Monday, September 10, 2012

:: Perth - Rottnest Island (WA's Best Kept Secret)

21 Ogos 2012  *sambung dari sini..

Hari ni bangun awal. Ada misi besar. Sangatlah besar. Sebab duit dah dibayar. Dan kalau tidak dilaksanakan misi nih, bakal menimbulkan kerugian lerr..

Selepas bersiap ala kadar, kami berjalan kaki sepantas kilat menuju ke station train untuk ke Fremantle. Memandangkan sudah sedikit tersasar dari waktu, kami terpaksa berlari-lari anak dan ayah pagi-pagi buta ni disebabkan ketakutan yang amat sekiranya ditinggalkan ferry. Nasib baik ngam-ngam pukul 7 pagi kami sampai di Terminal jetty B-Shed yang terletak bersebelahan dengan E-Shed Market. Hari ni kami nak ke Pulau Tikus! Yeah!


Sebenarnya Pulau Tikus atau nama popularnya Rottnest Island atau 'Rotto', called by the locals ni bukanlah agenda utama asalnya. Tetapi ntah camner terjumpa blog yang authornya dah sampai sini, nampak cun sesangat. So, kami terus buat penempahan ferry online daripada Rottnest Express.

Ada pilihan 2 Terminal jetty untuk ke Rottnest ni. Kami naik di Terminal B-Shed, Fremantle dan satu lagi adalah Terminal Barrack Street berdekatan dengan Swan Bell tu. Kami pilih untuk naik di Fremantle ni sebab senang nak naik train dari Beatty Lodge. 

Ada 2 jenis ferry under Rottnest Express. Yang kami naik adalah ferry tertutup, 2 tingkat ada aircond bagai, tapi tetap speeding macam bot laju. Untuk sesiapa yang berhajat ke sini, better book awal lah sebab biasanya kalau peak season dan anda berlengah-lengah beli, kena berenang laa jawabnya.

- Rottnestexpress.com.au -
- Langit gelap gelita + Angin kuat. Macam nak terbang ditolak angin! -
Lagi satu pilihan untuk anda yang tiada heart attack atau sebarang penyakit yang boleh mempercepatkan kematian, boleh lah kalau nak cuba ‘MegaBlass’ ferry to Rotto, bot laju yang tak bertutup tu. Just tambah AUD10 for return, boleh lah kalau rasa nak test adrenalin sendiri. Tapi ferry tu operate late September and above je. Diorang pun taknak lah cari pasal gak bawak visitor musim winter macam sekarang ni yang lautnya macam mintak nyawa je tuh!

So, untuk menyenangkan, kami book tiket ferry sekali dengan basikal sebab kononnya bercita-cita tinggi..nak khatam pulau ni dengan berbasikal je. Kebetulan harga tiket ada promo, so total harga ferry + bike untuk 3 orang dewasa plus gov tax ialah AUD207. Tiket Ferry adalah AUD40 (dah diskaun AUD25) dan bike ialah AUD28. Kalau sewa basikal berasingan lagi ler mahal. Boleh tengok rate nya di sini.

Kami beli tiket paling awal iaitu pukul 7.15 pagi dan tiket balik paling last iaitu pukul 4.00 petang dengan harapan pulau itu berjaya kami takluki.

- Rotto Map 22 km total..fuhh -
Boleh je kalau anda nak sewa basikal bila dah sampai sana, tapi kami mengamalkan konsep malas dan buatnya kat sana tak cukup basikal, harus separuh nyawa la kami kena tawaf jalan kaki. So, untuk selamat..book online dan print pass, tunjuk je masa nak naik ferry nanti.

Cuaca di jetty masa tu agak mendung dan sejuk yang amat dengan angin yang super duper kencang. Cuak gak bila tengok langit. Kebetulan hari ni aku just pakai jacket biasa je, takder bawak baju tebal pun. Habisslaaa!

- Langit mendung berarak seribu -
Bila ferry dah sampai, si SK dan Kupha duk kat luar di bahagian belakang ferry, sebab nak hirup udara luar katanya. Aku jelaa yang gatal masa tu konon duk dalam. Plannya bila dah bosan nanti baru nak kuar. Sudahnya, bila ferry start jalan, tak boleh nak bangun keluar sebab bergoyang kuat. Dan akhirnya bila sampai ke Rottnest, muka ni pucat lesi, toreh tak berdarah, sebab loya nak muntah.

Mana taknya, ferry tu dah laa laju..bukan macam ferry kat penang yang 10 km sejam tu. Pastu melambung-lambung kuat giler. Giler kuattt! 30 minit aku duk kutuk diri sendiri, barulah sampai ke Rottnest. Nyesal duk dalam jangan cakap laa..

