Monday, September 3, 2012

:: Perth : From Nasi Goreng to Fish & Chips

20 Ogos 2012
Flight dari Malaysia pukul 11.55 malam 19 Ogos 2012, Hari Raya Pertama.

Aku berjaya melepasi Pak Kastam yang hensem dengan jayanya bersama Coki-coki, satu-satunya makanan yang aku bawak. Alhamdulillah. Tu pun Pak Kastam hanya menanya jenis makanan yang dibawa, kemudian lepas. Macam tu jek..


Tapi semua tu bergantung pada nasib. Kot tetiba korang nampak macam cun dan glowing giler selepas bangun dari tido 5 jam dalam flight dan terus menjadi perhatian Pak Kastam, so terima lah nasib kalau dia rasa nak selongkar beg korang yang sama cun dengan tuannya itu.

Selepas settle solat di Quiet Room yang terletak bersebelahan dengan booth Car Rental bernama ‘Hertz’ dan selesai bersihkan diri apa yang patut, kami lepak-lepak dulu kat hall airport tu. Tengah cuba mengadaptasi diri dengan persekitaran terutama selepas tengok kat vending machine tadi yakni air botol Nestea adalah berharga AUD4. Owh No…camne aku nak hidup tanpanya!


- Tengah Berkira-kira -
Takpe..tenang..tenang…tarik nafas dulu. Rezeki ni Tuhan yang bagi. Kot-kot aku tak rasa dahaga mana..rezeki gak tu. Selamat AUD aku yang cinonet nih.

Kami survey-survey sekitar airport, dan buat keputusan untuk naik airport transfer bernama ‘Connect Aiport’ yang berwarna oren. Kaunter tiket berada diluar pintu airport tu, tapi masa tu kaunter tu kosong, so bayar pada driver bus je. Tiket berharga AUD18 per person untuk ke hostel yang dah di book iaitu Beatty Lodge yang terletak di Leederville. Tapi bila beli tiket untuk 3 orang, dapat diskaun. So jadilah AUD14 sorang. Selamat..

- Connect Bus -
Perjalanan dari airport lebih kurang 45 minit sebab bas tu lalu macam-macam cabang. Lalu depan London court, Barrack Street dan juga Swan Bell. Sempat gak aku lelap sesaat. Kami yang paling last turun dari bas. Musykil, pesal jauh ngat hostel ni..tengok dalam internet macam sejari je jaraknya. Haishh..

Aku pun tak tahulah kenapa hostel ni yang dipilih. Tetapi aku terjumpa review dari seorang blogger dan bila dicheck, ada kekosongan bilik untuk 3 orang, so terus di book. Bukan aper, adik aku yang jantan sorang ni yakni bila di Perth namanya dah bertukar kepada SK iaitu Shashi Kapoor disebabkan aku menyampah dengan spek Polarized yang melekat di matanya 48 jam tu..nak duk sebilik gak ngan kami. So we have no choice.. nanti kalau SK merajuk, saper yang nak jadi bodyguard kami?

Bila dah sampai, letak bag gajah tu, kemudian tanya arah untuk ke Fremantle kat receptionist. 10 minit jalan kaki baru sampai di Transperth - City West Train Station. Mak Aiii…Sekali lagi mulut takder insurans ni merungut…apesal dalam tenet macam dekattt wehh!


- Kami nak ke seberang sana! Masak okeh!! -
Lepas bebel dalam hati, kami gerak dari Beatty Lodge melalui Lotus Street dan Newcastle Street gigih jalan kaki redah tepi highway. Nasib baik angin sepoi-sepoi berbahasa. Sempatlah peluh menitik setitik, kami sampai. Bila check train map, rupanya Station City west ni memang jauh sikit daripada station Leederville, tapi yang best tak perlu tukar-tukar train. Terus direct ke Fremantle je. Kalau kami nak jalan kaki dekat ke Station Leederville, kena tukar train di Perth Station. Banyak keje lah pulak..

Tapi aku suggest korang better cari hostel yang ada laluan Cat Bus je sebab bas tu FREE. So, tak payah membazir duit macam aku yang terlebih kaya ni, naik TransPerth.

