kalo dah setat berangan nak pegi tempat baru ... :D

    Tempat ni mmg lawa kan .... sebak tengok gambo2 ni sebab lawa sesangat ...

    ReplyDelete
  3. Betul ni ko bukan spy dari china?... Rasa was was je bile baca statement ko suka puji china sejak dulu lagi... Emmmmm... Ada udang sebalik mee tarik ni.....

    ReplyDelete
  4. Naa..ko dh tawan swiss.. tu pun dh saangat heaven dah!

    ReplyDelete
  5. Azraa..lawa kann..so ape lg..jom kite kejar AA.. aku tgh syok berangan nih!

    Ckucin:standard laa..ade skandal di china..so haruslh puji lebih!

    ReplyDelete
  6. ye ke? boleh percaya? ntah2 ahli kongsi gelap from beijing kakakkakaka

    ReplyDelete
  7. Mama Raisa: Shhh...kot ye pun tau rahsia...slow2 laa sikit..kang dah tak dpt tajaan pasni...merana okeh!

    ReplyDelete
  8. Wow...cantik2...boleh masuk wishlist nih.

    ReplyDelete
  9. So kiranya skandal itu boleh membawa ke nasi minyak celebration ker??? hehehehhee

    ReplyDelete
  10. Sori..nk tya sokln yg kurg cerdik sket...sy trbc crite psl trip korea tu...korg seme bwk bgpck kn...bgpck besaq cmtu blh msk cabin ker check in luggage?

    ReplyDelete
  11. Anoy: Bagpack tu kitorg ambik luggage..xmuat ler..berat bag dlm 8-10 kg..xlepas masuk tuu

    ReplyDelete
  12. ckucin: skandal suam2 kuku je..motip! mau dikejar dgn pnFatimah dgn penyapu??

    ReplyDelete
  13. Subhanallah. Kind of speechless bila tgk gambar-gambar tue. Never heard about this place before! Tapi gile best! Oh ya, i bet I've missed a lots of your entry. Tengah baca one after another entry nie. * Nak hafal lagu Zheng Fu pas tue shoot videoclip dekat sini pun cara gak. :D



    ReplyDelete
  14. Zara: Yes..Subhanallah kan! Memang cun ler video klip tu kalo shoot kat sini...
    Uishh..biler lah dapat rezeki nak sampai sini nih..doa je laa kita...mudah-mudahan kan!

    ReplyDelete