Tapi nasib baik turun je ferry tu..alahai…MasyaAllah cantiknya wei! Hilang rasa nak muntah, terus darah O+ mengalir dalam tubuh ni macam biasa. Cantik sesangat!

- Tetiba je langit bertukar cerah. Magic! -
- Ada 2 lighthouse di Pulau ini. Ini salah satunya.. -

Turun ferry, jalan menonong, nampak ada beberapa penumpang turun dengan bawa basikal arah dari ferry. Pastu terfikir.. ‘Eh, mana nak ambik basikalnya!’ Pandang kiri kanan..macam tak nampak pun tempat sewa beskal. Tapi seingat aku dah book sekali ngan tiket ferry. Patah balik ke ferry. Rupanya, Rottnest Express ni dah bawak basikal tu sekali dalam deck. So, masa kita turun tu, ambik terus basikal dari ferry tu. Just tunjukkan pass je. Hek hek.

- Oh my..Tukang angkat basikal nya..Gorgeous!! -
Bila dah dapat basikal masing-masing apa lagi..gaya bebas Azizulhasni Awang laa kami!


Rottnest Island ni sebenarnya dinamakan daripada sejenis binatang yang bernama ‘Quokka’ iaitu sejenis makhluk yang ada hubungan bau-bau bacang dengan tikus. So nama Rottnest tu asalnya daripada ‘Rat’. Saiznya agak besar berbanding tikus yang dijumpai dalam rumah kita kat Malaysia tu. Nanti akan nampaklah ianya berkeliaran di sekitar pulau ni.

- Ni laa Quokka -
Pulau Rottnest ni adalah pulau yang dilindungi oleh pihak kerajaan Australia. Widely regarded as one of Western Australia's "Best Kept Secrets". Dan disebabkan itulah tidak dibenarkan kenderaan yang berasap di sini melainkan bas dan kereta para pekerja sahaja. So basikal adalah kenderaan utama untuk pengunjung melainkan anda betul-betul malas, sila lah ambik tour package, boleh naik bas dan turun je dekat spot-spot menarik nanti.

Oh ye..sini pun ada package Whale Watching juga. So kalau ada duit terlebih boleh laa cuba. Biasanya pakej ni ada dari bulan September ke Disember.


- Kalau tak difikirkan sejuk, rasa nak mandi je kat sini! -
- Berbelang-belang. Indahnya ciptaan -

- Ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa -
- Us -
Jarak total untuk berbasikal seluruh pulau adalah 22 km untuk selama 3-4 jam. Tapi dengan malunya aku nak cakap, kitorg tak mampu. Pancit..betul-betul pancit. Dengan laluan berbukit juga halangan arus angin lintang plus berpanas dan berhujan, kami terpaksa berpuas hati dengan separuh pulau je dijelajah. Hehe..

- Stock-stock pose maut -
- Hujan dan panas berselang seli -
- Wadjemup Lighthouse -


Tapi overall memang puas hati. Cantik giler pulau ni! Tak tercemar langsung! Kalau lah bukan musim winter aku bajet bleh je habiskan satu pulau ni kemudian mandi dan berenang-renang ke tepian.

Tetapi memandangkan sekarang adalah musim winter dengan halangan utamanya iaitu angin lintang yang kuat, dan membawa hujan yang sekejap turun lebat giler habis basah kuyup baju kemudian dalam masa satu minit, datang matahari yang bleh keringkan baju basah tadi, berulang-ulang kali…aku kena gak mengalah. Dah laa takder tempat berlindung. Tadah je kepala ni bila hujan..

- Trademark...macam tak biasa -
- Ko pun ada kat sini?? -

Tunggu ferry datang pukul 4.00 petang, sempatlah bergurau senda dengan tikus giant tu. On the way balik ke Fremantle, aku ambik port luar di ferry bahagian blakang siap-siap. Tanak lah kisah lama berulang lagi. Tak rugi rupanya, sebab sambil cuci mata tengok Mat Aussie yang hensem.. ader pulak rezeki nampak Humpback whale dari jauh. Tapi jauh laa.. Bapak best!