Tiket Train dijual mengikut Zon dan ada jenis-jenisnya. Jadi anda perlu lah tau berada di zon mana dan mahu ke zon mana dan berada di kategori mana. Aku langsung tak study pun pasal train ni sebelum datang, so main redah je laa. Kami berada di Leederville di Zon 1 dan mahu ke Fremantle di Zon 2. So tiket pada pukul 7 pagi hingga 9 malam adalah berharga AUD4 per person. Luar daripada waktu tadi dapat Concession ticket, iaitu harga lagi murah dalam AUD1.60 per person.



- Fremantle Train Station -
Dari City West ke Fremantle Station ambil masa lebih kurang 40 minit. Kuar dari station..blur. Nampak Cat Bus..tapi tak tahu perlu naik ke tak. Kami baca map kat station, rupanya kena jalan terus ke sebelah kanan. Tengah jalan nampak E-Shed di sebelah kanan. Usha-usha kami nampak B-Shed terletak berhadapan dengan E-Shed Market tadi. Situ lah tempat kami untuk naik ferry ke Pulau Tikus esok! Tak Sabar wooh!!

- Eshed Market -
Kami terus tawaf. Hajat dihati satu je.. cari Kailis Fish & Chips @ Cicerello yang fofular ituh! Last sekali perut ramping ni diisi adalah dengan Green Curry Rice dalam AirAsia malam tadi yang rasanya ntah hapa-hapa..

Kami redah jalan raya yang separa sibuk di Fremantle melalui University of Notre Dame yang bangunannya kelihatan cantik dan unik seperti muzium lama. Lawaa.. Untungla sesaper yang study di sini, boleh makan fish & chips tiap hari. Jalan kaki 5-6 tapak dah sampai. Tapi harus lah bodek JPA suruh masukkan duit poket lebih. 

- Notre Dame University -
- Old School ha! -
- Warga Asing kesesatan -
Tak lama lebih kurang 8-10 minit jalan kaki dari Fremantle Station, kami nampak signboard Cicerello’s Fish & Chips. Yahooo!!

- Cicerello's -
Terus jalan straight, masuk Cicerello dan order tanpa berfikir dan akhirnya…. Tinggg! "AUD35 please". Perghhh.. RM115 untuk 3 orang makan! Lepas aku cakap camtu aku lak kena marah! "Jangan Converttt wehh!!!" Argghh..tapi nak wat camner, otak aku dah terset automatik.. Bila terdengar je perkataan AUD didepannya..terus darab 3! Haiyohhh!


- Snap sikit je..melantak yang lebih -
Tapi…. Makan tetap makan. Ambik konsep Kupha… "Kita takkan datang dah pasni, melainkan ada sponsor. So…layannnn. Berlagaklah macam orang kaya sepuasnya!" Keji statement tu, tapi sangat betul. Tapi otak aku ni still sibuk bekerja duk darab 3.3, sambil mata duk tenung-tenung sos cili dalam bekas kecik berharga AUD1.90 sebekas…Huh!

Sambil makan dan layan burung kaler putih bersih duk terbang atas air (wa tak tahu nama), terpandang signboard Kailis Fish & Chips depan mata di seberang sungai. Sepelaung je jaraknya. Owh, berjiran dengan Cicerello rupanya. 


- They will S.O.Y! -
Dari jauh terpampang signboard 'The best Fish & Chips In town'. Kat cicerello pun ada. Masing-masing tak nak kalah, dua-dua ngaku yang diorang la yang paling best.

Takpe, tunggu korang. Jangan gadoh-gadoh. Biar aku je jugde nanti. Bila Nuha's family datang, kitorang pergi sana pulak! Nanti kita tengok siapa yang kena!






Settle makan, kami tawaf keliling. Tengok itinerary, ada satu port makan lagi yang menarik di kawasan terdekat. Cari punya cari, redah punya redah sambil kaki dah terasa kesengalannya, kami jumpa cafe..

Chocolateria San Churro!

