Monday, September 24, 2012

:: Perth - Midland Perth to Margaret River

22 Ogos 2012   *Sambung dari sini..

Hari ni bleh bangun lambat. Indahnya dunia!

- Cuaca indah hari ni! -
Nuha anak beranak akan sampai hari ni setelah menyambut hari raya nya yang pertama di Malaysia. Entah camner lah budak tu 1st time naik flight. Aku takderlah kesian kat dia, tapi aku kesian kat orang-orang yang disekelilingnya dalam flight tu. Mesti pada awalnya feeling-feeling happy nak datang Perth tetapi dibayangi mimpi ngeri disebabkan Nuha yang of coz melalak dengan suara high pitch dalam flight. Memang kesiannn..

- SUV ni sangatlah gajah saiznya -
Adik aku (bapaknya si Nuha) tiba di Beatty Lodge pada pukul 9 pagi mengambil kami dengan SUV Ford Territory yang dah dibooking daripada Thrifty Car rental di airport. Dari jauh dah nampak muka budak kecik tu yang tengah blur, masih tertanya-tanya di mana dia sekarang.

Nampak je aku, dia senyum memanjang. Arghh..bikin wa cair. Terus sumbat seketul coki-coki cair dalam mulut dia kasik lagi cair.

Kami bertiga siap check out dan kemudian terus buat operasi masukkan barang-barang dalam bonet. Penuh gak kereta tu. Nampak je dari luar besar, tapi bila dah masukkan semua beg, memang semput-semput je. Terpaksalah aku yang selim ni ambik port yang ngam-ngam kat belakang sebelah beg dan stroller tu. Kami kemudian terus gerak ke destinasi utama.

Danish Patisserie yang berada di koordinat 31"54' 19" S 115" 56' 36" E.

- Actually, Kek dan pastry kat sini kelazatannya lagi indah daripada rupa -
Bakery ni adalah halal dan penuh gak dengan variety of roti, kek, pai dan adik beradiknya. Oh my..lazatnyaa! Kami tapau seadanya untuk breakfast hari ni, dan juga untuk stock lunch kot takder jumpa port makan nanti. Maklumlah, perjalanan masih jauh dan kami bakal meninggalkan Perth Midland ni, so tak sure lah senang ke tak untuk jumpa halal food nanti!

Menurut kata bapaknya si Nuha, masa kat Kastam pagi tadi, diorang pun bernasib baik sebab Pak Kastam takder lah check bag diorang bersungguh-sungguh. Just ditanya. Do you bring any belachan here??' Oh my English....

Disepanjang jalan dapat dilihat bunga-bunga liar tumbuh merata di pembahagi jalan juga di tepi kiri kanan jalan. Semuanya masa tu excited sibuk snap..snap.. sambil tak pedulik suara si Nuha melalak kelaparan. Kelihatan macam orang jakun sesangat dan sesungguhya aksi kejakunan sangat terserlah masa tu! 1st time nihhhh...kasik can laa nak jakun satt!


- Transformers! -

Sempat gak singgah di Masjid Ar-Rukun, Rockingham konon nak carik makcik jual mee sup. Tapi takder rezeki, kami lupa kemungkinan makcik tu masih beraya lagi. Suasana sangat sejuk masa tu. Menggigil-gigil!
 
Lebih kurang pukul 2 petang kami sampai di Lake Clifton untuk tengok Thrombolites. Tapi ketahuilah, selepas berpusing-pusing beberapa kali, kesesatan, dan mencari jalan juga bertanya-tanyakan orang sekeliling, kami dapati jalan ke tempat tu tutup! Aku tak tahulah samada kami silap arah atau pun memang tempat tu kompem tutup.

- Aku terbayangkan sekiranya pokok ni bergerak-gerak macam dalam citer katun tuh-
 

- Tutupkah?? '
Disebabkan kekechewaan, kami sambung je jalan sampai lah ke Busselton Jetty. Nasib baik lah view of Busselton Jetty ni superb! Maka terubatlah hati yang berduka lara tak dapat tengok thrombolites tadi.

- Nuha Seppiahhhh! -

- Motipp ko berkemban kat sinih?? -
- Gaya..Mutu..Keunggulan.. Itulah Dunhill -

Dengan perasaan bersisa kecewa kami sambung jalan plus nak kejar masa sebab bimbang tak sempat nak check in kat Margaret River malam nanti sebab katanya office hour until 8.00pm je.

Disebabkan kami sampai agak lewat di Margaret River, pening jugak lah kami berpusing-pusing mencari hotel yang berkenaan. Pat ploh kali pusing baru jumpa. Rupanya management counter dan hotel suites terletak di lokasi berlainan. Tak jauh pun, tapi kena keluar masuk jalan lain.

So ini lah tempat bermalam malam ni. Margaret River Holiday Suites yang berharga AUD209 per night! Senang citer aku cakap, tempat ni adalah the best! Bandar Margaret River ni kecik je, tapi aku suka sangat viewnya. Macam cool and steady je. 


- Boleh lah main masak-masak malam nih. Wa suka! -
Bangunan kedai berderet dengan pelbagai jenis barang. Excited memula sampai konon nak terjah masuk laa. Tapi sayang kitorang dapat singgah tido je..sebab agenda kami masih panjang. Kami just singgah ke IGA je untuk beli roti, beras dan beberapa barang lain. Nasib lah masa tu Pasaraya IGA je yang belum tutup. Pasaraya Coles dah selamat dah melabuhkan tirai pukul 7.30 malam. Awal yang amat!


- Ini je rezeki halalan Toyiban kami dapat. Alhamdulillah -
Kami booking Family Suites. Ada 1 King bed, 1 single bed, 1 double decker selain peralatan masak, tv, fridge. Semuanya complete. Wa suka! Ruang King bed di pisahkan oleh dinding tanpa pintu. Dan akibatnya semua orang kecuali aku, tidurnya terganggu oleh suara Nuha yang buat show pukul 2-3 pagi non-stop. Syukur gak wa stock tido mati!

7 comments:

  1. bestnya....cepat sambung jangan malas2 nak tau lagi..nak buat pedoman kakakkaka

    ReplyDelete
  2. haha..dlm kepala ni bnyk nk cerita...tp xde org nk tlg taip...

    'buat pedoman??' ehem..ehem...

    ReplyDelete
  3. kalau nak pergi sini nanti nak bawak belachan lah...maybe diorang nak kot, tu pasal diorang tanya.

    superb pics !!

    ReplyDelete
  4. Orga: Agaknya kot...ntah kalo kite ada bwk dia nk mintak sikit...ingat senang ke tu nak jumpe...hehe

    ReplyDelete
  5. malas den nak komen dlm blog ni..

    Kau jadikan diriku
    Kosong.. kosong.. lalalalala~

    ReplyDelete
  6. ckucin..tiket baru ni ada sale...awat tak beli???

    ReplyDelete
  7. Sebab acct bank ku .. Kosong... Kosong... Lalalalaa

    ReplyDelete