Dan yang pasti sebelum balik, bleh tengok mamat Perth angkut beskal lagi skali. Tu yang paling best sebenarnya :-)

26 comments:

  1. MASYALLAHHH.. cantik2nya.. MAHA SUCI ALLAH.. terpana melihat kecantikkan nya.

    ReplyDelete
  2. OMGGGGG..cantik gile laut kt pulau ni..memang berbaloi2 nk pergi waima mahal pun.. dan aku tak pernah lg tgk org lain sampai sini, so terpaksa la aku tiru iti ko ke sini nanti hehehehe

    ReplyDelete
  3. subhanallah!!! cantik giler rottnest island nih! terpaksa datang lagi ke perth!

    mahal jugak ek korang byr utk sewa basikal tu. huhuhu rabakkkk. tp takpe, hasilnya tetap awesome!

    ReplyDelete
  4. K.yan: Memang cantik. Sy kalau tak sbb hujan mmg nak je habiskan satu pulau tu...

    Chawanna : aku pun tiru org naa..tp memang berbaloi-baloi!

    John: Basikal tu mmg mahal, tp nak tak nak terpaksa ler..tp kalo book awl myb dpt diskaun

    ReplyDelete
  5. ahaha...posing maut tu tak bleh blah, tapi view semua memang cantik. best..best..

    ReplyDelete
  6. ngasa nak guling2 jeles...huaaaa nak jugak...nak jugak....sambil juling2kan mata....tapi ada ke orang nak layan? nan hodo!

    ReplyDelete
  7. Orga : Pose maut tu sbb geram tengok jalan raya tu kosong je..bkn senang nk jumpa

    Mama: Jom laa guling-guling lagi..Takk jadi Guilin, kat Perth pun boleh. Suruhlaa ayoh cop duit lebih sket!

    ReplyDelete
  8. walla!!
    siap ad aksi2 maut gituuu...kelas sungguh kau jah! hahaha

    ReplyDelete
  9. Hak hak...tu Jah blum tgk gambar yg blum diblurkan lagi...haruss pengsan!!

    ReplyDelete
  10. xyah blur2 sgt la...kasik tunjuk je...*da ready nak pengsan neh =p

    ReplyDelete
  11. Kompem bersedia nak tengok ke?? Tapi yang paling gedik sbnrnya adalah gambar hero, bukan heroin...mmg pengsan takkan bangun dahh lepas tengok...

    ReplyDelete
  12. bahaye ngat, hero yg gedik! hahaha...lagi bahaya pengsan sampai xbangun da...*gerunnyaaaa!

    ReplyDelete
  13. Hi ...saya mencarik about Perth and tup tup terjumpa your post yang sangat kelakar dan informative,insyallah saya akan ke sana bulan 10 ...ada gak hati taknak bawak kereta but after reading your post and with our 5 kids...TAK JADIK !! heheheh thanks !!

    ReplyDelete
  14. Superwoman: Tq for the comment. Sy tulis main hentam je..Bawak je keta kat sana..Nanti boleh khatam lagi banyaaaakkk tempat. Perth adalah best! Percayalahhh!

    ReplyDelete
  15. nonoks,
    cantik punya gambar membuat kan kedip kedip mata nak pegi jugak untuk honeymoon, tapi kan tunang mak tak reti naik beskal cemana???
    abis la lemak iols nanti kena menapak. tu pun kalau tak mengandung awal.
    **feeling retis bunting pelamin.

    ReplyDelete
  16. Sengal ko mek Orenggg! Haruslaa ko yg kena kayuh laki ko duk blakang..tak pun ko amik laa beskal budak tu yg mcm dlm gmbar ni: http://westernaustraliatravelblog.files.wordpress.com/2008/03/trailer.jpg

    ReplyDelete
  17. hi,,, nice blog ....
    err,,,
    leh minta contact intan yg buat visa tu tak,,,,

    thanx a lot ya,,,,

    ReplyDelete
  18. Sue,
    Email pada Intan at eta.australia@yahoo.com.
    Nanti Intan akan mintak details passport & info okeh!

    ReplyDelete
  19. wow...berhari raya di perth...hebat weh...!!!

    ReplyDelete
  20. Fewiitt!! Ada berkenalan tak dengan mamat angkut beskal tu? :D

    ReplyDelete
  21. MasyaAllah semart gambar2 nye.. Bile le nak ke sane nih.. Heh :)

    ReplyDelete
  22. Tq 'Beb'..Kumpul duit dulu...kalau ada rezeki Insyaallah..sampai lah..

    ReplyDelete
  23. Siti: Mamat angkut beskal tu ckp laju ngat...tak sempat nak tangkap ape dia ckp (matilaa padahal tak paham) plus nganga duk tengok spek hitam dier...hehe

    ReplyDelete
  24. gmbr mmg owesome...

    mmg xblh miss tmpt ni..

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. Julie,

      Saya pergi dalam 20/8/2012

      Delete