Dan hasilnya…

- Ini sangat superbb..tak tipuuu! -
Walla! Kami beli Churros for One je. Dalam nya ada 3 batang Churros berharga AUD7.95. Rasa churros ni macam rasa 'kueh belimbing' kuih tradisional kat Ganu Cuma garing sikit dan dicelup dengan cokolat. Memang super duper yummy! Masa makan terus feeling-feeling pasang angan-angan Mat Jenin.. "Kalau aku bukak branch kat Malaysia ni kompem laku nih!"

Cafe ni yang aku tau ada 4..setakat yang aku jumpa masa study dengan pakcik google la. Satu kat Fremantle ni, di Perth City, di Mandurah dan juga di Leederville, berdekatan Beatty Lodge yang kami stay ni.

Kami kemudian sambung jalan keliling. Best kat kawasan Fremantle ni. Banyak kedai-kedai, café dan juga butik-butik pakaian. Tapi kalau mahu lagi best harus duitnya pun dibawa dengan jumlah yang bestlah. Tengah jalan jumpa satu gift shop, ownernya Indonesian. Murah gak. Kami beli sikit je sebab mahu cari kedai City Gift yang disuggestkan oleh Kaki berangan di Perth nanti.


Habis jenjalan, kami ke Fremantle Station ambil train untuk balik ke Perth Station. Dalam keadaan blur kami beli ticket untuk ke Zon 1 sebab kami tengok Perth Station berada di Zon 1. Bila sampai, dan tunjukkan tiket, sekali kitorang kena tahan dengan guard yang mukanya macam Shawn Kingston tuh. Dia cakap kami silap beli..bla..bla..bla…pot pet pot pet.. I'm sorry mate.. 

Tapi bila tengok muka ketiga-tiganya yang macam ayam berak kapur, dia lepaskan je. Dengan slang Aussie nya yang takat 'Oh My English' aku paham, dia cakap lain kali beli tiket yang betul ye adik manesss! Fuhhh..selamat AUD kami….

Di Perth Station sekali lagi kami redah. Cari Barrack Street mengikut map kami dan akhirnya jumpa kedai souvenir yang John cakap tu. Ok laa.. Aku beli laa t-shirt untuk aku selai 2 yang bila tengok harganya….. Owh..Jangan convert! Ini adalah t-shirt berlambangkan negara yang aku dilawati yang paling mahal aku pernah beli…

Settle beli sikit sebanyak souvenir, masing-masing kalut. "Eh, tak solat lagi!" Danggg! Ntah mana nak solat tengah-tengah alam bandaraya gini. Si SK pun kuarkan iPhone yang dah di Jailbreak dan dapat GPS free tuh (Nasib baik).  "Eh, ada masjid dalam 200 meter!" Owh…jom kite!

200 meter? Aku rasa nak sekeh si SK ni. 2 km adalah! Kaki aku dah rasa macam dah tercabut, barulah kami sampai di Masjid Perth. Kalut ambik wuduk dan solat. Terus sekali solat Magrib disebabkan waktu Magrib masuk beberapa minit lepas kitorg settle.

- Masjid Perth -
Siap semuanya, kuar gate masjid, tengah kami sibuk duk pusing-pusing, tayang map ke langit tetiba ada satu suara menegur dalam bahasa Melayu. Rupanya macam aku pernah tengok je. Lepas bersembang dan diberinya name card beliau barulah comfirm.

‘Jutawan Tours’ – Dato Burhanuddin.

Sah…ni laa yang opismate aku cakap tu suruh pergi ngan dia tuh. Dia siap offer untuk hantar tapi malangnya mulut si SK sangat berhemah. Dia menolak dengan penuh sopan. Haishh..aku rasa nak picit-picit je mulut mamat tuh!

Kemudian, kami sambil sambung berjalan kaki, sambil mulut tak henti mengomel…dalam 15 menet sampailah di tempat penginapan yang aku masih lagi terpikir…naper lahhhh aku booking sinih!! Bila tengok balik map….overall kami jalan kaki :

Perth Station --> Perth Mosque = 2.2km &
Perth Mosque --> Beatty Lodge = 2.4km 

Haiyohhh!

Check-check jeans…takder lah longgar pun. Disebabkan si SK, malam tu rasa terrsangat letih. Bilik oklah, luas. Nak main squash pun boleh. Toilet ada kat luar. Kami duk bilik bertiga. Satu katil double decker dan satu single bed. Masing-masing berebut tanak tido atas.

So terpaksalah si SK wat macho dan mengalah. Tapi dia tak tido atas pun, dia angkut semua cadar yang ada, lapik tido atas lantai, buat macam rumah sewa dia. Bersepah punya orang!


Kesimpulannya malam tu kami tido pukul 7.30 malam sambil pandang syiling dan terfikir dalam perasaan tak percaya.. Perth kah ini?? 

SK = Shashi Kapoor
KP = Kupha

*Nama adalah gelaran semata-mata. Tiada kaitan antara hidup atau mati

26 comments:

  1. superb giler pics...teringin jugak nak bergambar dengan burung berkaki itik tu, huhu...

    ReplyDelete
  2. Eh tak perasan pulak burung tu berkaki itik...mmg bersepah laa burung tu kt sana...nasib dia xkacau org...dia kacau makanan je

    ReplyDelete
  3. perghhhh!!
    patut pon KURUS da mse MULA2 MSUK OPIS...senam...makan...senam (jln kaki b'kilo2meter)...hahaha

    ReplyDelete
  4. Motipp Mek Lela...nak kena nih! Berat naik okeh...wlpun jalan kaki bnyak...fish & chips yg masuk dlm perut tu patut kena jln 10km!

    ReplyDelete
  5. laaa, naik ke?? nmpk mcm kurus je kalu DARI JAUH...kekekekeke =p
    dah, ble lg nk jln 10km? blik ganu hr tu pon da mkn mcm2...kalu nk jln 10km, org nk join 2km..hehe

    ReplyDelete
  6. Nur Lela: harus laa naik..namanya makan..makan..dan makan...poket pun dh kempis nih...
    so...

    Bile mau blanje wayang????

    ReplyDelete
  7. blanjer wayang???
    poket kite pon da kempis kak..camne nk blanjer...pose je ni, tahan segala2nya..huhu

    ReplyDelete
  8. Walaupun seafood platters meal kat Fish and Chips tue kena darab 3, tempting gile kot tgk!

    ReplyDelete
  9. Owh seafood platters tu mmg best..kalau tak..takkan laa smpai 3 kali kami singgah! Hehe...

    ReplyDelete
  10. ckucin: Motipp???


    #kickjauhjauh#

    ReplyDelete
  11. Salam, Rasanya baru 1st time komen kat blog u but i've been reading silently, actually....:) seronok ya, beraya die negara org...dif experience kan...? anyway, yr pictures are superb!

    ReplyDelete
  12. Salam Farikica (nice name!)

    Tqvm! Seronok tu seronok laa..tp xrasa mcm raya pun, sbb xjumpa sgt org Melayu. Kalau jumpa pun, pakai baju biasa je, takde pakai baju raya..tp at least dapat jugak lah kami merasa...

    ReplyDelete
  13. nil,
    aku suke cicerello's...menurut local di Perth, fish&chips Cicerellos's is local fave, Kaili's tu femes di kalangan tourist je...have to admit dat bcoz dah cuba both...

    personally aku lagi suka Perth compared dgn tmpt2 lain dlm Oz yg aku dah sampai..aku pegi sana 2x dlm season yg berbeza...paling cantik waktu musim bunga sbb ko bleh tengok wildflowers...wildflowers ni kalau ko drive sampai ke central wheatbelt bleh nampak..ko pegi wave rock tak? keciwa? hehehehe....aku biarkan ko rungkai jawapan itu di entry lain (kalau ko pegi la)...kbai

    ReplyDelete
  14. Fatt..

    Aku pun suka Cicerello's personaly..So maksudnya kita punya citarasa sama ngan local lah..hehe

    Kecewa Wave Rock? hehe..nanti...tp sesungguhnya disebabkan Wave Rock lah bnyak view supernatural di Perth aku dapat tengok...So cemana pun harus di ThankYou kan kpd Wave Rock jugak...huhu

    ReplyDelete
  15. gambar² yang sangat cantik.. saya suke...!!! :-)

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum. saya terfikir nk melancong ke perth dalam bulan 3 t. ade x budget hotel yg awk tau?yg hostel awk ddk tu brape ye per night. sbb saya maybe lone ranger ke sana. haha. harap bantu. assalamualaikum

    ReplyDelete
  17. hi i pun suka sgt dengan perth. i dah pi 6x. and i memang ambil mahira holiday homes and care rental private limited. they all punya holiday home superb and car pun good condition. service memang thumb up! boleh contact anak owner 0123360098 namanya cik siti

    ReplyDelete
  18. Hi saya baru blk dari perth. May 2015. Mula2 da booking dengan org kat australia.katanya muslim homestay dan siap ada supir service.kira murah la. Da byr semua lepas tu lg 2 minggu nak ke perth contact dia telefon tutup manjang. Hati da mula risau. So i pun startla cari2 option lain walaupun da byr kat mamat sorg tu yg cerita berapi rapi ttg kemurahan supir service dia siap buruk2kan company company lain . Sakit hati memang membuak buak. So i tanya beberapa kwn yg da pernah ke perth dengan siapa diaorg deal. Rata2 dlm 6-7 org i tanya, 5 org kata mahira

    Jadi i pun try contact puan siti, owner mahira. Subhanallah tak sangka la beliau mmg very helpful. Baik pulak bg la discount lagi lepas i cerita yg i kena tipu. Tp bagusnya diaorg yg mahira ni very professional. Tak de pula komen yg tak baik tentang mamat yg i cerita ni. Mmg berlainan sungguh dgn mamat supir ni sebelum dia lesap duit kami dia buruk2 kan company2 lain termasukla mahira. Lepas i selidik semua, mahira ni mmg company yg sah berlesen dgn kerajaan msia dan australia dan sgt la professional. Servis mmg tip top. Holiday bungalow milik diaorg mmg bagus dan lengkap semuanya dan sgt selesa.

    Saya nasihatkan berdasarkan pemgalaman saya supaya ambil or engaged with the right company.jgn jd mcm kami kena tipu hidup hidup dgn freelancer ni semua. Saya highly rekomen mahira travel n tours sdn bhd dan mahira holiday homes australia. Mmg terbaik !

    Puan siti 0123360098 - a very helpful person dia adjust according to your budget

    ReplyDelete
  19. Salam semua, saya pun baru balik daripada Perth April 2015 dengan kawan2 saya, kami berenam semuanya. Saya direkomen oleh pakcik saya yg telah ke Perth pada 2012 supaya memilih Jutawan Tours, so saya contactlah Dato Burn, MD Jutawan Tours yg ada sales & marketing office di Desa Pandan. Kawan saya juga rupanya telah buat research dan dapatkan quotation drpd beberapa tour co. dan freelancer di Perth, namun disebabkan recommendation drpd pakcik saya dan harga Jutawan Tours ni pun sangat berpatutan, maka kami pun sepakat close deal dgn Dato Burn.

    Sampai di Perth, kami telah disambut oleh Rizal Ismail, manager Jutawan Tours, sangat peramah orangnya dan bermula daripada hari pertama sehinggalah ke hari terakhir. Dia melayan kerenah kami dengan penuh sabar dan professional. Dia tidak mengira waktu dan kadang2 kami balik malam dan tidak dikenakan charge lebih masa pun, dan satu lagi kalau dia yg jadi tour guide, kami tak perlu bawa camera sbb dia mmg suka dan pandai ambil gambar sbb dia juga photographer sambilan. Gambar2 yg dia ambil terus dikongsi melalui whatsapp. Kalau tak percaya, boleh tengok ig dia rizal_jt

    Kami tinggal di homestay private apartment Jutawan Tours yg mmg sangat selesa dan berada di city centre, dekat dengan kedai-kedai makanan halal dan juga kedai 24jam yg dimiliki oleh org Arab, so tentulah ada dijual barang2 halal spt sosej halal sbgnya utk kami masak bfast sendiri.

    Akhir kata, trip kami ke Perth mmg sangat2 enjoyable dan kami telah pun mula berkira-kira mahu ke NZ bersama Jutawan Tours juga.

    Boleh contact Dato Burn 0162602500 atau Rizal +61412600344 kalau berminat...mmg berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru blik dr Perth 14 nov lalu n ambk pakej dgn jutawatan tours ni..sgt2 puas hati dan reccomended..tour guide enck rizal yg sporting dan kami sekeluarga selesa dgn cara dia hndle group kami yg ad wrga emas serta kanak2..
      Tqvm juga untk suprise birthday cake untk ank buah dr Dato Burn,k.yas n abg rizal..insyaallah tgh merancg untk ke destinasi lain di Aus atau Nz dgn Jutawan tours/cuti cuti Perth lg

      Delete
    2. Sy dan kwn2 seramai 7 org pun guna khidmat jutawan tours. Setiap hr kami dpt tourist guide yg berbeza. Tp semuanya friendly n sgt membantu. Rizal sgt baik, ajak kami dinner kat rumah dia. Kenal dgn wife dia yg sgt baik. Pengalaman dgn pn yas (wife dato burn) pun menarik. Siap ajak kami join celebrate birthday kwn dia( rakyat malaysia asal johor). Hehhehe. Bertuah dpt mkn mee bandung muar di perth. Layanan mereka mcm kami ni ahli keluarga.

      Delete
  20. Hahaha kelakar sgt tgk yg comment jutawan tours tu nak copy cara org komen pasal mahira.. tak pe la tak kisah la jutawan ke mahira ke kita pilih je mana mana yang kita suka. Saya tgk dua dua pun company melayu kan.kita mintak quote dengan siapa kita nak.. yang mana yg bersesuaian dengan budget kita dan kita selesa..terus kan. Nak jalan2 sendiri pun lagi bagus. Bukan susah sangat pun perth tu. Yang pelik nya saya sendiri pun perasan org org kita sekali je baru sampai ke.perth dah berkeinginan nak buat tour. Kelakar la mentality orang kita ni. Tak perlu dengki mendengki. Kita cuba je sedaya upaya. Selebihnya serahkan pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dh guna servis jutawan tours,mmg terbaik kalau g aussie mmg x ambk org lain dh,boleh tgk kt group cuti2 perth/jutawan tours kt fb...yg menarik perhatian sy sb en rizal ngan kak yasmin tu orang kita yg tinggal disana,so lg selesa kalau nk jalan2 tmbh2 bawak kids n parents. skrg dh byk dh org kita buat tour kt sana...rezeki masing2

      Delete
  21. Ya betul saya da survey dah dua2 company. Dua2 company org melayu yg duduk sana.founder mahira tu dah 24 tahun duduk australia. Yg dato burn lepas tamat perkhidmatan sbg air force pilot. Elok la kita support je mana mana je pun tak kira la. I ada juga tanya kawan2. Ramai je yg ambil dengan mahira dan ramai je yg ambil dengan jutawan tours. Tu maknanya memang bagus la dua dua tu. Tak apa rezeki Allah tu luas.dengan siapa kita selesa..kita pilih dan go on la... just my 2 sense

    ReplyDelete
  22. Fb tips cuti cuti perth bukan jutawan tours punya. Tu seorg saudari yg baik hati bagi free tips kat backpackers. Kebetulan jutawan tours tumpang iklan kat sana. Saya memang follow group tu dah 2 tahun so saya tahu. Saya banyak baca org tulis remarks positive tentang 2 syarikat ni. Dan ramai kawan kawan saya juga mcm kata en mohd amin pun ikut jutawan tours dan mahira. Semua pun review baik baik belaka. Saya duduk rumah holiday bungalow mahira kerana kami ramai 15 org. Memang saya tak nafikan apa yg di tulis kat blog2 oleh org2 yg pernah guna servis mereka. Memang betul bagus pun. So tak perlu pening. Kalau korang nak ke australia..ikut je salah satu. Memang terbukti bagus

    ReplyDelete